Beg galas diletakkan di atas meja belajarnya. Matanya menerawang ke sekitar bilik tidurnya yang sudah lama dia tinggalkan. Tubuhnya direbahkan di atas katil saiz single miliknya.
“Akhirnya, balik rumah juga…”ucapnya dengan nada suara penuh kelegaan dan kebahagiaan. Matanya dipejamkan hendak menjemput lenanya.
Namun, baru beberapa minit matanya terpejam, mata itu kembali celik dan dia bangkit daripada perbaringan. Dengan langkah tergesa-gesa, dia menuju ke meja belajarnya. Komputer dihidupkan, lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi.
Dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam laci meja belajarnya yang hampir sebulan ini tidak dia sentuh kerana dia berada di asrama. Telefon pintar jenama Samsung dihidupkan, setelah itu aplikasi Google Playstore ditekan dan dia memuat turun aplikasi Instagram. Menunggu sejenak sampai aplikasi itu berjaya dimuat turun.
Setelah selesai, dia mulai mencipta akaun Instagramnya kerana selama ini dia tidak pernah terfikir pun untuk ada Instagram kerana tak berminat. Dia buat pun kerana hendak stalk IG The Gem’s terutama senior shining shimmering splendid nya.
‘Ivy_ourdream’ menjadi pilihan untuk usernamenya. Biarlah pelik ke cringe ke ada dia kisah..Akaun untuk stalk crush je pun, tak terfikir pun nak update apa-apa di akaun IG nya nanti. Dia tak ada bakat jadi selebgram.
Akaun The Gem’s_official dicari lalu dia tekan butang mengikuti. Sikit terjojol biji mata tengok followernya yang banyak. Betul-betul hampir setaraf artis. Dia melihat feed terbaru yang dimuat naik oleh akaun tersebut.
“Music Festival, Battle of the Band..”bisiknya perlahan. Dia tersenyum lebar, The Gem’s akan ikut serta dalam festival musik tu dan itu bermakna dia akan dapat lihat senior shining shimmering splendid nya akan bermain gitar. Huaaa!! Taak sabarnya. Dilihatnya semua detail tarikh dan tempat sebelum melog keluar daripada Instagram. Log panggilan dibuka lalu nombor milik Fia dia cari.
Sambil menunggu panggilannya bersambung, bibirnya digigit kecil dengan gugup. Jari kirinya mengetuk meja dengan perlahan.
“Hello…”suara Fia kedengaran ditalian.
Ivy terduduk tegak. “Fia..!”
Sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya, sempat lagi dia memandang kedua umi dan abahnya secara curi-curi.
Pinggannya yang sudah licin itu dikuis-kuis lalu sekali lagi mencuri pandang ke arah umi dan abahnya. Dia mengeluh dalam diam.
“Kenapa Zulaikha?”Encik Idris menyoal anaknya setelah perasan dengan tingkah anaknya yang sedari tadi mencuri pandang dia dan isterinya, Puan Zainab.
Ivy angkat kepala, memandang abahnya. Dia ukir senyum, “Abah..Umi.., kalau Rabu ni Zulaikha nak keluar dengan Fia boleh?”
“Pergi mana?”Puan Zainab yang menyoal manakala Encik Idris senyap. Seperti berfikir sama ada hendak mengizinkan atau tidak.
“Ada festival Rabu nanti, Zulaikha nak pergi tengok. Lagipun ada kakak sepupu Fia temankan. Minggu depan dah nak balik asrama. Bolehlah…”
Puan Zainab memandang suaminya, menunggu keputusan suaminya itu.
“Hmm..pergilah. Jaga diri dan jangan cuai sangat.” Enck Idris memberikan kata putus.
Ivy sudah tersenyum lebar, hampir lagi dia berteriak kegirangan. Namun mengingat yang sekarang ini dia di hadapan umi dan abahnya yang tengah makan itu, terus dia urungkan. Nanti ada pulak yang kena ketuk dengan sudu nasi.
******
“Kita ambil tempat kat depan..”beritahu Ivy kepada Fia dan Nasha, kakak sepupu Fia. Kedua orang itu mengekori sahaja langkah Ivy yang penuh dengan semangat itu.
Mereka berjaya berdiri di paling hadapan meskipun perlu berdiri di paling hujung. Berdekatan dengan tangga pentas. Ivy mengedarkan ke sekeliling, tangannya bertengger di pagar penghadang. Dilihatnya ramai sekali penonton yang datang, dan ada juga beberapa wajah yang dikenalinya sebagai senior di sekolah mereka. Senior peminat The Gem’s.
Kebanyakan mereka membawa papan nama yang tertulis nama The Gem’s.
“Famous juga The Gem’s tu, ya. Akak rasa macam tengok peminat K-pop saja siap dengan papan nama lagi. Macam konsert EXO pun ada.”komen Nasha yang kagum dengan kerajinan peminat The Gem’s itu.
Ivy terus memandang ke arah yang dilihat Nasha, seraya mengangguk bersetuju.
Ruang tunggu di belakang pentas itu terasa bahangnya. Ryna berdiri mundar-mandir sambil menggigit-gigit jarinya gusar. Ryan memutar-mutarkan drumstick sambil kepala memikirkan jalan penyelesaian. Luth yang duduk di kerusi plastik pula tertunduk dengan wajah yang mendung.
Iman yang duduk di kerusi sebelah menepuk bahu Luth perlahan, membuatkan Luth mengangkat kepala memandang Iman. Iman memandang Luth dengan matanya yang redup dan senyuman manisnya. Mencuba menenangkan Luth yang terhimpit rasa bersalah.
Noah pula menjenguk ke luar memandang ke arah kumpulan lain yang sedang membuat persembahan di atas pentas sebelum matanya jatuh ke bahagian penonton. Lama dia memandang kerumunan penonton itu sebelum matanya jatuh kepada satu orang yang sangat familiar baginya.
Dia kembali ke hadapan kawan-kawannya yang lain. Semua mata memandangnya.
“Macam mana, kita tarik diri?”Ryna langsung menyoal.
Noah menggeleng.
“Habis tu, siapa nak nyanyi. Luth tak ada suara, mana kita ada penyanyi ganti.”ujar Ryan gusar.
Iman dan Luth hanya memandang Noah sahaja. Luth memandang Noah serba-salah. Dia tahu Noah nak sangat menang Battle of the band ni, tapi sekarang gara-gara dia..
Noah yang perasan dengan pandangan serba-salah yang dilemparkan oleh Luth kepadanya, tersenyum sehinggakan kedua pasang matanya melengkung membentuk eye smile. Menandakan dia baik-baik sahaja, dan langsung tidak menyimpan amarah ataupun kesal dengan Luth. Dah sakit, nak buat macam mana kan? Bukannya kita yang boleh kawal sama ada nak sakit ke tidak.
Satu perkara tentang Noah. Noah sangat jarang tersenyum lebih-lebih sehingga menampakkan eye smile nya kecuali jika dihadapan kawan-kawan baiknya dan adik lelakinya..
Ryna, Ryan dan Luth menjadi hairan apabila melihat senyuman Noah. Di saat-saat genting mereka sekarang ni, boleh lagi Noah tayang senyuman eksklusifnya itu. Biar betul!
Hanya Iman sahaja yang tenang memandang Noah. Dia yakin Noah sudah menemukan jalan penyelesaian. Dia kenal sangat dengan Noah.
“Ada. Kita ada penyanyi ganti.”ucap Noah tenang.
Ryan , Ryna dan Luth terdiam dengan mata terbeliak memandang Noah. Iman pula menjungkitkan sebelah keningnya.
“Sejak bila kita ada penyanyi ganti? Siapa?”
Noah senyum lagi.
Mata Ivy fokus melihat ke atas pentas. Bibirnya bergerak-gerak ikut menyanyikan lagu yang dimainkan di atas pentas. Salah satu lagu kesukaannya.
Tiba-tiba telinganya mendengar suara pekikan kecil dan lalu diselangi dengan suara-suara bisikan. Lengan Ivy terasa disiku. Dia memandang Fia yang berdiri di sebelahnya. Mulutnya bergerak menanyakan ‘kenapa?’. Fia tidak menjawab sebaliknya menunjukkan ke arah sebelah kirinya dengan dagunya.
Ivy yang agak tidak faham, menolehkan kepala ke arah yang ditunjuk Fia. Dia terdiam mematung.
“Ikut aku sekejap..”ucap orang yang berdiri di hadapannya itu dengan tenang. Ivy masih diam, kaku.
Tidak mendapatkan respon daripada Ivy, Noah terus menarik tali beg sandang Ivy supaya Ivy mengikutinya. Otaknya yang masih memproses apa yang sedang terjadi membuatkan dia tanpa sedar melangkah mengikuti Noah yang menarik tali beg sandangnya.
“Ini penyanyi ganti kita,”ujar Noah sebaik sahaja dia dan Ivy sudah berdiri di hadapan kawan-kawannya yang lain.
Ivy pula bagai baru tersedar daripada lamunan, terus memandang Noah yang berdiri di sebelahnya. Kepalanya terdongak memandang wajah Noah.
“Penyanyi ganti? Saya ke?”soal Ivy kebingungan sambil jari telunjuk menunjuk wajahnya sendiri.
Noah mengangguk.”Luth tak ada suara, jadi kau tolong gantikan.”
Ivy membulat mata. “Hah?! Tapi, saya mana biasa nyanyi kat depan orang ramai..saya tak tahu lagu..”
“Kau tahu lagu kumpulan Greenday? Wake me up when september end..”Noah memotong kata-kata Ivy. Perlahan Ivy mengangguk, tanda dia mengetahui lagu yang dimaksud Noah.
“Cuba nyanyi..”suruh Noah lagi. Tenang sahaja nadanya.
“Hah?!”Ivy memandang Noah lalu matanya jatuh pada empat orang lagi ahli kumpulan The Gem’s.
Ryna tersenyum kepadanya disertakan dengan anggukan. Ivy kembali memandang Noah yang sudah memandangnya itu.
Ivy tunduk, dia berdehem canggung. “Summer has come and passed. The innocents can never last...wake me up when september end..”
Ivy selesai bernyanyi. Masih tiada respon daripada senior-seniornya. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala yang sedari tadi tunduk memandang lantai oleh kerana segan bernyanyi.
“Yes! Kita ada penyanyi! Kita ada penyanyi!”teriak Ryan kegirangan. Dia orang pertama yang memberi reaksi. Luth di sebelahnya dipeluk ala bro hug. Iman menghela nafas lega, dengan senyuman manis mekar dibibir. Sepasang mata redupnya bersinar gembira memandang Noah. Lega kerana Noah menemukan jalan penyelesaian mereka.
Ryna pula langsung saja memeluk Ivy. “Penyelamat kami!”
******
Sudah tiba giliran The Gem’s melakukan persembahan. Ryna, Ryan, Iman dan Luth sudah naik ke atas pentas. Bersiap sedia. Luth hari ini memainkan gitar, disebabkan sakit tekak yang dialami membuatkan dia tidak boleh menyanyi. Suaranya hilang.
Ivy berhenti di tangga. Jantungnya berdebar laju. Gugup. Terakhir dia menyanyi di atas pentas ketika membuat persembahan untuk majlis perpisahan tahun enam. Selepas itu sudah tiada lagi.
“Tenang..”
“Saya takut..ada ramai sangat orang..”ucap Ivy gugup.
Noah diam memandang ke arah lautan penonton. “Kalau kau takut, jangan pandang mereka. Cukup pandang aku..”
“Tapi..”
Wajah panik dan terlihat takut Ivy, dipandang. Wajah putih Ivy kelihatan pucat. Berulangkali Ivy menggosokkan kedua tangannya yang sudah mula berkeringat.
Noah tunduk. Mengeluh perlahan. “Tak apalah..maaf aku paksa kau.”
Rasa serba-salah muncul setelah melihat wajah pucat Ivy. Sedar dengan tingkah tidak sopan yang dia lakukan kerana tiba-tiba menyeret Ivy menyanyi untuk kumpulannya tanpa persetujuan gadis itu. Melihatkan wajah ketakutan gadis itu membuatkan dia tidak sampai hati.
Terlalu memikirkan keinginannya untuk bertanding dan menang, sehingga tanpa sedar dia memaksa seseorang.
Ivy pandang Noah. “Maksud senior…”
Wajah Noah beriak tenang sahaja, “Aku takkan paksa kau nyanyi kalau kau tak nak. Kitorang boleh tarik diri.”tuturnya.
Ivy terdiam. Dipandangnya wajah Noah lama.
Walaupun, riak wajah Noah kelihatan biasa sahaja namun sepasang mata Noah tidak mampu mengelabui Ivy. Mata itu…terlihat secerca kehampaan di sana. Rasa hampa yang juga dapat dirasakan oleh Ivy. Ivy tidak suka melihat itu. Sukalah buat orang rasa serba salah!
Ivy membasahkan bibirnya yang kering. “Tak apa. Saya nyanyi. Tapi, saya nak senior janji untuk bagi saya hadiah. Bukan free tau!”
Noah memandang Ivy. “Kau..yakin?”
Ivy mengangguk, yakin lengkap dengan senyum lebarnya. “Kalau saya takut, saya cuma perlu pandang senior kan?”
Menarik nafas perlahan. Berusaha meyakinkan dirinya sendiri. Dia Ivy yang berani. Bukannya dia tak pernah menyanyi depan ramai orang kan? Bisiknya dalam hati.
Dengan yakin, Ivy melangkahkan kakinya menaiki tangga menuju ke atas pentas
“Hurm..kau cuma perlu pandang aku.”Noah tersenyum, kali ini senyuman yang membuatkan kedua pasang matanya melengkung membentuk sabit.. Senyuman yang tidak sempat dilihat oleh Ivy.
Share this novel