BR 04

Romance Series 4386

"Ya, ampun. Korang pergi mana tadi hah? Curi tulang eh? Risau kita orang ingat kena culik tadi. Tetiba hilang." Syahira membebel sebaik sahaja melihat dua wajah sahabatnya yang menghilang seketika tadi.

"Heee."

"Apa hee heee."

"Sorrylah Syeira. Mia ni tadi sibuk usyar budak-budak main. Tu yang lambat sikit. Bukan sengaja." Bella membela diri namun tidak pula menceritakan situasi yang berlaku sepenuhnya.

Mia pula diam seribu bahasa.

"Dah, dah. Jom sambung shopping." Kaira mencelah setelah merasakan ada yang tidak kena kena.

Tanpa berlengah mereka berempat menuju ke kedai-kedai yang terdapat di sekitar Mydin Mall.

Watson, Guardian, Popular, Kasut You dan macam-macam lagi. Sememangnya itulah antara kedai yang sentiasa menjadi tempat tujuan kegemaran mereka apabila berada di Mydin Mall. Perempuankan, tak sah kalau tidak singgah ke kedai-kedai seperti itu. Tidak lengkap rasa perasaan 'shopping' itu bila tidak singgah ke kedai-kedai tersebut meskipun mereka tidak membeli sangat.

Habis semua kedai yang berdekatan mereka masuki. Beg-beg plastik di tangan semakin bertambah.

"Arghh!"

"Kejap-kejap, penat. Kita rehat jap." Kaira mula termengah-mengah.

Jarinya menunding ke arah bangku kosong berhadapan kedai Celcom itu.

Nasib baik ada bangku kosong, Kaira berkata dalam hati. Lenguh pula kakinya masa-masa begini. Selalunya baik sahaja. Mengada-ngada betul.

Keadaan di Mydin Mall semakin sesak.

Mungkin kerana waktu kemuncak di mana ramai insan yang singgah untuk membeli-belah sebelum tibanya waktu malam yang kian hampir.

Mereka berempat melabuhkan punggung di bangku kosong itu sambil meregangkan urat kaki yang terasa lenguh. Kaira turut menumbuk-numbuk bahagian kakinya.

Mata mereka tidak lepas memandang pusuan manusia lain yang mempunyai destinasi kedai yang berbeza-beza.

Ada juga yang berhenti seperti mereka, melepaskan lelah yang terasa.

Dalam lautan manusia itu, Mia terpandang seraut wajah yang mengganggu mindanya.

Tanpa berlengah kakinya terus berlari ke arah insan tersebut.

Tanpa dia sedar, dia terlanggar seorang perempuan sehingga kedua-duanya jatuh terjelepuk.

Bella, Syahira dan Kaira yang sedang santai-santai di atas bangku itu terpegun melihat tingkah Mia yang tiba-tiba sahaja berlari ke tengah laluan orang ramai dan merempuh seorang perempuan.

Namun, lamunan mereka terhenti apabila mendengar perempuan itu memarahi Mia.

Kelam kabut mereka berlari ke arah Mia. Sahabat weh, takkan tak tolong.

"Hei buta ke? Main repuh orang sesuka hati, sakit tau!" jerit perempuan muda itu yang di bantu oleh seorang lelaki untuk bangun.

"Aa-a s-sorry sorry, cik. Maafkan kawan saya. D-dia emergency nak pergi toilet." gagap Kaira membalas tengkingan perempuan muda itu. Alasan pun main tibai je ni. Uish mak ai, garang noo betina ni, desih hatinya saja.

"Hei, gila!" bentak perempuan itu tidak puas hati.

Dengan menghadiahkan jelingan kepada Mia, dia menarik tangan lelaki di sebelahnya.

Kekasih kot.

Nasib baiklah tidak ramai mata yang memerhati kerana keadaan sedikit bingit ketika itu dengan bunyi lagu yang sedang dimainkan.

Bella dan Syahira membantu Mia bangun.

Stabil dari jatuhan tadi, Mia cuba untuk berlari lagi tetapi sempat ditegah oleh Syahira yang menggenggam erat lengannya agar tidak terlepas.

"Mia, kau nak pergi mana ni? Tiba-tiba lari macam tadi? Kau nak kejar siapa ni?" marah Syahira yang cuba menahan suara daripada menjerit.

Bengang dengan sikap Mia yang aneh petang ini.

Genggamannya dikemaskan bila rontaan Mia semakin menjadi.

"A-aku aku n-nampak."

"Nampak siapa?"

"Aku n-ampak someone."

Mia menjawap dengan nafas yang terputus-putus.

Matanya juga sudah memerah.

Tanda dia sedang menahan air matanya dari jatuh.

Mia terus meronta, minta untuk dilepaskan. Entah mengapa dia merasakan dia kenal akan raut wajah itu. Seperti ada angin rindu yang meniup hatinya apabila terlihatkan wajah lelaki itu meskipun hanya sekilas.

"Mia, stop it. Kita balik sekarang. Aku rasa kau salah orang. Kau pun tak tahukan siapa yang kau nampak. Jadi hentikan. Tak guna pun kalau kau cari. Yang kau nampak tadi orang lain. Mungkin pelanduk dua serupa... Okey. Kita balik." tegas Bella dan memberi isyarat kepada dua sahabatnya itu agar mereka segera beredar.

Dia tidak mahu Mia berterusan di situ dan mencari orang yang tak mungkin akan muncul.

Mia pula hanya berdiam diri. Kaku. Dia sendiri tidak tahu sebab yang menyebabkan dia jadi begitu. Kadang-kadang dia sendiri pelik akan sikapnya. Mencari yang tidak pasti. Rindu pada yang tidak wujud. Gila!

Ligat tangan Kaira mengambil plastik barang mereka yang berada di atas lantai dan bergerak ke tempat kereta.

Kaira dan Syahira saling berpandangan kerana bingung dengan situasi yang baru belaku.

"Siapa pelanduk dua serupa tu Syeira? Kau tau apa-apa ke?" bisik Kaira.

"Tah, aku tak tau weh. Nanti-nanti la kita tanya." tangan Kaira segera menekan punat 'unlock' pada kunci keretanya setiba sahaja di hadapan keretanya.

Suasana di dalam kereta menjadi sepi dengan situasi yang terjadi pada Mia.

Masing-masing berdiam diri. Kaira terus memandu pulang ke rumah tanpa banyak bicara.

Namun, dia pasti hal ini akan berbangkit setibanya mereka di rumah.

Mahu tidak mahu mereka perlu berbincang untuk meredakan sengketa hati Mia.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience