BAB 19

Romance Completed 18280

"Sorry la kacau kau pagi2 ni. Kau takde buat apa2 ke?". Shamila bersandar sambil matanya menghala kearah Mariam Syuhada.

"Takde. Bosan jugak duduk sorang2 ni. Elok la kau datang ni".

"Laki kau takde pun?".

Mariam Syuhada diam. Tiba2 dia berubah sedih. Teringat hal semalam.

"Oh! Kat sana, eh?". Shamila menebak. Mariam Syuhada hanya memandang.

"Hurm.."

"Kau kenapa aku tengok muram aje? Ada masalah ke? Jarang aku tengok laki kau kat sini. Apesal? Gaduh?". Lancang mulut Shamila bertanya. Langsung tak dihirau wajah Mariam Syuhada yang berubah riak.

"Takdelah!".

"Takde? Tapi muka macam mati laki! Kau ni lembut sangat lah, Syu!".

"A..apa maksud kau?".

"Laki kau tu dah kena mandrem dengan bini satu lagi tu, kau takkan tak perasan?".

Mariam Syuhada menggeleng. Dia takkan percaya perkara2 mengarut macamni. Wajah nya sengaja dimaniskan.

"Takdelah.."

"Tulah kau! Aku cakap semua taknak dengar. Kalau tak, kenapa laki kau takde datang pun jenguk kau?".

"Kan giliran dia kat sana".

"Aih! Giliran kau pun, boleh je dia jenguk yang kat sana. Takkan giliran yang sana tapi tak boleh nak jenguk kau kat sini sekejap. Lupa ke?".

Mariam Syuhada terkedu. Serta merta ingatannya menerjah ke memori semalam. Hatinya sedikit terusik dengan kata2 Shamila. Tangannya digenggam sekuat yang boleh.

"Dia busy la tu".

Shamila mencebik. "Sebab tu aku cakap kau ni lembut sangat. Ingat Syu, jangan sampai laki kau dikebas habis2. Kau nanti terkapai2 la sorang2!".

Mariam Syuhada menelan air liur yang terasa pahit. Sebolehnya dia tak mahu mendengar kata2 Shamila. Tapi, hatinya tak mahu mendengar.

"Ni, muka murung aje, kenapa? Gaduh la tu?".

"Er.. kitorang salah faham aje".

Shamila tergelak sinis. "Salah faham? Laki kau dah mula tak faham kau ke?".

Mariam Syuhada mengetap bibir. Kenapa hatinya berdebar kuat?

"Aku yang tak faham dia. Kitorang salah faham sikit. Tapi.."

Shamila memandang lama. Wajah kawannya berkerut. "Tapi?".

"Dia kata nak ke masjid. Sampai pagi aku tunggu dia. Tapi, dia balik sana". Mendatar suaranya. Hujung bibir digigit kuat.

"See?! Apa aku cakap dengan kau? Kau ni lembut sangat sampai madu kau dah kaut laki kau pun kau boleh buat selamba aje! Syu, betul kan apa aku cakap pasal madu! Lebih sudu dari kuah".

Mariam Syuhada tergamam. Dia sudah tak tahu mahu bercakap apa lagi. Ingatannya terus teringat pada mesej yang diterima pagi tadi oleh Zahara.

Abg kt sni. Mf Ara ckp lmbt. Abg npk penat. Ara just nk inform xnk Syu rsau.
~Ara~

"Tak mungkin la".

Mariam Syuhada masih mahu menyedapkan hati. Dia tersenyum kelat.

"Cuba bukak mata kau tu luas2. Salah ke apa yang aku cakap? Kau jangan sampai tinggal sehelai sepinggang, masa tu baru kau tahu!".

Shamila mengingatkan. Tangan Mariam Syuhada dipegang erat. Kawannya kelihatan sedih dan dalam masa yang sama ketakutan.

"Betul ke apa yang kau cakap ni?".

"Dah terbukti, kan? Still tak percaya ke? Aku ni bukan apa, aku care pasal kau. Aku cakap berdasarkan apa yang aku pernah nampak. Madu ni berlagak baik je depan kita. Belakang.. gini la jadinya. Kau percaya ke kalau dia baik and takkan kebas laki kau?".

Zahara macamtu ke? Tapi, abang Hafiy selalu kesana menjenguk dia. Betul ke apa yang Shamila cakap? Apa patut aku buat?

"Kau jangan lembut sangat dengan madu kau tu! Nanti dia pijak kepala kau pulak. Sesekali, kena bagi muka sikit, baru dia sedar diri".

Mariam Syuhada rasa terpukul lagi. Wajah Zahara dan Hafiy silih berganti di benak fikirannya.

"A..apa patut aku buat?".

Shamila tersengih memandang wajah Mariam Syuhada yang mula cuak.

"Meh aku bagitau kau apa patut kau buat".

Shamila tersenyum sinis memandang Mariam Syuhada.

***

"Abang, rehat dulu".

Zahara memanggil Hafiy yang sedang tekun membasuh motor. Dari tadi Hafiy tak henti mencuci setiap bahagian motor kesayangannya.

Hafiy bingkas bangun menuju ke arah isterinya. Sempat dia tersenyum kearah Zahara.

"Kesian dia, dah peluh2 dah ni".

Ujar Zahara sambil mengelap peluh di dahi suaminya. Hafiy membiarkan sahaja. Suka melihat tingkah Zahara padanya. Sempat dia mencuit hidung isterinya.

"Kalau hari2 macamni, gemuk la abang. Makan orang hidang, tidur orang selimutkan, sakit orang picitkan, peluh orang lapkan". Seloroh Hafiy.

Zahara tersenyum. Nak buat macamana, itu azam nya sejak dia mulai menyayangi Hafiy. Zahara ingin memuaskan hati seorang lelaki bernama suami. Dia akan buat apa sahaja asalkan Hafiy tenang bila bersama dirinya. Ada sahaja celoteh mereka berdua. Hafiy kelihatan lebih ceria berbanding semalam.

"Harini Ara nak keluar tak?".

"Abang ada nak ke mana2 ke?".

Hafiy berfikir sejenak. Memandangkan dia bercuti harini, tak salah kiranya dia keluar berjalan2. Sejak dia berkahwin dengan Zahara, belum pernah dia dapat membawa isterinya ini keluar bersiar2.

"Kita pergi jalan2 pantai, nak?". Cadangnya.

"Pening abang dah ok belum?".

"Alhamdulillah, ok. Kan ada orang picitkan semalam". Usik Hafiy. Zahara menepuk lembut bahu suaminya. Suka sangat menyakat.

"Ara ok aje. Sepanjang kahwin dulu pun, tak pernah pergi jalan2 pantai". Tiba2 suaranya berubah mendatar.

"Hei, apa ingat benda lama pulak ni. Sekarang Ara dengan abang, cakap je nak pergi mana abang bawakkan". Jemari Zahara digenggam erat.

"First time kita keluar jalan2, kan? Terima kasih, abang". Balas Zahara malu2.

"Sorry la, abang baru nak bawak isteri abang ni keluar. Ara terasa dengan abang?".

"Tak! Abang tak perlu rasa bersalah. Ara faham. Abang balik jenguk Ara pun dah cukup dah. Ara suka".

Hafiy gembira. Lega hatinya mendengar Zahara berkata begitu. Mujur isterinya memahami. Dia juga berjanji akan lebih peka dan adil terhadap Zahara. 

Zahara banyak belajar benda baharu bersama Hafiy. Tentang tolak ansur antara pasangan dan kemanisan hidup berumah tangga seperti cara Nabi.

"Oh ye! Ara ada bagitau Syu pasal abang kat sini. Er, Abang marah ke?".

Hafiy menoleh. Dia hampir terlupa tentang Mariam Syuhada. Isterinya pasti tertunggu malam semalam.

"Tak marah pun. Thanks".

Zahara mengangguk lalu berlalu masuk ke bilik untuk bersiap. Hafiy kembali ke sofa. Dia bersandar lemah. Ingatannya terus kepada isteri kesayangannya. Berulang kali Hafiy mengeluh. Dapat dia membayangkan wajah kecewa Mariam Syuhada gara2 kehilangan dia malam semalam.

"Abang, kalau abang nak jenguk Syu dulu, pergilah. Mesti dia tertunggu2 abang malam tadi". Zahara tiba2 bersuara dari bilik.

Hafiy tersengih. Dia segera membetulkan duduk. Zahara mendekati suaminya.

"Ara tak tau apa yang jadi antara abang dengan Syu, Ara pun taknak ambil tahu. Tapi, abang tak patut buat Syu macamtu. Kesian dia. Mesti dia sedih. Abang kan nak bersikap adil antara kami. Jadi, Ara nasihatkan abang pergi jumpa Syu, pujuk lah dia". Nasihat Zahara lembut. Lengan suaminya dielus lembut.

Hafiy diam. Anak matanya tepat memandang wajah lembut Zahara.

"Abang jenguk Syu sekejap".

Zahara angguk. Dia takkan cemburu kerana Mariam Syuhada lebih berhak terhadap Hafiy berbanding dia. Hafiy bingkas bangun seraya mencapai kunci motor. Zahara memandang kelibat suaminya hingga hilang dari pandangan.

"Tak perlu cemburu, Ara. Hafiy milik Mariam Syuhada sepenuhnya. Cukup kau dapat sayang Hafiy sikit. Cukup!". Gumam Zahara sambil menepuk lembut dadanya. Dia terseyum lega.

Sesampai sahaja Hafiy di halaman rumah, dia melihat kelibat isterinya sedang menyiram pokok bunga. Perlahan2 dia mendekati.

"Kenapa abang balik?".

Soalan pertama Mariam Syuhada. Hafiy sedikit pun tidak terkejut. Dia pasti isterinya masih marah dengan dirinya.

"Abang nak jenguk Syu. Maaf, abang tak balik malam tadi".

Mariam Syuhada terdiam. Dia berlalu ke meja batu di halaman rumah. Nafas dihela. Ikutkan hati, memang dia terasa dengan perbuatan suaminya. Hafiy lebih suka bersama Zahara berbanding dirinya.

"Takpelah. Abang pun memang ada isteri lain, buat apa Syu nak marah". Ayat berbaur sindiran. Hafiy berubah riak.

"Kenapa Syu cakap macamni? Abang bukan saja nak buat macam semalam. Abang cuma tak selesa hal semalam dibangkitkan".

"Apa yang salahnya dengan hal semalam?".

Hafiy memandang Mariam Syuhada lama. Kenapa lain benar isterinya hari ini?

"Abang dah taknak bincang. Abang mintak maaf lagi sekali. Syu tunggu abang ke?". Hafiy cuba memaut jemari Mariam Syuhada namun segera ditarik.

"Syu tunggu pun, abang dah selamat dengan Ara. Takpelah, Syu tak kisah pun".

Hafiy menggeleng lemah. Isterinya terasa dengan perbuatannya. Hafiy cuba mendekati.

"Maafkan abang".

Mariam Syuhada diam. Otaknya masih terngiang2 kata2 Shamila.

"Mungkin abang lebih selesa dengan Ara berbanding Syu. Yelah, Ara kan isteri baru".

"Apa Syu ni? Mengarut apa pagi2 ni?". Marah Hafiy. Tak pernah Mariam Syuhada berperangai sebegini. Apa yang sudah jadi?

"Syu tak mengarut. Betullah! Abang marah Syu, abang lari pergi dekat Ara. Giliran abang kat sini pun, tiap2 hari abang jenguk Ara. Syu kat sini, takde pun abang nak jenguk sampai macamtu. Abang dah sayang sangat ke dekat dia?".

"Syu! Kenapa ni? Apa masalahnya ni? Kita kan bercakap soal lain, kenapa babitkan benda lain pulak ni?". Hafiy semakin bengang. Tangan Mariam Syuhada dipegang kuat.

"Cakap dengan abang sekarang, apa yang Syu tak puas hati ni? Selama ni, abang kurang bagi kasih sayang ke? Abang tak adil ke?".

"Tak! Abang tak adil pada Syu. Abang lebihkan Ara".

"Apa yang abang lebihkan dia? Cakap Syu! Semua abang bagi sama rata. Kalau Syu cemburu sebab abang masih jenguk dia walaupun giliran Syu, ada sebab kenapa abang buat macamtu". Lantang suara Hafiy kedengaran. Mariam Syuhada ketakutan.

"Sampai ke hari ni, abang sentiasa lebihkan Syu. Semua yang Syu minta, abang bagi! Cuba Syu tanya Ara, ada dia dapat macamana Syu dapat? Kenapa nak bersikap macam budak2 ni? Tolonglah Syu. Jangan macamni". Rayu nya. Hafiy cuba memujuk tapi Mariam Syuhada seakan berkeras hati.

"Abang dah lain.."

"Apa yang lain? Cakap dengan abang, apa yang lain? Abang tak pernah berubah. Kenapa Syu jadi macamni? Abang dah tak kenal Syu yang lembut, yang sopan kalau bercakap".

Mariam Syuhada memandang tepat ke anak mata suaminya. "Abang dah tak kenal Syu la sekarang? Habis, Ara tu abang kenal sangat lah?".

"Astaghfirullah! Apa Syu merepek ni?".

Hafiy hampir mencapai tahap kesabaran. Sebolehnya dia cuba bertahan.

"Syu tak merepek".

Hafiy meraup wajahnya kasar. Sesekali dia menghembus nafas kasar. Lain yang diharapkan, lain pula yang berlaku.

"Sekarang ni, Syu marah abang sebab balik rumah Ara malam tadi tanpa pengetahuan Syu la?".

Mariam Syuhada diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Mulutnya terkunci.

"Jadi, apa yang Syu nak abang buat?".

Mariam Syuhada menoleh kearah suaminya. Segera cadangan Shamila berlayar diingatan.

"Lebihkan giliran Syu".

Hafiy melongo. Cadangan yang paling tak masuk dek akal. Hafiy sudah bercekak pinggang. Tak mungkin dia akan berbuat begitu. Baginya, itu tidak adil.

"Syu sedar tak apa yang Syu cakap ni?".

Perlahan2 Mariam Syuhada mengangguk.

"Syu mintak abang lebihkan giliran Syu? Berapa hari lagi nak abang lebihkan? Atau nak suruh semuanya dengan Syu?". Sinis suara Hafiy. Dia bengang.

"Kalau boleh, memang Syu nak mintak macamtu".

Hafiy terkedu. Benda apakah yang dah merasuk isterinya sehingga berubah sebegini?

"Abang dah tak tahu nak cakap apa lagi. Syu memang lain harini. Mungkin abang patut biarkan Syu tenang dulu".

"Syu waras lagi, abang! Syu memang nak abang lebihkan giliran dengan Syu. Syu taknak abang lebih masa dengan Ara".

"Kenapa? Cuba cakap kenapa?". Lengan Mariam Syuhada direntap kuat. Hafiy bakal meletus bila2 masa sahaja.

"Sebab.. dia cuma isteri kedua. Tak penting".

Hampir terduduk Hafiy mendengar kata2 isterinya. Kepala dipicit kuat. Hafiy tak mampu nak mencerna ayat Mariam Syuhada lagi.

"Abang anggap Syu tersilap cakap. Abang balik dulu".

Hafiy bingkas bangun meninggalkan perkarangan rumah Mariam Syuhada. Hatinya bagai disiat2. Entah mengapa isteri yang terlalu lembut boleh berubah sekelip mata.

Dimana silapnya? Selama ini, dia memberikan secukupnya. Segala yang dilakukan hanya untuk memuaskan hati isterinya. Kenapa Mariam Syuhada meminta lebih? Kurang kah kasih sayang Hafiy padanya selama ini? Begini rupanya dugaan orang berkahwin dua. Hafiy buntu.

"Abang, kenapa ni?".

Soal Zahara melihatkan Hafiy yang agak berang. Dia mendekati suaminya perlahan2. Hafiy memejamkan mata tak menjawab.

Hampir setengah jam lamanya Hafiy menjenguk Mariam Syuhada dan sekarang pulang dengan wajah yang sebal. Apa yang sudah terjadi? Bergaduh ke?

"Abang? Kenapa ni?".

Lembut sekali suara Zahara kedengaran. Dia mengelus lembut bahu Hafiy cuba meredakan kemarahan yang bersarang.

"Abang tak tahu nak buat apa lagi. Abang buntu". Ujarnya lemah. Rambutnya dikuak berulang kali.

"Cuba tenang dulu. Istighfar banyak2". Zahara cuba menenangkan Hafiy. Tangannya diurut lembut di dada suaminya.

"Kenapa Syu nampak lain sangat? Tak macam yang abang kenal dulu? Dia berubah".

Zahara tekun mendengar langsung tak mencelah. Tangannya masih mengurut lembut dada bidang suaminya.

"Apa yang Syu cakap sampai abang cakap dia dah berubah? Mungkin, dia tengah takde mood mungkin?".

Hafiy menggeleng laju. Dia kenal isterinya. Mariam Syuhada bukan jenis yang cepat melenting ataupun meninggikan suara. Isterinya berubah sikap tiba2.

"Syu cakap apa?". Soal Zahara sekali lagi. Anak matanya memandang tepat kearah Hafiy.

"Dia minta abang lebihkan giliran dia. Dia taknak abang lebih masa dengan Ara". Mendatar suara Hafiy. Zahara terkejut tapi segera dikawal riak wajahnya.

"Takpelah".

Hafiy menoleh. Wajahnya berkerut seketika. "Apa maksud Ara?".

Zahara tersenyum manis. "Kalau itu yang Syu nak, ikut ajelah. Ara faham. Syu berhak lebih masa dengan abang. Dia isteri pertama abang. Mungkin, dia rasa kurang bila jarang dengan abang".

Hafiy tergelak kecil. "Ara buat lawak ke? Abang tak rasa terhibur".

Zahara tersenyum nipis. Jemari Hafiy dipegang erat. Lama dia memerhati jemari kasar suaminya. Tangan yang selalu melindungi dirinya.

"Abang, Ara faham. Ara boleh terima. Abang tak payah risau pasal Ara, ye?".

"Jangan merepek, Ara!".

"Ara tak merepek. Syu lebih berhak dengan abang. Ara dah cukup dengan apa yang abang bagi selama ni. Abang sayang Ara, dah cukup buat Ara". Zahara tersenyum manis.

Hatinya terasa dengan kata2 Mariam Syuhada. Tipulah kalau dia langsung tak terkesan. Tapi, Zahara lebih sedar kedudukan dirinya berbanding Mariam Syuhada.

"Abang tak adil macamtu".

"Tak! Abang dah berlaku adil. Ara lagi takut kalau abang tak tunaikan permintaan Syu, abang lagi tak adil nanti".

Hafiy terdiam. Dia kehilangan kata2. Zahara dibawa ke pelukan. Dia memeluk seerat yang mungkin.

"Maafkan abang, Ara".

"Tak! Abang tak salah, jangan mintak maaf".

Zahara melepaskan pelukan. "Ambil berapa lama pun dengan Syu. Ara tak kisah. Asalkan, abang jangan lupa Ara kat sini, sudahlah".

"Kenapa Ara ni baik sangat?".

"Ara belajar dengan abang". Balasnya. Dia kembali ke dakapan Hafiy. Hatinya berat. Terasa nak pecah.

Kalau ini yang terbaik, dia terima. Kalau ini membuatkan kehidupan dia menjadi senang, dia terima. Asalkan, Mariam Syuhada bahagia.

"Maafkan abang kalau ada yang terkurang. Ara isteri abang sampai bila2. Abang tetap sayang Ara sebagai isteri abang yang sah".

Zahara memejam mata rapat. Kata2 Hafiy disemat kemas dalam kotak ingatan. Dia juga akan terus menyayangi dan mencintai suaminya walaupun mereka jarang berjumpa. Tuhan pasti punya rencana yang baik buat dirinya.

*** 

 2 tahun kemudian,

"Abang, makan dulu". Jemput Mariam Syuhada sopan. Nasi goreng yang terhidang di meja makan nampak menyelerakan.

Hafiy mendekati Mariam Syuhada. Senyuman diberikan buat si isteri. Dia lantas duduk dan terus menceduk nasi ke pinggan.

"Harini Syu nak balik rumah umi la. Abang nak ikut tak?".

"Kalau abang kata tak nak, Syu tetap paksa abang, kan?". Ujar Hafiy. Satu suapan masuk ke mulut.

"Abang perli Syu ke?".

Hafiy tersengih. Dia terus menyuap nasi langsung tak menjawab pertanyaan isterinya. Ingatannya terbayang wajah Zahara. Dalam masa dua tahun yang berlalu ini, boleh dihitung dengan jari berapa kali dia bermalam di rumah Zahara. Itupun cuma semalam. Semakin lama, Mariam Syuhada semakin menunjukkan ketidakpuasan terhadap madunya itu.

Bila disebut sahaja nama Zahara, pasti mood nya berubah. Hilang lembut Mariam Syuhada. Hafiy sendiri buntu memikirkan hal ini. Dia merasa kasihan pada Zahara. Sebagai suami, dia juga merindukan isterinya itu.

Bila keluar, pasti Mariam Syuhada akan mengikut sekali. Takut kalau2 Hafiy melencong ke rumah Zahara. Kalau bunyi henset, Mariam Syuhada pasti akan membaca dahulu. Entah kenapa isterinya, dia pun runsing!

"So, abang ikut tau!". Ujarnya manja.

"Abang penat la. Esok ada meeting banyak. Abang nak rehat".

"Abang suka macam tu! Kalau Syu ajak, ada je alasan abang. Jom la! Nanti kalau umi tanya, Syu nak jawab apa?". Mariam Syuhada merengek seperti kanak2 kecil.

Hafiy mengeluh. Inilah sikap isteri nya yang baru. Tak habis nak disuruh ikut segala kemahuannya. Berubah 360 darjah!

"Jawab jela abang penat. Kirim salam dekat umi, boleh kan? Lagipun, baru sekali ni abang tak boleh nak join".

Mariam Syuhada terasa diperli. Dia kembali diam. Hafiy meneruskan suapan hingga butir nasi yang terakhir.

"Abang nak keluar kejap jumpa Aizat. Kalau Syu nak kunci, kuncilah. Abang bawak spare key. Hati2 balik". Hafiy bangun lalu mengucup lembut dahi isterinya. Dia lantas meninggalkan Mariam Syuhada sendirian.

"Hish! Yelah tu nak jumpa kawan. Entah2, nak jumpa bini kedua". Rungut Mariam Syuhada. Hilang mood nya seketika.

Sejak dia menyuruh agar gilirannya dilebihkan, Hafiy seakan tiada minat dan ceria seperti dahulu. Apa sahaja yang dilakukan, pasti berakhir dengan pergaduhan ataupun perbalahan. Terkadang, ada sahaja nama Zahara disebut tiba2. Sayang sangat ke pada perempuan itu?

Mujur Mariam Syuhada ada Shamila yang sanggup mendengar luahan hatinya. Kalau tak kerana Shamila yang mengingatkan dirinya, pasti saat ini Hafiy sudah jatuh ke tangan Zahara sepenuhnya. Bukan niatnya untuk bersikap pentingkan diri, tapi dia perlu berjaga2 atas segala yang mungkin berlaku.

Pinggan kotor dibawa ke sinki. Mariam Syuhada bercadang untuk berjumpa Puan Faizah harini. Rindu pula pada umi dan ayah nya. Memandangkan Hafiy tak dapat nak mengikut, terpaksalah Mariam Syuhada memandu sendirian. 

***

"Apesal muka macam tertelan cicak ni, bro?".

Aizat menghirup teh panas yang dipesan. Hafiy pula hanya duduk termenung tak berkutik.

"Penat macamni". Luahnya. Hafiy mengurut kepalanya perlahan.

"Apa pasal? Gaduh dengan bini2 kau ke?". Sakat Aizat. Dia memang sudah maklum tentang masalah yang melanda kawannya itu.

"Entahlah! Aku pun pelik kenapa dengan Syu tu! Makin hari, makin pelik perangai dia. Pening dibuatnya".

"Kau tak boleh macamni. Kau tu lelaki, ketua keluarga. Sepatutnya kau berkeras. Tambah2 kau ada dua tanggungjawab besar yang nak diuruskan. Kalau kau ikut cakap Syu semata2 nak memuaskan hati dia, kau salah tu!".

"Aku dah habis fikir tapi tak jumpa jalan. Kau ingat, aku tak slow talk ke dengan dia? Asal aku sebut nama Ara je, dia mengamuk. Kau nak suruh aku buat macamana lagi?".

Aizat mengekek gelak. Geram pula Hafiy melihatnya.

"Tulah dugaan hidup beristeri dua!".

Hafiy baling kotak tisu tepat ke bahu kawannya. Bukan bagi nasihat, lagi disemakkan kepala otak.

"Kau pun, apehal marah sangat? Aku gurau la. Fiy, dulu lagi aku dah bagi nasihat, bukan senang bila ada isteri lagi. Tapi, kau still nak kahwin jugak. Ok takpe, aku still sokong kau. Inilah dugaannya. Isteri mana yang lama2 boleh tahan kalau dirinya dibahagi kasih sayang. Syu tu bukan malaikat. Dia pun manusia biasa juga. Mesti ada rasa cemburu tau".

"Tapi, melampau sangat tu. Takkan cemburu sampai macamtu sekali. Aku boleh faham kalau dia jealous, tapi sampai kongkong hidup aku sebab taknak aku lebihkan Ara, tu apa cerita?".

Aizat memandang Hafiy lama. Berat juga kes kawannya ini.

"Aku boleh hitung dengan jari berapa kali aku jumpa Ara. Dia bini aku, takkan aku tergamak biar dia sorang2".

"Dah tu? Buat ajelah macam biasa! Buat balik giliran macam dulu, habis cerita". Ujar Aizat selamba.

Hafiy menggaru kepala yang tak gatal. Dia mengeluh berat.

"Cakap senang, tapi kalau dah Syu mula cakap, semua tak jadi".

Aizat pula mengeluh.

"Dari apa yang kau cakap ni, Syu la yang punca semua ni?".

Hafiy diam. Angguk tidak geleng pun tidak.

"Satu lagi, kau dah sayang Ara ke?". Usik Aizat, sengaja nak melihat reaksi kawannya.

"Kenapa pulak? Dia kan bini aku".

"Memang la dia bini kau. Cuma aku teringat aje dulu kau kata ambil dia jadi bini sebab nak lindungi dia. Tu la nak tau kot perasaan tu dah berubah ke".

Hafiy membuang pandang keluar restoran. Hatinya berdegup laju.

"Aku sayang dia".

Aizat tergelak besar. "Tahniah la! Patut la Syu kongkong kau. Rupanya sayang juga kat bini satu lagi".

Hafiy cuba menyembunyikan perasaan dan senyumannya. Dia menjeling pandang Aizat.

"Kau tak payah nak tukar topik. Sekarang ni, aku tengah serabut pasal Syu ni".

"Ok2, sorry2. Apa dia tadi?". Soalnya dalam tawa yang masih berbisa.

"Macamana aku nak buat pasal Syu ni?".

"Aku rasa elok kau guna kuasa ketua keluarga kau. Tak bermakna bila kau guna kuasa kau, kau boleh buat sesuka hati. Maksud aku, guna kuasa kau agar benda ni jadi adil antara keduanya". Jelas Aizat. Air teh dihirup lagi.

"Aku risau Syu tak boleh terima".

"Kau kena tegas. Dia kena ikut cakap kau sebab kau suami. Ini untuk kebaikan dia and kau jugak. Aku pun kesian dengan Ara tu. Kalau aku jadi dia, lama dah aku cabut, bro!".

"Eh, kau ni mulut sesedap rasa je cakap!". Hafiy lurus menunjuk kearah wajah Aizat. Dia tergelak kecil.

"Gurau! Itu pun mengamuk".

"Bini aku tu". Jawabnya.

"Hebat kau ni, Fiy! Kiri kanan bini cantik. Gaduh dengan ni, pergi dengan tu. Hebat ah! Aku ni aje belum kahwin2. Apa rahsia kau ha?". Sakat Aizat lagi. Kali ini Hafiy menghadiahkan tumbukan kecil di perut kawannya.

"Ampun! Aku tak cakap lagi lepasni!".

Aizat mengaduh sakit. Hafiy menunjukkan rasa puas hati pada kawannya. Ada hati nak main2 dengan aku!

"Lain kali kahwin la! Ni membujang sampai ke tua". Perli Hafiy selamba. Air yang dipesan dihirup sehingga habis.

"Aku bukan taknak kahwin, tapi seru tak sampai lagi!". Bidas Aizat dengan wajah selamba nya. Hafiy sengaja membuat muka menyampah.

"Seru aje memanjang alasannya. Dahtu, jangan nak perli aku yang bukan2! Dah la, ni air kau bayar. Aku nak balik".

Hafiy bingkas bangun dan meninggalkan Aizat sendiri. Terkocoh2 Aizat bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Hoi, tunggulah kalau iya pun. Dah kalau kau tinggalkan aku siapa nak hantar aku balik?". Bebel Aizat.

"Balik la jalan kaki. Rumah kau kan dekat aje".

"Wah! Melampau kau ye. Tak boleh bagi muka macamni".

Hafiy mengekek gelak. Pintu kereta dibuka dan terus melorot masuk ke dalam perut kereta. Aizat disebelah terus mengikut.

"Esok jangan lupa pulak meeting kita. Fail kau dah siapkan belum?".

"Belum".

"Kau biar betul? Dah tu nak meeting apa esok kalau takde bahan".

Hafiy mengeluh. Mana nak siap kalau ada saja yang tak kena kat rumah tu.

"Iyelah, nanti aku siapkan malam ni".

Kereta terus dipandu menuju ke rumah Aizat.

"Thanks bro. Jangan lupa esok. Satu lagi, banyak2 la bersabar dengan Syu tu. Ingat pesan aku, kau ketua keluarga jadi kena tegas sikit". Bahu Hafiy ditepuk berulang kali. Hafiy sekadar mengangguk tanpa berkata apa2.

Selesai menghantar Aizat, kereta Hafiy menuju ke rumah Zahara sebentar. Pintu pagar bertutup. Hafiy keluar dari kereta dan memberi salam. Sepertinya tiada orang di dalam.

"Cari Ara ke?". Tegur wanita berumur lingkungan 40an kepada Hafiy.

"Ha'ah! Makcik ada nampak Ara?".

"Dia keluar tadi. Tak perasan pulak kemana dengan mangkuk tingkatnya".

Hafiy tekun mendengar. Kemana pula isterinya itu.

"Erm, takpelah gitu. Terima kasih ye makcik. Saya balik dulu".

Hafiy terus masuk ke perut kereta. Dia kemudiannya memandu pulang ke rumah. Hampir sahaja sampai di halaman rumah, dia ternampak kelibat Zahara di pintu pagar bersama Mariam Syuhada.

"Ara?".

Zahara menoleh. Mariam Syuhada juga begitu. Hafiy merasakan ketegangan diantara kedua2 isterinya apabila melihatkan Mariam Syuhada yang sudah menarik muka masam.

"Abang.." Zahara mendekati Hafiy dan bersalaman sopan.

"Ara dah lama ke datang?".

Zahara mengangguk laju. "Ara nak bagi lauk ni. First time Ara masak tak tau la sedap ke tak".

Dia menunjukkan mangkuk tingkat kepada Hafiy. Lelaki itu mencapai dari pegangan Zahara.

"Kenapa tak bagi Ara masuk?". Soalnya pada Mariam Syuhada. Perlahan suaranya.

"Syu kan nak keluar". Mendatar suaranya.

"Takkan sekejap pun tak boleh?".

Mariam Syuhada hanya diam dan terus masuk ke dalam rumah. Hafiy mengeluh. Pasti akan ada ketegangan yang maha dahsyat sebentar lagi.

"Er.. abang. Ara kejap je ni. Abang makan la ye. Ara balik dulu". Zahara tersenyum manis. Lengan Hafiy dielus lembut.

"Masuk dulu, Ara. Abang lama tak jumpa Ara".

"Lain kali ajelah. Nanti Syu tak selesa pulak". Tolaknya.

"Syu ada cakap apa2 ke?".

"Abang, jangan fikir bukan2. Ara balik dulu, ye? Dah jumpa abang sekejap pun jadilah. Maaf la datang tak bagitau dulu".

Zahara terus berjalan meninggalkan Hafiy terpinga2. Hatinya sedikit sedih dengan sambutan dari Mariam Syuhada. Keadaan sudah tidak seperti dahulu. Hidup bermadu tak pernah gembira dan bahagia.

Hafiy cepat2 masuk ke dalam rumah. Anak matanya meliar mencari kelibat isterinya. Mariam Syuhada yang sedang duduk di birai katil didekati.

"Syu ada cakap apa2 ke kat Ara?". Soalan pertama buat Mariam Syuhada. Isterinya hanya beriak biasa.

"Takde! Kenapa?".

Hafiy mendengus. Dia tidak percaya dari gaya isterinya itu.

"Jangan tipu abang".

"Abang ni kenapa? Syu kata takde, takde lah". Mariam Syuhada bangkit dari duduk. Wajahnya agak bengang.

"Kenapa Syu ni? Abang makin tak faham dengan perangai Syu ni". Luahnya sedih. Hafiy merindukan isterinya yang dahulu.

"Anggap Syu dah sedar dari mimpi pada realiti yang sebenar".

Hafiy melongo. Ayat isterinya hampir tak dapat difahami. Dia merasakan hubungan mereka berdua semakin hari semakin renggang. Tiada lagi kemesraan yang tercipta antara mereka. Sudah puas Hafiy cuba membetulkan keadaan seperti sedia kala tapi tiada pengakhiran yang baik.

"Apa yang cuba Syu sampaikan pada abang ni?".

"Syu tak suka Ara datang sini dekat2 dengan abang. Kenapa nak kena hantar lauk semua? Apa Syu tak boleh nak buatkan ke? Atau dia sengaja nak nampak baik depan abang? Betul cakap Mila, madu ni lebih sudu dari kuah! Makin hari makin melebih pulak".

"Syu ulang lagi sekali, abang tak berapa jelas. Syu cakap Ara lebih sudu dari kuah? Apa yang dia melebih nya?".

"Kenapa abang nak bela sangat dia?".

"Dia isteri abang!".

Terkedu Mariam Syuhada dek pekikan Hafiy sebentar tadi. Terasa kecut perutnya melihat wajah berang suaminya.

"Abang tak ajar Syu bersikap macamni. Abang didik Syu jadi isteri yang baik, kenapa macamni jadinya?".

Mariam Syuhada diam tak berkutik. Jantungnya berdegup laju.

"Ni mesti pasal kawan Syu tu lah? Apa yang dia dah cucuk isteri abang sampai jadi macamni? Kenapa senang sangat Syu berubah?".

"Bukan Syu tapi abang! Abang lebih sayangkan Ara berbanding Syu. Apa aje Ara! Syu ni ada je yang tak kena. Betul cakap Mila! Ara tu memang niat jahat nak kaut abang dari Syu sepenuhnya. Tak cukup dia dapat kahwin dengan abang, dia nak jadikan abang milik dia sepenuhnya pulak. Nanti esok lusa dah ada anak dengan abang lagi bermaharajalela dia tu. Senang dapat rampas suami Syu".

"Mariam Syuhada!".

Suasana bilik terus sepi. Hafiy menggigil menahan amarah yang semakin memuncak. Mariam Syuhada terduduk di birai katil. Wajahnya pucat. Lama Hafiy terdiam.

"Kenapa Syu ni? Istighfar, Syu! Jangan ikut kata hati. Jangan sampai Syu betul2 hilang abang nanti, jangan menyesal!".

Mariam Syuhada menelan air liur. Dia memandang Hafiy takut.

"Abang pohon sangat2 tolong berubah, Syu. Ara bukan macamtu and abang tau Syu pun bukan macamni. Kembalikan Mariam Syuhada abang. Tolong jangan seksa abang macamni".

Setitis air mata jatuh ke pipi Mariam Syuhada. Dia menjadi takut kalau betul2 kehilangan suami sendiri. Hafiy dipandang tapi lidahnya kelu.

"Abang tak mampu lagi.."

"Abang!" Mariam Syuhada menggigil. Dia mendekati Hafiy.

"Tolong Syu.. abang harap sangat Syu berubah. Abang izinkan Syu balik rumah umi and tenangkan diri. Abang pun tak harap nak jumpa Syu dalam masa terdekat ni". Balas Hafiy sedih. Dia mencapai kunci kereta dan terus keluar rumah.

Mariam Syuhada terduduk sedih. Apa maksud suaminya itu? Adakah dia.. ah! Tak mungkin. Mariam Syuhada kecut perut mengenangkan hal itu. Dia cepat2 mencapai henset dan mendail nombor umi.

***

"Apa yang dah jadi ni?". Suara Puan Faizah memecah sunyi.

Mariam Syuhada mendiamkan diri. Sejak datang tadi sehinggalah sekarang dia langsung tak bersuara. Begitu juga Hafiy dan Zahara. Setelah mendengar apa yang telah berlaku terhadap anak dan menantunya, Puan Faizah dan Encik Azhar memanggil mereka bertiga pulang ke kampung. Keluarga Hafiy juga dalam perjalanan ke sini.

"Jawab Syu. Kenapa ni?".

Hafiy memandang isterinya yang sedang duduk bersebelahan Puan Faizah. Dia sendiri buntu dalam masa yang sama segan dengan keluarga mertuanya.

"Tak boleh ke duduk berbincang selesaikan elok2?".

"Saya dah cuba, umi".

Jawab Hafiy mendatar. Dia melirik kearah Puan Faizah. Pasti mertuanya kecewa dengan dirinya kerana tak dapat menjadi suami yang terbaik buat Mariam Syuhada.

"Kalau dah cuba, kenapa masih bergaduh? Apa punca nya?". Kali ini, suara Encik Azhar kedengaran. Sesekali dia terbatuk kecil.

Belum sempat Hafiy ingin menjawab, kelibat Encik Shamsul dan Puan Azila muncul. Jelas wajah berang ayahnya ketika dia bersalaman sebentar tadi.

"Ada apa hal nya ni?".

Encik Shamsul menyoal. Setiap ahli rumah dipandang.

"Hal anak menantu kita ni".

"Kenapa kak? Apa yang Hafiy dah buat?".

"Bukan macamtu, Zila. Er, Syu telefon kami petang tadi nangis2 nak balik. Katanya Hafiy suruh dia tinggal disini sementara keadaan pulih. Alang2, saya suruh terus semua balik. Bincang apa yang dah jadi". Jelas Puan Faizah tenang. Zahara canggung. Tak selesa berhadapan dengan keluarga mertuanya.

"Apa lagi ni, Hafiy?". Serius suara Encik Shamsul. Wajahnya langsung tiada senyum. Jangankan Hafiy, wajah Zahara juga tak mahu dipandang.

"Hal kecil je, ayah".

"Kalau hal kecil, kenapa sampai nak hantar balik semua? Kamu ni kenapa? Siapa yang merasuk kamu ni?".

Hafiy menoleh. Cepat2 dia menggeleng laju. Dia pasti Encik Shamsul pasti akan salah sangka terhadap dirinya.

"Jangan malukan ayah, Fiy!".

Hafiy mengeluh. Wajahnya diraup berulang kali. Mariam Syuhada pula langsung tak mahu membuka mulut. Jadi, semua kesalahan jelas terletak di bahu Hafiy seorang.

"Kita tak boleh nak salahkan Hafiy jugak. Mungkin anak perempuan saya pun ada salahnya".

"Zahara, kamu sihat?".

Puan Azila beramah mesra dengan menantunya. Zahara hanya tersenyum tipis. Hafiy disebelah sempat tersenyum.

"Kenapa ni, Ara? Apa yang dah jadi? Cuba cerita pada mak".

Zahara terkejut. Wajah Puan Azila dipandang silih berganti. Risau pula lain yang jadinya.

"Ara tak pasti. Ara takde time tu".

"Abang nak tinggalkan Syu". Tiba2 Mariam Syuhada bersuara. Semua mata tertumpu kearah wanita itu.

"Bila abang cakap macamtu?".

"Kamu ni dah gila ke?".

Sejurus itu satu tamparan hinggap di pipi Hafiy. Terduduk lelaki itu. Pipinya terasa kebas.

"Abang! Anak kita tu".

"Kenapa kamu ni?! Dah gila agaknya! Mula2 mintak kahwin lagi kemudian nak lepaskan bini kamu pulak! Sebab apa? Sebab perempuan ni ke?". Lurus telunjuknya menghala kearah Zahara.

"Sabar, Shamsul. Kita selesai cara elok". Nasihat Encik Azhar. Kawannya didekati.

"Mana aku nak letak muka aku ni? Dia dah malukan aku!".

Hafiy terdiam. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama. "Kenapa Syu taknak cakap? Cerita kat semua orang macamana Syu tembak abang pasal tadi".

Mariam Syuhada mula menangis. Dia merasa bersalah kerana membiarkan semua ini terjadi. Hafiy memegang pipinya kuat.

"Jangan kamu nak salahkan Syu pulak! Entah salah orang lain agaknya, kita tuduh pulak orang lain!".

Zahara terdiam. Dirinya seperti menjadi topik bualan. Lengan Hafiy dipegang erat. Sesekali dia mengelus lembut lengan suaminya.

"Ayah nak cakap semua ni salah Ara ke?".

Encik Shamsul memandang tajam kearah Hafiy. Pinggangnya dicekak. Zahara bertambah gerun melihat susuk tubuh tua itu.

"Sejak dia datang, macam2 hal jadi!".

"Ara tak salah, ayah".

"Siapa ayah kamu?! Kalau aku bercakap, jangan nak menyampuk!". Ditengking pula Zahara. Puan Azila yang cuba menenangkan suaminya, nampak seperti tak berhasil. Masing2 sunyi sepi tak berani nak menjawab.

"Maafkan Hafiy, yah. Kalau ayah ingat Ara punca semua ni, Hafiy takkan berdiam diri".

"Kamu nak derhaka pada aku ke?!".

"Hafiy takde niat pun! Ara tak tahu menahu pasal hal ni. Dia tak bersalah". Hafiy membela isterinya. Tak mungkin dia akan membiarkan isterinya dipersalahkan.

"Jadi, kamu nak kata Syu lah?". Kuat suara Encik Shamsul memenuhi seisi ruang tamu.

"Ayah, cuba dengar dulu apa yang dah jadi".

"Aku takkan dengar dah dari mulut kau! Sebab kau nak sangat kahwin dengan perempuan ni, semua jadi tonggang langgang. Bini kamu yang baik macam tu pun kamu nak salahkan".

Mariam Syuhada diam. Encik Azhar dan Puan Faizah sudah memandang sesama sendiri. Mereka juga turut kelu dengan situasi yang berlaku.

"Ayah, kalau memang Ara jadi punca semua ni, Ara mintak maaf". Ujar Zahara perlahan tapi dapat didengar. Setitis air mata menitis ke pipi. Hafiy menggeleng laju.

"Ara tak salah".

"Habis, salah Syu ke?".

Mariam Syuhada sudah berdiri tegak memandang susuk tubuh suaminya. Hafiy diam. Kepalanya kembali berpusing. Ya Tuhan, berilah penyelesaian pada permasalahan ini.

"Syu, semua ni salah faham Syu.."

"Syu salah faham? Umi, selama ni Syu diamkan aja. Syu terima Ara jadi isteri abang Hafiy. Tapi, lama2 dia mula naik tocang. Dia goda abang Hafiy supaya sayang dia lebih supaya nanti senang la dia kaut abang Hafiy sorang".

Encik Azhar ternganga mendengar penjelasan anak perempuannya. Lama dia memandang Mariam Syuhada.

"Syu.."

Hafiy kehilangan kata2. Dilihat Zahara sudah terduduk sambil menahan esak tangis.

"Syu, Ara tak pernah fikir macamtu pun. Abang Hafiy milik Syu. Ara sedar tu".

"..Kalau dah sedar, kenapa kau nak kahwin jugak dengan anak aku?". Sampuk Encik Shamsul tajam. Zahara hanya mampu memandang dengan pandangan kosong.

Tega sekali Mariam Syuhada menuduhnya begitu. Dia bukan seperti yang disangka. Mendapat perlindungan Hafiy sudah cukup baginya. Zahara tak mintak banyak.

"Syu, betul ke apa yang kamu cakap ni, nak?". Soal Puan Faizah sendu. Tangan anaknya dipegang kemas.

"Umi, Syu sayang abang Hafiy. Tapi, sebabkan Ara.. Abang Hafiy dah kurang layan Syu. Apa2 semua Ara aje". Rintihnya.

Semua yang ada hanya diam mendengar. Hafiy menggeleng berulang kali langsung tak percaya.

"Syu, apa yang Syu dah buat ni?".

Hafiy mendekati isterinya. Anak matanya tepat memandang Mariam Syuhda seolah2 meminta penjelasan terperinci. Dia tak menyangka sebegini dahsyat penangan fitnah manusia.

"Syu cakap yang betul".

"Allah! Abang dah tak tahu nak cakap apa lagi". Wajahnya diraup kasar. Dia bingung.

"Kalau semua ni salah Ara, baik abang lepaskan Ara".

Hafiy menoleh. Bertambah kusut fikirannya. Dada nya sesak seperti dihempap batu besar.

"Ayah, umi.. Hafiy minta maaf sangat2. Nampaknya Syu masih dalam salah faham. Hafiy tak marahkan Syu dalam hal ni. Mungkin disebabkan cakap2 dari orang ketiga, dia lebih mudah mempercayai kata2 orang tu. Syu, abang mintak maaf kalau ada yang terkurang sepanjang Syu duduk dengan abang. Ayah, umi.. Hafiy mintak buat sementara Syu duduk dengan apa dengan umi kat sini, boleh kan?".

Encik Azhar memandang lama menantunya sebelum dia mengangguk setuju. Lain pula hal nya dengan Encik Shamsul. Dia bertegas menyatakan punca ini semua dari Zahara. Hafiy tak mampu nak menjawab lagi. Dari dihentam dan dituduh yang bukan2, lebih elok Hafiy pergi dari rumah itu.

Setelah bersalaman dengan keluarga mentua dan keluarga nya, Hafiy pulang bersama Zahara. Teriakan dari Mariam Syuhada langsung tak dihiraukan. Hatinya sebak. Berat ujian yang diturunkan Allah buatnya.

Hafiy diam. Wajahnya murung. Zahara menjadi simpati. Kereta yang dipandu laju membelah jalan raya seperti tiada arah tuju.

"Abang..?"

Kereta berhenti betul2 di bahu jalan. Hampir sahaja Zahara terdorong ke depan dek brek mengejut dari suaminya. Stereng dihentak berulang kali melepaskan pedih yang bersarang di dada.

"Abang, jangan macamni.."

Hafiy masih menghentak kuat stereng. Zahara cepat2 memaut lengan suaminya hingga Hafiy terdiam sendu.

"Ingat Allah! Istighfar".

Pesan Zahara lembut. Dielus lembut lengan Hafiy agar suaminya tenang seketika.

"Kenapa Syu buat abang macamni.." Rintihnya. Hafiy tertunduk sayu.

"Abang, sabar ya. Pasti ada jalan keluar pada semua masalah ni. Abang kena banyak berdoa pada Allah".

Hafiy akhirnya menangis. Belum pernah sekali pun Zahara melihat suaminya menangis sebegini rupa. Pasti dia merasa berat dengan dugaan ini. Dan.. cinta yang mendalam pada Mariam Syuhada membuatkan air mata lelakinya jatuh jua.

Zahara menepuk lembut bahu Hafiy. Sebagai isteri, dia akan menenangkan hati Hafiy yang sedang berduka lara. Wajah Hafiy kelihatan merah dek menahan sedu tangisan.

"Abang, ingat yang Allah sentiasa bersama orang2 yang diuji".

Hafiy mengesat air mata kasar. Wajah Zahara dipandang lama. "Terima kasih sebab setia dengan abang".

Zahara tersenyum manis. Pipi Hafiy dielus lembut. Tak mungkin dia akan meninggalkan Hafiy dalam keadaan begini. Hafiy segala2 nya pada Zahara. Dia akan setia sampai bila2.

"Kita balik dulu, tenangkan hati. Ok?".

Hafiy menghembus nafas perlahan sebelum mengangguk. Kereta dipandu semula menuju ke rumah mereka. Sesekali, Zahara melirik kearah Hafiy disebelah. Tak berhenti dia berdoa agar suaminya kuat dan mampu menghadapi ini semua.

Sesampai sahaja di rumah, Hafiy terus menuju ke bilik. Dia menjalankan tanggungjawabnya kepada Yang Esa dahulu sebelum merehatkan kepala.

Zahara pula sempat ke dapur menyiapkan sedikit makanan untuk Hafiy mengalas perut. Sedikit sebanyak Zahara juga terkilan dengan tindakan madunya itu. Tak patut dia dan Hafiy dituduh sebegitu. Apa salahnya sampai Mariam Syuhada meletakkan gelaran perampas pada dirinya?

"Ya Allah, kau bukakan lah pintu hati HambaMu. Kau permudahkanlah semua ini". Doanya.

Periuk diambil dari dalam almari. Harini Zahara ingin menyediakan sup ayam buat Hafiy. Sejak semalam suaminya teringin nak makan lauk itu. Zahara sempat meninjau di bilik, suaminya masih menunaikan solat. Zahara mempercepatkan pergerakannya.

"Argh! Kenapa pulak perut ni". Secara tiba2 perut Zahara terasa seperti memulas sakit. Serentak dia terduduk. Berdenyut2 rasanya.

"Takkan gastrik kot". Gumamnya.

Hampir lima minit dia menahan sakit. Berpeluh dahi dek menahan denyutan di bahagian perutnya. Tangannya menggenggam kuat hujung baju. Terasa nak pengsan sakitnya.

"Ara, kenapa ni?".

Hafiy yang cemas melihat isterinya terus mendekati. Berulang kali dia bertanya tapi Zahara hanya mampu menggeleng.

"Gastrik?".

"T..tak kot. Ara makan je".

"Habis tu?".

Zahara diam. Dia mengetap bibir kuat. Makin lama makin sakit dirasakan. Perutnya berdenyut2 kuat.

"Kita pergi klinik. Dah, jom!".

"Tak! Takpe.. nanti kejap lagi baik la ni. Abang tak payah risau, eh?".

"Macamni kata jangan risau? Kita pergi klinik la, cek apa patut". Hafiy mula membebel. Lengan isterinya dipapah menuju ke kerusi.

"Sakit sangat ke?".

Zahara mengangguk lemah.

"Abang sapu minyak panas, ok? Ara tunggu sini kejap". Dengan segera dia berlari anak menuju ke bilik.

Ditangannya terdapat minyak panas pemberian Puan Azila. Perlahan2, Hafiy menyapu di perut isterinya. Sempat dia berselewat dan membaca ayat syifa moga sakit perut isterinya segera sembuh.

"Dah. Ara rehat ajelah. Tak payah masak. Abang beli bungkus aje".

"Eh, takkan la nak beli bungkus pulak. Ara nak masakkan abang sup ayam, kan abang teringin dari semalam. Abang tunggu kejap ye, Ara masak".

"Ish, degil betul isteri abang ni. Kalau sakit balik, kan susah!".

Zahara tersenyum tipis. Perutnya masih rasa pedih tapi digagahkan juga. Suaminya yang bercekak pinggang langsung tak diendahkan. Dia terus ke sinki untuk membasuh ayam.

"Tengok tu! Langsung tak dilayan abang ni".

"Abang! Jangan la macamni. Ara ok la. Abang duduk je diam2 kat situ sambil tunggu Ara masak, ok?".

Hafiy menggeleng berulang kali. Kalau diulang beribu kali pun belum tentu isterinya akan ikut. Sudahnya, Hafiy melabuhkan punggung di kerusi dan hanya memerhatikan tingkah isterinya memasak. Makin lama makin seronok pula melihat Zahara di dapur. Ada sahaja yang nak diborakkan.

Hafiy pula lebih senang menjadi pendengar setia. Ingatannya makin lama terbang jauh kepada Mariam Syuhada. Entah apa yang dilakukan isterinya itu. Hatinya berat untuk meninggalkan tapi apakan daya, dia terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku. Biarlah isterinya tenang di rumah keluarga. Bukan bermakna Hafiy terus melupakan segalanya tentang Mariam Syuhada.

"Abang..?".

Bahu Hafiy ditepuk perlahan. Suaminya kelihatan jauh termenung sedangkan dia sibuk bercerita itu ini.

"Syu.."

Zahara terkedu. Nama madunya disebut. Pasti Hafiy merindukan Mariam Syuhada.

"Abang.. ni Ara la".

Hafiy tersedar. Cepat2 dia membetulkan keadaan.

"Sorry Ara! Abang tak sedar pulak tadi. Ara cakap apa?". Hafiy kalut. Wajah isterinya dipandang.

"Ara tak cakap apa2 pun. Abang tu yang termenung jauh. Sampai mana dah?".

"Er.." Hafiy tersengih. Digaru kepalanya yang tak gatal.

"Kalau rindu, bincang, bawak Syu balik".

Hafiy tergelak kecil. Benda yang mudah disebut tapi susah nak dibuat.

"Kalau boleh, lama dah abang buat".

Zahara menjongket bahu. Dia kembali ke dapur gas. Lauk nya yang sudah siap dimasak diletakkan didalam mangkuk kaca. Nasi disenduk ke dalam pinggan.

"Makan dulu. Bagi ada tenaga. Esok abang kerja kan?".

"Hurm.."

"Esok Ara ingat nak keluar kejap la. Abang izinkan?".

"Nak kemana? Sorang2?".

Zahara mengangguk. Wajah suaminya diamati lama.

"Ara nak beli baju. Baju Ara yang lama dah tak boleh pakai. Semua dah kecil. Pelik betul!". Rungutnya.

"Isteri abang dah gemuk la tu". Selamba Hafiy menjawab. Terlopong Zahara mendengarnya. Nak menangis pun ada!

"Serius la ni? Ara dah gemuk?". Dia bingkas bangun dan menuju ke cermin yang tergantung kemas di ruang tamu. Tak sudah dia membelek dirinya. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Hafiy pula tak sudah2 menggelakkan isterinya.

"Ara ni, percaya sangat abang cakap ke?". Soalnya dalam tawa yang masih bersisa. Tanggan dibasuh lalu dia segera mendekati Zahara.

"Ara nampak gemuk la.."

"Ok, mana? Meh abang tengok.."

Hafiy mula membuat penilaian. Dibelek2 tubuh isterinya dari atas sampai bawah. Berkerut2 dahinya.

"Pipi tembam sikit, perut pun dah tak kempis macam dulu".

Hampir sahaja nak tercabut rahang Zahara mendengarnya. Tangannya memegang perutnya yang sedikit buncit. Wajahnya kembali sayu.

"Ara dah tak lawa la?".

"Siapa cakap?".

"Habis, abang cakap Ara dah gemuk, pipi dah tembam".

"Tu membawa maksud tak lawa ke? Ooh, baru tau la". Soalnya naif. Zahara memukul kuat lengan suaminya. Dia kembali merenung dirinya di cermin.

"Perut buncit pun, apa ada hal?".

"Malu la. Abang pun takde perut buncit. Ara nak kurus la macamni. Taknak makan".

"Haa, jangan ngada2 taknak makan. Nanti gastrik pulak. Lain hal pula nanti. Ala Ara, orang mengandung tu tak kisah pun perut buncit ke depan, besar lagi!". Seloroh Hafiy. Dia kembali ke meja makan.

"Ish, itu kan mengandung, memang la dia tak kisah. Apa la abang ni!".

Hafiy mengekek gelak. Dia kembali menyambung suapannya yang tergendala sebentar tadi. Zahara duduk bersebelahan Hafiy. Wajahnya mencuka.

"Kenapa ni? Risau pasal berat badan ke? Ara, abang ok je".

"Takdelah! Hurm.. boleh tak Ara keluar esok?".

Hafiy mengangguk. "Tapi, balik cepat, jangan merayau tempat lain".

"Eii, Ara bukan budak la". Balasnya. Dia mencuit isi ayam dipinggan Hafiy sedikit.

"Taknak makan ke?".

"Makan la. Ara makan kejap lagi. Perut ni kenyang pulak tengok abang makan".

Hafiy tersengih. Pinggan yang kotor dibawa ke sinki lalu dibasuh bersih. Zahara berlalu ke bilik. Kemeja Hafiy diambil lalu digosok kemas.

Hafiy pula duduk di ruang tamu sambil menonton tv. 

"Syu, kalau dah sudah, teman abang tengok tv sini, tau!".

Zahara berkerut. Rasa dia tak salah dengar. Pasti suaminya tersasul lagi. Zahara menjengulkan wajahnya di pintu bilik.

"Jauh sangat kalau Syu nak datang temankan abang". Jawab Zahara selamba.

Hafiy tersedar. Dia tersalah cakap lagi. Pasti Zahara terasa dengan perbuatannya. Mulutnya ditepuk berulang kali.

"Ara, abang sorry, ok?".

"Takpe, Ara faham. Tak kisah pun". Zahara tersenyum manis.

Hafiy pula merasa bersalah yang teramat. Tak sepatutnya dia tersalah kata begitu. Zahara juga punya perasan. Tak mungkin isterinya tak cemburu.

"Dah la, pergi lah tengok tv tu. Ke.. nak tolong gosok baju ni?". Usik Zahara. Sebolehnya dia sedar diri bahawa Mariam Syuhada adalah kepentingan Hafiy yang utama.

"Ara.."

"Ara ok la. Abang ni pun, kalau Ara tak ok lama dah Ara lari".

Hafiy mencebik. Wajah isterinya dipandang lama.

"Suka la nak lari2 ni semua?". Kedengaran rajuk. Zahara tergelak besar.

"Abang marah ke ni? Alahai, comel aje muka tu. Merajuk la lagi". Zahara mengusik nakal suaminya. Dicubit2 pipi Hafiy geram.

"Eii, geram betul abang dengan Ara ni lah. Dah la, teruskan ajelah kerja tu. Abang nak tengok tv".

"Ok!".

Zahara tersenyum gembira. Biar dia buatkan suaminya tersenyum. Itu lebih menggembirakan hati Zahara.

***

 

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience