Bab 23

Romance Completed 207871

"Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni?" soal Caden pada Carlos yang tadi hanya diam di hadapannya.

"Bergantung pada tujuan. Apa tujuan kau buat macam ni?" soal Carlos pulak.

"Aku dah tak tau macam mana lagi caranya. Bukan ambil kesempatan pada Afrina tapi aku rasa dia je yang boleh bantu" serabut wajah Caden.

"Kau tak rasa macam kau main-mainkan perasaan dia ke. Hari tu kau dah confess dia, hari ni lagi sekali?" Carlos tidak faham dengan Caden.

"Masa tu aku belum tahu dia siapa tapi aku memang rasa dia ni macam ada something. Tapi tak pasti apa. Aku memang sayangkan dia Carl, tak pernah aku rasa apa yang aku rasa sekarang ni" ucap Caden sambil meraup rambutnya.

"Kau tak payah cakap pun aku tau. Pandangan dan layanan kau pada dia pun aku dah boleh agak." kata Carlos.

"Kau suka dia?" soal Caden lalu mata Carlos di cari.

Ketawa Carlos dengan soalan itu. Faham sangat, jelous.

"Aku anggap dia tak lebih dari kawan Den. Tak payah la nak risau. Aku bukan macam tu" balas Carlos.

"Dah tu, apa tindakan seterusnya?" soal Carlos.

"Kena tunggu pagi esok. Apa keputusan dia. Tapi aku harap sangat dia setuju. Kau rasa apa keputusan dia?" tanya Caden.

"Susah nak jangka dengan Intan ni. Kalau dari apa yang aku nampak, dia mungkin ada rasa pada kau juga tapi mungkin tersekat dengan tugasnya. Tapi bila dah ada peluang macam ni. Aku tak rasa dia tolak. Banyak faktor yang keputusannya berpihak pada kau" terang Carlos.

"Cuma, kau tak rasa Cleine dah tau siapa dia?" soal Carlos bimbang.

"Rasanya mungkin tak. Tapi walau apa pun kita tetap kena berhati-hati" jelas Caden.

"Macam mana kau boleh syak Intan ni bukan biasa-biasa?" tanya Carlos ingin tahu. Teruja sahaja wajahnya.

Terlepas ketawa dari bibir Caden.

"Ada beberapa kejadian yang aku nampak dan aku tak rasa gadis lain boleh buat macam tu" terang Caden.

"Apa yang jadi?" soal Carlos ingin tahu.

"Kau ingat tak yang aku cakap nak keluar makan cendol tu? Masa nak balik, lintas jalan. Aku pergi ke kereta dulu. Masa tu Afrina baru nak lintas jalan, tiba-tiba ntah mana datang budak motor ni nak ragut beg tangan dia. Apa lagi ditendangnya motor budak tu sampai langgar pokok. Terperanjat aku. Ganas gila." ketawa Caden bercerita.

Tergeleng kepala Carlos mendengarnya.

"Kau tak takut ke nak kahwin dengan Intan?" tanya Carlos bila ketawa dah reda.

"Takut kenapa? Bukan aku yang terlibat dengan kes ni" jawab Caden.

Adoi.. Kalau bab macam ni, kau memang lambat kan Den.

"Maksud aku, kau tak takut kena belasah dengan Intan ke? Boleh tahan juga garangnya tu" sakat Carlos.

Merah wajah Caden.

"Tunggu la nikah nanti, tau la aku nak buat macam mana"

Kuat bergabung ketawa. Otak kuning, sama je mana-mana lelaki pun..

+++

Ish, tak guna betul. Macam mana dia boleh tahu. Masak aku. Apa nak buat ni. Kalau aku kahwin dengan Caden, dah tentu kena tarik diri dari kes ni. Ah.. Serabutlah.

Lift ni pun lambat la pulak. Orang nak cepat. Time ni la hegeh-hegeh pun.

Jam di tangan di kerling. Awal lagi dah nak balik. Lantak la, aku dah cakap tadi kan. Nak balik.

"Hai Intan" sapa suara di sebelah.

Terperanjat Intan. Laju dada dipegang.

"Eh, Tuan Cleine. Hai." jawab Intan sambil menstabilkan nafas. Semput aku, terkejut macam ni.

"Nak turun ke?" soalnya ramah.

"Ah, ye. Saya nak turun" balas Intan.

Lagi mau tanya, dah tentu la nak turun. Nak ke atas, atas mana, atas langit?

'Ting'

Pintu lift terbuka, Intan biarkan Cleine masuk dahulu. Eh, dia sorang. Mana Naim.

"Lepas kerja free tak?" soal Cleine pada Intan sambil tersenyum.

Manis senyumannya tapi ingat, jangan percaya.

"Lepas kerja? Rasa macam tak free la. Ada hal sikit. Maaf ye Tuan Cleine." ucap Intan lembut.

"Eh, tak apa. Just try my luck" kata Cleine sambil tersenyum.

Ikut kau la Cleine oi, luck ke tak luck ke. Banyak lagi benda aku nak fikir.

Lambatnya sampai bawah..

Senyap. Cleine hanya memandang ke hadapan tapi dapat Intan rasakan hujung mata Cleine memandangnya. Ada yang tak kena ke.

'Ting'

Pintu lift terbuka.

"Saya keluar dulu" ucap Intan sambil tersenyum plastik.

Sebaik keluar dari perut lift. Laju Intan membuka langkah. Tiba-tiba perut berbunyi. Lapar la pulak.. Makan la dulu baru balik.

Intan menukar langkah ke ruang makan. Masih banyak meja kosong. Sekejap lagi penuh la ni.

Intan beratur mengambil makanan dan minuman lalu mengambil tempat di hujung meja di tepi dinding. Tidak mahu ada yang ganggu waktu makannya.

Sedang enak Intan menjamu selera, ada seseorang duduk di hadapannya. Intan mengangkat wajah. Azmi? Nak apa. Pelik.

"Betul tak apa yang aku cakap hari tu?" soal Azmi pada Intan.

"Cakap apa?" soal Intan.

Waktu makan macam ni, memang boleh lupa benda lain.

"Dia baik dengan kau sebab nak sesuatu kan?" soal Azmi.

Terhenti suapan Intan. Sudu gafru diletakkan dalam pinggan. Potong betul la dia ni.

"Apa maksud awak ni Azmi. Saya tak faham?" soal Intan.

"Tak payah buat-buat tak faham. Jangan kau menyesal satu hari nanti sudah" kata Azmi lalu bangun meninggalkan Intan tertanya-tanya.

Terbantut selera jadinya. Air diteguk, bibir comot dikesat dengan tisu. Lalu pinggan dan gelas di bawa ke tempat cucian. Kacau betul la Azmi ni. Siapa dia ni?

Selesai sahaja makan. Intan terus ke bilik rehat untuk menukar pakaian dan pulang.

"Hai Intan. Jom makan" ajak Aishah yang nampak Intan baru masuk ke bilik rehat.

"Hai. Eh, saya baru lepas makan. Pergi la. Sedap lauk hari ni" balas Intan lalu membuka pintu lokar dan mengambil pakaian untuk ditukar.

"Ye ke, awalnya makan" tegur Aishah lagi.

"Lapar, perut awal dah berbunyi" Intan tersengih.

"Ye la. Saya pergi dulu ye" kata Aishah. Intan hanya membalas dengan anggukan.

Setelah siap menukar pakaian, Intan mengambil beg dan helmet lalu terus melangkah laju ke lift untuk turun ke basement.

Sesak juga orang waktu ni nak masuk lift. Sakit kepala fikir dengan apa yang akan dimaklumkan pada HQ sebentar lagi.

+++

Sampai sahaja di rumah, Intan terus ke bilik belakang. Telefon diambil dan nombor Tuan Saiful didail. Panggilan dijawab.

"Assalamualaikum Tuan. Saya ada maklumat baru tapi perlukan kebenaran Tuan untuk teruskan misi" ucap Intan.

"Go ahead" balas Tuan Saiful.

"Begini Tuan.." Intan memulakan taklimatnya tetapi mengenai isu berkahwin dengan Caden tidak dimaklumkan.

"Hm.. Saya rasa tak ada masalah. Kita buat kerja pun bukannya nak perhatian. Yang penting misi kita berjaya menumpaskan sindekit pelacuran ni. Tapi walau apa pun, saya akan maklum pada pihak atasan. Puan tunggu berita dari saya" ucap Tuan Saiful dan talian dimatikan.

Betul ke apa aku buat ni. Patut ke tak patut bagitau ayah pasal ni. Tapi ayah bukan wali, aku boleh nikah guna wali hakim. Kalau bagitau, ayah mesti tak setuju. Tapi kalau tak setuju kahwin, Caden cancel semua. Adoi..

Tawwakal je la Intan. Yang penting niat kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience