Chapter 23

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.23 Eternal Sleep

Normal POV

Keesokkan harinya , member KRS dan sisa Olala berkumpul di kafe hotel untuk sarapan bersama.

Mereka makan seperti mayat hidup. Tiada lagi suara bising. Tiada lagi 'everyone talk in one time'. Tiada lagi ketawa yang memecahkan keheningan. Semuanya sunyi. Hanya bunyi sudu dan pinggan sahaja yang dapat didengari.

"Mana Nad dengan Yaya?" tanya Put.

Tiada respon. Put mengeluh perlahan. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Nak pergi mana?" tanya Olyn. "Aku tak rasa aku boleh kekal duduk macam ni kalau sorang lagi kawan aku mati." katanya dengan nada lirih.

Put mengeluh lagi. "Aku nak pergi check Yaya dengan Nad sekejap. Aku janji aku datang balik kejap lagi.." kata Put.

"Be careful ," pesan Olyn.

Put mengangguk perlahan.

*

Semasa dalam perjalanan ke bilik , Put terserempak dengan Nad. Nad nampak terburu-buru.

"Nad? Kau okay tak?" tanya Put.

"Put! Thank god.." Nad memegang bahu Put. Terdapat sebungkus plastik merah tergantung di tangannya.

"Kenapa ni?" tanya Put lagi.

"Kau sebilik dengan , Yaya kan?" Put mengangguk.

"Haa , tadi aku pergi bilik kau sebab nak ajak Yaya sarapan. Yaya cakap dia tak larat nak turun. Bila aku rasa dahi dia , panas gila! Tu yang aku lari ambil ubat ni dekat bilik aku." cerita Nad.

"Yaya demam?" Put mengerutkan dahinya.

Nad mengangguk. "Kau boleh tolong kasi ubat ni dekat Yaya , kan? Aku dah lapar gila ni. I asumed that you already have a breakfast.."

"Boleh. Dan , yeah. Aku dah sarapan tadi." Nad tersenyum. Dia memberikan plastik yang berisi ubat itu kepada Put. "Dah , kau pergi lah sarapan sana. Aku boleh handle Yaya.." kata Put.

"Thanks Put. Kalau aku tak jumpa kau tadi , mati kelaparan lah aku.."

Put tertawa kecil. "Melebih lah kau ," dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Nad tersenyum lagi sekali sebelum berlari meninggalkan Put.

Put sambung berjalan ke biliknya. Dia membuka pintu bilik dengan perlahan.

"Ya..?" Put memanggil Yaya. Dia lihat Yaya sedang tidur dengan tenang.

"Yaya..? Bangun. Ni aku ada bawak ubat untuk kau. Nad kata kau demam." Put mengeluarkan ubat dari plastik yang dia pegang tadi. Dia menuang air di dalam gelas yang terdapat di atas meja.

"Put?" Yaya memanggil Put. Suaranya tersekat-sekat.

"Yeah?" Put duduk di tepi katil.

"Sejuklah. Kau boleh tutupkan aircond tak?" tanya Yaya. Matanya terpejam rapat.

"Aircond dah tertutup lah , Ya.." kata Put.

"Still sejuk weh.." Yaya menghembuskan nafas melalui mulutnya.

Put merasa dahi Yaya. "Ya Allah , panasnya.." kata Put. "Ya? Kau ada makan apa-apa tak tadi?" tanya Put. Dia ingin memastikan Yaya makan terlebih dahulu sebelum meminum ubat yang di bawanya.

"Tadi aku ada makan sikit roti yang aku beli semalam.." kata Yaya dengan perlahan.

"Baguslah. Now kau kena minum ubat dulu. Lepas tu kau boleh sambung tidur balik.."

Yaya mengangguk perlahan. Put membantu Yaya menegakkan tubuhnya. Yaya menelan dua biji capsul berserta air yang di tuang Put tadi.

"Okay , kau dah boleh tidur. Aku nak turun dulu. Kalau kau nak apa-apa , kau telefon aku." kata Put. Yaya mengangguk lemah. Put berjalan untuk keluar bilik. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap.

"Put ," panggil Yaya. Put berpusing. "Be careful , please?" pesan Yaya. Put tersenyum kecil.

"I will , Ya. I will.." katanya sebelum keluar dari bilik. "Mintak-mintaklah tak ada apa-apa yang berlaku.." gumamnya.

Dia berjalan menjauhi bilik yang dia kongsi bersama Yaya tadi.

*
*

"Yaya mana?" tanya Olyn setelah Put duduk di sebelahnya.

"Tidur. Dia tak sihat." jawab Put ringkas. Melihat wajah risau Olyn , Put langsung menambah. "Dia tak apa-apa. Cuma demam. Aku dah bagi ubat tadi , bangun nanti okay lah dia tu.."

Olyn mengeluh lega.

-

Sehabis makan , seperti biasa , Olyn akan menghilangkan dirinya. Dia bukan tidak suka duduk lepak dengan member KRS. Tapi sejak kematian Ainaa , Annur dan Alyn ini.. Dia langsung tidak bergaul dengan sesiapa lagi. Dia lebih suka menyendiri.

Siapa yang pakai baju t-shirt KRS pada hari kematian Ainaa?

Persoalan itu yang wujud di kepalanya sejak semalam. Dia cuba mengingat siapa yang pakai baju t-shirt KRS itu lima hari lepas.

Ramai.

Itu sahaja yang dia ingat. Dia mengingatkan dirinya untuk bertanya kepada rakannya bila dia balik hotel nanti. Dia sudah tidak boleh berdiam diri lagi. Cuti sudah semakin hampir penghujungnya dan rakan-rakannya seorang demi seorang mati.

"OLYN!!" Olyn berpusing kebelakang apabila mendengar seseorang menjerit namanya.

Dia mengangkat keningnya sambil memandang Yasmin dan Ani yang sedang berlari ke arahnya.

"Olyn!! ..Ya- Yaya!" Yasmin menarik tangan Olyn.

Olyn menjadi cemas. "Kenapa dengan Yaya!?" tanya dia.

"Mulut Yaya berbuih-buih tadi , lepas tu dia berhenti tiba-tiba. Put rasa nadi dia , tapi.." Ani tidak menghabiskan ayatnya. Mata Olyn membulat. Dengan pantas dia berlari ke arah bangunan hotel mereka meninggalkan Yasmin dan Ani.

Olyn tiba di bilik Put dan Yaya yang dipenuhi rakannya 20 minit kemudian. Nafasnya tersekat-sekat. Olyn menolak rakannya ketepi.

"YAYA!!" hati Olyn berkecai apabila melihat dan mendengar ratapan Put. Olyn tersedak perlahan , matanya terasa panas. Dia tidak mempu berkata apa-apa. "Yaya jangan tinggalkan aku! Bangunlah.." rayu Put.

Tiada pergerakan yang Put terima dari Yaya. Tangisannya semakin kuat. Dia memeluk tubuh tidak bernyawa Yaya dengan erat.

Why is this happen to us..? Batin Olyn. Air matanya gugur setitik demi setitik. Dia terduduk di lantai. Dia menarik lututnya ke dada dan memeluknya.

"Olyn.." dia terdengar Put memanggilnya. Dia mengangkat kepalanya dan memandang mata merah Put. "Kenapa orang ni kejam sangat..?" kata Put dengan perlahan.

Air mata Olyn semakin deras mengalir. Dia tidak menjawab pertanyaan Put tetapi memberi respon dengan menggelengkan kepalanya dengan lemah.

Tangisan menjadi esakkan. Olyn menumbuk-numbuk lantai batu itu dengan kuat. Dia menggoyangkan tubuhnya ke hadapan dan ke belakang.

"Olyn , stop. Tangan kau sakit nanti ," Mira menghentikan tangan Olyn. Olyn berhenti menangis. Dia berdiri.

"Aku rasa , Yaya keracunan." kata Engku. Mereka semua memandangnya.

"Macam mana?" tanya Inder.

"Apa yang dia makan tadi?" tanya Engku. "Put?"

"D- dia kata dia ada makan roti yang dia beli semalam sebelum dia makan ubat." kata Put.

"Is that posible if those bread were poisoned?" tanya Faezah.

"Nothing imposible.." jawab Engku. "Ada sample roti tu tak?" tanya Engku.

Put mengangguk. Dia mengeluarkan sebungkus plastik berisi roti dari laci dan memberinya kepada Engku.

Mengku membuka bungkusan itu lalu menghidunya. "Bau macam roti biasa.." gumam Engku perlahan. "Faezah , nah makan." Engku memberikan secebis roti kepada Faezah.

"Woi , kau nak aku mati ke!?" Faezah terkejut.

"Roti ni selamat. Tak ada apa-apa dalam roti ni. Mungkin..ubat tu?" tanya Engku sambil menunjuk ubat dia atas meja.

"Siapa yang bagi ubat tu Put?" tanya Iffa.

.......
.......
.......
.......
.......
.......
.......
.......

"Nad"

**

Yunichi Kogoya 1:22 PM (20 hours ago)
Chap.24 Ending? "Nad.." * Olyn's POV -- "Nad!?" aku mencari-cari Nad di dalam...

Yunichi Kogoya
1:23 PM (20 hours ago)

to me
Malay
English Translate message
Turn off for: Malay
Chap.25 The Real Ending..

Normal POV

Olyn terbangun dari tidurnya. Kepalanya terasa sakit dan badannya lenguh-lenguh. Dengan perlahan dia membuka kedua-dua belah matanya.

Olyn terdengar bunyi tepukan. "Wha..?" dia terkejut apabila terpandang Nad sedang menyeringai di hadapan wajahnya.

"Good morning , Sunshine.." Nad terkikih. Olyn cepat-cepat menukar posisi baring yang menyakitkan itu. Dia berdiri sambil memegang kepalanya.

Mimpi lagi!? What the fuck!? Bila aku nak bangun ni!?

"Best tak mimpi tadi? Mesti kau ingat semua ni mimpi je kan?" tanya Nad.

"Ma- mana kau tahu aku mimpi!?" Olyn panik.

"Itulah yang bestnya bila ada kawan yang mampu kawal mimpi ni.." kata Nad. Dia memutar-mutar pisau yang berada di tangannya. Seringaian yang hodoh itu masih ada di wajahnya.

Olyn memandang seluruh bilik. Matanya membulat apabila melihat Put tidak sedarkan diri di atas sebuah kerusi dengan tangan yang diikat dan darah mengalir dari kepalanya.

"Put? PUT!!!" Olyn menjerit sekuat hati. Dadanya berdebar-debar. Dia takut Put sudah mati seperti rakannya yang lain.

"Put..dah mati.." Nad tertawa setelah mengatakan ayat yang paling Olyn tidak mahu dengar itu. Air mata Olyn jatuh.

"NAD! BUKAK PINTU NI NAD! JANGAN JADI GILA! LEPASKAN OLYN DENGAN PUT!" suara Yasmin memecahkan keheningan. Pintu tebal itu di ketuk dengan kuat. Walaupun diketuk sebegitu rupa , namun tiada sedikit pun tanda yang pintu itu akan terbuka pada waktu terdekat ini.

Olyn memandang ke arah pintu. "Dengar tu? Kawan-kawan KRS kita.. Dorang semua nak aku lepaskan kau dengan Put.." Nad tersengih. Dia berjalan mengelilingi Olyn.

"Aaaah!" Olyn menjerit apabila rambutnya di tarik dari belakang oleh Nad. "Sakit Nad!" katanya dengan gigi terketap.

"Sakit?" tanya Nad. Nad memainkan pisaunya di pipi kanan dan pipi kiri Olyn bersilih ganti. "HATI AKU LAGI SAKIT KAU TAHU TAK!?"Nad menjerit di telinga Olyn. Dia menarik pisaunya yang masih menempel di pipi Olyn dengan laju sehingga menyebabkan pipi Olyn berdarah. Olyn meringis kesakitan. Dia memegang pipinya. Air mata yang masin bercampur dengan luka.. Korang tahukan macam mana pedihnya tu?

Mendengar jeritan Nad tadi membuat member KRS menjerit dengan lebih kuat. Mereka semua merayu Nad untuk berhenti. Pihak hotel juga tidak tahu macam mana nak bukak pintu bilik itu. Kesemua kunci pendua bilik itu sudah hilang. Nak pecahkan tak boleh sebab pintu ini diperbuat daripada steel.

"Kesiannya kau.." Nad mengesat darah di pipi Olyn dengan ibu jarinya. "Muka cantik kau dah tak akan cantik lagi lepas ni.. Luka ni mesti jadi parut nanti.." katanya dengan nada sedih yang dibuat-buat.

"Kenapa kau buat macam ni , Nad..? Apa salah kita orang?" tanya Olyn perlahan.

"Kau nak tahu kenapa? Hmm.. Sekejap , biar aku ingat.." Nad mengetuk-ngetuk pangkal pisau pada dagunya. "Aku bunuh dorang sebab aku.. Cemburu! Yeah , sebab aku cemburu.." kata Nad seperti tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan.

Olyn memandangnya tidak percaya. "Kau cemburu apa? Kita semua sama jelah.." katanya. Nad menggelengkan kepalanya.

"First Ainaa kan? Aku cemburu dengan dia sebab dia pandai melukis! Kau tak tengok lukisan dia macam mana? Sick babe!" Olyn mengetap rahangnya. Takut pisau yang dipegang Nad tiba-tiba terjatuh dan tercucuk pada kakinya. Lihat pada posisinya dengan Nad sekarang ini , jarak antara tubuh mereka cuma berapa centimeter je. Macam-macam boleh berlaku tanpa dia sedar.

"Yang kedua Yana , right? Aku bunuh Yana sebab banyak lelaki suka dekat dia! Dia tu macam 'guy magnet' mana-mana dia pergi mesti akan ada lelaki cuba nak kenal dengan dia! Sufi pun tergila-gilakan dia. Entah apa yang dorang kejarkan pun aku tak tahu. Nak kata dia paling cantik? I don't think so.. Aku lagi cantik daripada dia kot.. Aku benci dia. Slut!" Olyn meringis. Macam mana Nad boleh cakap kawan baik dia sendiri slut? Dia dengan Yana sudah berkawan sejak mereka kecik. Cara pun dah macam adik beradik. Olyn betul-betul tak sangka..

"Alyn? Alyn aku bunuh dia sebab aku cemburu tengok kecantikan dia.. Memanglah Yana diminati banyak lelaki , tapi Alyn adalah yang paling cantik dalam Olala. Dia dengan Yana sama-sama diminati ramai lelaki. Tapi Alyn ni muslimah version. Dia tak 'murah' macam Yana.. Am I right?" Nad menyengetkan kepalanya. Olyn tidak menjawab. Nad mengelilingi Olyn sambil tertawa.

"Yaya pula.. Yaya sebab dia suka tidur-"

"Kau bunuh dia sebab dia suka tidur!? Biar betul kau Nad!?" Olyn memandang Nad dengan reaksi terkejut.

"Shh.. Aku belum habis cakap lagi. Jangan potong cakap aku.." Nad meletakkan jari telunjuknya di bibir Olyn. Olyn mengerutkan keningnya. "Aku bunuh Yaya sebab dia selalu tidur dalam kelas dan tak pernah kena marah dengan cikgu. Kau sendiri perasan kan tahun lepas? Yaya selalu tidur dalam kelas. Tak kira mata pelajaran apa pun.. Cikgu-cikgu tak pernah marah dia.." Nad mengeluh. "-TAPI BILA AKU TIDUR! Mulalah cikgu , 'Nadhira Yusuff , pay your attention!' 'Nadhira jangan tidur!' Nadhira itu Nadhira ini. Aku benci! Menyampah! Kau fahamkan perasaan aku?" Nad bertanya. Olyn menelan air liurnya.

"Put.. Put aku bunuh dia sebab.. Sebab dia mudah rapat dengan orang. Dia terkenal. Dari form one sampai form five , semua kenal dia. Cikgu-cikgu pun sukakan dia sebab dia pelajar 'contoh'." Nad mendekati tubuh Put yang terikat di atas kerusi.

"Kau tahu tak apa yang aku rasa masa Put kena rotan dengan Mugu? Aku rasa happy sangat. Yelah , tu first time kot dia kena rotan. Dah lah baru first time , kena lima kali pulak tu. Aku rasa macam nak melompat-lompat keriangan dekat situ." Nad terkikih. Dia menepuk-nepuk bahu Put.

"Kau pulak kan? Hm.. Aku nak bunuh kau sebab.. sebab.. sebab.." Nad memberi wajah 'memikir'nya yang comel. Jika dia tak pegang pisau atau bercerita tentang 'kenapa-aku-bunuh-kawan-aku' mungkin Olyn akan cubit pipinya geram.

"Aku nak bunuh kau sebab kau ramai secret admirer.." Olyn mengerutkan dahinya. Dia ingin membantah tapi Nad sudah menutup mulutnya dahulu. "Aku tahu , aku tahu. Mesti kau nak cakap 'mana ada!' kan? Ada Olyn , ada. Kau je tak tahu. Sebab ~ dorang semua selalu suruh aku yang cakapkan dekat kau. Tapi aku tak cakap pun , sebab aku TAK SUKA!" suara.Nad meninggi.

"Hah! Kau nak tahu tak , budak perempuan pun ada yang minat kau.. Dah macam LESBIAN! Dorang semua cakap kau cool lah , sesuai jadi leader lah , sporting lah , kreatif lah , baik lah itu lah ini lah. SEMUANYA AKU TAK SUKA! Dorang tak kenal kau! Kau tu COLD-HEARTED BITCH! Sombong! Belagak! Acah-acah leader je!" Olyn memejamkan matanya sambil mendengar Nad menghina dirinya.

"Kau ingat Diana? Budak form five kelas Kejuruteraan tu? Dia tu peminat tegar kau tau. Kau ingat masa kau tertinggal jersey basketball kau dekat gelanggang? Masa kau nak ambil balik , baju tu dah tak ada kan?" Olyn cuba mengingat kembali kejadian itu. "Diana yang ambil. Dia ada post dengan moment WeChat.. Kau kan tak ada WeChat , jadi dia berani lah nak post. Kalau tak , sah-sahlah dia kena maki dengan kau kan?" Nad tertawa kuat. Mulut Olyn menganga.

"Apa benda ni.. Aku bukan Lesbian.." Olyn berkata dengan jijik. Dia tidak dapat membayangkan dirinya diminati perempuan. It just.. Ew..

"Penatnya aku bercerita. Apa kata aku bunuh kau je terus?" Nad menyeringai. Dia mengambil pisaunya yang berada di atas lantai. Masa dia bercerita tadi , dia terjatuhkan pisaunya itu di atas lantai tanpa dia sedari.

Nad menghunus pisaunya penuh dramatik. Pisau itu mengacu betul-betul ke arah dada Olyn. Mujur Olyn ada belajar seni mempertahankan diri. Dia menepis tangan Nad yang memegang pisau itu dengan laju.

Pisau yang dipegang Nad tadi terpelanting jauh ke lantai. Nad memandang Olyn tidak percaya. Dia menyerang Olyn dengan penumbuk. Kali ini Olyn tidak bernasib baik , penumbuk itu mengenai perutnya.

"Fuck.." sumpah Olyn. Dia jatuh terduduk. Dia kembali berdiri dengan cepat dengan bantuan meja.

"Hah! Kau ingat kau hebat?" Nad tersengih. Mata Olyn tertumpu pada kunci yang berada di atas meja di belakang Nad.

Macam mana aku nak dapatkan kunci tu tanpa tercedera..? Fikir Olyn. Dia memandang Nad kembali.

"Olyn , Olyn , Olyn.." Nad tersenyum. "Kau tahu tak , aku rindu nak bergurau dengan kau? Dulu kita selalu main poke-poke kan? Tapi start naik form four ni , kau dengan Olala selalu abaikan aku.." Nad berkata dengan lirih.

"Mana ada , Nad! Kita orang semua sayangkan kau. Kita orang layan kau , sama macam kita orang layan yang lain. Cuba kau bawak bertenang Nad.." Olyn cuba menenangkan Nad.

Nad menggelengkan kepalanya. "Korang tak layan aku.. Bila aku bertanya , korang jarang nak balas. Lagi-lagi kau! Kau suka bawak diri! Kau berubah teruk tahun ni.. Sekarang dia je yang sentiasa layan aku.. Selalu ada dengan aku.."

Olyn mengerutkan dahinya. "Dia..siapa?" tanya Olyn.

"Isabella.." Nad tersenyum.

"Fuck Isabella!" Olyn menyumpah lagi. Nad tersengih.

"Okay , Olyn. Aku rasa aku dah banyak buang masa aku." Olyn terkejut melihat pisau di tangan Nad. Entah bila Nad ambil pisau tu pun dia tak perasan. "Aku tamatkan jelah nyawa kau dekat sini ya?" Olyn mengepal penumbuknya. Nad mendekati tubuh Olyn.

"NEVER!" Olyn menendang perut Nad. Nad jatuh tersungkur. Dengan kesempatan ini , Olyn berlari ke arah meja dimana kunci tadi berada dan cepat-cepat membuka pintu.

"TAK GUNA KAU OLYN!!" Nad bangun. Dia mencapai pisau. Belum sempat dia ingin menikam Olyn , pintu sudah terbuka dahulu.

"OLYN!" jerit rakan-rakan KRSnya.

Olyn tidak menghiraukan mereka. Dia berlari menuju ke pintu keluar hotel dengan Nad yang masih mengejarnya di belakang. Nad tidak mahu seorang pun yang hidup antara enam orang rakannya ini. Kesemua member KRS serta staff hotel mengejar mereka berdua.

Olyn berlari melintasi jalan tanpa melihat kiri kanan. Well , shit got real. Olyn dilanggar oleh sebuah kereta hitam bercermin gelap. Tubuhnya bergolek ke jalan. Darah tersembur keluar dari mulut dan kepalanya berdarah teruk.

Orang yang memandu kereta itu keluar dari keretanya. Seorang lelaki India memandang Olyn dengan mata yang membulat.

"YA ALLAH , OLYN!!" jeritan Yasmin dan Ani menyedarkan Nad tadinya kaku melihat Olyn di langgar oleh kereta tadi. Mereka berdua berlari ke arah tubuh Olyn yang tergeletak di atas jalan tar itu.

"No.." lelaki India tadi menggelengkan kepalanya. Dia masuk ke dalam keretanya kembali dan memecut pergi.

Nad menyeringai. "Mission accomplished.." dia mengangkat pisau yang berada di tangannya dan menhunuskan pisau itu ke perutnya. "...ugh!" dia jatuh melutut di jalan. Penglihatannya kini menjadi gelap.

"..NAD!!"

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience