4. Detak

Drama Series 1823

Danish terjaga dari tidur lenanya. Di toleh kepala kiri dan kanan mencari kelibat Fauzi. Haiyaa… maracau apa Fauzi ni… tidur atas lantai… dah lah terkangkang. Namun begitu, Danish masih tersenyum dalam gelap tanpa dia sedar. Lucu rasanya. Untuk 4 tahun dia tidak dapat tidur senyenyaknya seperti dia tidur untuk seminggu ini. Dia bangkit dari baringan. Mengeliat menyedapkan badan. Dicapai handphone di meja lampu tidur. Hmm… mesej from Zett dibuka.

‘Good luck on your first day… lets breakfast together’ Danish membaca mesej yang dihantar oleh Zett. Sambil dia berjalan mendapatkan Fauzi di atas lantai.

“Fauzi… bangun… pergi kerja… “ kejut Danish sambil menyepak kaki Fauzi. Fauzi yang merasakan seseorang memanggil namanya membuka mata.

“Tuan Muda?... kejap… “

“Kejap apa pulak kau ni… cepat bangun… Zett nak jumpa aku pagi ni… breakfast… cepat!” arah Danish sambil menguatkan lagi sepakkannya.

Fauzi memaksa dirinya bangun. Sakit badan tidur atas lantai… keras… sejuk… bukan sengaja dia tidur disitu. Ini semua gara-gara Danish tak suka kucing. Dia tidur di bawah dengan tiga ekor kucing. Sengaja dia benarkan kucing itu masuk ke dalam biliknya. Itu pun dia masuk diam-diam. Tapi sekarang.. Dimanakah kucing-kucing itu… tiada dalam pelukkan Fauzi lagi.

------------------------------------------

Fauzi mengekor Tuan Muda Danish dan Cik Muda Zett dari belakang. Malas dia hendak menyampuk perbualan mereka, dia hanya mendengar. Mereka duduk di satu sudut kafe, jauh dari kaunter.

“Fauzi pergi order… “ belum sempat Fauzi melabuhkan punggungnya Danish memberi arahan.

“Danish… nanti waiter datang lah… lagipun Fauzi tak tahu you nak makan apa” Zett cuba bantu Fauzi.

“It’s ok… Fauzi knows everything… pergi cepat… “ balas Danish.

“Err… Cik Muda Zett nak apa?” soal Fauzi sebelum bergerak ke kaunter.

“Dapatkan I Chef Salad… “

“Ok… minum?”

“Warm lemon…”

Fauzi menurut sahaja. Dia bergerak ke kaunter. Melihat menu di situ. Dia memikir apa perlu dia order untuk Danish. Bukan dia tak biasa, tapi sejak berpisah 4 tahun dia tak pasti apa yang menjadi selera Tuan Mudanya, adakah sama atau tidak.

“Bagi saya… noodle soup… and tea… chef salad and warm lemon… meja sana tu“ beritahu Fauzi kepada waiter sambil menunjuk meja dimana dia duduk tadi.

“Hei Fauzi!” tegur satu suara dari belakang. Dia seperti kenal suara itu.

“Oh. My. God. Zufir!” terkejut Fauzi apabila melihat sahabatnya di tempat yang tak di duga ini.

“Oh. My. God. Fauzi!” satu suara lagi menyampuk. Seperti meniru ayatnya.

“Firman?... “ Fauzi terkejut lagi. Dia senyum kegembiraan.

“Apa korang buat sini?... bukan kat Oversea ke?” soal Fauzi.

“Dah settle lah… balik tanah air lah pulak. Engkau dapat tak call dari Razak?... ingatkan nak wat reunion… last last jumpa kat kafe pulak”

“Err… ada semalam… tapi aku tak dapat jawab… “

Teringat Fauzi peristiwa semalam. Memang Razak ada menelefonnya, tapi dijawab oleh Danish. Mahu terlucut sendi bila Danish menanyakan siapa 'Jiya’.

-----------------------------------

“Owh… its that Danish?” tanya Zufir sambil matanya memandang ke satu meja.

“Yup… “

“Jom lah makan ngan kita orang. Tu kat luar ada Balqis sekali… “ beritahu Zufir.

“Balqis?... wow… tapi… aku datang dengan Danish… “ Fauzi cuba menolak ajakkan sahabatnya.

“Ala… Danish ada teman kot… engkau nak jadi penunggu kat situ… jangan kacau daun lah… “

“Jap… aku bagitau Danish… kalau aku tak datang kat korang, Means aku tak dapat larilah yea “ balas Fauzi. Gembira dia jumpa dengan sahabat lamanya.

---------------------------------------

Lebar senyuman Fauzi melihat gelagat dua kembar itu. Teringat dia akan Nama penuh kembar berdua tu. Seorang Ahmad Zufirman dan seorang lagi Ahmad Zufir Aish. Rahsia besar dirinya hanya di ketahui oleh mereka juga termasuk Razak. Dia sangat percayakan mereka. Zufir dan Firman berlalu mendapat Balqis di beranda kafe.

Fauzi Pula berlalu menuju ke meja Danish dan Zett sambil membawa sarapan di dalam talam. Senyuman di bibir masih belum hilang.

“Siapa tu?” soal Danish tanpa menunggu.

“Kawan… nah ini breakfast… “ beritahu Fauzi sambil meletakkan breakfast di hadapan mereka berdua.

“Mana breakfast you Fauzi?” soal Zett.

“Err… Tuan Muda… boleh aku makan dengan kawan aku?” Fauzi cuba meminta izin.

“Kenapa?... kawan engkau lagi penting. Aku lagi penting?” Danish tiba-tiba mencuba menarik tali.

Eh kesitu pulak fikirnya.

“Tak… breakfast Tuan Muda lagi penting” Fauzi seakan memerli. Tapi lain pula dia membalas soalan Zett.

“Aku makan kat office nanti Cik Muda Zett… “ Fauzi seperti tahu apa yang di maksudkan oleh Danish Sebenarnya. Dia cepat duduk di sebelah Danish, mematikan niat untuk breakfast bersama Zufir, Firman dan Balqis.

“Eh.. stop… Aku tak nak engkau duduk sini Fauzi. Engkau pergi tempat lain.. “ arah Danish tiba-tiba. Fauzi yang baru hendak menarik kerusi terhenti.

“Danish?... kenapa ni?” Zett pun terkejut.

“Err… tak apa… Cik Muda Zett. I tunggu dalam kereta. Apa-apa boleh cari I sana “ Fauzi mengalah. Dia sendiri tidak faham dengan Danish. Apa yang hendak di marahkan.

“Fauzi… belilah something untuk alas perut. “ Cik Muda Zett cuba menawar lagi.

“Let him be Zett… “ Danish menyampuk.

“Ok lah Fauzi, tapi jangan lupa makan… “ prihatin Cik Muda Zett.

-----------------------------------------

Danish menggulung-gulung noodle yang masih panas itu. Sampai beratlah garfu tu dengan noodle. Dia tidak senang dengan kehadiran kawan Fauzi. Dia merasa sesuatu yang tidak selesa di jiwa. Dia menjeling kearah meja kawan Fauzi, dua orang lelaki dan seorang perempuan. Dia membisu sekejap, Zett di hadapan tidak berapa hendak di layan.

‘Siapa?... kenapa Fauzi sanggup tak nak breakfast dengan aku semata-mata hendak bersama dengan diorang?’

‘Kenapa?... sebab Fauzi… adalah aku punya… Fauzi milik aku… kenapa dia hendak bersama dengan yang lain?’

“Danish… you kenapa?... kesian I tengok Fauzi.” tegur Zett lembut.

“Aku tak suka kawan Fauzi tu… entah siapa-siapa dia kawan… “ balas Danish.

“Tak apalah dia nak berkawan dengan sesiapa pun. Tapi janganlah sampai halau dia… “ tegur Zett lagi.

“Bukan aku halau dia. Dia sendiri nak tunggu dalam kereta. Makan di office“ balas Danish.

“Then. Whats your point Danish…  being angry with him?” tanya Zett directly.

“Thats girl… dia tak sesuai untuk Fauzi… “ balas Danish perlahan.

“Hmm… girl… she’s his friends… salah ke Fauzi nak berkawan dengan sesiapa pun. Lelaki ke perempuan ke… bukan dia bercinta pun dengan perempuan tu… “

“I know… but aku tak suka kalau ada perempuan dekat dengan Fauzi. Annoying“

“I tak faham… what if i have another man as a friends… sama ke apa you rasa dengan apa yang you rasa sekarang mengenai Fauzi?”

“Tak sama lah… you sudah memang milik I. We’re enggage. Fauzi… even his mine… but it still insecure… “

“I tak fahamlah dengan you ni Danish. Gaya macam you ada affair dengan Fauzi behind me…” rungut Cik Muda Zett.

“Heyyyyy…. Zett… lapik sikit ea… I masih straight… masih utuh… tak tergugat dengan budaya luar lagi tau… “
“Yea… yea… I know… but its look like… “ malas Zett hendak melayan sikap Danish yang tak ada punca.

“Dah lah cepat makan… I risau Fauzi tak makan lagi tu… nanti kat office jangan lupa suruh dia makan” pesan Zett.

“I busy… ade client hari ni… client from Oversea… so tak ada masa nak layan dia… “

“Ish… tak baik you… sekejap… I order makanan untuk Fauzi” balas Zett sambil memanggil seorang waiter lalu memesan soup noodle.

“Jangan lupa panaskan sebelum bagi Fauzi makan” tambah Zett lagi.

“Whatever… “ Danish seakan malas hendak melayan sikap prihatin Zett.

--------------------------------------------------

Fauzi membuka handphonenya yang tertinggal dalam kereta. Terkejut dia apabila melihat 20 missed call from Razak. Pelik Fauzi dibuatnya. Dia mendail Razak. Dia tergelak apabila terdengar ringtone milik Razak. Lagu kuliah mereka dahulu.

“Hoi… “ satu suara menyambut panggilan

“Hoi… kenapa banyak missed call ni?” soal Fauzi.

“Jiya!... aku seram nih… Danish macamana semalam?... dia angkat phone engkau kot masa aku call engkau. “

“Haha… aku yang patut seram… asal engkau yang cuak… “

“Gila tak cuak!... aku panggil kau Jiya kot… engkau cakap apa kat Danish?”

“Aku mengaku je la engkau kawan aku… “

“Pastu?... itu ja?” soal Razak cemas.

“Haah… dia tak tanya banyak pun… sebab dah kitaorang mengantuk… “

“Fuh… bagus… weh… aku call sebab aku nak bagitau kembar dah balik… jom jumpa  diorang… aku tengah excited nih… “ kedengaran suara Razak yang gembira.

“Haha… engkau gembira nak jumpa kembar ke nak jumpa Balqis?” soal Fauzi cuba memancing niat sebenar sahabatnya itu.

“Ish… engkau ni… diamlah!” Razak sedikit marah.

“Haha… kan dah agak… kau nak jumpa Balqis sebenarnya… aku dah terserempak dengan diorang dah… aku jumpa diorang dulu dari engkau” Fauzi cuba berlagak dengan Razak.

“Eh?... bila?”

“Baru… kat kafe dekat dengan office aku… “

“Alaaaa… tak aci!... Balqis macamana?” soal Razak tanpa berlapik.

“Haha… Balqis aku tak sempat sembang… Danish block… haiya” jelas Fauzi

“Weh… dude… aku letak dulu… Danish sampai… “ kalut Fauzi memberitahu Razak situasinya, tanpa sempat cakap bye dia terus mematikan handphonenya.

Danish masuk ke dalam kereta tanpa mengetuk pintu. Terus diserbu. Zett pula melambai dari luar. Memang niat hanya untuk breakfast sahaja bukan hendak melekat. Itu sifat Zett yang Fauzi suka. Dia bukan perempuan yang ada niat kedua. Tak macam dia, bukan satu dua niat dia ada, berpuluh-puluh niat dia ada.

“Tuan Muda, terus ke office ke?... “

“Hmm… “

------------------------------------

Danish melangkah laju meninggalkan Fauzi di belakang. Di biarkan Fauzi menggalas semua barangnya masuk ke office. Dia seakan marah dengan Fauzi pagi ini. Setelah Fauzi meletak semua barang di dalam office milik Danish dia keluar seperti biasa menuju ke meja kerjanya di bahagian luar. Dia memberi senyuman kepada Diana semasa melepasi bilik pembantu peribadi itu. Tapi belum sempat dia duduk seseorang memanggil dia dari belakang.

“Oi!... Fauzi!... “ satu suara memanggil dia, Fauzi mengalih pandangannya.

“Aik?... Zufir? Firman?... “

“Haha… engkau kerja sini ke?” soal Firman.

“Haah… apa korang buat kat sini?” soal Fauzi.

“Hal bussiness… “ balas Zufir pula.

“Bussiness benda?... Zufir engkau bukan major seni ke dulu?... “ pelik Fauzi.

“Aku follow Firman ni hah… “

“Hmm… untunglah ada kembar kaya raya… nak jumpa siapa?” perli Fauzi.

“Tuan Danial… “

“Huh?... ayah Danish… kenapa?”

“Eh… ni company Danish ke?” terkejut kedua kembar itu.

“Bongok… korang wat bussiness tak tengok dulu ke siapa korang deal?” soal Fauzi sambil memberi lecture kepada sahabatnya itu.

“Mana lah kitaorang tahu Tuan Danial tu bapanya Danish. Tak pernah pulak dia sebut nama anaknya sepanjang kitaorang berurusan. Yang kitaorang tahu dia ada anak yang masih belajar di luar negara… and will takeover the empire after that… “ jelas Firman lagi.

“Dah lah… so nak pergi mana ni?” Tanya Fauzi pelik. Katanya hendak jumpa Tuan Danial tapi kenapa turun aras sini.

“Sebenarnya kitaorang sesat… salah tekan level… keluar lif ternampak muka engkau… tu tegur dulu… bilik Tuan Danial tingkat berapa sebenarnya?... aku dengar 10 tapi si Zufir ni kata 9…”

“Sepuluh… “ balas Fauzi.

“Thanks tau Jiya… “ bisik Firman

“Shhhuuuu…. Bongok lah korang ni… pergi cepat!” marah Fauzi bila usik seperti itu.

“Bongok bongok pun engkau sayang kitaorang kan… “ usik Zufir pula.

“Jiya… before kitaorang balik nak lepak dengan engkau jap… lunch free tak?”

“lunch boleh sangat… oh Razak nak jumpa korang jugak.. eh Balqis mana?... “

“dia terus ke pulau jumpa Kartika… “

“pulau.. bestnye.. ok la.. apa-apa bagitau aku… “ pesan Fauzi kepada kembar sebelum mereka berdua berlalu hilang dalam lif.

-------------------------------------------------

Danish keluar dari pejabatnya setelah menerima panggilan dari setiausaha Tuan Danial yang menyatakan client dari Oversea sudah tiba. Dia singgah di meja Diana sambil memberitahu sesuatu. kemudian dia berlalu menuju ke lif untuk ke pejabat ayahnya di tingkat 10.

Diana yang baru menerima pesanan tuan Muda Danish sedikit pelik. dia bangun menuju ke pejabat Fauzi. dia menghampiri Fauzi yang sibuk menekan nombor-nombor di kalkulator. seperti sedang mengira sesuatu.

“Weh… Fauzi… engkau gaduh dengan Tuan Muda ke?”

“Dia cari pasal dulu... bukan aku… “ balas Fauzi seakan acuh tidak acuh.

“Asal.. cuba engkau cerita… “ Diana cuba mengorek.

“Dari semalam.. angin dia pusing… sekejap monsun ni sekejap monsun ni… “ balas Fauzi lagi.

“Tak faham… biarlah… tadi dia pesan makan lunch dengan dia… “

“Huh?... aku tak boleh… “ terangkat kepala Fauzi dari mengira, memandang tepat ke wajah Diana.

“ops… dah terlambat… engkau pun tahu apa dia cakap kena ikut… “

“Aku dah janji dengan kawan aku… “

“Pandai-pandailah engkau jawab… “ balas Diana sambil berlalu pergi dari Fauzi yang mula kepeningan. Mungkin mencari alasan untuk elak makan tengah hari bersama Tuan Muda.

-----------------------------

Danish memandang muka ayahnya seperti tidak percaya dengan client yang baru sahaja ditemui. Dia seperti meminta penjelasan, tapi Tuan Danial tidak mengerti. Baginya ini pertama kali mereka berdua berjumpa. Tapi bagi Danish kali kedua dia melihat muka ini.

“Danish… ini client kita… untuk projek pertama you… Tuan Muda Firman… “

“Ish.. tak perlu lah ber Tuan Muda… saya ni tak pernah di panggil macam tu.. call je Firman… dan ini my twins… Zufir… “ beritahu Firman sambil menghulur tangan untuk berjabat salam. Tangan di sambut oleh Danish.

“owh?... not very like? twin?...” beritahu Tuan Danial.

“yea… “ balas Firman tanpa berlapik.

“Hai Danish… “ tegur Zufir.

Sepanjang meeting mereka Danish seperti tidak senang duduk. Tapi dia tetap memberi tumpuan sepenuhnya kepada isi perbincangan mereka. Kerana ini merupakan projek pertama dia.

---------------------------------

handphone milik Fauzi bergegar, di lihat ada satu mesej masuk, dari Danish. Dibuka dan dibaca.

‘Siapa Zufir dan Firman?... ‘ mesej dari Danish.

‘kawan’ balas  Fauzi tanpa menyorok apa-apa.

‘not that answer… give me the right one’ Danish seakan tidak puas hati.

‘its true’

‘lunch we discuss back’

‘lunch with friend… can’t’

‘thats friends?’

‘ya… Zufir and Firman.. ‘

‘fine!... meets tonight… on bed… ‘

Danish membaca mesej balasan Fauzi sedikit tidak puas hati. Dari pandangannya dia merasakan Fauzi seakan rapat dengan mereka. Dia tahu Fauzi tidak akan panggil seseorang yang kenamaan tanpa panggilan pangkat. Sedangkan dia memanggil Danish sebagai ‘Tuan Muda’. Tapi Zufir dan Firman hanya nama mereka. Danish sedikit geram.

Danish kembali fokus kepada perbincangan projeknya itu. Sedikit sebanyak dia memerhati gerak geri Zufir dan Firman. Hebat!. Tiada cacat cela. Educated! semuanya bernas idea yang diberi. Tiba-tiba hatinya berdetak laju, entah kenapa, terlalu geram? tapi kenapa?.

-------------------------------

Firman, Zufir dan Danish keluar dari lif. Dari jauh mereka ternampak Fauzi sedang mengemas barang di atas meja. Kelihatan semua staff sudah keluar untuk makan tengahari. Danish terus berlalu masuk ke pejabatnya. Manakala Firman dan Zufir mendapatkan Fauzi. Danish menjeling.  

“Fauzi!... Jom… “

“jom… kejap tengah kemas”

“nak pergi mana? “ soal Firman sambil memikirkan restoran Yang sesuai untuk lepak.

“err…  Fauzi pantry mana?... Nak minum air kejap… “ sampuk Zufir.

“oh… ikut aku… “

-----------------

Danish duduk di sofa. Dia keseorangan di dalam pejabat miliknya. Noodle soup di atas meja ditenung lama. Hendak beri kepada Fauzi atau tidak. Dia seakan mati idea. Tidak tahu apa patut dia buat. Sunyi.

Akhirnya dia keluar setelah berkira lama sambil membawa noodle soup niatnya hendak beri kepada Fauzi kemudian berlalu. Kelihatan Fauzi dan sahabatnya menuju ke pantry.

“Fauzi!.. “ Danish berhenti memanggil Fauzi sebaliknya mendiamkan diri apabila terdengar mereka bersembang mengenai dirinya. Dia sembunyi dibalik dinding pantry.

“Fauzi… jadilah diri sendiri” beritahu Zufir.

“sampai bila pun engkau tak boleh kawin kalau kau masih dalam macamni” tambah Zufir lagi.

“apa pandangan engkau kalau Zufir hunsband kau? “ sampuk Firman.

“Heii… kembar tak guna… “ marah Zufir.

“betul apa… kita berdua ja tahu Fauzi’s preference… “

“bongok… terang jelas lagi terbukak… Fauzi memerlukan lelaki sebagai pasangan hidup” marah Zufir.

“engkau pilih ja Fauzi… mana-mana lelaki… kitaorang sokong! “ tambah Firman lagi.

“haha… ok… ok…  kalau aku dah jumpa lelaki idaman aku… aku bagitau korang… tapi yang pasti bukan korang… “mengaku Fauzi.

“jap… Danish tahu tak engkau suka lelaki? “

“shu! Gila nanti dia dengar… “marah Fauzi.  

---------------------------------

“opsieee… Danish here… “ Firman bagai hendak tersedak apabila melihat Danish muncul dihadapan mereka.

Fauzi terkejut, terus dia bangun dari kerusi.

“Tuan Muda! “

“sorry… Zett belikan kau noodle soup” beritahu Danish sambil menghulurkan plastik kepada Fauzi.

Fauzi menyambut.  Jari mereka bergesel. Danish cepat melepaskan plastik menyebabkan soup jatuh ke lantai. Basah. Fauzi memandang Danish. Tangannya menggeletar. Seperti terkejut.

“Tuan Muda ok? “ soal Fauzi cuba menghampiri Danish.

“Stop! Aku ok… “Danish sedikit menengking. Tanpa sebarang kata dia keluar dari pantry.

---------------

‘Fauzi… suka lelaki?... ‘ Danish merasakan jantungnya berdetak laju.  Lagi laju. Lagi laju. Dan laju.

---------------

“hey bebe… aku rasa Danish dengar.. “ beritahu Firman.

“weh… macamana ni? “ tambah Firman sambil memandang kembarnya.

“Fauzi… “ panggil Firman.

“its ok… nothing change.. “beritahu Fauzi, padahalnya jantung bagai hendak berhenti. Kalau boleh dia hendak mati sekarang. Wahai jantung jangan berhenti berdenyut, berdetaklah...

“bebe… kitaorang sorry sangat tau. But, if anything happen… kitaorang akan protect kau… promise. “ Zufir memberi janji kepada Fauzi.  

"it's ok... NOTHING WILL CHANGE" ulang Fauzi untuk kali kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience