-Bab 5-

Drama Series 5663

Sera sedang mencari ayahnya di kalangan orang yang hadir dalam majlis ini. Sera mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi ayahnya, belum sampai Sera menelefon ayahnya, Sera terdengar suara ayahnya memanggilnya. Sera melihat ayah dan ibu terus datang mendekati mereka.

"Ayah dah lama sampai? Maaf Sera lewat, sebenarnya Sera dah sampai awal tapi....."

"Kau memang dari dulu otak kau lembap, apa kau buat semua lambat." Datin Suraya memotong cakap Sera.

"Dah lah Su, malu sikit, kita sekarang dekat luar, banyak mata memerhati." Tegas Dato Ahmad.

"Awas kau kalau kau buat hal, habis aku kerjakan kau" Datin Suraya memberi amaran kepada Sera.

"Su, stop it please." Bisik Dato Ahmad.

Sera hanya mendiamkan diri, keran tidak ingin mamanjangkan masalah kerana dia tahu sangat yang Datin Suraya akan sentiada mencari kesalahannya.

Tepat jam 8 malam, majlis bermula. Semua orang mengalihkan perhatian ke meja utama.

"SELAMAT DATANG DATO-DATO, DATIN-DATIN SEMUA, DI MALAM YANG MULIA INI, KITA BERSAMA-SAMA MERAIHKAN ANNIVERSARY DATO SRI SHAM BERSAMA DATIN SRI KARMILA BERSAMA SELAMA 30 TAHUN." Ucap pengacara majlis.

Semua hadirin bertepuk tangan melihat Dato Sham bersama isterinya Datin Karmila berpegangan tangan menuju ke meja utama.

Sera terkejut melihat wanita yang bersama Dato Sham iaitu Datin Karmila, wanita yang sama yang telah menyelamatkan dia daripada terjatuh ke dalam kolam. Sera berasa malu akan perbuatannya di hadapan Datin Karmila. Perasaan Sera sekarang hendak sahaja dia nak balik sekarang. Namun semuanya terlambat apabila Dato dan Datin mendekati meja makan mereka.

Ayahnya langsung sahaja menyambut tangan dato Sham, "Selamat ulang tahun perkahwinan sham, semoga Dato Sham dan Datin Karmila berkekalan hingga ke jannah amin."

"Saya pun nak mengucapkan Happy Anniversary ke-30 tahun, Dato Sham dan Datin Karmila." Ucap Datin Suraya.

"Kamu ni, jangan nak formal sangat lah nak dato datin, kita sama je." Jawab Dato Sham.

"Terima kasih sudi datang ke majlis kami malam ni, kami sangat hargai kehadiran Mad dan Su." Kata Datin Karmila.

Datin Karmila melihat seorang wanita di belakang Datin Suraya. Ternyata wanita itu adalah Sera Amani yang dia terjumpa di halaman tamannya yang hendak memetik bunga rose merah kesayangan nya.

"Sera Amani kan." Datin Karmila bertanya kepada Sera.

"Ya, saya Sera Amani, maafkan saya atas apa yang berlaku tadi".

"Apa yang Sera telah lakukan kepada datin ?".
Tanya Datin Suraya.

"Sera Amani anak awak ke Mad ?". Tanya Datin Karmila kepada Dato Ahmad.

"Sera, dia an......"

"Dia anak angkat kami." Datin Suraya cepat-cepat memotong cakap suaminya itu.

"Sera ni anak angkat kami, Ahmad jumpa dia di depan rumah kami, saya cuma ada dua orang anak iatu Yusran Alwi dan Yusri Hamdan."

Datin Suraya sengaja menceritakan asal usul Sera untuk memalukan Sera di hadapan Dato Sham dan Datin Karmila supaya mereka tidak suka kepadanya dan menjauhkan diri daripadanya, namun semuanya tidak menjadi seperti yang di fikirkan kerana,

"Sejak bila kau ada anak perempuan ni, cantik padan dengan rupa." Kata Dato Sham yang memuji kecantikan Sera.

"Saya rasa sebab Mila lah ada dua orang anak lelaki Allah berikan Sera kepada kamu, untuk ada anak perempuan dan menolongnya."

"Ya, saya bersyukur sangat saya ambil Sera sebagai anak angkat saya, sebab saya teringin sangat nak ada anak perempuan." Kata Dato Ahmad.

"Maaf kalau apa yang saya nak kata mungkin tidak selesa bagi Sera, tapi saya berharap dapat jadikan Sera sebagai menantu saya."
Kata Dato Sham.

Sera terkaku mendengar kata-kata Dato Sham yang menginginkan dia menjadi menantu mereka. Adakah mereka akan menerimanya juga kalau mereka mengetahui yang Sera pernah berkahwin sebelum ini.

"Dari pertama kali saya melihat Sera Amani, saya telah berhasrat nak melamar Sera untuk anak saya." Tambah Datin Karmila.

"Sera Amani, sudikah kamu menjadi menantu kami ?" Tanya Datin karmila dengan penuh harapan.

Sera tidak ingin memusnahkan harapan Dato Sham dan Datin Karmila, tapi ini soal kehidupannya, tiada yang berhak mengatur kehidupannya melain dirinya, dia tidak ingin melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lagi.

"Maaf Dato dan Datin, tapi saya tidak ingin..." Sera ingin menjelaskan kepada mereka yang dia sebenarnya dia berfikir untuk kahwin buat masa sekarang dan ingin fokus kepada kerjayanya. Namun tangan Sera ditarik oleh Datin Suraya.

"Maksud Sera ialah dia akan pertimbangkan lamaran Dato Sham dengan Datin Karmila." Kata Datin Suraya.

'kita bincang hal ni di rumah.' bising Datin Suraya kepada Sera.

Sera takut membantah dan hanya mengangguk Ya.

Semasa perjalanan pulang ke rumah, keadaan berada di dalam kereta sunyi dan hanya mendengar bunyi radio. Sera sepertinya sudah mengetahui apa yang bakal terjadi nanti.

-----------------------------------------------------------------------

Masuk sahaja di rumah Dato Sham, belum sempat Sera pergi ke biliknya, lengannya di tarik oleh Datin Suraya.

"Kau nak pergi mana, kita kena bincang lamaran Datin Karmila tadi." Kata Datin Suraya yang menarik lenggannya hingga ke ruang tamu.

"Sera tak akan terima lamaran Datin Karmila. Sera tak nak kahwin disebabkan urusan perniagaan. Lagipun Sera tak kenal anak mereka." Jawab Sera dengan tegas.

"Aku ni nak bantu kau supaya hidup kau senang, tak menyusahkan aku, sedar diri lah. Nak dijadikan dia senang tak nak."

"Bermaksud kalau kahwin dengan orang kaya mesti senang lah, tak susah, tapi kenapa Sera kahwin dengan Daniel tak senang pun, tapi bikin banyak masalah."

"Kau nak kata aku lah yang bikin hidup kau merana kahwin dengan Daniel, kau tu yang pandai jaga laki, tu lah laki kau ada perempuan lain." Marah Datin Suraya.

"SUDAH, KAMU ASAL BERJUMPA MESTI NAK BERGADUH, DAH KITA BINCANG HAL INI ESK" marah Dato Ahmad yang sudah hilang sabar dengan mereka.

"Sera, malam ni tidur di sini, esk sama-sama pergi pejabat dengan ayah." Sambung Dato Ahmad.

Sera pun terus pergi ke biliknya, selesai sahaja dia membersihkan dirinya, Sera terus tertidur.

-----------------------------------------------------------------------

Syarikat QS

Sera terus sahaja masuk ke pejabat ayahnya setibanya dia di pejabat. Ayahnya yang telah menanti ketibaannya kini duduk di sofa berhadapan dengan Sera.

"Ayah rasa Sera dah tahu apa yang ayag nak kata ni."

"Ini mesti soal lamaran Datin Karmila." Sera telah menjangka ayahnya akan membangkitkan hal ini.

"Ya, dan ayah yakin yang Sera sudah mempunyai keputusan tapi sebelum itu Sera perlu tahu hal ni." Kata Dato Ahmad.

"Dato Sham dan Datin Karmila dahulu banyak membantu ayah menubuhkan syarikat QS ini, sehingga kini pun mereka menjadi salah satu ahli lembanga dalam syarikat dan banyak melaburkan saham mereka kepada syarikat ni." Jelas Dato Ahmad kepada Sera.

"Disebabkan itu ayah sangat berhutang budi kepada mereka, ibu kamu langsung tidak tahu tentang perkara ini." Tambah Dato Ahmad.

"Ayah tahu perkahwinan kamu dengan Daniel tidak bertahan lama disebabkan kamu berkahwin atas hubungan perniagaan, tapi kali ini, ayah minta tolong dengan Sera bantu ayah membalas budi mereka."

"Dengan berkahwin dengan anaknya ?".

"Ayah tahu susah bagi kamu, tapi ayah rasa inilah masa yang sesuai untuk membalas budi mereka kepada keluarga kita." Pujuk Dato Ahmad.

"Sera minta maaf sangat-sangat dengan ayah, bukan Sera tak nak tolong, sera tak mampu lakukan. Maafkan Sera." Sera terus keluar daripada pejabat Dato Ahmad dan kembali ke pejabatnya.

Fikiran Sera berserabut memikirkan hal ini, semuanya berlaku serentak, Sera pening.
'Lamaran Datin Karmila'
'ayahnya meminta tolong'
'membalas budi'
Semuanya bergantung kepadanya, "Ya Allah tolong lah hamba mu ini untuk.membuat keputusan dengan baik." Doa.Sera dalam hati.

Bunyi telefon Sera memecahkan fikiran Sera yang tengah berserabut. Sera melihat nombor yang dia tidak kenali di skrin telefonnya yang sekarang tengah menelefonnya.

Sera langsung menjawb panggilan itu, "Hello, ini Sera Amani ke ?". Tanya orang yang menelefon kepadanya.

"Ya, ini saya, siapa di sana ?"

"Ini aunt yang semalam." Jawab orang itu.

"Aunt yang semalam ?". Sera cuba untuk mengingat kembali kejadian semalam, tiba-tiba sera ingat kembali.

"Datin Karmila, isterinya Dato Sham." Kata Sera

"Lamanya Sera ingat aunt, banyak sangat ke nak difikirkan tu ?" Gurau Datin Karmila.

"Maafkan saya Datin."

"Sera busy ke sekarang ? Aunt ingat nak jumpa Sera sekarang."

"Tak, Sera tak busy sekarang datin, datin nak jumpa Sera kenapa ?"

"Aunt nak jumpa Sera bincang pasal lamaran aunt tu, aunt tunggu Sera di Cafe house dekat office Sera, aunt tunggu Sera dekat sana."

Belum sempat Sera nak menjawabnya, panggilan telefon itu sdh dimatikan oleh Datin Karmila.

'Ush, belum sempat aku mahu bernafas memikirkan lamaran Datin Karmila, sudah dia nak jumpa.' kata sera dalam hati.

Sera tanpa membuang masa bergerak ke cafe house, tempat Datin Karmila nak berjumpa dengannya.

Setibanya di cafe house, Sera melihat Datin Karmila telah sampai. Sera terus mendekatiya.

"Maafkan Saya Datin, saya lewat."

"Tak apalah bukan besar sangat salah lewat datang tu, dah duduk lah." Kata Datin Karmila. Sera duduk berhadapan Datin Karmila dan memesan minumannya.

"Sera dah lama kerja dengan Ahmad, i mean your dad." Tanya Datin Karmila.

"Dah nak dekat 5 tahun dah Sera kerja dekat ayah, Sera kerja sebagai Director Designer. Sera tak banyak keluar client sangat, sebab tu lah Datin tak pernah jumpa Sera."

"Oo, patutlah tak pernah tengok, jadi semua design perabot, semua Sera yang buat ?"

"Boleh dikatakan Ya Datin."

"Esh tak payalah Sera nak panggil Datin, semalam boleh pun Sera panggil aunt, lagipun Sera kan nanti jadi menantu aunt".

"Mengenai lamaran datin tu, Sera tak dapat terima lamaran datin tu." Kata Sera denga jujur. Sera terus memberitahu sebab kenapa dia menolak lamaran Datin Karmila.

"Sera hanya anak angkat Dato Ahmad, Sera sendiri tidak tahu asal usul Sera. Sera sudah pernah berkahwin selama 2 tahun, namun sudah bercerai 6 bulan lalu. Sera bukan anak orang berada dan layak untuk dijadikan menantu bagi keluarga Datin Karmila."

"Aunt dah tahu semuanya pasal Sera Amani. Umur, pelajaran, kerjaya, semua aunt tahu. Tapi aunt tak kisah semua tu, aunt ikhlas ingin melamar Sera untuk anak aunt." Jawab Datin Karmila.

"Tapi kenapa Sera, ramai lagi perempuan yang lebih muda, lebih cantik daripada Sera." Perasaan ingin tahu Sera membuak kenapa Datin Karmila ingin sangat dia menjadi isteri kepada anaknya walaupun baru berjumpa dengannya semalam.

"Betul, banyak perempuan yang lebih muda, lebih layak untuk anak aunt, disebabkan itulah Ilhan buta dengan kecantikan wanita yang hanya memainkan perasaannya."

"Maksud Datin ?"

Kenapa Datin Karmila beriya-iya nak kan Sera jadi menantu dia ? -Stay tuned- -Stay safe guys- -HAPPY READING- (✿^‿^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience