Usai solat isyak, Isha baring di atas katilnya dan mengimbas kembali perbualannya dengan Akmal petang tadi. Dia mengelamun sendiri. Dia dikejutkan dengan ketukan di pintu biliknya yang bertalu. “Masuk!” arahnya. Kelihatan abangnya sedang berdiri di muka pintu. “Berangan la tu.”usik Aizal. “Mana ada. Kenapa ni?” soalnya. “Abah panggil.” balas Aizal. “Ada apa?” Isha menyoal. “Entah. Isha tanya la sendiri ye. Abang nak turun makan. Bye!” balas Aizal dan berlalu pergi. Isha bingkas bangun dan menuju ke ruang tamu. Dia mengambil tempat di sofa hadapan ayahnya. “Ada apa ayah panggil Isha?” soalnya ingin tahu. “Tadi kamu keluar dengan siapa?” soal Encik Faizul kepada anaknya. “Er.. kawan.” jawabnya dengan gugup. “Ayah tahu lah kawan. Tapi siapa? Lelaki ke perempuan? Duduk mana? Kerja apa?” soal ayahnya panjang. “Er.. ala.. kawan biasa je ayah..”jawabnya dengan hati yang berdebar. “Ayah tak tanya dia biasa ke luar biasa.. kenapa? Kamu takut nak bagi tahu ayah ke? Hahaha.” balas ayahnya sambil ketawa. “Ayah tanya je. Kalau betul dia berkawan dengan kamu, tak apa lah. Bila kamu nak bawak dia jumpa ayah? Ayah nak jugak kenal.” jelas ayahnya. “Er.. jumpa? Nanti lah ayah. Lagipun Isha sibuk sikit bulan ni.” Isha cuba mengelak. “Alah. Bukan ayah suruh bawak dia datang sini hari-hari pun. Datang sekali-sekala pun jadilah. Ayah nak jugak kenal dengan calon menantu ayah.” balas ayahnya selamba. “Ish ayah ni. Isha muda lagi lah. Lagipun Isha nak nak kumpul duit dulu. Belajar masak dulu. Macam-macam lagi lah.” balas Isha. “Kamu nak tunggu umur 50 baru nak kahwin ke? Ayah dengan ibu dulu pun kahwin masa umur macam kamu ni lah. Ibu kamu dulu pun bukannya pandai masak sangat pun. Ikut buku resepi je. Lama-lama reti lah. Kamu nak kumpul duit dulu? Ayah rasa kamu dah kerja tiga tahun. Gaji kamu pun tinggi. Takkan tak cukup lagi. Kalau tak cukup jugak biar ayah tambah. Kamu cakap je berapa.” terang ayahnya panjang lebar. “Tapi ayah..” belum sempat Isha menghabiskan ayatnya, ibunya yang datang membawa dulan berisi air menyampuk. “Tapi apa? Kita orang perempuan ni Isha, umur makin meningkat, saham makin menurun. Bukan macam orang lelaki. Mereka lain. Tua mana pun, asal ada duit orang pandang je.” sampuk ibunya. Rupanya ibunya mendengar sahaja perbualan mereka dari dapur. “Eh awak ni. Macam perli orang lelaki je bunyinya.” balas suaminya. “Perli apanya. Betul lah apa saya cakap. Tapi tak lah semua macam tu. Ada sesetengah je.” Puan Riana membalas. “Ibu dengan ayah ni. Tu orang lain. Isha tak macam tu okey!” balas anak kedua dari tiga beradik ini. “Bagus lah kalau anak ibu tak macam tu. So,bila nak bawak kawan Isha jumpa ayah dengan ibu?” kali ini giliran ibunya pula bertanya soalan sama. “Nanti lah Isha fikir ye bu. Kenapa ibu dengan ayah macam tergesa-gesa je? Abang pun tak khawin lagi. Takkan Isha nak langkah bendul.” Isha memberi alasan. “Abang kamu tu lain Isha. Macam ibu cakap tadi. Perempuan ni makin meningkat usia, makin turun saham. Esok-esok jadi anadartu pulak. Kamu nak ke?” balas Puan Riana dalam nada mengusik. “Entah! Abang tak apa. Isha tu.”abangnya yang baru datang tiba-tiba menyampuk. “Sibuk je!” ucapnya perlahan. “Tapi ibu, ayah, kalau dah jodoh lambat, nak buat macam mana kan.” balasnya. Ruang tamu itu seolah-olah menjadi dewan perdebatan antara mereka sekeluarga malam itu. “Itu kerja Allah. Kita cuma mampu berusaha. Yang lain serah je pada Allah.” Encik Faizul membalas. “Betul tu! So, Isha kenalkan je lah kawan Isha tu pada ibu dengan ayah.” sampuk Aizal. “Kamu kenal ke kawan Isha tu Aizal?” ibunya menyoal. “Kenal la jugak ibu.” jawab Aizal. “Dah lama ke dia berkawan dengan adik kamu ni?” soal ibunya lagi. Belum sempat abangnya menjawab, Isha pantas memotong. “Hello! I’m still here. Ibu boleh tanya Isha kan? Ibu buat Isha macam tak wujud pulak kat sini.” kata Isha. “Ibu tahu kamu takkan jawab soalan ibu tu. sebab tu ibu tanya abang kamu.” balas ibunya. “Okey-okey! Nanti Isha ajak dia datang sini jumpa ayah dengan ibu. Tak payah ibu dengan ayah susah-susah tanya reporter ni dah!” perli Isha sambil menjeling pada Aizal. Dia hanya ketawa mendengar kata-kata adiknya itu.
Isha menjeling ke arah jam di dindingya. Jarum pendek sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi. Tetapi matanya masih belum mahu tertutup. Dia masih memikirkan permintaan ibu dan ayahnya untuk membawa Akmal berjumpa mereka. ‘Okey! Aku kena jugak beranikan diri untuk bawak Akmal jumpa ibu dengan ayah.’bisik hatinya. Kali ini dia nekad. Lagipun dia sendiri tidak suka menyembunyikan hal ini lama-lama dari pengetahuan ibu bapanya. Dia tidak mahu ibu bapanya risaukannya. Mungkin ada baiknya dia menurut sahaja permintaan orang tuanya itu.
Pagi itu Isha bangun awal. Tidak seperti hari-hari lain. Dia diberikan cuti untuk menggantikan hari bekerjanya pada ahad minggu lepas. Isha memulakan aktiviti hariannya dengan menyiram pokok-pokok bunga di laman rumahnya. Dia kemudian berbicara dengan bunga-bunga itu. “Beruntunglah kau jadi bunga. Tak payah pening-pening fikir pasal kerja, kahwin, makan minum. Hidup pun subur je. Mesti kau gembira kan diciptakan Allah jadi pokok? Tak perlu ada masalah macam manusia.” Isha berkata. “Dah lah. Tak payah nak bercakap dengan bunga-bunga ni. Abang, ibu dengan ayah ada je kat dalam rumah ni. Kalau nak borak panggil je. Hahaha.”Aizal membalas lantas ketawa. Dia merasakan apa yang dilakukan adiknya itu seperti orang yang kekurangan sahabat untuk berbual. Isha cuba memukul abangnya tetapi Aizal sempat mengelak dan berlari ke pintu. “Hey! Siap la nanti!”gertaknya. Aizal hanya ketawa. “Dah lah. Tinggal je kerja tu. Nanti pandai lah Mak Jah buat. Ibu dah panggil tu. Jom lah breakfast dulu!” arah abangnya. Isha meletakkan wayar paip itu di tempatnya semula dan berjalan masuk. Ibu dan abangnya sudah menunggu di meja makan. “Wah! Sedapnya. Ibu ke yang buat semua ni?” soal Isha setelah melihat kuih-muih kesukaannya dia atas meja. “Tak lah. Ibu suruh abang kamu beli pagi tadi kat kedai depan tu.” balas Puan Riana. “Oh. Ingatkan ibu buat sendiri. Baru nak puji.” Isha mengusik ibunya. “Memang ibu ingat nak buat. Tapi tak sempat. Hari ni ibu kena ikut ayah kamu pergi perasmian pembukaan cawangan baru syarikat dia.”jelas ibunya. “Oh. Cawangan dekat Banting tu kan. Siapa yang running untuk kat situ nanti?” soalnya. “Abang.” balas Aizal. “Habis tu yang dekat Bangi ni macam mana? Siapa yang running? Ke ayah ganti dengan orang lain?” Isha bertanya. “Aah. Ayah lantik Encik Saiful untuk jadi manager kat situ. So, ayah pindahkan abang dekat Bangi. Lagipun dekat sikit dengan rumah kita.”Aizal menjelaskan. Isha hanya mengangguk tanda faham. “Okey lah. Kamu berdua makan lah ya. Ibu nak siap-siap. Kejap lagi Pak Mail dengan ayah datang ambik ibu.” beritahu Puan Riana. “Ayah pergi mana?”soal Isha. “Ayah ke pejabat sekejap. Ada hal yang nak diuruskan katanya. Kejap lagi sampai lah tu dengan Pak Mail.” balas ibunya. Ibunya bangun dan terus ke biliknya untuk bersiap-siap. Telefon Isha tiba-tiba berbunyi. Tertera nama Akmal di skrin itu. Dia terus menjawab panggilan itu dan beredar ke biliknya kerana tidak mahu diganggu abangnya. “Assalamualaikum cinta!!”sapa Akmal ceria. “Waalaikumussalam! Tak payah nak poyo sangat la.” balas Isha. “Haha. Ala. Gurau je pun. You buat apa? I ganggu ke?”soal Akmal. “Tak pun. I tengah breakfast dengan Abang Aizal. Kenapa?” Isha bertanya. “Tak ada apa. You cuti ke?”soalnya penuh minat. “Yup! I off hari ni. You tak kerja ke?” balasnya kehairanan. “Tak. I malas la nak masuk office. Bosan.” jawabnya selamba. ‘Bosan? Untungnya hidup dia. Kalau rasa nak pergi, dia pergi. Kalau rasa malas, dia duduk je rumah. Anak datuk la katakan. Jawatan pulak tinggi.’ bisik hatinya. “Habis tu, you duduk rumah je lah? Tak bosan ke?” Isha membalas. “Bosan. Sebab tu I nak ajak you keluar. Kita jalan-jalan nak? Jom lah!” pinta Akmal. “Okey! Nak jumpa kat mana ni?” soal Isha. “Tak payah. I ambik you kat rumah. You siap-siap terus tau! Bye!” balas Akmal mengakhiri perbualan. Isha terus menukar pakaian dan memakai tudung. Dia mengenakan make-up yang simple dan nipis. Dia hanya memakai foundation, bedak asas dan mencalitkan sedikit gincu. Cukuplah sekadar mengelakkannya daripada kelihatan pucat. Akmal tiba di hadapan rumahnya tepat jam 10.30 pagi. Abang Aizal keluar untuk menyambutnya. “Abang Aizal sorang je ke kat rumah? Mak dengan ayah Abang Aizal mana?”soal Akmal memulakan bicara. “Diorang pagi tadi lagi dah keluar. Ada perasmian untuk cawangan baru company ayah abang.” jelas Aizal. “Oh. Bagus lah tu.” balas Akmal. Matanya kemudiam melirik ke arah Isha yang menuju ke arah mereka. “Isha keluar kejap tau abang!” kata Isha. “Tak payah cakap pun abang tahu. Dah terang-terang pun Isha nak keluar kan?” balasnya lantas ketawa. Ketawanya kemudian disambut oleh Akmal disebelahnya. “Dia tak cakap ke kami nak keluar?” Akmal menyoal Aizal. “Tak. Masa Akmal call tu terus dia lari masuk bilik. Keluar-keluar je dah siap pakai tudung dah.” balas abangnya. “Sibuk lah abang ni! Jom Mal!” Isha bersuara. Mereka hanya tersenyum melihat gelagat Isha. Akmal bersalam dengan Abang Aizal dan meminta diri. Abangnya sempat mengusiknya ketika mereka sudah masuk ke dalam kereta. “Jangan balik lambat. Nanti kalau ibu dengan ayah tanya.. abang cerita je semua yang abang tahu.” usik Aizal. Isha sempat mengeluarkan tangannya untuk memukul abangnya tetapi tidak sampai. Mereka hanya ketawa melihat gelagat gadis itu. “Comel lah you dengan abang you! Korang dua beradik rapat ke?” soal Akmal ingin tahu. ‘Comel? Dia tak tahu aku geram dengan perangai abang yang macam budak tadika tu!’ bisik hati kecilnya. “Aah. Kita orang memang rapat. Adik I tu dari form 1 duduk hostel. Dah sambung study ni, jarang balik. So boleh kata kari-hari la I bertekak dengan abang I tu.” balas Isha. “Kita nak ke mana ni?” soalnya lagi. “Nak pergi beli pizza lepas tu kita duduk dekat meja tepi Tasik Teratai tu.” jelas Akmal. Isha hanya mengangguk. Selepas membeli sekotak pizza, mereka menyambung perjalanan ke tasik tersebut. Isha pergi memilih tempat manakala Akmal ke kedai berdekatan untuk membeli minuman. Mereka mengambil tempat yang tenang dan agak jauh dari orang ramai. Akmal merenung Isha. Dia membuatkan gadis itu tidak selesa. “You make up simple pun cantik.” puji Akmal. Muka Isha serta merta bertukar merah. “I rasa kalau you tak make up pun mesti cantik kan!” tambahnya lagi. Isha makan dengan laju untuk menutup rasa gugupnya di hati. “Makan tu slow-slow. Nanti tercekik payah pulak. Hospital dah lah jauh.”perli Akmal sambil tersenyum. “I boleh pergi sendiri kalau tercekik pun!” balas Isha. Akmal hanya ketawa mendengarnya. “Akmal.” ucap Isha. “Yup?”Akmal membalas. Daripada gerak-gerinya Akmal tahu bahawa ada sesuatu yang ingin diberitahunya. “Er.. I.. er.. sebenarnya.. er..”Isha cuba memberitahu tetapi dipotong oleh Akmal. “Sebenarnya apa? You nak bagi tahu apa? Cakap lah.” kata Akmal. Isha menarik nafas dalam. Jantungnya berdegup kencang. Akhirnya dia menjelaskan juga hal yang sebenar. “Ayah dengan ibu I nak kenal dengan you.” beritahu Isha. Akmal tiba-tiba ketawa. “Tu je yang you nak cakap? I ingatkan apa tadi. Macam nampak hantu.” balasnya sambil ketawa. “Dah habis dah gelakkan I? Kalau dah habis you decide la ya bila you nak datang.” Isha membalas. “Definitely! I tak sabar nak jumpa parents you. Nanti lepas i jumpa parents you, you pulak kena jumpa parents i. Okey? Deal?” soalnya seolah-olah membuat perjanjian. “Insyaallah. Bila i dah ready nanti i bagi tahu you.” kata Isha. Akmal hanya tersenyum mengangguk. “You ada berapa orang adik-beradik?” Isha menukar topik perbualan. “Empat. I nombor tiga. Kami empat beradik semua lelaki.” balas Akmal ringkas. “Really? I thought you got a sister. Siapa nama dia orang?”soalnya ingin tahu. “Abang I yang first Muhammad Amar Izhan,28, second Muhammad Muhammad Alif Izmal,27, then me Muhammad Akmal Iskandar a.k.a yang paling kacak lagi bergaya,24 and the last one Muhammad Asyraf Ifwal,16.” jelasnya. “Sempat lagi you praising yourself kan?” kata Isha sambil menggelengkan kepalanya. Akmal hanya ketawa. “Tapi nama adik-beradik you sedap-sedap!” puji Isha. “What about your sibling?” Akmal bertanya. “I only got three sibling including me. I’m the second. Abang I yang sulung, Muhammad Aizal Izrash,25, me Nur Faisha Izariqa,23, and my only one sister, Nur Arizza Izfira,19.” jelas Isha. Akmal mengangguk. Perbualan mereka pada hari itu berkisar tentang keluarga masing-masing. Akmal menghantar Isha pulang sebelum pukul 6 dan pulang ke rumahnya.
Share this novel