CHAP 26

Romance Series 74213

Anya mengeliat di atas katilnya, sedang membetulkan tulangnya kerana tidur di tilam empuk sehingga dia tidak sedar sekarang jam berapa, apa yang pasti.. dia harus menunaikan solat Subuh.

"Good morning, sayang.." sahut satu suara. Disebabkan biliknya yang gelap, terkejut juga dia dengan gerangan suara tersebut. Tapi, dia kenal suara tu. Cepat-cepat Anya menghidupkan lampu tidur di tepi katil. Kelihatan Bahr sedang berkain pelikat dan memakai baju putih duduk di sofa dalam bilik tersebut.

"Jom.. solat. Kita solat jemaah." kata Bahr. Anya hanya diam melihat Bahr. "Awak dah berubah Bahr." hanya tu yang disampaikan oleh Anya. Dia mengikat rambutnya tinggi dan menghidupkan lampu di bilik tersebut. "Oh ya? Berubah? Maksud?" soal Bahr. "Yelah.. How come.. Bahr yang dulu saya kenal sangat berbeza dengan Bahr sekarang. Bahr yang dulu hidupnya dikelilingi wanita. Bahr yang dulu hidupnya yang saya anggap tak layak untuk menjadi seorang suami berubah 180 darjah?" kata Anya memandang tepat ke wajah Bahr.

Bahr hanya tersenyum. "Cepatlah solat. Nanti kita lambat pula." kata Bahr.
***
"Aaaminn..". selesai doa selepas solat dibacakan. Hati Anya seakan terasa damai dengan doa yang dibacakan oleh Bahr. Kelihatan tangan Bahr untuk menyalam sang isteri. Anya menyambutnya dan menyalam tanda hormat.

"Berkenaan dengan soalan Anya tadi, tentang perangai Abang. Mungkin Abang dah jumpa wanita yang tepat dan wanita itu ialah Anya. Sebab, mungkin Anya lah yang pegang hati Abang selama ini, tanpa kita dua sedar." kata Bahr. Terus Bahr mengecup kening milik Anya, seakan pembatalan air sembahyang yang seharusnya dilakukan dulu sewaktu nikah. Namun, disebabkan salah faham yang berlaku.

"Abang dah ingat ke?" soal Anya. Pelik dia.. seakan Bahr tahu perangai buruknya dahulu. "Abang? I'm so happy right now. Terima kasih panggil Abang dengan panggilan Abang." kata Bahr.

"Errr.. saya.. saya tersasul!" bela Anya. "Nope.. Anya kena panggil Abang dengan panggilan itu." kata Bahr. Anya menyedari mengenai kesilapan tersebut mengigit bibirnya. "Dah, hari ni Anya cuti kan, Anya siapkan sarapan Abang tau." kata Bahr. "Sejak bila pula saya cakap, saya cuti? Saya nak pergi kerja!" datang semula perangai Anya yang memberontak.

"Cuti... kalau Anya tak cuti, tahulah apa yang Abang nak buat." kata Bahr. "Alah, apa lah sangat awak boleh buat, Encik Bahr Malik?" cabar Anya.
***
Bahr hanya tersenyum ketika mesyuarat dan kadang kala ketawa perlahan. "Anya.. anya.." geleng kepala Bahr, semua mata tertancap kepada bos mereka. "Err... bos, bos!" panggil rakan sejawatnya.

"Ahh?! Apa dia?" soal Bahr. "Err... Bos ada nak tambah apa-apa?" soal pekerjanya. "Takde.. semua okay, dah boleh bersurai." kata Bahr. "Bos, biar betul.. kita punya meeting baru je mula 5 minit yang lalu.." terang salah satu pekerjanya. "Takpe, kalau ada apa-apa datang je bilik saya. Mood saya baik hari ni, lunch nanti korang pesan je apa korang nak makan ye. Saya belanja. PA saya akan uruskan." kata Bahr terus keluar dari bilik mesyuarat.

"Uish, lain macam bos kita hari ni, semacam angau. Kali ni, siapa pula girl bos kita dapat tu agaknya?" soal satu pekerja. "Entah-entah supermodel lah kut, ke ciri-cirinya macam bidadari." kata seorang pekerja lagi. Bahr di biliknya menghubungi seseorang.

"Hello Becky, boleh tolong Abang tak?" soal Bahr.
***
"Kau dah kenapa, pakai tuala pula macam pakai tudung?" soal Becky yang berada di dalam penthouse Bahr sekarang. "Aku benci Bahr! Benci sangat!!" kata Anya. Becky sedang menyusun tapau makanan di atas meja makanan. "Kau jangan lah benci dia, ni tengok Abang Bahr call aku tau, semata-mata suruh hantar makanan dekat kau." kata Becky.

"Aku benci dia!" kata Anya. "Dari tadi cakap benci-benci, Abang Bahr buat apa sampai kau benci dia ni?" soal Becky

(IMBAS KEMBALI)
"Anya cabar Abang ke?" soal Bahr. Anya memberikan senyuman sinis dan membuka telekungnya lalu menyangkutkannya. "So, you dare me? Jadi, jangan salahkan Abang." kata Bahr terus menarik tangan Anya dan membaringkannya di katil. Mukanya ditekapkan di hujung leher Anya. Tidak dihiraukan lagi Anya yang menjerit dan meronta.

"I think that hickeys will be around five days. Kan?" soal Bahr meninggalkan Anya. "I hateee you!!!!" jerit Anya.

(SEKARANG)
"Hoii! Mengkhayal. Makan lah." kata Becky. "Hish!! Stress lah aku macam ni." kata Anya. "Apanya kau stress.. Stress, pergilah gym. ke pergi berenang dekat kolam tu." kata Becky.

"Kau tengokkan butik tau. Aku mungkin lima hari tak pergi kerja." kata Anya. "Weii! Lama tu, kau dah kenapa? Kata benci Abang Bahr, ni aku nampak kau suka pula dekat dalam rumah ni." kata Becky. "Hish!! Ada lah sebabnya tu. Dah, jom makan!" kata Becky.
***
"Hello.. ya. Apa lagi kau nak ahh? Aku dah malas nak bersubahat lagi lah. Bahr pun dah hilang ingatan, kau tak boleh tengok aku senang ke?" jerit Sherry dalam telefon.

"Aku dah dapatkan kontrak kau jadi model dekat USA, kau tak nak berterima dengan aku ke?" soal seseorang di telefonnya. "Apa lagi kau nak, Bahr tu dah hilang ingatan dah. Apa lagi?" soal Sherry.

"Kau pun tahu aku bukannya nak Bahr hancur, tapi Anya hancur. Aku tak boleh lupa siapa yang sumbat adik aku dalam penjara. Hancurkan Anya!!" kata seseorang, terus mematikan telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience