Bab 9: Bahagian 2

Action Series 1929

"Adriana, kau janji untuk tunggu aku. Tolong, jangan pergi...

Tidak. Jangan tinggalkan aku. Kau janji untuk tunggu aku."

Kau dah janji untuk tunggu aku. Tolonglah."

Deruan nafasnya bertukar deras sebelum dia melompat bangun dari pembaringan. "Antoninus!"

Adriana memegang dada. Pernafasannya cuba di atur. Migrainnya datang kembali.

Kotak ubat diambil dan dua biji panadol ditelan. Nasib baik dia selalu meletakkan sebotol air mineral di meja katil sebelum tidur.

Jam dinding dilihat. Baru pukul sepuluh. Telefonnya berdering.

"Hello?"

"Ana, where were you?" sahabat baiknya bersuara sedikit cemas.

"What's going on?"

"The dean will be around any minute."

"Huh?"

"International Student's Heartwarming Party from Dean, remember?"

"Party?" minda yang bercelaru ditenangkan. "Eh! My god! The party! Sierra, cover for me. I'll be there in ten."

"How can I-" panggilan mati sebelum sempat Sierra menyambung kata. Kepalanya digeleng. Apa boleh buat. Tunggu sajalah kedatangan kawannya itu.
Adriana bergegas ke bilik air untuk mandi. Rambut tidak dibasahkan kerana ingin cepat. Adriana memakai pakaian kasual saja, dan setelah mengunci bilik, dia berlari keluar.

Parti itu diadakan di dewan besar yang terletak di tengah kolej. Untuk ke sana mengambil masa kurang dua belas minit jalan kaki.

Adriana melajukan langkah menyedari dia hanya ada empat minit lagi.

"You're late again." Sierra menegur. "Fortunately the dean has not arrived yet."

"Ah ha... ha ha..." tawa yang keluar sedikit tersekat. Adriana merampas cawan di tangan Sierra dan laju air itu diteguk sehingga habis.

"Adriana! That's... y-you okay?"

"Huh?" dia sedikit pening.

"Hey where's my drink?" seseorang bertanya kepada Sierra yang sibuk mengusap belakang Adriana.

Wajahnya berubah merah. Tekaknya terasa mual.

"W-what's... hick! What's that?" belum sempat mendapat jawapan, Adriana sudah jatuh pengsan.

"How come she's wasted with only a cup?" pemilik air itu, Derek menyindir.

"Shut up!" Sierra memarahinya. Telefon diambil dan nombor teman lelakinya di dail. "Oi Ben. Where are you? Help us here. We're at the entrance."

Tidak sampai lima minit, Ben muncul dengan riak risau. "You guys okay?"

"I'm okay. Not Ana though. She accidentally drank some beer."

"Actually it's rum." Derek mencelah.

Sierra menjeling. "Whatever."

Ben mengangkat Adriana ke dalam kereta sementara Sierra mengkhabar ketidakhadiran mereka.

"You tell prof that Ana is sick and we take care of her. If her name get mentioned tomorrow, I'll report you for the drink." Sierra berkata tegas memandangkan Derek seorang yang suka bermain dan jarang berlaku serius.

Derek bersetuju tanpa banyak soal walaupun ada sedikit rasa tidak puas hati terpamer di wajahnya.

****

[Utara Rom.]

"Ya Tuhan, selamatkanlah keluargaku." Vibia berdoa sambil menunggu kepulangan suami dan kawan yang sudah dianggap seperti abang itu.

Derapan kaki kuda yang menghampiri mendebarkan jantungnya. Apabila suara yang dikenali memanggil, laju dia berlari keluar daripada rumah.

"Hadrianus!"

"Vibia."

Mereka berpelukan. Ciuman yang singgah meleraikan sedikit simpul kerisauannya.

Vibia memeluk erat Antinous yang sedikit murung.

Belum sempat masuk, Antoninus telah tiba dengan darah yang masih mengalir di pipi. Ibunya dipeluk erat, sekaligus mencurahkan kerisauannya.

"Adriana, ibu. Walaupun nafasnya sudah habis, pemberontak itu tetap ingin mengambilnya." air matanya mengalir.

Hadrianus menyuruh mereka masuk demi keselamatan. Walaupun kumpulan pemberontak itu sudah berundur, siapa tahu mereka akan menyerang lagi.

Sesungguhnya mereka kesal dengan khabar yang dibawa Antoninus.

Antinous menangis. Esakannya yang hadir berubah kepada bait bicara. Akhirnya dia menceritakan kisah mereka. Kisah dimana semua ini bermula.

Kisah pemberontakan yang diulung dahulu, dimana disebalik kebanggaan itu terdapatnya penyesalan yang tidak mampu dilupakan.

"Ayah bunuh mereka?"

"Ketika itu waktu perang, Antoninus. Jika bukan membunuh, maka menunggu untuk dibunuh."

Antoninus sedikit kecewa mendengar jawapan itu. Bukan kecewa dengan ayahnya, tetapi kepada diri sendiri kerana dia juga setuju dengan kenyataan itu.

"Jika bukan membunuh, maka menunggu untuk dibunuh." dia tersenyum sinis. "Aku tahu ayah, konspirasi pemberontakan yang terjadi dahulu. Mereka orang kampung. Mana mungkin mampu menyentuh raja."

"Apa maksud kamu?" Antinous menyoal.

Antoninus berdiri dari tempat duduknya. "Kadar cukai melambung, dan menteri tidak mampu lagi membeli istana. Panglima perang perlu hadir di hutan persimpangan untuk menuntut hak raja. Kejayaan menyempurnakan tugas akan menerima tanah seluas padang ragut."

Vibia dan Antinous berasa hairan, namun Hadrianus sedikit panik.

"Mana kamu tahu perkara ini?"

Antoninus menggeleng. "Aku hanya menyambung titik, ayah. Cuba menggunakan otak ini sedikit keras. Bukankah itu yang ayah harapkan daripada aku? Supaya aku menjadi anak yang pintar. Sebab itu aku dihantar ke Hispania selama ini, bukan?"

Vibia menarik lengan anaknya, sedikit memujuk. "Apa yang kamu cuba katakan, Antoninus?"

"Aku menemui sepucuk surat sebelum berangkat ke Hispania. Ketika itu aku sedang sibuk mencari hadiah untuk diberikan kepada Adriana. Ketika membaca surat lama itu, aku tidak sedikitpun mengerti... sehinggalah sekarang." Antoninus membetulkan letak tangannya.

"Ayah bergerak di belakang raja untuk mendapatkan kekayaan. Pemberontakan itu bukannya kerana ada yang berniat jahat ingin merampas kuasa, tetapi kerana cuba memberitahu raja tentang penyelewengan menteri kerajaan. Cukai yang dipersetujui hanya setengah daripada apa yang diungkapkan. Dengan kata lain, ayah berkomplot dengan menteri kewangan negara untuk kepentingan sendiri."

"Benarkah apa yang dikatakan Antoninus ini?" Vibia seperti tidak percaya. Diamnya Hadrianus meluluhkan jantungnya.

"Kau sendiri yang memberitahu aku tentang rancangan pemberontakan itu, Hadrianus. Benarkah...?"

Hadrianus menghela nafas berat. "Aku juga berasa kesal dengan apa yang sudah aku lakukan, Antinous. Aku cuba untuk menebusnya, tapi dosaku terlalu besar." wajahnya ditunduk.

Antoninus pergi keluar, meninggalkan ibu bapanya dan ayah angkat Adriana untuk berbincang.

Langkah yang lemah dipaksa menuju ke kuda tunggangan. Dia ingin pergi ke tasik bagi mengutip cebisan memori dia dan Adriana yang tinggal.

****

[Lembah Dalam.]

"Bagaimana dengan Luciana?" Tiberius yang masih parah sibuk hadir di tepi lelaki tua yang merupakan pengubat kumpulan mereka.

Lelaki tua yang dikenali dengan nama Ombre itu mengangguk perlahan. "Keadaannya sedikit baik."

Gaius tersenyum mendengar khabar itu. "Kau sudah dengar kan? Luciana baik-baik saja. Kau berehatlah Tiberius. Biar aku menjaga Luciana."

Tiberius mengangguk lemah. "Baiklah. Aku tahu kau juga kisahkan Luciana, Gaius. Berjanjilah untuk melindunginya seperti nyawa kau sendiri."

"Hei Tiberius, kita jaga Luciana sama-sama. Kau jangan cuba lari." nafasnya sesak menahan air mata yang ingin mengalir apabila melihat saudara sendiri di ambang maut.

"Di kehidupan seterusnya, aku harap aku hidup lebih lama. Kau pasti ingin aku menjadi saudara kau lagi bukan?" dia mengusik.

"Siapa yang ingin menjadi kembar kau? Mana ada kehidupan seterusnya." Gaius menjeling.

Tiberius ketawa sebelum darah membuak keluar dari mulutnya.

"Tiberius!"

"Kau jaga diri, Gaius. Sehingga bertemu lagi." nafas terakhirnya dihela. Tubuhnya menjadi kaku di riba Gaius.

Air matanya deras mengalir. Esakannya kuat, sekuat pelukan yang tidak ingin dileraikan. "Bodoh! Kau terlalu degil, Tiberius."

Erangannya menyanyat hati mereka yang telah lama melihat keakraban kembar itu sejak kecil.

Mereka meninggalkan Gaius seorang melayan perasaannya.

Adriana mendengar setiap bait bicara mereka tanpa mampu bergerak. Dia merasakan dirinya sangat tidak mampu. Hanya aliran air mata di hujung tubir tanpa dapat menggerakkan sendi sendiri.

"Tiberius, aku akan teruskan perjuangan kau. Walaupun aku sendiri kurang memahaminya." Adriana berjanji.

****

[Itali.]
[Tanggal Februari 2010.]

"How you feel?" Sierra bertanya ketika dia singgah menghantar sarapan. Kebetulan pula Adriana bangun ketika dia membancuh air panas.

"What happen?" Adriana mengaru kepala.

"You accidentally drink some rum and fainted."

"Oh. How's the party?"

"Don't worry about it. Here, drink this and then eat. I bring you something for the hangover."

"Thanks, Sierra."

"Want anything else?"

"No for now."

"I have a test this morning. You sure you can stay alone?"

"I'm okay. Go ace your test."

"Thanks. See ya."

Sebelum Sierra melangkah keluar, Adriana memanggilnya. "Thank you."

"Don't mention it."

Writer's block is really tough. Here's for the long wait. Next chapter wouldn't be too long ahead. I promise!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience