Bab 6

Mystery & Detective Series 2014

Selepas makan malam, Aku mengambil keputusan untuk tidur lebih awal. Setelah selesai membantu ibu membasuh pinggan dan mengelap meja makan. Aku segera masuk ke bilik tidurku. Terasa selesa apabila tubuhku sudah pun terbaring diatas tilam yang empuk.Tanpa sedar aku sudah pun terlena.

"Eh! Dekat mana ni!" terkejut aku melihat keadaan sekelilingku. "Inikan! Rumah usang yang sofeah ceritakan tempoh hari!" Kataku. Terasa pelik mengapa aku boleh berada disini. Sedang aku berfikir. Satu suara meminta pertolongan jelas kedengaran dari dalam rumah. " Eh siapa pula tu?" kataku lantas berlari menuju ke arah rumah yang tidak jauh dari tempat aku berdiri. Terlihat cahaya yang samar-samar dari celah lubang pada dinding rumah. Aku segera mengintai keadaan dalam rumah tersebut. Aku melihat ada tiga orang lelaki seorang daripada mereka sangat aku kenali. "Hafiz?" Kataku tanpa sedar telah menarik perhatian mereka untuk melihat siapa yang menyebut nama kawan mereka. Baru sahaja aku ingin melangkah pergi. Lelaki yang bernama hafiz sudah terpacak dihadapanku!

"hey! Nampaknya kita ada mangsa baru!" jerit Hafiz sambil mereka bertiga ketawa kegembiraan melihatku telah masuk ke dalam perangkap mereka. Aku cuba meloloskan diri dari mereka. Malangnya, mereka pantas menarik tanganku sehingga lengan bajuku terkoyak sedikit. Setelah mereka berjaya mengheret aku masuk kedalam rumah, aku melihat ada seorang perempuan berambut pendek paras bahu berbaju sekolah. Aku bagai terpaku melihat tanda nama pada baju perempuan yang terbaring lemah dihadapanku. "Dahlia auni? Diakah budak hilang yang dimaksudkan sufian? Jadi betullah ni semua sebab Hafiz." bisikku dalam hati. Air mataku tidak berhenti mengalir. Mereka mula memegang kaki dan tanganku. Aku menjerit sekuat hati agar ada orang mendengar dan membantuku untuk bebas dari cengkaman mereka. "Ibuuuuu! tolong tikaa!" jeritku berulang-ulang kali.

"Tika.. Bangun sayang. Tika..." berkali-kali ibu mengejutkanku. Akhirnya aku tersedar lantas memeluk ibuku yang duduk disebelah tempat aku tidur sambil menangis tanpa henti. Adikku Hanna dan Amira juga turut terjaga mendengar suaraku menjerit-jerit. "Kenapa ni?" soal ibu risau melihat keadaanku. "Tika mimpi buruk." kataku dengan suara yang tersekat-sekat. Ibu mengusap-usap kepalaku. "Mimpi ja tu. takda apa-apa" kata ibu cuba menyedapkan hatiku. Ibu menyuruhku untuk tidur semula kerana esok masih hari persekolahan. Agak lama juga aku sukar untuk melelapkan mata. Lebih kurang sejam lebih aku berusaha untuk tidur semula. Asyik terfikir tentang mimpi yang baru sahaja menghantui tidurku. Tanpa sedar akhirnya aku terlena dan terlupa tentang mimpi tersebut.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience