Setelah semuanya selamat, saya cuba mendapatkan jawapan apa yang berlaku sebenarnya malam itu.
Rakaman CCTV saya dapatkan dan tengok semula. Isteri saya kelihatan tiba-tiba berubah kelaku dan menjadi seperti dirasuk.
Saya juga melihat saat mula hal ini berlaku iaitu kehadiran lelaki yang meminta izin untuk menggunakan tandas!
Orang yang guna tandas pejabat saya pada malam tu, tidak kelihatan dalam rakaman. Saya hanya bercakap keseorangan sambil menunjuk arah ke tandas dalam pejabat itu.
Begitu juga orang yang mengambil kotak itu. Pergerakan kotak tu pun saya tak nampak.
Hairan! Macam mana kotak tu tiba-tiba boleh berada di ruangan lif malam itu. Hannah yang hilang tiba-tiba dari dalam pejabat pada malam itu pula kelihatan seakan-akan terapung dan menuju keluar dari pejabat.
Sehingga sekarang saya belum menemui jawapan logik untuk kesemua kisah dalam satu malam ini.
Share this novel