Bab 4

Zombie Series 926

Sebuah pesawat C-130 Hercules terbang di atas ruang udara kawasan banda Kuala Lumpur. Di dalam pesawat itu, 14 orang anggota komando Briged 10 Para akan melakukan operasi di Bandar Kuala Lumpur, bandar yang selama ini ditinggalkan. 14 anggota tentera ini ingin melaksanakan operasi di kota mati ini.

Ternyata selepas didesak beberapa kali oleh para Jeneral, Brigadier Jeneral Akhbar Singh akhirnya meluluskan operasi ketenteraan dijalankan di Kuala Lumpur yang sudah lumpuh seratus peratus kerana serangan Zombie. Setelah sampai di titik lokasi, sebuah peti bekalan dijatuhkan terlebih dahulu dan selepas itu 14 anggota tentera ini melompat keluar dengan menggunakan payung terjun. Operasi mereka diketuai oleh Leftenan Kolonel Kevin Chen.

Zul tersedar berada di dalam keadaan terikat pada sebuah kerusi. Dia melihat peralatan senjata miliknya berada di penjuru bilik. Zul cuba melepaskan diri namun ikatannya sungguh kuat.

Saat itu, kedengaran bunyi tapak kaki berjalan menuju ke arahnya. Muncul seorang wanita berpakaian serba hitam menuju ke arahnya. Wanita itu datang sambil memakan sebiji buah epal.

"Ni bukan perempuan. Ni budak perempuan." Kata Zul di dalam hati melihat gadis yang menghampiri dirinya itu sangat muda.

"Siapa kau? Kau kumpulan Cobra ke?"

"Aku bukan anggota mana-mana kumpulan. Sekarang siapa nama kau?"

"Mejar Zulkifli Yusoff. Platun nombor dua, Kompeni Alpha Batalion ke 12, Rejimen Askar Melayu Diraja. Kau nak apa daripada aku!?"

"Nama aku Bunga. Bunga Qaisarah. Aku perlukan pertolongan kau Askar."

Bunga menunjukkan sebuah gambar iaitu gambar seorang lelaki. Lelaki di dalam gambar itu adalah
ketua kumpulan Black Cobra, Azrul Dilan. Dia merupakan bekas ketua sindiket dadah yang ditahan pada tahun 2019 dan menanti hukuman mati namun dia terlepas selepas serangan zombie terjadi pada tahun 2020.

Selepas Azrul terlepas, dia mengumpulkan para penjenayah dan penyangak daripada beberapa buah bandar dan dari sinilah The Black Cobda ditubuhkan. Mereka bertindak merampas penjara dan balai polis serta merampas senjata milik pasukan keselamatan.

"Apahal kau tunjuk muka barua yang muka tak berapa nak kacak ni kat aku?" Tanya Zul yang masih lagi terikat.

"Aku perlukan pertolongan kau untuk cari dia." Jawab Bunga.

"Cari dia?" Zul bingung "Kau nak buat apa cari bangsat sial tu?"

"Aku nak tuntut bela. Tuntut bela atas kematian ibu bapa aku."

"Huh!?" Zul tercengang "Kau nak masukkan peluru dalam kepala otak dia yang tak berisi tu?"

"Bukan setakat masukkan. Aku nak letupkan sekali."

"Wow wow maaf ye cik adik. Aku taknak berurusan dengan anak anjing tu. Dia dan budak-budak dia dah ratakan satu kompeni RAMD dan dua skuadron Kor Armor Diraja dan sekarang kau nak aku bunuh dia? Banyak cantik muka kau."

Bunga merenung tajam ke muka Zul. Bunga menyambung "Kau tahu kan berapa banyak nyawa tak bersalah dia dah bunuh? Kau seorang askar. Kau dah angkat sumpah taat setia kau untuk negara ini. Yang Dipertuan Agong masih lagi berdaulat. Jalankan sumpah engkau. Tamatkan nyawa dia dan kita pergi dari sini dan pergi ke Safe Zone."

Zul sedikit ketawa "Kalau kau nak tahu aku dah langgar arahan pihak atasan. Aku tak pernah tinggalkan sumpah aku. Tapi aku cuma nak cakap kalau aku pergi ke Safe Zone aku akan hadap mahkamah tentera sebab melanggar arahan pihak atasan."

Kata Zul lagi "Macam mana kau nak dekati dia? Walaupun kau dapat dekati dia, dia dijaga ketat oleh anjing-anjing dia. Kau akan dibunuh sebelum sempat dekati dia."

"Kalau kita dapat bunuh dia, Black Cobra akan mati dengan dia sekali. Kita dapat selamatkan negara ni." Kata Bunga cuba mendesak Zul.

"Untuk dapatkan Azrul, kita perlukan satu kompeni pasukan khas GGK yang disokong oleh Kor Armor Diraja dan tembakan artileri daripada Kor Artilleri Diraja. Pasukan mereka juga perlukan sokongan udara jarak dekat dan ATM masih belum dilengkapi helikopter tempur melainkan M134 pada pintu helikopter Agusta Westland. Jadi kau rasa kita berdua boleh buat dia jadi pocong?"

"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Tiada apa yang mustahil kecuali jika kita mati mencubanya."

Kata Bunga lagi "Aku bawa kau sebab aku dah perhatikan kau sejak setahun lepas. Aku tahu kau ada banyak senjata canggih untuk lawan dia. Black Cobra tiada aksesori senjata canggih dan kalau ada mereka tak tahu guna. Mereka juga tiada kenderaan armor dan Javelin sedangkan kau ada semua tu. Aku tahu kau simpan beribu laras senapang di markas kau. Aku pun ada simpan banyak senjata dekat tempat ni. Kita boleh gunakan semua tu untuk lawan mereka."

"Aku tahu Bunga. Aku mengaku aku ada bekalan senjata yang cukup untuk lawan mereka tapi kita cuma dua orang. Macam mana kita nak tembus barisan pertahanan dia?" Kata Zul lagi.

"Kenapa kau macam takut sangat dengan dia?" Tanya Bunga yang melihat Zul sentiasa cuba untuk mengelak.

Zul menghela nafas panjang "Pasukan mereka bunuh tiga kompeni RAMD dan dua kompeni RRD. Kali terakhir tiada yang selamat dalam kompeni mereka."

"Kau takut mati Zul?" Tanya Bunga "Bukan ke kematian itu memang pengakhiran untuk semua manusia?"

Zul terdiam sejenak. Dia tersedar dia terlalu takut dengan The Black Cobra sedangkan dia seorang tentera.

"Aku beri kau masa untuk berfikir.
Hari dah lewat. Aku nak berehat."

Bunga masuk ke biliknya tidurnya lalu dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Seketika, ingatan silamnya kembali muncul.

3 Tahun yang lalu...

"Terima kasih cikgu."

Bunga Qaisarah, 16, pelajar 4 Manggis yang terkenal di sekolahnya kerana dia bukan sahaja gadis yang jelita namun dia memiliki pencapaian yang cemerlang di sekolah dalam bidang Akademik, sukan dan kokurikulum.

Bunga mengemas barang-barang miliknya dan disusun di dalam beg.

"Bunga, kau balik naik apa?" Tanya sahabat baiknya, Rafiqah.

"Aku naik bas. Motor aku rosak. Esok baru aku bawa." Jawab Bunga sambil menyandang beg sekolahnya.

"Nak tak ikut aku pergi perpustakaan? Kita buat kerja sekolah sama-sama. Nanti aku belanja kau makan." Ajak Rafiqah.

"Ok, bolehlah." Mereka berjalan bersama-sama. Namun, setelah mereka keluar dari pagar sekolah, mereka melihat sebuah konvoi kereta peronda PDRM melintasi jalan menuju ke bandar sambil membunyikan siren.

"Kenapa tu?" Tanya Rafiqah.

"Rompakan rasanya." Teka Bunga.

Mereka pergi ke tempat menunggu bas. Sambil menunggu bas, mereka membuka telefon yang disorok dan melihat berita di internet. Sedang hangat di media mengenai serangan yang terjadi di bandar-bandar besar dan menyebabkan kerosakan.

"Kenapa agaknya tu?" Tanya Rafiqah sambil membaca berita.

"Rusuhan mungkin?" Kata Bunga pula.

"Rusuhan apa beb sampai makan orang." Balas Rafiqah.

"Makan orang? Biar betul kau ni?" Kata Bunga yang tidak percaya.

"Aku tak main-main. Berita ni kata tentera akan dikerahkan ke bandar" Kata Rafiqah cuba menyakinkan Bunga.

"Entah lah beb. Dah macam filem zombie dah."

Bas yang ditunggu akhirnya tiba dan mereka segera menaiki bas itu. Dalam perjalanan, jalan yang ingin mereka lalui tersekat teruk. Saat sedang menunggu, mereka melihat terjadi kekacauan di luar.

"Eh apa tengah jadi tu?"

Mereka melihat beberapa orang melarikan diri daripada sesuatu. Kelihatan mereka diterkam dan dimakan oleh sekumpulan orang gila. Keadaan menjadi kacau-bilau dan menyebabkan penumpang bas menjadi panik.

"Ya Allah, Apa dah jadi ni?"

Bunga melihat mayat seorang lelaki yang terbaring di atas jalan dengan lehernya yang luka teruk. Mayat itu bergerak-gerak dan akhirnya kembali bangkit. Wajah mayat itu pucat dan berlumuran darah. Mayat itu melihat ke arah Bunga.

Mayat itu ingin berlari ke arah bas yang ditumpangi bunga namun mayat itu ditembak oleh seorang tentera yang memakai topeng gas. Namun tentera itu turut terkorban kerana diserang oleh seorang lelaki gila.

"Zombie? Zombie yang aku selalu tengok di dalam filem-filem Hollywood, sekarang betul-betul muncul di hadapan aku." Kata Bunga di dalam hati.

Kelihatan orang-orang diluar terus diserang oleh zombie-zombie itu. Ramai yang terkorban dan cedera. Pihak tentera yang dikerahkan akhirnya hilang kawalan dan ramai yang terbunuh.

Zombie-zombie itu menyerang bas yang dinaiki. Pemandu bas segera menekan minyak dan terus melaju meninggalkan tempat itu. Namun, dari sebelah kanan sebuah kereta yang terbakar melanggar bas mereka dan bas mereka terbalik.

Bunga yang terhentak kepalanya menyebabkan kepalanya berdarah. Darah keluar menghiasi wajah jelitanya. Dalam keadaan separuh sedar, Bunga mendengar bunyi jeritan, ngauman zombie, bunyi letupan dan tembakan daripada tentera yang sedang bertempur sebelum akhirnya pengsan.

"Allah!" Ucap Bunga yang tersedar dari pengsannya.

Bunga merangkak keluar dari bas yang sudah musnah. Kelihatan darah menitik di helaian rambutnya yang sudah tidak ditutupi tudung kerana tercabut dalam kemalangan tadi. Dalam keadaan yang begitu lemah, Bunga menyedari sekarang sudah pukul 8:00 malam.

Bunga melihat seluruh kota Kuala Lumpur sudah porak peranda dan penuh dengan kemusnahan. Mayat dan cebisan daging manusia berselerak di mana-mana. Terlihat juga beberapa buah pesawat tentera berada di udara.

Bunga berjalan menuju ke apartment tempat tinggal keluarganya yang terletak agak jauh. Dia merasa amat risau dengan keadaan ibu bapanya di rumah.

Mata Bunga terbuka. Dia rupanya terlelap seketika. Bunga membuka pintu biliknya dan melihat Zul juga tertidur dalam keadaan terikat.

Bunga berjalan ke arah tingkap dan melihat ke luar. Kedua bola matanya melihat sebuah kondominium terbiar di tengah bandar. Seketika, tangannya dikepal berbentuk penumbuk.

"Aku akan cari engkau, Azrul."

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience