Bab 26

Romance Completed 15358

(Alyn POV)
"Weh! Aku nak keluar kejap." Ujar Sakinah keluar dari bilik. Kami semua baru bersarapan. Mak cik dan obaa-san awal pagi lagi sudah tiada di rumah. Yang ada di meja makan hanya aku, Eca, Hannah dan Ryoga.
"Weh, baru makan? Haha! Tulah lain kali bangun lambat lagi. Lain kali tak ada sarapan terus makan tengahari, eh?" Eh, eh, dia ni. Main perli-perli pula. Bukan sengaja kami tertidur balik selepas subuh tadi. Dia sahaja yang semangat bangun awal lepas tu, tolong obaa-san.
"Ha! Kau nak pergi mana?" Soal Hannah dengan mulut yang penuh dengan nasi.
"Eh, mak cik. Tak elok cakap waktu mulut penuh. Habiskan lah dulu. Aku dengar kau cakap pun macam cakap bahasa alien." Kata Sakinah terus duduk di sebelah Hannah yang kosong.
Dia menelan segala yang ada di dalam mulutnya.
"Ha, kau nak pergi mana?" Soal Hannah semula.
"Aku nak pergi Ueno." Jawab Sakinah tersenyum.
Aku merasa dahi dia, "Kau demam apa tiba-tiba nak pergi sana?" Soalku.
"Ha? Are you sick?" Soal Ryoga dan terus berhenti makan.
"Taklah, dia perli lah." Balas Sakinah sambil gelak. Ryoga hanya mengangguk. Aduh, jangan lurus sangat. Haha! Kami bertiga dah nak tersembur nasi sedang menahan gelak.
"Tak, bukan apa. Hari ni berapa hari bulan?" Soal Sakinah sambil menjongketkan keningnya.
"14 hari bulan 2. Ha, kenapa?" Jawab Eca. Dia berhenti makan memandang Sakinah.
"Ha, sebab tu lah." Tak habis lagi dia menjawab, Ryoga mencelah, "Eh? 14th February?" Dia seperti terkejut.
"What's wrong?" Soal Sakinah padanya yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Nothing." Jawab Ryoga sambil memberi isyarat padaku. Kami ada rancangan sebenarnya. Kalau nak tahu, aku ni sedang mencuba untuk menyatukan Ryoga dan Sakinah. Mereka ni macam ada jodoh lah.
Sakinah memandang pelik ke arah kami berdua.
"Dah kenapa korang ni?" Soal Sakinah.
"Ha? Kenapa apa? Tak ada apa." Aku mengelat sambil menyambung makan.
"Ah, kejap. Kau pergi Ueno nak buat apa?" Soal Hannah lagi.
"Tulah, seperti apa yang aku katakan tadi, hari ni kan 14 hari bulan so, tiba-tiba sahaja aku rasa ada mood nak pergi jalan Ueno. Mood photographer aku datang sebenarnya. Hari tu tak puas lah tangkap gambar kat situ." Terang Sakinah sambil menyengih dan menunjukkan kamera DSLR kesayangannya itu.
"Lepas tu, apa kena mengena dengan 14 hari bulan 2?" Soal Eca pelik. Ya tak ya, apa kena mengena? Apa bendalah yang kawan aku seorang ini merepek?
"Entah, tiba-tiba je..entah lah rasa macam tarikh hari ni cantik. Aku pun tak tahulah. Dia macam ada something pada tarikh 14 hari bulan 2 ni. Tapi, aku tak tahu apa benda." Bebel Sakinah.
"Ha, yalah. Kau nak terus gerak lah ni? Seriuslah nak pergi sorang?" Soalku. Risau juga dengan dia ni.
Dia hanya mengangguk tersenyum.
"Ha, okey. Bye." Eca melambai.
Dia sudah pun berdiri dan bersedia untuk keluar.
"Ehem." Aku sengaja berdehem bagi memberi isyarat pada Ryoga. Seperti yang aku katakan tadi, aku dan Ryoga ada rancangan.
"Ouh, ha, ah, Sakina-chan, later, could you wait for me at Ueno Park? I will be there at 1.30 p.m." Ujar Ryoga.
"Hm, okay. Nak tunggu kat mana?" Soal Sakinah. Apalah dia ni, bagilah tahu terus. Apa kau ingat Ueno Park itu kecil?
"Kat..kerusi tu. Ya, there's good." Balas Ryoga.
"Uuu~ Kerusi mana hah?" Aku tersenyum memandang Ryoga dan Sakinah silih berganti.
"Ooo! Mesti gambar kerusi semalam tu kan? Itu yang kau dengan kerusi tu sekali kau tangkap gambar kan?" Soal Eca tersenyum juga. Hannah turut mengekori perbuatan aku dan Eca.
"Ehh, makan cepatla." Ujar Ryoga.
"Entah, dah pukul berapa dah ni. Lepas tu, tolong kemas dapur, ya? Aku lupa nak kemas dapur lepas masak tadi. Eh tak, aku SENGAJA tak kemas dapur sebab nak suruh korang yang kemas. Jangan lupa." Pesan Sakinah bergembira. Kami bertiga terbuntang mata. Dia ni, dah masak tu kemaslah sekali.
"Tak baik, weh." Ujar Hannah memandang Sakinah dengan muka sedih.
"Ah, aku dah tolong obaa-san dan mama masak, korang pun kenalah tolong. Tapi, tak tolong ini lah jawabnya. Aku balik nanti kalau dapur tak kemas, jagalah korang." Balasnya pula.
"Yalah." Kami akur. Haih, apalah nasib dapat 'ibu' sekejam ini.
"Good girls. Bye. Assalamualaikum." Ujarnya lalu terus keluar.
"Waalaikumussalam." Jawab kami bertiga.
Pintu sudah ditutup rapi. Tiba-tiba pintu dibuka balik. Eh? Siapa pula ni? Tiba-tiba sahaja terjah buka pintu.
"Eh, kejap. Aku lupa nak isi air. Eh, heheh." Kata Sakinah lalu terus mengambil botol air ungunya di dalam bilik dan berlalu ke dapur. Kami menepuk dahi. Pelupa betul lah dia ni.
Setelah Sakinah keluar, aku sengaja pergi tengok-tengok di dapur.
"Eleh, aku ingatkan betul-betul lah dia biar dapur bersepah." Ujarku. Eca dan Hannah datang ke arahku. Kami melihat dapur sudah dikemas. Pinggan mangkuk tersusun rapi di rak, sinki sudah bersih, kuali pun sudah disimpan rapi. Sengaja dia ni nak kenakan kami.
*******
(Sakinah POV)
"Mananya dia ni? Dari sebelum pukul 1.30 sampai pukul 3.00 aku terpacak kat sini, batang hidung pun tak nampak. Aku dahlah takut ni seorang diri." Aku sudahpun berada ditempat yang ditetapkan. Dari tadi aku asyik melihat jam di tangan. Aku memandang kedepan dan cuba untuk tenang sambil menunggu dia. Ah, aku bersangka baik sahaja.
"Mungkin ramai orang dekat stesen keretapi agaknya." Ujarku sendiri. Aku duduk sedikit ke hadapan dan tidak bersandar di kerusi taman yang besar itu. Kemudian, aku terhanyut dengan pemandangan yang terlalu cantik dihadapanku. Dengan pokok sakuranya, dengan tasik yang terlalu indah.
Sedang aku menikmati pemandangan yang sungguh indah ini, ada seseorang menyapa aku, "Sakina-chan~" Suaranya seakan-akan budak kecil.
'Aiik? Budak mana pula yang kenal aku kat tengah-tengah Jepun ni? Dia panggil 'chan' pula tu.' Ngomelku sendiri di dalam hati.
Aku menoleh ke kanan.
"Oo mak engkau!" Aku terlompat kerana ada sebuah teddy bear berwarna ungu yang saiznya hampir sama denganku duduk di sebelahku. Tak, bukan sama saiz, aku rasa lebih. Aku dahlah pendek, kurus sangat pula tu. Tinggi teddy bear itu aku anggarkan dalam 2 meter macam tu.
"Apa ni?" Soalku sendiri sambil mencuit teddy bear itu. Di atas teddy bear yang besar itu, ada sebuah kotak coklat kecil berbentuk hati dan ada surat berwarna ungu di atasnya.
"Wow! Semua purple. Bagusnya, siapa yang bagi ni? Bagi aku ke?" Aku mengambil surat itu dan membukanya.
"This is what you like the most right? Big, purple, soft and cute like you." Aku membaca isi surat itu. Sah, Ryoga, tapi, dimanakah orangnya?
"Benda ada, orangnya tak ada. Tinggal aku ke apa?" Ujarku sendiri. Aku menoleh kebelakang untuk mencari gerangan yang memberikanku teddy bear sebesar itu.
"Sakina-chan~" Suara itu memanggilku lagi. Kali ini, tangan teddy bear itu bergerak. Aku terkejut. Seramnya. Janganlah main-main waktu macam ni.
Aku melihat ada kaki yang terjuntai di bawah teddy bear itu, sepertinya teddy bear itu sedang duduk di atas seseorang. Dengan serta-merta aku menarik kepala teddy bear itu ke arahku.
"Yah! Ryoga-kun!" Aku memarahi dia.
"Haha! Am I right about this?" Soalnya lalu meletakkan teddy bear itu ditengah antara kami berdua. Aku hanya mengangguk dengan muka yang masam mencuka.
"Hey, doushita?" Soalnya lagi. Dia boleh tanya apa yang tak kena?
"You shouldn't left me alone too long here. Saya takutlah." Ujarku memandang sekeliling. Tahu tak aku takut tunggu kau?
"Okay, I'm sorry." Dia meminta maaf cuba memandang wajahku yang menunduk.
"Now, look at me first." Ujarnya lagi. Aku memandang dia, nak pandang tak nak pandang sahaja.
Dia mengangkat tangannya seperti berikrar, "I, Ryoga Funatsu, promise that I'll never left you alone forever. So, forgive and trust me, please."
Aku tersenyum melihat dia sanggup berbuat begitu.
"Okay, okay. I forgive you and I trust you. But, don't do that again. I'm too scared." Balasku. Selasak-lasak aku, tinggal seorang diri di negara orang macam ni takut lah juga.
"Okay. Do you want to know why I chose to give you this teddy bear today?" Soalnya.
"Ha, kenapa? Nak jugak tahu." Balasku. Aku menunggu jawapan daripada dia.
"Berapa tarikh hari ni?" Soalnya lagi.
"Hmm, 14 Februari?" Jawabku pelik.
"It's Valentine's Day." Balasnya. Oh, ya ke? Ha, maaflah, aku ni, tak ambil tahu sangat tentang hari-hari yang pelik-pelik ni. Hari Raya sahaja aku suka. Haha!
"Oh, thank you. For your information, I also didn't celebrate this day." Aku menyengih. Tak ada kerja aku nak sambut. Aku juga tak tahu apa motif dia beritahu aku hari ni Hari Valentine.
"I know. Saje ingatkan." Balasnya tersenyum memandang ke depan.
"Love this present, huh?" Dia bertanya sambil menepuk teddy bear itu. Aku mengambil kotak coklat yang comel tersebut.
"Yes, love it so much." Balasku sambil menyuap satu coklat ke dalam mulut. Uu, sedap juga.
"Just the present? You don't want to love the one who give this present too?" Soalnya. Eh, eh, mengada pula dia ni.
Aku menggeleng lalu memandang kedepan, "Of course." Bisikku sendiri sambil menyuap satu lagi coklat ke dalam mulut. Tak, aku tak nak bagi dia dengar pun, cuma nak mengiyakan apa yang dia kata.
"Ha? Nani? Cuba ulang balik." Dia menyoalku dengan teruja. Alah, dah dengar tu buatlah cara dengar. Sengaja nak suruh aku ulang.
"Ha? Nothing. Mana ada saya cakap apa-apa." Aku buat muka macam tak ada apa-apa.
"Eehh, I heard what you said just now." Ujarnya memandang ke depan semula.
"What is it?" Soalku.
"Saya tak nak cakap tapi, awak yang akan cakap." Balasnya. Alah, mengadanya dia ni.
"Cakap lah kalau dengar." Balasku. Aku nak tahu apa yang dia dengar. Mana tahu dia salah dengar, baguslah.
"You say it first, then, I will tell you what that I heard." Aduh, dia ni. Cakap sahaja lah.
Sedang kami berbalas kata, ada dua orang wanita memegang bahu kami berdua dari belakang kerusi. Kami terkejut.
"Assalamualaikum, anak gadis kesayangan mama. Buat apa tu?" Soal mama. Aku terkejut terus tak berani nak menoleh.
"Wa-Waalaikumussalam, ma." Tergagap aku menjawab.
"Amboi, besarnya teddy bear. Sedap ke coklat tu? Mama nak sikit boleh?" Soal mama.
"Ma, da-dah habis lah pula, ma. Kecil je yang ini. Aby beli coklat lain nanti untuk mama, eh?" Balasku.
"Huwa, ruginya dah habis. Tak sempat rasa dia bagi hadiah, kan?" Balas mama lagi lalu mengeluh.
"What are you two doing here?" Soal obaa-san pula. Mereka berdua dari tadi asyik tersenyum semacam sahaja.
"N-Nothing. Just taking some fresh air." Jawab Ryoga selamba.
"Ma, jom balik, ma. Lewat dah ni, ma." Ujarku.
"Oh, tahu nak balik? Ingat nak duduk sini je dengan dia tadi." Balas mama lalu dia ketawa.
"Tahu je. Tadi me-memang nak balik dah. Lepas tu, tiba-tiba mama dengan obaa-san kat sini pula. Hah, cantiklah, jom balik sekali, ma. Mama naik kereta dengan obaa-san kan?" Soalku terus bangun mengambil tangan teddy bearku. Mama hanya mengangguk.
"It's okay, let me bring Ryki." Ryoga menarik tangan kanan teddy bear itu.
Aku pelik, "Ryki?" Soalku.
Dia mengangguk, "Its name is Ryki. R Y K I. Ryki." Katanya.
"Oh, that's a cute name. But, what's the meaning of Ryki?" Soalku. Manalah tahu ada maksud disebalik nama itu.
"Secret." Ujarnya lalu memegang Ryki.
Aku melepaskan tangan teddy bear itu, "Thank you." Ujarku.
"Ah, you two are so slow. So dramatic. Cepat, kena balik sendiri nanti." Ugut mama lalu berjalan bersama obaa-san. Aku mengambil kotak coklat dan surat lalu menyimpannya di dalam begku. Kemudian, aku dan Ryoga cepat-cepat mengekori kedua emak kami.
*******
Setibanya kami di rumah, aku melihat Alyn, Eca dan Hannah baru selesai mengemas rumah.
"Wah, rajinnya kawan-kawan aku ni!" Ujarku.
"Perli eh?" Soal Alyn.
"Haah." Balasku lalu ketawa.
Ryoga masuk sambil memegang Ryki.
"Mak aih! Besarnya teddy bear! Teddy bear ke orang yang korang bawa balik ni?" Soal Eca terkejut. Hannah mengangguk setuju.
"Kau nampak dia jalan sendiri ke? Tak, kan? Kan Ryoga yang bawa dia tu." Jawabku.
"It's huge, Ryoga-kun." Kata Alyn tidak puas hati.
"So why? It's hers. Not yours." Balas Ryoga. Aku dan Ryoga bergelak ketawa.
"Ha, Alyn, Eca, Hannah. Balik Malaysia ni, makan nasi minyaklah kita." Kata mama lalu masuk ke bilik. Kawan aku yang bertiga itu pula gelak ketawa.
"Nasi minyak siapa?" Aku masih tidak faham kata-kata mama itu.
"Nasi minyak? Apa tu?" Soal Ryoga pula.
"Nasi minyak engkaulah. Haha!" Mereka bertiga bergelak ketawa lalu masuk ke bilik.
"Apa ke nasi minyak aku pula perginya? Haih, cobaa betullah." Aku redha sahaja dibuat bahan gurau sebegitu. Dah dapat apa yang mama cakap tadi.
"Sakina-chan?" Ryoga masih menunggu jawapan.
"Nasi minyak? You have to ask Alyn. And thanks for this teddy bear and chocolates. I love it." Jawabku tersenyum. Dia hanya membalas senyuman aku. Aku mengambil Ryki dan mengekori Alyn, Eca dan Hannah ke bilik. Mama dan kawan-kawanku suka sangat sekepala bila menyakat aku. Haih.
____________
Haha, kesian Sakinah asyik disakat oleh mama dia dan kawan-kawannya. Nasi minyak? Bunyi sedap tu. Lagi sedap kalau ianya nasi minyak Ryoga dan Sakinah. Maaf, tersakat sekali. Haha. Seronok pula menyakat Sakinah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience