BAB 4

Horror & Thriller Completed 3402

Saya tergerak hati untuk melihat telefon bimbit saya. Alangkah terperanjatnya saya bila ketika saya sedang memegang telefon bimbit saya ketika itu juga Kiera menghantar pesanan kepada saya.

Kiera memberitahu bahawa dia pulang agak lewat, masih di tempat kerja, ada kerja lebih dan kemungkinan habis sekitar jam 2 pagi.

Jadi apa yang ada di atas katil sehingga saya terdengar bunyi yang agak berat itu? Apa benda itu? Masih ada atau tidak?

Soalan-soalan ini bermain di fikiran saya. Nak bergerak lari takut, nak tidur balik lagi takut bila bau pacai masih ada, dan perasaan menjadi tak tentu arah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi dari atas katil yang perlahan bagaikan bunyi orang mengerang. Perlahan tapi jelas bunyi itu. Bayangkan, jarak dari katil ke pintu kira-kira tujuh tapak.

Saya angkat bantal dan telefon bimbit saya dan jalan perlahan-lahan menuju pintu saya. Entah kenapa saya bergerak perlahan, saya tidak terfikir bahawa bergerak cepat itu lagi menyenangkan saya.

Ketika saya buka pintu bilik (katil di belakang saya ), terdetik perasaan ingin tahu apa yang berada di atas katil. Saya pun buka pintu, perlahan-lahan kepala saya pusingkan ke arah kanan agar saya akan melihat dari tempat kaki dahulu.

Bayangkan apa yang saya nampak.

Susuk tubuh manusia yang dibalut kain putih, boleh saya katakan Pocong di katil anak saya yang di atas katil saya.

Tanpa melengahkan masa, saya lari tanpa tutup pintu bilik saya. Kerana ketakutan sangat, saya kejutkan ayah dan ibu.

Ibu dapat merasakan sesuatu bila saya kejutkan beliau. Namun begitu, tiada siapa yang berani periksa bilik itu malam itu. Kami lanjutkan tidur sehingga ke pagi.

Sampai sekarang saya tak benarkan anak saya Kiera kerja lebih, dan bila Kiera belum balik lagi, saya akan berada di bilik ibu saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience