bab 3

Romance Series 423079

3

Majlis berjalan dengan lancar. Ramai juga tetamu yang turut hadir meskipun mereka tidak tahu pertukaran pengantin perempuan.

“Okaylah papa dengan mama nak balik dulu. Nanti kita jumpa kat rumah ye.”

“Ala dah nak balik ke? Awalnya. Adik belum sudah lagi.” Ayriz mencebik memandang mama dan papanya. Entah mengapa dia berasa sedih ingin berpisah dengan mama papanya.

“Sayang, kejap lagi kamu nak outdoor pula kan tangkap gambar. Hah baik papa balik dulu.”

“Ala….” Ayriz mula ingin menangis.

“Hah anak papa jangan mula ya…” bukannya Ayriz tak tahu, papanya lemah melihat dia menangis.

‘Ouh anak manja… Eleh nak nangis konon, dia yang nak kahwin pastu emo pula.’ bebel Fariz seorang diri.

“Fariz jaga anak papa mama baik baik ya. Dia ni manja sikit. Harap boleh layanlah perangai dia nanti. Hah Ayriz pon jaga makan minum pakaian suami. Jaga diri jaga nama family dengan suami.”

“Insya allah pa,Fariz jaga Ayriz baik baik.”

“Papa tahu Ayriz ni bukan pilihan Fariz. Kalau dah tak mahu dengan dia, pulanglah dekat mama papa dengan cara baik.” sebak hati Ayriz apabila mendengar kata kata ayahnya. Lantas tubuh itu dipeluk.

“Paa, janganlah cakap macam tu.”

“Hah tengoklah tu Fariz, ayah dengan anak sama je drama. Dah la nanti jumpa juga. Jom balik. Dorang banyak lagi nak buat tu bang.” mereka tertawa geli hati mendengar kata kata puan Ariani.

“Okaylah kami gerak dulu, assalammualaikum.” Mereka menjawab salam sambil bersalam salaman. Sayu rasanya apabila mama dan papanya sudah bereda.

“Overla awak ni.” perli Fariz. Ayriz memandang suaminya lalu terus beransur pergi. Fariz tersenyum sebaris apabila melihat wajah masam isterinya.

‘Comel.’


“Ya allah macamni ke rasa berkahwin. Kalau macamni lah rasa dia. Lepas ni tak nak kahwin lagi. Naik kejang pipi ni senyum.” bebel Ayriz sambil merenggangkan badan.

“Baru dua hari kahwin dah ada niat nak kahwin lain.” Fariz yang baru keluar daripada bilik air memerli wanita itu. Ayriz membuat muka tidak mengerti.

“Hah? Bila pulak?”

“Abaikanlah.” Ayriz mengangkat bahu lalu terus baring. Faris menyilang tangan memeluk tubuh.

“Awak memang tak tahu malu ke? Selamba je baring macam ni sebelah lelaki. Ke awak dah biasa baring dengan lelaki?” saja Fariz ingin menyakitkan hati isterinya.

“Haah dah biasa.” jawab Ayriz selamba. Terbeliak mata Fariz ketika itu. Tidak menyangka jawapan itu keluar daripada mulut Ayriz.

“Selalu baring sebelah papa waktu sekolah dulu.” Fariz berdehem.

“Itu papa ni lelaki lain.”

“Lelaki lain apa. Awak kan suami saya. So?”

Tidak ada guna Fariz bertikam lidah dengan perempuan itu. Ada sahaja jawapan bersahaja yang diberikan.

“Saya nak turun.” Fariz terus menukar topik. “Okay.” hanya jawapan itu diberikan oleh Ayriz. Fariz mengerutkan dahi. Lain pula sikap Ayriz semalam dan harini.

“Awak tak nak turun sekali? Semalam beria nanti orang cakap apa lah…”

“Saya penatlah husband. Husband je la turun. Lagipun ramai cousin husband kat bawah tu. Kang dorang tersuka saya macam mana.”

“Perasan. Awak ingat awak cantik sangat ke? Girlfriend diaorang lagi lawa.”

“Lawa tak guna kalau tak ikhlas. Contohnya girlfriend husband… tahu tahu kena tinggal.” dengan selamba Ayriz mengutuk suaminya. Fariz mula bengang.

“Apa awak cakap? Ulang balik.”

“Tak ada apa. Saya tidur dulu tau, minta maaf untuk hari ni.” tak sempat Fariz ingin berperang dengan Ayriz, Ayriz sudah pun melelapkan mata. Geram dia melihat Ayriz ketika itu. Kalau bukan disebabkan dia di rumah mak ayahnya. Sudah lama dia lanjutkan pergaduhannya. Sesuka hati wanita itu mengutuk kesayangannya. Fariz yakin Wawa sayangkannya. Namun ada sesuatu yang membuatkan Wawa tidak hadir di hari pernikahan mereka.


Keesokkan harinya, Ayriz dan Fariz meminta diri untuk pergi ke rumah keluarga Ayriz memandangkan saudara maranya juga belum pulang. Ayriz menunjuk jalan ke rumahnya. Fariz sedikit terkejut apabila sampai ke rumah mak ayah mertuanya. Jauh beza rumah keluarganya dan rumah mertuanya.

“Husband, ni la rumah mama papa saya. Jom masuk. Ramai dekat dalam.” Ayriz tersenyum memandang suaminya yang masih meneliti rumahnya. Ayriz terus mencapai tangan suaminya lalu menarik bawa masuk ke dalam. Sampai di dalam semua mata memandang ke arahnya.

“Assalammualaikum.” mesra Ayriz memberi salam. Salam itu juga dijawab serentak orang yang berada di dalam rumah.

“Hah pengantin baru, sampai pun.” tegur salah sorang mak saudara Ayriz.

“Fariz sinilah duduk. Buat je macam rumah sendiri.” puan Ariani menegur menantunya. Fariz tersenyum sambil memandang Ayriz. Ayriz mengangguk perlahan.

“Ayriz naik atas kejap. Kemas apa yang patut.” tanpa berlengah dia meninggalkan suaminya bersama ahli keluarga lain. Fariz mula tidak senang duduk. Dia bukanlah seorang yang peramah. Dia lebih selesa mendiamkan diri sama seperti dia berada di rumah.

“Cuti berapa hari Fariz?” tanya papanya saja membuka topik perbualan. “ 5 hari pa, banyak kerja dekat office.” tipu Fariz padahal awal lagi dia sudah mintw cuti dua minggu kerana ingin membawa “isteri” nya berbulan madu.

“Lah cepat sangat masuk kerja. Tak pergi honeymoon ke?” tanya mak saudara Ayriz. Fariz tersenyum sebaris kerana tidak tahu ingin memberi jawapan apa.

“Ala kalau dia cuti banyak pun, Ayriz bukan cuti. Tak adanya dia nak amik cuti lama lama. Macam tak kenal Ayriz tu macam mana.” celah puan Ariani.

“Ouh ye… kamu berdua kahwin pun mengejut ye tak.”

“Hah kutuk Ayriz lah tu. Apa yang mengejut tu, ibu?” sudah menjadi kebiasaan mak saudara Ayriz dipanggil dengan panggilan begitu termasuk mak saudara yang lain.

“Tak ada, ibu tanya tak pergi honeymoon ke… ibu baru ingat yang kamu berdua kahwin mengejut.” jelas ibu. “Hm ibu perli Ayriz ke?” saja Ayriz membuat muka sedihnya. “Ala merajuk pulak anak buah kesayangan ibu ni. Ibu guraulah.” Ayriz tersenyum manja. Fariz tersenyum senang hati.

“Okaylah, Ayriz nak bawa Fariz naik bilik kejap. Jom husband.” ajak Ayriz. Fariz menunduk meminta diri.


“Patut awak banyak cakap, family semua suka berbual. Nasib turun awal, kalau tak, saya tak tahu nak cakap apa.” Fariz membuka mulut apabila berada di dalam lif.

“Saya banyak perwatakan. Saya yang awak nampak sekarang lain kalau dengan orang lain.” Fariz menaikkan keningnya. Kurang mengerti dengan kata kata isterinya. “Jom saya tunjuk bilik saya.”

“So ni lah bilik saya. Situ bilik air. Ha sini ruang tamu mini if nak tengok tv ke apa. So awak duduk lah dulu. Saya turun kejap.” Fariz masih lagi memandang setiap penjuru bilik. Kelihatan luas dan menenangkan.

“Eh buat apa turun bawah?” spontan soalan itu keluar daripada mulut Fariz.

“Buatkan awak air.”

“Ouh.” Fariz mengangguk perlahan. Ayriz terus keluar daripada bilik. Tak lama kemudian telefon Fariz berbunyi.

“Sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience