Bab 13

Drama Completed 5973

Sejak menjadi kekasih Iqbal, Saraa kini sering tersenyum seorang diri. Dia gembira, bahagia. Mana tidaknya, dia rupanya tidak bertepuk sebelah tangan apabila Iqbal juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya.

"Sejak kebelakangan ni, ibu tengok Saraa lain macam sangat," tegur ibu yang melihat anaknya tersenyum seorang diri sambil bermain telefon bimbitnya.

"Eish lain apanya bu? Macam biasa aje," jawab Saraa. Senyuman masih mekar di bibirnya.

"Ibu nampak Saraa macam happy sangat. Ada apa-apa ke ni?" tanya ibu sambil menampar manja bahu anak tunggalnya itu.

"Happy? Ye ke?" Saraa mengangkat keningnya tanda berminat.

"Ye la. Saraa yang ibu kenal ni selalu marah-marah tau. Tapi Saraa yang ini asyik tersenyum-senyum sorang diri je," komen ibu.

"Ish ibu ni. Ibu memang suka tengok Saraa marah-marah ke? Suka tengok Saraa selalu takde mood?" tanya Saraa yang tidak berpuas hati mendengar komen ibunya.

"Tak," ibu menggeleng kepala.

"Habis tu?" Saraa mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Takla, ibu jarang tengok anak ibu ni senyum sorang-sorang macam kerang busuk macam ni," jawab ibu sambil tertawa kecil.

"Ibu ni kan. Tak baik tau," Saraa memuncungkan mulutnya. Merajuk.

"Ke Saraa ni dah ada boyfriend?" tebak ibu.

"Ke situ pulak ibu ni, takde la,"

"Macamla ibu ni tak pernah muda macam Saraa. Ibu tahula," sakat ibu.

"Ibu... Saraa betul ni. Takde. Saraa kawan je," Saraa masih menidakkan sangkaan ibunya. Dia malu untuk mengakuinya.

"Ye la tu. Dah la. Ibu dah ngantuk ni, ibu masuk bilik dulu tau. Saraa jangan tidur lewat sangat. Esok Saraa kerja," pesan ibu sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.

Saraa hanya mengangguk.

Beberapa minit selepas ibu masuk ke dalam biliknya, Afrina keluar dari biliknya lalu mendekati Saraa. Rupa-rupanya sedari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka.

"Saraa," panggilnya

"Yes?" jawab Saraa tanpa memandang wajah Afrina.

"Betul ke kau dah ada boyfriend?" tanyanya lalu duduk di sebelah Saraa.

'Dasar penyibuk' kata Saraa dalam hati.

"Takde kena mengena dengan kau pun," jawab Saraa selamba.

"Ala Saraa jawabla betul-betul. Ada ke tak?" rungut Afrina.

"Kalau aku taknak jawab? Kau nak buat apa?" tanya Saraa sambil memandang tepat wajah Afrina dengan perasaan jengkel.

"Ish annoying betulla kau ni. Patutla Maklang tak suka kat kau," kata Afrina sambil berpeluk tubuh.

Kesabaran Saraa kini sudah hilang apabila mendengar kata-kata Afrina itu.

"Suka hati aku la. Kau sibuk sangat ni dah apahal?! Maklang tak suka kat aku? Hey! Aku tak kisahla kalau korang semua nak benci kat aku pun," jawab Saraa dengan nada suara yang sedikit meninggi. Hatinya sudah tidak mampu untuk menahan geram.

Afrina terkedu. Dia tidak menyangka bahawa Saraa akan bertindak untuk meninggikan suara sebegitu kepadanya.

"Sampai hati kau kan nak tinggikan suara kat aku macam ni. Aku tanya satu soalan tu je," ucapnya perlahan.

Air matanya mula mengalir membasahi pipi. Dia memang tidak dapat mendengar seseorang meninggikan suara kepadanya. Dia akan mula menangis.

Saraa yang melihat Afrina menangis di hadapannya mula diselubungi rasa bersalah.

'Apa kau dah buat ni, Saraa?!' marahnya dalam hati.

"Af, aku...." belum sempat Saraa menghabiskan kata-katanya, Afrina sudah meninggalkannya sendirian di ruang tamu.

'Semua ni salah kau, Saraa'

'Kenapa kau kejam sangat ni?'

'Kau tak kesian ke kat dia?'

'Betulke kau tak kisah kalau semua orang benci kat kau? Kau ni cakap cakap je tau'

'Patutla semua orang tak suka kat kau'

Saraa menutup telinganya. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya sudah tidak tentu arah. Telapak tangannya juga dingin.

"Argh!"

...

"Hey, kenapa lesu je ni? Macam tak cukup tidur je," tegur Iqbal yang melihat Saraa tidak seperti kebiasaannya.

"Saya tak tidur malam tadi," jawab Saraa ringkas.

"Kenapa?"

"Takde apa la,"

"Ada masalah ke?" tanya Iqbal prihatin.

Saraa menggeleng.

"Tipu,"

"Betulla. Takde masalah pun," Saraa meyakinkan Iqbal.

"Habis tu?"

"Saya cuma rasa bersalah je," jawab Saraa dengan keluhan.

"Kenapa pulak?"

"Saya marah kat someone malam tadi sampai dia menangis,"

"Uish. Teruk ke Saraa marahkan dia? Saraa dah mintak maaf kat dia?"

Saraa mengangguk.

"Dia maafkan tak?"

"Dia....."

Saraa menceritakan kisah pagi tadi kepada Iqbal.

...

"Afrina, aku naj mintak maaf sebab aku tinggikan suara kat kau malam tadi,"

Afrina tidak menjawab.

"Kenapa Kak Saraa nak mintak maaf kat kakak Suf pulak?" tanya Sufrina yang hairan melihat Saraa meminta maaf kepada kakaknya.

"Takde apala. Kau cepat sikit sarapan nanti lewat pulak nak pergi kat sekolah," kata Afrina kepada adiknya.

"Tapi..."

"Jangan nak menyibuk," marah Afrina.

"Kau maafkan aku ke tak ni?" tanya Saraa.

Afrina tidak menghiraukan soalan Saraa lalu berlalu masuk ke dalam bilik air.

Saraa mengeluh.

"Kak Saraa tak perlu risau la. Dia tengah panas tu. Nanti kalau dia dah sejuk akak mintak maaflah lagi. Confirm dia maafkan," ujar Sufrina yang tidak tahu apa-apa.

Saraa hanya mengangguk dengan senyuman hambar.

...

"....macam tu la ceritanya,"

"Takpela tunggu je la dia sejuk dulu, nanti Saraa mintak maafla lagi sekali, okey?" pujuk Iqbal sambil mengukir senyuman yang manis untuk Saraa.

Saraa mengukir senyuman mendengar pujukan Iqbal. Suara Iqbal yang serak-serak basah itu mampu menenangkan hatinya.

....

Pada petang itu, Adam menjemputnya pulang dari kerja seperti biasa.

"Adam, aku taknak balik dulu la," ujar Saraa.

"Eh? Dah kenapa pulak?" Adam mengerutkan dahinya.

"Kita lepak nak? Kat sungai," Saraa yang enggan menjawab soalan Adam cuba untuk mengubah topik.

"Kau ada masalah ke? Dengan Iqbal?"

"Kau ni dah kenapa? Perlu ke nak libatkan dia dalam hal ni? Kitaorang okey je la. Kalau kau dah tak sudi nak lepak dengan aku, takpe la. Hantar je aku balik," marah Saraa.

"Okey, okey. Kita lepak, okey?" ujar Adam untuk memujuk Saraa.

Saraa hanya diam tidak menjawab.

...

"Kau ada apa-apa ke nak cerita kat aku, Saraa?" tanya Adam apabila melihat Saraa hanya terdiam sedari tadi.

"Entahla,"

"Kau kata nak lepak tadi, kan? Kita mestilah ada topik untuk dibualkan. Takkan nak diam je,"

Saraa mengeluh.

"Kau tahu kan, kalau kau ada masalah, kau boleh cerita kat aku," ujar Adam. Dia tahu bahawa ada sesuatu yang mengganggu fikiran kawannya yang seorang itu.

"Aku gaduh dengan Afrina," jawab Saraa lemah.

"Af? Kenapa pulak?"

"Aku tengking dia malam tadi. Tapi dia yang mula dulu. Suka sangat sakitkan hati aku. Aku dah mintak maaf tapi dia ignore je," jelas Saraa.

"Takpe la. Nanti kalau dia dah okey, kau mintak maaf la lagi,"

"Kau tau kan aku tak suka nak mintak maaf banyak kali,"

"Habis tu? Kau nak buat apa? Nak terus bermasam muka? Korang serumah kot,"

"Itu yang aku fikirkan,"

"Takpela kau mintak maaf je pun. Tak terjejas pun imej kau," Adam memberi nasihat.

"Okeyla. Nanti aku mintak maaf lagi," Saraa mengalah.

"Dah jom balik. Dah lewat dah ni,"

...

Apabila semua sudah masuk ke dalam bilik sendiri selepas makan malam, Saraa mengetuk pintu bilik Afrina.

"Kau nak apa?" tanya Afrina kasar.

"Aku nak mintak maaf,"

"Tu je?"

"Aku betul-betul nak mintak maaf kat kau ni. Maafkan aku please," ucap Saraa bersungguh-sungguh.

"Kau dah tengking aku tau, takkan senang macam tu je aku nak maafkan kau. Mak ayah aku pun tak pernah tinggikan suara kat aku,"

"Okey macam ni. Aku akan tunaikan satu permintaan kau sebagai tanda maaf. Kau nak apa?" ujar Saraa.

"Adam,"

"What?" Saraa terkejut.

"Aku nak abang Adam. Boleh?"

"Kalau kau nak kat Adam, kau katala kat dia sendiri,"

"Tapi kau kan girlfriend dia,"

"Sejak bila pulak ni? Mana ada,"

"Betul ke ni?"

Saraa mengangguk.

Afrina tersenyum gembira lalu memegang tangan Saraa.

"Kau tolong dapatkan abang Adam untuk aku please," ujarnya.

"Hah?"

"Please,"

"I'll try. Tapi aku tak janji tau,"

"Yeay! Thank you! Aku maafkan kau," Afrina teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience