BAB 49

Short Story Completed 65355

'The past is in your head and the future is in your hands'

Tit tit tit tit tit

Passcode ditekan kemudian pengimbas identiti dijalankan untuk mengesahkan identitinya. Setelah mendapat kebenaran kakinya menapak masuk ke ruangan makmal tersebut. Kelihatan beberapa orang pekerjanya bertungkus lumus menyiapkan projek mereka. Matanya melihat pula ke arah meja bulat yang diduduki oleh teman seperjuangannya.

“Noah mana?” Fella mengangkat wajahnya daripada meja bulat yang memaparkan hologram projek mereka. Dia melebarkan pandangan mencari gerangan yang dicari. Tak sukar pun ingin dicari kerana didalam makmal ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh memasukinya.

“Tu tengah upgrade suit armor kau” Bibirnya memuncung kearah individu yang bertubuh tegap membelakangi mereka. Signora terus berjalan ke arah lelaki yang sedang khusyuk melakukan kerjanya.

“Noah Rafael” Nama penuh dipanggil membuatkan lelaki berwajah datar itu berpaling menghadapnya.

“Sì Signora”

“Macam mana?” Alisnya diangkat seraya memerhati suit armor yang berada didalam bekas kaca itu. Kelihatan laser-laser biru yang terpancar dalam bekas kaca bergerak mengelilingi sekeliling suit armor seperti membuat penambaikan.
“Macam dengan apa yang kau nak, tapi aku ada tambah something dalam suit kau iaitu kawalan AI dimana suit armor ini boleh baca segala pergerakan kau dan bantu kau untuk berlawan nanti. Selain itu, aku ada upgrade perisai ke tahap yang lebih maksimum yang boleh menyebabkan ianya kalis api dan peluru.”

“Jet pack?” Noah menganggukkan kepalanya.

“Aku dah ubah suai kau punya jet pack so kau hanya perlu tekan butang ini then nanti jet pack akan timbul disebalik suit kau”

“Well done! Aku suka.” Signora berpuas hati melihat hasil kerja anak buahnya. Kemudian kakinya menapak kembali ke arah meja bulat.

Kedua belah tangannya dipaku di atas meja itu seraya mata helangnya memerhati segenap tempat yang terpapar di hologram tersebut. Kelihatan titik merah sudahpun menyala di suatu tempat.

“Dia dah mula bergerak” Ujar Fella tanpa senyuman. Seringai Signora semakin melebar. Matanya menatap takjub paparan tersebut.

“Bila boleh test power?” Noah menjawab bagaikan mengerti soalan itu ditujukan kepadanya.

“Kalau diikutkan lagi sembilan puluh lapan peratus lagi suit ni nak siap. Kenapa?” Soal Noah kembali. Keningnya dijongket sambil memasang riak ingin tahu

“Good. Siapkan perlengkapan aku” Terkejut Noah mendengar arahan yang diberi. Bukan tidak bagi ketuanya itu memakai suit tersebut tetapi setiap kali senjata atau perlengkapan perang mereka siap. Mereka akan menguji terlebih dahulu tahap kebolehan senjata itu didalam bilik arena perlawanan bukannya menguji ketika melaksanakan misi yang akan melibatkan nyawa.

“Kau pasti nak uji suit ini dulu?” Wajah Signora menatap datar ke arah Noah. Dia tahu keputusan dia agak bahaya tapi misi ini melibatkan orang yang dia sayang. Jadi tidak mengapa jikalau dia yang akan menjadi korbannya.

“Kau rasa?” Suasana hening seketika tanpa perbualan. Noah menghembus kasar nafasnya.

“Baiklah” Jika itu yang ketuanya mahukan baiklah, dia akan tunaikan. Lagipun tiada guna dia nak menghalang kerana dia tahu ketuanya ini sangatlah keras kepala.

“Aku akan pasang drone supaya sentiasa berada dibelakang untuk pantau kau” Pesan Noah sambil menekan satu butang untuk membuka bekas kaca itu. Asap putih yang keluar dari bekas itu menyebabkan orang-orang didalam makmal tersebut memasang rasa ingin tahu bagaimana rupa suit itu setelah siap sepenuhnya.

Senyumannya terkutik dibibir apabila dia berjalan menghampiri suit yang terpapar megah dihadapannya. Jarinya menyentuh bahagian depan suit armor itu. Semua orang yang berada di dalam makmal tersebut memasang wajah takjub melihat hasil kerja milik Noah. Tak dinafikan memang high class. Dengan reka bentuknya yang cantik dan perlengkapan senjata yang canggih serta perisai yang lengkap membuatkan mereka teruja untuk melihat hasil pencapaian suit armor tersebut.

“Get ready for the war” Gumam Signora perlahan. Topeng logam yang dapat melakukan penyesuaian mengikut bentuk wajah disarungkan pada wajahnya.

“Finally! Let's go.” Sahut Fella bersemangat. Lagipun sudah lama dia tidak turun bersama untuk beraksi sekarang bolehlah dia panaskan badan sedikit. Asyik Amigo sahaja diberikan tugas untuk turun padang. Kali ini biarlah dia pula.

***

Pakaian lengkap yang diperbuat daripada fabrik yang ringan dan dilengkapi perlindungan semasa penerbangan disarungkan pada tubuhnya. Pakaian seragam ini mempunyai banyak poket berzip untuk peralatan, alat atau gajet supaya ia dapat memudahkan dan melindungi pemakainya daripada terkena sebarang kecederaan . Kemudian setelah puas meneliti penampilannya di hadapan cermin barulah dia berjalan keluar dari bilik persalinan itu.

“Ready?” Ujar co-pilot merangkap sahabatnya.

“Ready” Mereka melagakan buku lima bersama lalu berjalan menghampiri private jet tersebut. Kokpit pesawat dituju untuk melakukan persediaan untuk penerbangan.

Pegawai kawalan trafik udara yang berada di menara kawalan trafik udara dan pusat kawalan udara pula memastikan aliran trafik udara selamat dan teratur. Keselamatan pada asasnya untuk mengelakkan pelanggaran antara pesawat atau dengan halangan di udara atau di darat. Mereka juga memberikan panduan kepada juruterbang untuk mengendalikan pesawat supaya tidak beroperasi di ruang udara yang dilarang dan membantu mengelak cuaca yang berbahaya.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik barulah mereka mengarahkan supaya pesawat itu bergerak.

“Bismillahirahmanirrahim” Ujar Chairil apabila melihat marshall yang bertanggungjawab bagi memandu pergerakan kapal di landasan mengisyaratkannya untuk berlepas. Throttle lever ditarik sambil tangannya mengawal control wheel.

Dapat dia rasakan pesawat yang tadi berada di atas landasan perlahan-lahan naik ke udara.

“Cantiknya” Ujar Elmer tersenyum lebar setelah mereka berada diruang udara. Begitu juga dengan Chairil.

“Subhanallah cantik ciptaan Tuhan. Memang tak sama dengan apa yang kita tengok dekat bawah” Wajah Chairil yang sumringah tidak lekang disudut bibirnya.

“Dah lama aku tak tengok pemandangan macam ini” Pesawat yang  mereka naiki membelah langit nan membiru dan perarakan awan yang memutih.

“Aku pun. Bila berada dekat atas ini aku berasa tenang sangat. Rasa macam semua masalah aku hilang” Elmer terdiam sesaat. Menyedari perubahan raut wajah Elmer yang muram terus Chairil bertanya.

“Kenapa?”

Elmer hanya menggeleng dengan memberi senyuman hambar. “Tiada apalah”

Mata helang itu menatap tajam ke arah Elmer. “Penipu” Dia mencebik bibirnya lalu memasang auto pilot.

Elmer menghembus nafasnya perlahan. “I'm sorry” Lirih dia berkata.

“I'm sorry for everything” Kata itu berjaya membuatkan Chairil terbungkam ditempatnya.

“Please forgive me. Maafkan aku, aku tak nak kehilangan kawan lagi. Rasa sakit itu lagi perit dari segalanya” Elmer menunduk kebawah tidak berani melihat tatapan Chairil yang berada disebelahnya. Dia tak nak Chairil lihat air matanya yang perlahan mengalir. Sesaat dia mengenang kembali segala dosa-dosa dan kesalahan yang telah dia lakukan. Tangannya mengenggam erat control wheel itu. Setelah dia berfikir dengan apa yang dikatakan oleh Amira tempoh lalu, perlahan-lahan dia mengubah dirinya untuk menjadi lebih baik. Sungguh dia tidak tahu kebaikan apa yang ia lakukan pada masa lalu sehinggakan Tuhan menghadirkan seorang insan yang berbaik hati untuk membimbing dia semula ke jalan yang benar.

Tidak, dia silap. Selama ini banyak sahaja perkara kebaikan yang hadir dalam hidupnya cuma dirinya sahaja yang tidak bersyukur dan masih belenggu di dalam kemungkaran.

Chairil melihat ke arah Elmer dengan sayu. “Kau nak berubah?” Anggukan kecil diterima olehnya. Tak dinafikan hatinya turut sakit mendengar isakan pilu Elmer.

“Aku tolong kau ya, Elmer. Masih belum terlambat untuk berubah. Kau kawan aku apapun yang jadi kau tetap kawan aku.” Bukannya reda mendengar kalimat menenangkan itu tetapi makin teresak pula Elmer dibuatnya. Dia terharu mendapat balasan seperti ini dari orang yang telah dia lakukan kesalahan.

“Hati tisulah kau ni. Jadilah jantan sikit” Seloroh Chairil untuk mengubah suasana itu. Nasib baik hanya mereka berdua sahaja didalam pesawat ini kalau ada crew lain bagaimana. Tak ke haru.

Elmer mencebikkan bibirnya. Lelaki itu menarik nafas panjang dan memberikan jelingan tajam kepada Chairil. Terletus tawaan kecil dari bibir Chairil melihat ekspresi itu.

Imam Ibn-al-Qayyin said “Falling in love is a disease & its cure is to marry the one you love”

‘Protect her, guide her, respect her, grow her, take care of her, treasure her, lead her. Be the man she needs and she will be the woman you want'

Maafkan saya kerana late update. Saya minta maaf sangat2, dan saya mohon maaf diatas kekecewaan atau ketidakpuashatian anda dalam story saya. And thank you for those yang still menunggu dan baca, vote. Anda memang terbaik. Sayang ketat2. Okay ke this story? Saya actually tak ada pengalaman dlm pilot, kapal terbang semua ini. Tapi saya cuba utk belajar. Dulu cita2 nk jadi pilot tp tulah tak kesampaian. Tinggi dan berat pun tak lepas dek. Jadi, sebarang kesalahan or kesilapan please dm me or just mention me okay, jangan takut. Saya tak marah. Saya akan ambilnya sebagai iktibar dan pengajaran utk saya. Yg mana kenal saya tu, tahulah cara saya reply diorang pnya comment mcm mana. Asyik2 main je, tak serius pun HAHAHA. Jemput vote, komen and follow

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience