“Kau ni Auni, jomlah ! Aku nak beli something ni. Boleh ye? Jomlah Auni?” Qisya menarik-narik tangan kananku sehingga aku terdorong untuk masuk ke dalam Guardian.
“Hisy !!! Nenek sorang ni lah, susah betul nak kawal kalau pasal kecantikan. Taulah muka sebijik macam Scha al-yahya, tapi tak payahlah nak mekap banyak-banyak, nanti jadi hantu baru tau!!” Marahku kepada Qisya yang nampak excited kalau jumpa barang-barang kecantikan.
“Alorhhh!! Aku nak beli mask lah, muka aku dah kusam sebab satu minggu lebih tak pakai mask, boleh ye Auni ku sayang??” Qisya berkata sambil tersenyum dan mengelipkan matanya.
“ Baiklah Qisya nenekku” Aku juga tersenyum melihat telatah Qisya yang bagai keanak-anakan. “Tapi cepat sikit, aku nak masak sebelum zohor ni, biar sejuk sikit. Hehe. Lagipun esok setahu aku, ada kelas dengan Madam Anne kan?” Aku menyatakan persetujuan.
Di dalam Guardian Qisya menarik mask sebanyak tiga bungkus, pencuci muka Eversoft, dan bedak kompek Maybelline, spare-part katanya. Aku pula mengambil pencuci muka Cetaphil dan gel mandi berbau Lavendar.
“Qisy, kau kata nak beli mask je?” Aku bertanya “Alah ! Kau ni, aku nak buat spare-part sikit. Hehe” Qisya tersenyum
Sesampainya mereka di rumah sewa.
“Qisya esok kita ada kelas dengan Madam Anne, kau dah buat persediaan untuk esok belum? Sebab esok kelas kita pukul lapan pagi tepat.”
“Aku sentiasa bersedia sayangku” Qisya memberikan jawapan persis seorang lelaki ingin mengurat gadis pojaannya. Sekali, Qisya mendapat habuan daaa !
Jam tepat menunjukkan pukul enam lima puluh pagi dan telefon bimbit milik Auni mula berdering.
“A saranghaeyo
Nan neukdaego neon minyeo
Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
Nan neukdaego neon minyeo’
Sebaik sahaja Auni membuka matanya, dia mematikan telefon bimbitnya dan mengucapkan syukur kepada Allah dan tersenyum kerana hari ini dia bakal berjumpa dengan jejaka pujaannya yang kacak lagi comel itu di universiti.
“Alhamdulillah aku masih hidup, Danish Uwais I’m coming wait for me okay.” Auni berkata dengan telatah comelnya. Lumrah perempuan.
Auni bangkit dari katilnya dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri setelah itu bersiap untuk ke kelas pada pukul lapan tepat.
“Qisya Nur, kau dah siap ke belum lagi? Lambatnya nenek sorang ni, setakat nak pergi kelas je, jangan dia melawa macam semalam sudah” Bebel Auni sendirian. Selepas itu Auni menghidupkan enjin kereta untuk memanaskan terdahulu enjin kereta.
“Auni, kau janganlah tinggalkan aku, aku nak pergi dengan siapa nanti? Auni !!! Sorry-sorry aku lambat, aku bangun pukul tujuh lima minitlah tadi” Setelah mengunci pintu rumah sewa mereka, Qisya berlari mendapatkan Auni yang menunggunya di dalam kereta. Dan HondaJazz merah itu, meluncur laju menuju ke Universiti mereka.
Suasana di dalam kelas itu riuh dengan suara rakan-rakan sekelas Auni dan Qisya. Mereka mengambil tempat di tengah yang masih kosong. Sambil-sambil menunggu Madam Anne tiba, Qisya dan Auni berbual kosong dan mata Auni liar memandang kawan-kawan sekelasnya, hatinya tertanya-tanya di manakah lelaki pojaan hatinya sedang berada. Setelah beberapa minit Madam Anne pun tiba.
Madam Anne memulakan kelas seperti biasa, tetapi kelas kali ini Auni berasa sedikit kecewa kerana Danish tidak kelihatan. Setelah lebih kurang lima belas minit kelas bermula, tiba-tiba…..ketukan di muka pintu membuatkan kelas kami sedikit terganggu. Madan Anne membuka pintu dan terpacul muka Danish yang sedang termengah-mengah akibat kelam kabut berlari mungkin.
“Madam Anne, I’m so sorry because I’m late ! The bus leave me ! I’m so sorry, please give me second chance to change all of this. Please ?!” Kata Danish yang fasih berbahasa Inggeris. Dengan muka satu sennya
“Okay, this time saya akan bagi awak peluang untuk masuk, but this is the first and the last, if you do it again sorry I can’t help you, I’ll just can say Hi-hi and Bye-bye.” Balas Madam Anne dengan tegas.
“Thanks. Thank you very much Madam Anne, you’re the best Madam in the world” Danish memberikan senyuman yang lebar lagi manis kepada Madam Anne.
Share this novel