[Itali.]
[Tanggal Februari 2010.]
"The usual?"
"Yes, please."
Setelah membayar item tersebut, dia berjalan keluar daripada kedai bunga itu.
"What's with the rose?"
Sierra selamba menjawab, "Don't worry bout that. It's just her ritual."
Adriana tersengih mendengar alasan kawannya itu. Ah biarlah, malas dia menerangkan sebab membeli bunga. Mungkin saja 'ritual' merupakan alasan yang baik.
"Where's Ben?" Adriana baru perasan kehilangan seorang kawannya.
"Boom!" Ben mengejutkan mereka dengan muncul secara tiba-tiba.
Adriana hanya menggeleng manakala Sierra sudah memukul bahu Ben dengan kuat.
"Idiot!", Sierra mengutuk.
Ben tersengih. "I know you like it."
Sierra menjeling. "Please."
Kawan yang lain hanya ketawa melihat telatah pasangan bercinta itu.
Adriana meleraikan pergaduhan mereka dan mula menarik Sierra untuk pergi ke tempat yang di ingini.
Kawan yang lain awal-awal sudah bergerak ke tempat lain. Mereka berjanji untuk bertemu kembali di sebuah kedai makan pada waktu tengah hari.
Mereka keluar untuk berjalan-jalan kali ini secara berkumpulan dengan enam orang. Dua orang lelaki, dan selebihnya perempuan.
Yang mengikuti Adriana ke Pantheon ialah Sierra dan Ben.
"There's so many people today." Ben mengeluh.
Adriana menepuk bahu kawannya. "It's fine. You guys go where you want. Eat something. I'm just going to put the flower anyway. Wait for me at the gate will you?"
"Alright." Sierra menarik Ben ke tepi. "Take your time, Ana."
"But not too long yeah!" Ben mengingatkan. "Bad things happen when left alone with her."
"What?" Sierra menolak badan Ben. "We're couple!"
"Goosebumps." Ben mengusik.
Sierra yang geram terus pergi daripada tempat itu.
Adriana tertawa melihat karenah kawannya. "Uh oh, who's going to be single today?"
Ben tersengih. "Oh shut up."
Ben menunjukkan signal 'peace' sebelum berlari mengejar teman wanita yang merajuk.
Adriana menyelit disebalik orang ramai sehinggalah dia ternampak dua orang lelaki di altar. Salah seorang daripada mereka seperti pernah dilihat.
"Weird." dia menggeleng kepala lalu pergi ke altar dan meletakkan bunga ros yang dibeli tadi.
Adriana sedikit geram melihat posisi lelaki itu. Hatinya pun bersuara; kenapalah lelaki ni berdiri betul-betul di tempat biasa dia meletakkan bunga pula? Aduhai...
Kenapa lelaki ni merenungnya semacam? Kalaulah kawannya ada di sini...
"Ana, we're heading back!", kemunculan Ben yang memanggil sambil melambai tangan membuatkan dia rasa sedikit lega.
"Wait for me!" Laju dia mengekori kawannya, tetapi tiba-tiba saja ditahan.
"Why you put the flower there?"
Adriana terdiam melihat dua orang asing di hadapannya. "Uh...?"
Lelaki itu terlihat geram. Pertanyaannya menjadi lebih kuat.
"Anthony, what's wrong?", kawannya cuba meleraikan tetapi ditepis.
Ben yang memerhati dari tadi terus datang dan merentap tangannya daripada lelaki asing itu.
"What happen?", dia bertanya kepada Adriana.
Adriana mengangkat bahu. "I just put the flower like usual."
"We're sorry. I'm Liam and-" suaranya yang perlahan tenggelam apabila dipotong oleh kawannya yang semakin menggesa.
"Let's go." Ben merenung Anthony dan Liam silih berganti sebelum beredar dengan menarik tangan kawannya.
"Thanks Ben." Adriana berkata perlahan. Walaupun berasa sedikit lega, hatinya sedikit gundah. Kerana itu dia menjenguk kembali ke altar untuk melihat lelaki itu semula.
Lelaki yang merentap tangannya tadi sedang mengambil bunga merah yang diletakkan tadi. Entah kenapa, pertemuan mereka tadi seperti ada rasa kebiasaan.
Jika benar, di mana dia menemuinya?
****
"Hey, sorry about our plan." Sierra memohon maaf.
Tadi memang mereka berjanji untuk berjumpa di pagar utama tetapi entah kenapa tiba-tiba saja perutnya sakit. Kepala pun terasa pening.
"I'm okay."
"You know Ana, you can just go with them to visit the site. I'll just gonna take a nap."
Adriana sengih. "Nah. My best friend is sick. I rather rain check our tour, no?"
Ben datang dengan dua minuman sejuk dan satu minuman teh panas. "Here girls. You drink this hot tea. It'll help with the pain."
"Thanks."
Share this novel