Chapter 05

Fantasy Completed 2854

"Penatlah..." adu aku. Kai memegang lenganku. "Jauh lagi nih." kata Mezz sambil mengeluh. "Kita berehat dekat pasaraya mini sana tu. Confirm ada makanan. Perut pun lapar gila." tunjuk Nike.

Kami berempat menuju ke pasaraya yang ditunjuk oleh Nike. "Kita kena periksa dulu pasaraya ni supaya tak ada mahluk tu. Kita akan tinggal disini selama dua hari." beritahu Mezz. Aku dan Kai periksa bahagian hadapan manakala Mezz dan Nike memeriksa pada bahagian belakang. Pasaraya mini ini tidak terlalu besar ia memudahkan kami untuk memeriksanya.

"Cun, pintu belakang semua aku dah tutup rapat dan begitu juga dengan tingkap." aku mengangguk. Kami terus masuk dan mengambil tempat masing-masing. Aku sentiasa bersama Kai. Tiada dia aku tidak berasa selamat. Mengada-ngadakan aku? aku kalau dah mula selesa dengan orang itu, aku akan mula ikut kemana sahaja dia pergi. "Eve, awak nak air ni?" tanya Kai sambil menunjuk ke arah sekotak air berperisa coklat dan vanilla. Aku mengangguk. Kemudian Kai mengambil beberapa bungkus jajan,roti dan biskut untuk kami makan bersama-sama.

"Jangan terlalu bising. Takut menarik perhatian makhluk tu untuk datang ke sini." pesan Mezz. Kami bertiga mengangguk.

"Terima kasih awak sebab sentiasa ada dengan saya." ucap aku pada Kai sambil memeluk lengannya. Kai mengangguk lalu tersenyum dan menarik aku ke dalam dakapannya. Ia membuat aku berasa selesa dan selamat bersamanya. "Awak membuat saya teringat seorang gadis yang pernah menyentuh hati saya tapi ia tidak kekal lama." Kai hanya tersenyum kecil. Aku terdiam. Ceritanya sama seperti aku. "Maksud awak? apa yang membuatkan ia tidak kekal lama?" tanya aku.

"Tak sempat nak ungkapkan yang saya suka dia tapi dia dah ada yang berpunya. Dah lama dah kisah ni, 5 tahun lepas. Saya pun tak ingat sangat wajahnya sebab masa tu dia junior saya. Tapi saya masih ingat namanya. Levengelina Levine." aku terperanjat tapi aku kawal. Tu nama aku! Dia dulu satu kolej dengan aku ke? "kenapa muka awak lain?" aku tersenyum buat seperti tiada apa-apa. "Tak adalah. Nama tu sedap." Kai tersenyum.

"Dah lah awak tidur ya. Penat kan.." aku terus meletakkan kepalaku di atas ribanya. Empuk. Ha ha. Jahat aku. Aku memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience