BAB 10

Romance Completed 20321

“Awak janganlah nak cakap tak nak pulak! Nanti terkeluar anak tekak awak kalau banyak kali tersedak macam tu! Susah tau nak masukkan anak tekak balik nanti,” Durrah sudah membantu Raid untuk meneguk air kosong yang dihulurnya. Mendengar kata-kata Durrah membuatkan Raid hampir ketawa dan akibatnya, habis satu baju basah lencun kerana tersedak air kosong. Habis tumpah satu badan. Hah, ini baru betul-betul tersedak namanya!

“Uhuk! Uhuk!! Uhuk!”

“Tersedak lagi? Habis basah baju awak ni. Nak saya ambilkan baju baru tak?” Durrah bertanya naif. Puan Rafidah melakukan tugasnya iaitu menepuk kembali belakang badan Raid. Tiada niat mahu menyampuk. Memikirkan tentang rancangan Raid yang ingin menakut-nakutkan Durrah, hatinya tertawa. Itulah… main-main lagi. Kan dah tersedak betul-betul!

Merah mata Raid. Dadanya diusap dan sesekali dia terbatuk-batuk kecil. Teringatkan wajah cuak ibarat Zombi Kampung Pisang milik Durrah membuatkan mulutnya ingin sahaja tertawa. Namun teringatkan tentang hubungan Durrah dengan Imtiyaz mematikan niatnya. Segera Raid berdeham dan berlalu masuk ke dalam kamar tidurnya. Tidak mahu terus-terus berada di sisi Durrah kerana dia takut… dia tidak mampu mengawal emosi dan perasaannya.

“Ibu… kenapa dengan Raid?”

Soalan Durrah dibalas dengan gelengan, tidak tahu. Puan Rafidah mencapai sudu dan menjamah sedikit kek coklat yang terhidang. Bibirnya tercebik geram. Chet! Sedap aje rasanya, tak pahit pun. Kuat mengusik betul Raid ni, sengaja nak buat Durrah cuak… gerutu hati wanitanya.

Durrah terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience