BAB 4

Mystery & Detective Completed 2119

Malam semakin hening. Aku berbaring di atas katil. Mata terkelip-kelip memandang atap zink rumah Tok Lepat . Ketika ini jam sudah pun menginjak ke angka dua belas. Namun aku masih lagi belum diserang kantuk. Entah mengapa sejak selepas makan tadi resah di dadaku bagai tidak mahu berhenti. Bermacam bayangan ngeri dating menerpa akal. Apa lagi dengan kejadian yang menimpaku semasa di tangga tadi. Aku jadi takut.

Mata ku pejamkan rapat-rapat. Cuba menenangkan diri agar tidak terlalu memikirkan hal tadi. Namun tak sampai satu minit aku pejamkan mata, terasa ada tangan yang cuba menyentuh badanku. Serta-merta mataku kembali terbuka.

“Hahaha!”

Aku terkejut bukan kepalang saat mata menjamah sosok satu lembaga yang berdiri betul-betul di sebalah katilku. Menyeringai ngeri memandangku. Aku mahu menjerit, tapi suara pula bagai tersekat di kerongkong.

Pup! Lampu tiba-tiba terpadam. Aku semakin kaku. Dari baring, aku duduk bersila. Bantal aku peluk kemas. Ayatul Qursi aku baca dalam hati. Mengusir rasa takut sekaligus menenangkan diri sendiri yang sedang ketakutan.

Tidak lama kemudian, lampu kembali bernyala. Lembaga tadi telah hilang. Aku menarik nafas lega. Mataku terarah ke jendela yang terbuka luas. Menderu-deru angin masuk menampar tubuhku sehingga aku kesejukan. Air liur ku telan kasar. Mahu tak mahu aku melompat turun dari katil untuk menutup semula daun jendela.

Baru sahaja aku mahu menghampiri petak jendela, lembaga ngeri tadi elok bertenggek di atas bidai. Aku terundur beberapa tapak. Sungguh, aku rasa mahu rebah. Ayatul Qursi aku baca kembali. Namun serasa tak berfungsi.

“Hihihi!!” Lembaga itu mengilai kuat.

Aku menggigil ketakutan. Tubuhku semakin longlai, mahu rebah ke lantai rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience