Bab 4

Romance Completed 26931

Sudah seharian dia berkurung di dalam biliknya. Kata-kata lelaki tadi tu asyik terulang-ulang di kepalanya macam kaset rosak.

Jadi isteri dia?! What. The. Heck?!

Dah gila ke apa?!

Kenapa pula dia kena jadi isteri kepada lelaki yang dia tidak kenal langsung? Dia bersetuju tinggal di sini pun dah cukup baik dah. Tak perlulah sampai nak kahwin bagai.

TOK! TOK! TOK!

“S... siapa tu?! "Laung Bloom. Kalau Nathaniel memang dia takkan bukalah. Dia belum sedia lagi nak bersemuka dengan lelaki tu.

“Miss Bloom? Saya ni, Kak Ida "

Terkocoh-kocoh Bloom membuka pintu. Namun, lain pula yang terjadi. Terkejut dia melihat Nathaniel turut berada di hadapan pintu biliknya bersama Kak Ida, ketua maid dalam rumah ni. Dia berdecit geram. Mesti dia suruh Kak Ida panggil dia supaya dia buka pintu.

Sungguh cerdik!

“Saya turun dulu" Kak Ida meminta diri bagi memberi ruang pada dua orang merpati tidak sejoli itu.

“Encik nak apa? "Soal Bloom tanpa memandang wajah Nathaniel. “Aku cakap apa? Jangan panggil aku encik. I don't like it" ulang Nathaniel. “Oh, sorry. Lupa" ucap Bloom seakan-akan menyindir Nathaniel. Dia ingat, tapi saja buat-buat lupa.

“Jadi, kau dah buat keputusan? "Soal Nathaniel tanpa mempedulikan sindiran Bloom sebentar tadi. “Tentang apa? "Soal Bloom. “About that marriage" balas Nathaniel senada. Bloom mengeluh.

“Encik, I mean Nath, saya tak boleh terima awak. Saya dan awak. Kita berdua tak kenal satu sama lain. Jadi saya ada alasan yang kukuh untuk menolak lamaran tu" tegas Bloom. Namun Nathaniel sekadar senyum sinis.

“Perkahwinan ni adalah satu arahan bukannya pertanyaan. Sama ada kau suka atau tak, kita berdua tetap akan berkahwin"

Bloom memandang Nathaniel tidak percaya. Jadi buat apa pergi tanya dia? Buat apa tanya keputusan dia kalau ianya satu arahan?! Bongok punya lelaki!

“Okay. Bagi saya satu sebab kenapa saya kena berkahwin dengan en- I mean Nathaniel. Kenapa? Saya rasa awak berhak dapat yang lebih baik. Come on, awak kaya, berharta, ada rupa. Tapi kenapa saya? Saya dijual oleh mak cik saya dan hampir-hampir jadi pelacur... "Ujar Bloom. Sebak dia setiap kali memikirkan nasib yang dia hampir jadi pelacur dek kerana sikap tamak akan harta oleh ibu dan kakak tirinya.

Namun Nathaniel sekadar memandang Bloom dengan wajah tanpa perasaan.

“Adakah sebab kasihan? "

“It's more than that, flower" balas Nathaniel. “Jadi kenapa? Beritahulah saya" desak Bloom. “I know who you are, Bloom Lennox. Seorang gadis periang yang berubah setelah kematian ibu bapa kau. Ditambah lagi dengan penyeksaan yang kau alami oleh ibu dan kakak tiri kau. Menjadikan kau seorang yang pendiam dan suka memendam perasaan. Tiada sesiapa faham kau, tiada sesiapa faham penderitaan yang kau alami. Dan kau pernah berharap yang kau juga ingin mati sekali agar kau dapat bersama dengan ibu bapa kau di syurga, kan? "Ujar Nathaniel tenang sementara Bloom sudahpun tercengang.

How he know about that?!

Dia spy aku ke apa?!

“All about you, I know. Tiada yang tertinggal. Termasuklah kisah disebalik nama kau, Bloom Lennox "

Bloom terasa bergetar satu badan. Siapa lelaki ni sebenarnya?

“Is it enough for you to marry me? "

“No. Itu bukan alasannya. Macam mana kalau awak tipu? Zaman sekarang ni kan teknologi canggih. Jadi senang untuk mereka dapatkan maklumat seseorang dengan mudah" Bloom membalas pandangan mata helang milik Nathaniel.

“Kenapa? Kau masih sangsi dengan aku? Even after I told about your past? "

“Yes so give me one reason to believe in you. Kalau saya tahu awak menipu memang saya takkan teragak-agak untuk keluar dari rumah ni" ugut Bloom. “One love, one heart, one destiny. Familiar with that, flower? "Balas Nathaniel.

Bloom bungkam.

Itu... sepertinya dia kenal ayat tersebut. Tapi dia lupa di mana. Dia pasti dia pernah dengar seseorang menyebut ayat tersebut.

“Kau nak aku buat apa lagi? Kau nak aku ugut kau baru kau nak dengar cakap aku? "

“Awak nak buat apa, huh? Awak berani ke nak ugut saya? "Tanya Bloom dengan beraninya. Melihat senyuman sinis Nathaniel membuatkan keberanian Bloom terbang entah ke mana. Lagi bertambah ketakutan dia apabila Nathaniel mengeluarkan sepucuk pistol yang terselit di pinggangnya.

Nathaniel tertawa di dalam hati. Dengan sengaja dia memainkan pistol Raging Bull 454 miliknya di wajah milik Bloom.

“Bukan sekadar ugut. Buat pun boleh kalau aku nak. Aku tahu kau takkan kisah kalau aku bunuh ibu dan kakak tiri kau. Tapi aku nak tengok reaksi kau kalau aku gali balik kubur ibu bapa kau, lepastu tembak mayat mereka sampai hancur. Kau suka tak? "Bisiknya di telinga Bloom. Cukup untuk membuat gadis itu bergetar lutut.

Hampir-hampir saja dia terjatuh namun sempat berpaut pada dinding.

“Awak kejam" gumamnya. Terasa sesak nafas nya.

“Yes, flower. Sebab itulah diri aku kalau kemahuan aku tak dipenuhi. Jadi, kalau kau sayang ibu bapa kau. Marry me and I will make sure you'll be save" ucap Nathaniel sebelum meninggalkan Bloom yang sudah terjelopok di lantai itu.

Mi dispiace, ma questo è l'unico modo per te di stare sempre con me. (I'm sorry, but this is the only way for you to always be with me).

Bloom bangun dan masuk semula ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat. Biarlah nak tercabut sekalipun! Lelaki tu kan banyak duit nak ganti. Dia baring di atas katil dan menghamburkan tangisan di sana.

Kejam! Tidakkah dia punya sedikit rasa hormat pada orang yang sudah mati?! Sedangkan dia sehingga kini masih lagi sedih dengan pemergian mereka. Lelaki tu pula selamba ingin menembak jasad ibu bapanya. Go to the hell lah!

Walaupun sudah berkahwin nanti akan dia semat di hati yang dia takkan sesekali mempunyai walhal sekelumit rasa cinta pun pada lelaki tu.
Orang macam dia tak layak untuk dicintai! He's a devil!

Sementara di luar, Nathaniel sekadar berdiri di hadapan pintu bilik Bloom. Penumbuk digenggam erat. Rengusan kasar dilepaskan.

Bodohnya kau Nathaniel!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience