dua puluh dua

Romance Series 207093

"Kamu termenungkan apa tu Qis?" Ust Suraya duduk di sebelah anaknya yang memonyok daripada pagi tadi.

"Takde apa la mi.. Qis okay je." senyuman hambar cuba dipamerkan pada si ibu. Menyembunyikan perasaan.

"Umi tahu kamu masih fikirkan pasal Khalish lagi kan? Sudah sudah la tu.. dia pun dah jadi suami orang, tak baik.." tangan anak bongsungnya itu digenggam dan ditepuk perlahan, menenangkannya.

Risau juga Ust Suraya dengan anaknya itu, tampak seperti masih tak boleh menerima kenyataan bahwa lelaki pilihan uminya itu sudah berkawin dengan wanita lain.

Sudah beberapa orang juga yang datang melamar anaknya itu, seorang polis, seorang guru dan penceramah tapi semuanya ditolak.

Katanya mereka tak seperti Khalish. Memang mereka tak seperti Khalish kerana lelaki itu punya rupa paras dan kekayaan.

Itulah motif utamanya. Harta. Dia ingin hidup dalam kemewahan. Selalu dia berharap hidupnya akan jadi seperti watak-watak utama perempuan di dalam novel yang akan berkawin dengan CEO syarikat mahupun orang-orang yang berada.

Itulah darjatnya.. yang selayaknya untuk wanita seperti dia.

Tapi hingga kini tiada lagi yang sekaya Khalish datang melamarnya. Bagi Qistina, dia lengkap segalanya yang dimahukan seorang lelaki.

Berwajah bujur dengan berkulit kuning langsat, kecil molek dan bertudung labuh. Tinggi ilmu agama, berakhlak baik dan punya pekerjaan terpuji.

Apa kurangnya dia jika dibandingkan dengan perempuan bernama Shira itu? Hebat sangatkah dia?

Lihat saja gaya pertuturan Shira padanya melalui WhatsApp malam itu amat menyakitkan hati. Baikkah perempuan begitu? Suka mencarut dan lantang bersuara.. tak sesuai langsung dijadikan seorang isteri. Tak langsung setaraf dengannnya.

Qistina akan berusaha semampunya kerana dia yakin, doanya akan dimakbulkan dan wanita baik sepertinya layak menerima lelaki dia mahukan.

Dan dia sudah memilih Umar Khalish sebagai orangnya.

~~~~~~~~~~~~~~~

"Kan dah sakit. Sape suruh tak bagitau Shira? Keluar senyap-senyap pulak tu, kalau jadi pape tadi macam mane? Haish.. abang ni kan, kalau bukan suami Shira memang dah piat-piat telinga tu. Degil."

Bebelan Shira mendiamkan Khalish, dia hanya memerhati wanita yang berada di kakinya itu sambil mengusap haiwan peliharaannya.

Dia sebenarnya malu nak memberitahu Shira tentang kucing baka American Bobtail nya. Kucing dan lelaki? Urgh..

Jatuhlah standard cool nya.

"Len kali jangan nak sembunyi-sembunyi lagi faham? Ni kalau Shira tak datang cari abang tadi memang duduk kat longkang tu jela jawabnya.. Abang ni bukan boleh percaya, entah-entah sampai maghrib pun statik dekat situ jugak." bebelannya masih tak berhenti.

Mana tidaknya, Shira menjumpai Khalish yang terduduk di atas tanah dengan pakaian kotornya kerana lompat ke dalam longkang untuk menyelamatkan kucing peliharaannya. Dah tu bukan dia nak bangun, masih duduk di situ bersama Bob dalam pelukannya.

"Dah.. sekarang abang pergi naik atas, mandi sekali lagi, bawak kucing abang ni sekali. Pastu turun bawah, kita breakfast..faham?" tegas suara Shira mengarah.

Khalish memuncung, protes. Tapi dia langsung tak melawan. Lelaki itu berjalan meninggalkan Shira dan memanggil kucingnya.

"Bob, let's go." suaranya dingin tanpa nada tapi cukup menarik perhatian Shira.

Kucing baka besar seberat hampir 6kg itu mengikut langkah si tuan. Terkedek-kedek catwalk nya bergandingan dengan Khalish ke tingkat atas.

'Hai..pandai pulak Bob ikut kata dia.'

Shira menekup mulut, excited. Macam fan girl k-pop pula gayanya sedangkan di depannya kini Khalish saja, suaminya.

Dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya Shira turut naik ke atas, mahu menyediakan pakaian ganti Khalish.

Kemudian dia turun semula. Setelah mereka selesai sarapan bersama-sama ahli keluarga baru, Bob, Shira mahu berbincang sesuatu pada Khalish. Mereka ke ruang tamu pula.

Bagi Shira open-talk is better daripada timbul salah sangka kemudian hari. Biarlah dia nampak queen-control dan terdesak sekalipun, asalkan tiada yang mengganggu rumah tangganya.

"Hmm?" Khalish bertanya sambil leka dengan Bob di dadanya.

"Siapa Qistina?" soal Shira bagaikan bos besar. Kedua tangan memeluk tubuh dan kaki disilangkan. Berlagak.

Halkum Khalish naik turun laju. 'Mana dia tahu pasal Qis? Hmm..'

"Kawan." jawabnya sepatah.

Diam.

"Kawan rapat?" wajah Shira serius habis, cuak juga Khalish bertentang mata dengan pandangan tajam Shira, bagai mencari kesalahannya.

"Biasa." Khalish menunduk. Dia bukan takut bini, cuma dia tak sukakan Shira yang ini.. dingin.

"Lagi? Tak kan itu je?" Shira masih serius. Dia tak mahu Khalish menipunya, dia nak tahu segalanya tentang perempuan bernama Qistina itu.

Khalish gemuruh, Bob di dadanya diusap lembut.

'Apahal dia garang tiba-tiba ni? Nak melawan ke tak ek? Lagipun aku suami bukan dia..' desis sisi gelap Khalish.

"None of your business." Khalish menjawab mendatar. Mata mereka bertentangan.

Hot vs Cool.

"It's my business because you're my husband Mr Umar Khalish." tegas suara Shira.

Suasana tegang. Baru 5 hari bernikah, inilah kali pertama mereka begini. Khalish yang tak sukakan pergaduhan dan tegang lidah akhirnya mengalah.

Dia mengeluh berat sebelum berkata malas.

"She's no one. Just a friend. Hurm.." malas mahu meneruskan perbincangan itu, Khalish bangun untuk keluar dari rumah.

Shira pantas menghalangnya. Lengan Khalish dipegang lembut.

"Abang nak ke mana ni? Tibe-tibe je.." Shira bertanya musykil.

"Keluar. Aku tak suka duduk dengan kau." perlahan saja suaranya tapi menyentapkan Shira.

Khalish bertutur tanpa berfikir panjang dan memikirkan perasaan Shira. Dia hanya mahu mengelakkan masalah tanpa menyedari konflik yang dia timbulkan.

"Lepaslah.." tangan Shira direntap sebelum dia melulu keluar. Kunci kereta yang tersangkut berdekatan tv diambil. Bob ditinggalkan di ruang tamu.

Shira gabra, menyesali keraguannya pada Khalish.

"Bang.. bang.. Shira minta maaf.. abang nak ke mana ni? Tak payah la pergi.. bang!" Shira cuba menghentikan langkah Khalish tapi langsung tak berhasil.

Lengan Khalish yang ditahan tapi setiap kali itu akan direntap kembali sehinggakan..

"Lepas! Kau jangan ganggu aku!! Semaklah!" Khalish merentap kuat tangan Shira di lengannya menyebabkan Shira jatuh terduduk.

"Ahh..au.." desis Shira perlahan.

Tak mempedulikan Shira yang mengaduh kesakitan dia melangkah keluar. Panggilan tak henti dari gadis itu dia abaikan.

Pintu ditutup kasar.

Bum!

Khalish tak menoleh lagi, dia terus masuk ke dalam kereta dan memandu keluar. Lari daripada masalah.

Dia tak sukakan Shira yang begitu mengambil kesah hal peribadinya. Mengapa perlu wanita itu persoalkan hubungannya dengan Qistina?

Qistina adalah perempuan yang baik pada pandangan Khalish, mengapa Shira tampak seperti mahu menuduh Qistina yang bukan-bukan?

'Mungkin aku patut pertimbangkan apa yang Qis cakapkan..' terdetik di hatinya.

Sejujurnya dia tiada langsung perasaan pada gadis itu tapi perangai Shira buatkan dia menyampah. Jika diberi pilihan Shira dan Qis.. Dia akan pilih Qis.

Perempuan yang menyenangkan dan tak banyak karenah seperti Shira. Menyesal pula dia membiarkan diri rapat dengan Shira sebelum ini.

'Aku akan pastikan 6 bulan ni kau tak akan mampu buat apa-apa dan jauh dari aku.. aku akan pastikannya.'

Khalish terus memandu ke officenya, biarlah dia sibukkan diri dengan kerja-kerjanya daripada teringatkan Shira di rumah.

Sakit hati, sakit mata dan sakit jiwa jika dia berlama-lamaan dengan Shira di rumah itu.

Shira pula sebaik saja deruan enjin kereta keluar daripada perkarangan rumah, matanya mula memanas. Tangan naik mengesat tubir mata yang mula ditakungi air.

'Aku tak akan menangis, aku bukan lemah seperti yang kau sangkakan.. makin kau menjauh, aku akan sentiasa mengejar sehinggalah kau sedar betapa dalamnya cinta aku pada kau wahai suami..'

Tekad Shira. Dia akan menunggu kepulangan Khalish dan memulihkan keadaan. 'Semuanya akan baik saja..

Ya..

Aku harap begitu.'

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-06-25 20:39:16 

jap jap.knapa sy je brada dlm komen yg kt bwh cerita.mn yg lain..hahhaha

Mimie Harmiza
2020-06-25 20:38:06 

teremo pulk.huhu...

Mimie Harmiza
2020-06-25 20:37:44 

kdg rsa sakit hti jgk dgn shira..tlalu cuba untuk dptkn khalis tnpa sdar buat hti dia smakin tluka.tp tulh bila hti kita dah syg kita sngup biar hti tluka bribu kali demi mgejar skeping hati


NovelPlus Premium

The best ads free experience