Rate

02

Romance Series 1805

Senyap sunyi koridor wad pesakit jam lewat begini.Sudah masuk waktu tidur bagi kawasan Gombak dan yang sewaktu dengannya.Dan tepatlah ketikanya untuk perut aku mengumandangkan dondang sayang lapar.Berdirilah aku depan pintu bilik wad nak cari makanan sebab tak makan apa-apa lagi untuk dinner.Niatnya nak cari roti je dekat kedai bawah yang memang aku maklum buka.

Tulah siapa suruh bagi makanan hospital untuk orang sakit tu kat mak abah bungkus bawa balik rumah.Tapi ye lah itu yang sepatutnya pun.Dapur rumah sewa aku pun kosong tak ada apa.Apalah pula kata mak abah kalau anak bujangnya ni tak pelawa makan malam lepas dah drive jauh-jauh sebab dia.

Angin malam sejuk memeluk tubuh aku yang berbalut selimut hospital.Rambut yang disepit tak berapa nak kemas mula meliar.

Dum! “Adoi!” Dahi aku usap sakit.Langgar tembok rupanya,siapa letak tembok tengah jalan ni.Lah,sendiri yang jalan bergelap takde lampu suluh takde flashlight.Dah tahu kondisi mata sendiri bila dalam gelap yang tak berapa nak awas.

Selimut tebal aku betulkan duduknya atas bahu elok-elok.Sepit rambut dah terlepas membebaskan rambut panjang aku menggerbang macam kembar kak ponti.Kalau terserempak dengan seekor ni kat depan entah-entah dia yang lari dulu.Mana taknya,aku yakin muka aku ni dengan comotnya dan pucat habis dah boleh sangat turunkan sign watak seram dalam movie seram Malaysia.Dengan eyebag sepuluh kilonya.

Aku orak langkah demi langkah,terus ke depan dengan kepala menunduk tengok lantai.Terjeda aku sekejap bila firasat mengatakan ada makhluk kat depan sedang haling jalan aku.Pelan pelan aku angkat kepala cuba riki kejadian rupanya.Kaki.Kain putih.Aku Nampak terang-terang hantu depan aku ni tinggi.Lidah cepat-cepat aku basahkan dengan mengucap.

“Saya nak pergi cari makanan kejap je.Janji saya balik bilik cepat-cepat tidur dan tak merayau.Tolonglah jangan kacau saya.” Separa berbisik suara aku mohon laluan minta diri.Minta simpang malaikat 44 la kalau syaitan seekor ni nak menjawab.Mahu terkucil aku dibuatnya.

“Alif lam mimmm, zalikalkitabu la raibafih.” Tiba-tiba ada suara merdu mengalunkan ayat awal surah dalam Al-Quran.Yakin yang datangnya memang dari susuk dia yang di depan lah empunya suara,Aku pandang tegak depan.

“Dr. Arman?”

“Hurin?!”

Terjeda waktu selepas serentak bersuara aku dan dia.Mata masih terpaku antara dua pasang itu seolah tenggelam dalam fikiran masing-masing untuk sejenak.Otak aku blank beberapa Ketika sebelum kembali ke alam sedar.

“Awak buat apa seorang diri kat tengah-tengah hospital ni,cik Hurin?” Dr. Arman bertanya dengan suara macho dia.

“Grrr..grrr.” Segedik aku,gedik lagi perut aku ni nak tolong jawabkan soalan Dr. hensem depan mata sekarang ni.

“Oh,lapar ke? Awak nak cari makanan la ni ye?”Rajin pula lah di ani nak bertanya ya, suara hati aku balas.

“Haah,Dr. Saya turun dulu ya nak beli roti kat mini mart bawah.” Aku senyum sebelum pamit diri.

“Roti je cukup ke?Saya dengar perut awak tu macam meronta minta nasi je.Kebetulan pula,saya ada nasi untuk makan malam kat bilik saya.Boleh hangatkan semula di pantry ada microwave.” Dr. Arman bagi cadangan yang kurang bernas sebenarnya.

“Errr tapi tu kan makanan dr,apa pula saya yang makan.Terima kasih jela ye dr.”

“Takpe,saya dah makan dah pun.Awak anggap jela tu nasi lebih saya taknak saya bai awak.”

Aku kerut kening nak bagi tanda-tanda menolak pelawaannya.

“Dah,awak balik bilik awak sekarang.Kejap lagi saya datang bawa makan malam awak.Dah pukul 12 tengah malam ni,tak elok keluar lagi.Nanti demam pula macam mana? Siapa susah?Saya juga.”

“Eeh Dr. ni,bergurau tak kelakar pula.”

Dan takde salam takde sapa,bahu aku dia pegang kejap dan pusingkan aku ke arah belakang.Jalan balik wad pesakit yang akan aku diami sepanjang seminggu.

“Now,balik bilik awak dulu.Duduk tunggu saya dekat katil tu.In 10 minutes I’ll be right there with your dinner.”Dr. Arman tak mampu kawal senyum.Tak tahu kenapa dia rasa gembira.Nak luangkan masa dengan Hurin,dia jadi teruja mungkin?

Dan macam yang dia janji,tak cepat dan tak lewat seminit batang tubuh dia yang dah hilang kot putih muncul depan mata aku.Penampilan dia nampak lain.Mngkin sebab dah takde kot doktor dia,dan binatang stetskop di leher dia.Atau mungkin sebab kemeja kelabu yang dah hilang tali lehernya dan lengan yang dilipat sampai ke siku?Dengan rambut yang nampak hilang skemanya.Masih kacak,makin kacak sebenarnya.

Dengan penuh berhati-hati dia tatang dulang yang ada dua mangkuk dan satu cawan.Nampak sangatlah suka pergi gym kalau tengok tangan sasa dia.Ada dah urat urat hijau biru yang timbul.

Dulang itu dia letak elok atas meja depan aku.Aku bangun dan kemaskan selimut sikit.Betullah kata dia,angin malam sejuk boleh tangkap demam.Lagilah orang yang lemah sistem imuniti badan sejak azali macamaku ni.Nasi putih,sup ayam yang 80% sayur dan air coklat panas.Ni menu sihat ni.Aku pandang dia.

Dr. Arman tanpa disila labuhkan punggung di sofa sebelah katil Hurin.

“Awak makanlah,Hurin.Sup tu panas.Tiup dulu sikit.”Dia selit pesanan.

“Err Dr.”

“Hurin,boleh saya minta sesuatu?”
“Boleh tak awak gugurkan Dr. kat depan tu setiap kali panggil saya?Arman dah pun dah cukup,Hurin.”

“Tapi,awak kan Dr. Apa salahnya saya panggil awak Dr.?”

“Sekarang saya dah habis waktu bekerja,dah bukan Dr.Anggap saya kawan awak boleh?”

‘Lah tiberr.’ Ya itu balasan jujur aku yang pertama.

“Ye ke? Tadi dr. pakai kot putih tu bukan tengah bertugas ke?” Aku taklah lembap mana.Aku tahulah juga kerja jadi doktor ni.Drama korea tu aku dah khatamlah yang ada cerita doktor-doktor ni.

“Tu tadi saya saja je ronda.” Dr. Arman buat-buat batuk.Dia kemudian bangun dari duduk dan tuang sendiri air masak atas meja tepi dari dalam termos.

“Saya bukan apa,Hurin.Saya sebenarnya masih lagi rasa bersalah.Kalau bukan sebab saya,awak tak perlu pun buang masa terperuk kat bilik hospital ni.”
“Awak anggap jelah yang I’m just making amend for my big mistake”.Dia renung aku.

“Tak perlu la Dr.nak rasa bersalah lagi.Dr. kan dah tanggung kos rawatan saya sepenuhnya.Kira settle la.0-0.” Aku tak sukalah bila orang macam dia ni,aku ni dahla mudah jatuh kesian.

“Kalau macam tu awak anggap jelah saya ni tengah bertanggungjawab atas awak.”

‘Aduh makinlah janggal rasa dia lepas dengar ayat si Arman ni.’ Getus hati kecil aku.

“Okla okla,kita kawanlah.Awak.” Malu menerpa.Dah kenapa kau,Hurin?

Dr. Arman senyum kambing.

“Dr. dah kenapa suka?” Aku jegil mata.
Arman buat muka cemberut.Cis,macam budak-budak.Tak sangka perangai dia tak berapa nak matang ni tersembunyi topeng tegas dan sopan dia sebagai seorang doktor.

“Awak,” Aku betulkan.

“Kenapa tak usik lagi makanannya?” Arman perasan Hurin belum menjamah lagi makanan malam yang dia bawa.Gigih kot dia panaskan sup tu.Eleh,dua minit je letak dalam microwave tu.

“Awak nak saya suapkan ke?” Niatnya sekadar nak mengusik.Tak semena pipi Hurin bertukar merah,malu.

“Takpe,takpe. Yang sakit bahu je.Tangan saya alhamdulillah masih kuat dan berfungsi sebaiknya lagi.Terima kasih for this dinner.”

Pagi yang membosankan.Harini dah masuk hari ketiga aku di hospital.Luka aku masih lagi sama keadannya.Dan memang sekarang aku sedang mendengar dengan tekun update tentang kondisi diri daripada Dr. Adnan.Sedikit sebanyak juga yang dia tegur; tentang pentingnya aku hadkan gerakan tangan kanan sebab paling dekat dengan bahu aku yang cedera dan arahkan aku untuk makan ikan atau ayam banyak-banyak sebab protein boleh membantu cepatkan proses pemulihan.

“Baik doktor.”Memang itulah balasan aku setiap 4 kali dia datang menjenguk atas tujuan report status kesihatan pesakit.

“Awak nak pesan apa-apa ke,Hurin?Saya nak keluar kejap rehat ni.”Dr. Arman pandang aku lepas dia serahkan board di tangan kepada misi disebelahnya.

Aku baru perasan dah jam 12.00 tengah hari. Memang waktu rehat dia.Dan,ya. Aku kena gugurkan panggilan Dr. sekarang.

“Tak kot,Man. Mak abah kata dia orang nak datang lepas abah singgah solat jumaat.Nak terus balik Johor dah,abah ada urusan.” Jawab aku jujur.Yelah,nak meloya buruk kesian pula member baru nak buat baik di hari penuh berkat ni.

“Oh,baiklah kalau macam tu.Nanti makanan tengah hari dah sampai,ingat cakap saya suruh habiskan ikan atau ayam tu.Saya tengok awak tak licinkan,saya suruh awak habiskan lagi satu set meal.” Dia turut selitkan ugutan yang sebenarnya aku tak hairan pun.Dia ingat aku budak kecil lagi ke nak takut doktor?

“Eleh,awak ni nak saya cepat sihat ke nak saya tambah penyakit baru,obesiti?” Tak puas hati nada aku membalas.Suka hati dia je nak jalankan misi gemukkan aku.

Mak dan abah sampai betul-betul lepas aku sudahkan sesi melantak.Nampak gayanya,aku ni pesakit yang bagus sebab mendengar nasihat doktor seratus dua puluh peratus.Memang licin mangkuk dan pinggan makan tengah hari yang sampai harini.Sup ayam kot,memang sukalah kitonyo.

“Mak,abah.Jap jap orang dalam bilik air.” Aku separa menjerit dari dalam bilik air.Tangan aku disabun,dicuci bersih-bersih dan dilap kering-kering dengan tisu.

Yang buat aku terjeda ialah,bukan mak abah je yang ada dalam bilik aku.Ada orang ketiga juga! Yang lagi aku pening,mana ek aku pernah nampak muka ni.Macam sama tapi bukan dia,haa macamtu.

“Siapa ni,bah?’ aku salam tangan abah dan mak.Punggung dilabuhkan atas katil sementara mereka bertiga duduk di ruang pelawat.Arah aku duduk ni bertentangan dengan mereka bertiga.

“Ni,Man.Dialah yang langgar kamu tu.” Mak menjeling si Man.Mungkin marah sebab dah 3 hari aku masuk ward baru culprit ni nak menjenguk tak.

“Memang Man je ke nama,Hazman ke? Aiman ke??” Aku tak tahu kenapa mulut rajin anjur soalan beramah mesra.

“Aiman.A.I.M.A.N.” Siap mengeja,takut aku ni pekak agaknya tak dengar jelas nama common dia tu.

Atas bawah atas bawah aku pandang dia.Segak, berkemeja polo tona biru gelap dengan seluar slack hitam.Gaya orang ada-ada.Jam tangan mahal jangan tanyalah jenama dari negara mana kau pun tak kenal.Kasut pun kasut kulit kilat-kilat lagi.Dua marhalah pun dah boleh bau duit dari Si Man ni.

Eh,tapi kejap.Bukan ke yang langgar aku tu Arman, apa pasal Man lain pulak datang ni.Kambing hitam dia ke? Dia tak berani nak mengaku kat mak abah so tu yang dia bayar Man lain berlakon jadi pesalah bagi pihak dia.

“Haah,saya nak minta maaf dekat awak sebab kejadian temph hari.Sumpah,saya tak sengaja.Apa yang saya boleh buat sekarang ni ialah, saya nak minta maaf dengan awak.Harap awak boleh maafkan saya sebab saya dah tanggung habis kos rawatan awak.Dengan layanan kelas vip ni saya harap awak dapat sembuh dengan cepat dan maafkan saya dengan tenang.”

“Kejap,kejap.Awak mengungkit ke ni? Nak buat saya rasa terhutang budi dengan awak? Awak tahu tak awak dah hutang nyawa dengan saya? Memang ini pun apa yang awak patut buat.Dan, awak sepatutnya ada sejak hari pertama saya sampai sini.Sebab kalau bukan sebab awak, saya takkan masuk hospital,mak ayah saya takkan tergesa-gesa datang sini risaukan saya.” Aku mula in character bila nampak aura-aura sombong riak bongkak takabbur dari raut wajahnya itu.

‘Tapi ish,aku tak puas hatilah tak dapat nak ingat mana muka ni.’ Hati kecil aku masih yakin yang mamat bajet kaya ni aku pernah nampak sebelum ni somewhere.

“Bawa bertenanglah awak.Saya tak maksudkan macam tu pun.Saya Cuma buat apa yang saya mampu dengan harapan awak boleh maafkan saya.Apa mahal sangat ke maaf awak tu? Sedangkan nabi pun maafkan ummat.Ini lagilah awak siapa?” Si Man bersuara lagi.Oh betul-betul buku bertemu ruas.

“Eh, yang awak tu siapa nak cakap dengan anak saya macam itu?” Mak Tijah tak betah dengar dua orang ni bercakap ke berbincang entah tapi macam nak bergaduh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience