Bab 7

Romance Series 59136

Bab 7

Habis sahaja tugasku, aku tanpa berlengah terus masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke lebuh raya. Beg pakaian untuk dua hari berada di belakang ku kerling sekilas. Aku mengambil keputusan untuk lari ke kampung untuk cuti hujung minggu. Tak tertanggu rasa rindu di hati pada nenek dan suasana di kampung.

Sekiranya bukan kerana kerja, aku mahu terus berada di samping nenek. Satu – satunya keluarga yang mahu bertanggungjawab menjagaku setelah pemergian ibu dan babah.

Jika bukan kerana nenek, mungkin aku telah ditempatkan di rumah anak yatim, seperti kanak – kanak lain yang kehilangan tempat bergantung. Mak cik dan pak cik ku semua memberi alasan tanggungan yang ramai, dan tak mampu menjagaku. Masing – masing mengelak. Meskipun usiaku ketika itu baru 12 tahun, tapi aku faham maksud terserat di sebalik kata – kata mereka.

Perbincangan yang kononnya dibuat untuk tahu siapa yang mahu menjaga aku. Alih – alih semua asyik mengatakan tak mampu. Tapi jika diberi duit untuk keperluanku, baru semua setuju.
Sewaktu ibu dan babah masih hidup, semua agung – agungkan. Bila kekurangan sesuatu, semua mencari ibu dan babah. Kononnya kita orang mampu, kedua mereka bekerja tetap dan hanya menyara aku sendirian. Peliknya, ibu dan babah hanya menurut. Kononnya membantu keluarga.

Dan bila tiba masa aku, anak ibu dan babah, tempat dorang selalu meminta bantuan yang perlukan pertolongan. Huh, semua menolak. Aku seperti bola, ditolak ke sana, di tolak ke sini ikut suka mereka.

Sehingga aku masuk universiti, nenek yang menjaga aku. Bukan menggunakan duit yang takkan mungkin diberi oleh anak – anaknya. Tapi dari hasil titik peluhnya berniaga dan hasil kutipan duit sewa.

“Assalamualaikum nek.”

Tanpa berlengah, tiba sahaja di halaman rumah nenek, laju aku mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Rindu di hati tak tertanggung. Aku rindu masakannya, dan rindu tempatku bermanja.

“Hishh, bisinglah!” pekik suara yang aku kenal.
Pintu rumah nenek terbuka luas. Wajah di hadapanku menunjukkan rasa tidak puas hati melihat aku kembali menjejakkan kaki ke rumah nenek.

“Kau nak apa?” suaranya meninggi, langsung tidak cuba untuk bersopan denganku. Sememangnya sikap dia begitu dari dulu.
“Rumah nenek kan, jadi Mia balik sebab nak jumpa nenek lah.”

Dia merenungku atas bawah berkali – kali. Menilik gaya pemakaianku, dan kemudian merenung tanganku yang memegang beg pakaian. “Kau nak tinggal sini ke?”

Budak ni banyak soal pula. Dari dulu memang aku tinggal sini. Jadi kalau aku balik pun kenapa? Bukan salah sampai dia nak soal macam tu. Dia tu, tak pernah – pernah nak duduk kampung, siap lari ikut akak dia, konon tak mahu tinggal dengan nenek lah. Dah kenapa tiba – tiba ada sini.

Mataku segera terlihat beg – beg pakaian yang bersepah di ruang tamu rumah. Sekarang aku tahu sebab dia kat sini. Tak lain tak bukan nak tambah beban kat dalam rumah ni.

“Mana nenek?”

Aku menolak perlahan tangannya, cuba untuk masuk, tapi terus dihalangnya.

“Kau ni tak hormat aku ke? Tak nampak aku depan kau ni?” nada suaranya makin tinggi.
“Masalahnya, Mia cari nenek kan sekarang?” tetap aku cuba berlembut dengan dia. Tak mahu menambah minyak pada api yang sedang marah. “Mana nenek?”

“Kat kedai, beli lauk nak masak untuk aku.”
Tanpa segan silu dia menjawab. Aku seperti tidak percaya.

“Nenek masak untuk kau?” aku cuba meminta kepastian.

“Asal?”

Wah, melampau budak ni! Umur dah tua, kau nak suruh nenek aku masak untuk kau? Apa, nak guna alasan lelaki tak patut buat kerja rumah? Lelaki hanya terbongkakng tidur? Perempuan walaupun dah setua nenek yang kena suap dia makan semua?

Tanpa memandang wajahnya lagi, aku berpusing, mahu mencari nenek. Risau nenek sendirian di luar sana dengan usianya begitu.

Sepupu aku, Syafik, seperti aku, tiada orang tuanya lagi. Tapi dia beruntung, tak lama lepas tu, kakak dia kerja dan mampu nak jaga dia. Lepas beberapa tahun, kakak dia kahwin, jadi dia mulai bekerja di kilang. Aku tak tahu khabar dia lepas tu, sampailah aku dengan dia dah kahwin. Langsung tidak menjemput aku datang.

Aku pun tak berharap dia jemput, walaupun kakak dia ada memaksa juga. Masa dia duduk sementara kat rumah nenek, sengsara aku nak melayah kerenah bak raja. Satu kerja rumah tidak mahu dibuatnya, tapi bising membebel mengalahkan perempuan. Rumah tak boleh kotor. Asyik mengamuk lauk sama, dan suka mengarah. Lagi – lagi dia selalu memerli aku. Dilayan aku umpama orang gaji tak berbayar dia. Seperti aku ni menjijikan di matanya.

Baru mahu menghidupkan enjin kereta, aku terlihat nenek berada di depan pintu pagar. Tangannya penuh dengan lauk dibelinya. Yelah, untuk cucu kesayangan kat depan pintu tu.
Segera aku menyambut nenek, dan mengambil beban yang dibawanya.

“Nek,” air mata cubaku tahan melihat wajah tuanya yang kelihatan kepenatan. “Kenapa susah – susah keluar ni.”

Nenek tidak menjawab. Dia merenungku tidak terkata. Tangan tuanya segera memeluk ku erat. Aku tahu dia rindu. Salah aku, dek sibuk kerja di bandar, aku terlupa dia yang berada di kampung, semestinya merinduiku.

“Kenapa tak minta tolong pak Mat belikan?” soalku lagi.

Nenek mendiamkan diri. Matanya tidak lepas dari memandangku. “Makin cantik cucu nenek ni.” Pujian nenek sedari dulu. Air mata tak dapat aku tahan. Aku rindu nenek.

“Jom kita masuk nek.”

Aku memimpin nenek masuk ke dalam rumahnya, sambil anak mata Syafik memerhatikan diriku. Kalau nenek tak ada, nak saja aku cucuk mata dia tu. Tak kisahlah dia lelaki ke tak. Ada aku kisah? Lagak dia ni pun macam orang berada dan berharta jer aku tengok. Boleh nak marah – marah macam tadi. Tenaga banyak lah tu, tapi bazirkan macam tu jer. Geram pula aku jadinya.

Syafik hanya mampu merenung aku tak terkata, apabila melihat aku masuk ke dalam rumah. Dia tak mampu nak halang aku kali ni, disebabkan nenek ada. Dia pun bukan ada hak kat rumah nenek ni. Jadi berani dia nak halau aku?

Lauk yang dibeli nenek aku keluarkan satu per satu. Ikan, ade cili kering, bendi, bunga kantan, halia, ikan bilis, sayur sawi dengan udang. Macam mana sorang – sorang nenek pergi membeli. Kesian aku tengok. Si Syafik tu, takkan tak boleh teman nenek kejap? Dia beria nak makan, tapi nenek yang kena pergi sendirian beli.

“Kenapa tak bagitahu nak balik? Kalau tak boleh nenek beli nak masak lauk kegemaran Mia,” nenek mengusap kepalaku ketika aku sibuk memerhati satu persatu bahanyang sudah nenek siapkan di atas meja. Hatiku jadi sayu membayangkan seandainya aku tiada sekarang, mungkin nenek keletihan sendirian di dapur.

“Nek, balik mengejut. Tu tak bagitahu. Nak tunggu cuti sekolah lambat lagi. Jadi sebab tak de meeting minggu ni, tu lari balik. Lagipun kalau Mia bagitahu, nanti susahkan nenek pergi pasar awal – awal. Bukan tak boleh pergi dengan Mia.”
Nenek tersenyum lembut mendengar jawapanku. “Ni nenek nak masak apa? Budak tu nak makan apa pula?”

Aku tak dapat menahan geram.

“Syafik teringin nak makan asam pedas. Lepas tu nenek tak tau kenapa tiba – tiba terbeli sawi. Mungkin dapat rasa kot kamu nak balik.”
Alasan. Nenek cakap macam tu pun, aku tetap tak reda marah dengan sikap si Sarah. Ikut sedap dia nak susahkan nenek aku.

“Dia nak apa sampai berbeg – beg ada depan rumah tu? Mana isteri dia tu?" Baik si suami mahupun si isteri sama jer, cerewet. Tak kuasa aku nak melayan.

Bukan aku tak tahu, tiap kali gaduh, mesti dia lari rumah nenek. Dari dulu asyik susahkan nenek jer kerja dia ni. Ingat aku tak tahu dulu bukan beria tuduh nenek curi duit dia. Sekarang bila dah susah tahu pula asyik cari rumah ni nak tumpang berteduh. Asal tak ke rumah kakak dia tu je?
Oh, lupa. Entah – entah kakak kau pun tak tahan perangai baran kau tu.

“Dorang dah bercerai..” Aku berhenti menyiang ikan.

Susah nak percaya. Agak dah, kalau bukan sebab masalah dia tu, takkan pernah dia nak jejak kaki kat rumah ni. Pandai pula lari ke sini lepas dah tak ada tempat.

“Dia nak duduk sini lah ye? Apa, nak suruh nenek jaga dia? Layan dia macam raja lagi? Jaga makan minum dia? Tanggung dia sekali ke?” dengan tak bekerjanya, mestilah dia minta nenek yang tanggung dia.

Aku tak dapat menahan geram. Hatiku membuak – buak rasa amarah.

“Nenek! Asal nenek cerita kat si lembik tu!” tengking Syafik. Tangannya pantas menolak bahuku. "Kau pun sibuk nak tahu kenapa?".
“Eh, yang kau tinggikan suara kat nenek kenapa huh?”

Aku mengusap dada, terkejut aku dibuatnya bila dia menengking gitu. Aku menarik nafas sedalam mungkin. Cuba bertenang. Aku kena kuat nak hadap si gila ni. Kalau tak, makin dipijaknya aku dengan nenek. Apa ingat dia tu maharaja kat rumah ni? Siap kau, dulu boleh kau nak kulikan aku. Meh sini sekarang aku buat kau pula.

“Kau sibuk hal aku kenapa?”

“Hal engkau?” tertawa aku dibuatnya. “Masalahnya, aku tak mahu pun masuk campur hal kau. Kau tu, melampau. Asal kau datang sini? Nak tinggal terus sini? Nak suruh nenek sara kau? Kau tu dah lah pemalas. Makan tidur jer kerja. Sekarang nak susahkan nenek aku? Memang tak lah. Kau keluar dari rumah ni. Esok aku nampak kau kat sini lagi memang nahas aku kerjakan."

Matanya merenung tajam aku.

“Kau tak ada hak nak halang aku!”

“Tak ada hak? Eh, dengar sini. Semua dalam rumah ni, aku tau yang tanggung. Bil api, bil air, cukai, duit dapur. Kau nak tinggal sini? Rumah yang kau pernah maki ni?”

Mulut aku ringan jer nak ungkit satu per satu kisah yang berlaku dulu. Biarlah dia nak kata apa. Yang penting nenek aku tak dilayan macam hamba. Aku tak boleh benarkan.

“Setakat tu, kau ingat aku tak boleh ke? Eh, kau nak berlagak dengan kerja kau setakat cikgu tadika tu jer? Ingat aku kisah. Gaji setakat ciput, nak berlagak kat aku?”

“Gaji ciput pun, sekurangnya aku bekerjaya. Ada duit sendiri, kereta sendiri, mampu sara diri aku, nenek aku. Kau tu? Kerja ada?”
Nak sangat kan? Ambil kau.

“Kau nak berlagak kat aku ke?”

“Orang macam kau ni, ginilah cara nak ajar. Aku cakap baik – baik karang kau pijak kepala aku adalah kan? Apa? Ingat aku nak lembut – lembut dekat kau macam dulu? Mimpilah dulu.”
“Kau betul nak halau aku ke ni? Ni rumah nenek aku lah!”

Baru nak ngaku nenek kau ke? Wah, hebat sungguh lelaki ini yer. Dah hilang rasa malu lepas apa yang dia buat selama ni. Nenek mungkin boleh terima semua apa yang kau nak. Yelah, sebab kau cucu dia juga. Tapi bukan aku.
Aku mencampak apron ke kerusi.

“Kau nak tinggal sini? Hah, boleh. Kau duduk sini, nenek ikut aku. Kau pandai – pandai urus rumah nenek ni. Bayar semua, urus diri kau tu, pandai – pandai kau bawa diri. Aku tak peduli. Kau nak sangat tinggal sini kan?”

Laju langkahku menuju ke kamar nenek dan mengemas segala pakaian yang ada. Memang niat aku nak bawa nenek keluar dari sini dari dulu. Tapi memandangkan nenek berkeras tak mahu, jadi terpaksa aku mengalah. Kali ni tak boleh. Aku tak mahu nenek kena jaga si Syafik pula.

“Nek, jom. Kita balik rumah Mia.” Aku menghulurkan tudung nenek. Nenek kelihatan teragak – agak mahu mengikutku. Aku tahu, dia tak sanggup pergi meninggalkan rumah penuh kenangan. Kenangan dia membesarkan anak – anaknya, cucu – cucunya dan juga kenangan dia bersama atuk.

Tangan nenek menyambut huluran tudung yang aku berikan. Aku segera mengapai tudungku pula. Tidak peduli sekiranya tudung aku senget atau tidak menjadi. Yang pentingnya aku nak bawa nenek lari dari sini.
Nenek tanpa banyak bicara mengikutku menuju ke kereta. Aku bersyukur, kejadian macam ni membuatkan aku boleh terus tinggal bersama nenek. Aku tak peduli apa akan jadi dengan Sarah. Dia dah besar. Usianya lebih kurang aku. Pandai – pandai dia nak hidup. Sampai bila dia nak berharap dekat orang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience