Chapter 5

Romance Series 5086

Dania memandang Niel yang sedang rancak berbual dengan seorang lelaki .Kawan baik mungkin . Bila bosan tiba , mula lah nak buat nak buat perangai pelik . Dania merenung seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan dengan seorang wanita .

Lelaki itu memandang Dania sambil mengenyitkan matanya .Dania tersenyum .Mahu cair beb lihat kenyitan mata laki tu . Hesyyy , kau nak dekat kahwin Nia ! Ada satu suara berbisik.

Niel yang perasan adegan itu terus menendang kaki gadis itu . Mulutnya dirapatkan ditelinga gadis itu .

"Awak jangan nak buat hal eh ! Mata tu duduk diam je . Jangan nak main mata dengan lelaki lain pulak ! Saya nampak lagi , saya tinggalkan awak dekat sini . "

Dania mengangguk . Wajahnya ditundukkan setelah mendapat amaran itu .

" OMG ! Tak sangka kita boleh jumpa kat sini ! " tegur suatu suara yang tidak asing lagi bagi Niel.

"You nak apa ? Kita dah tak ada apa-apa hubungan okay ! "

Liyana mencebik . Wajah gadis disebelah Niel dipandang tak puas hati .

"Siapa perempuan ni ? Mangsa you yang ke berapa pulak ? "

Niel terdiam . Lidahnya ditolak ke pipi . Lancang mulut gadis membuatkan hatinya panas . Memang patut dia putus dengan perempuan ni !

"Kenapa diam ? Takut kantoi dengan perempuan ni ? "

Niel bangun dari duduknya . Begitu juga dengan Elman ,sepupu dan merangkap kawan baiknya itu .

"Sebelum aku tampar mulut kau , lebih baik kau pergi dari sini ! " Tengking Niel .

Walaupun sudah kecut perut , liyana tetap mengukir senyum sinis . Saja nak menyakitkan hati bekas teman lelakinya itu . Kot-kot dengan cara ini , Niel dan gadis di sebelahnya itu akan bergaduh . Dan ketika itu lah dia cuba meraih perhatian Niel semula .

"Weyhhh Liyana . Better kau pergi dari sini sebelum ada yang meletop dekat sini ." Ujar Elman separa memberi peringatan.

Liyana menjeling Dania sebelum pergi dari situ .

"Aku balik dulu ..."Niel terus meninggalkan kedua-dua insan itu .

Dania tercenggang . Apa kes ?! Siapa nak hantar aku balik ?

"Awak pergi ikut Niel cepat , sebelum dia tinggalkan awak ." Elman turut pergi dari situ .

Dania terus menuju ke tempat parkir kereta . Nasib baik ada lagi mamat ni . Kalau tak , mahu balik naik GRAB .

Sepanjang perjalanan , kereta itu hanya sunyi sepi .

"Abang..."

Diam.Tiada balasan .

"Niel ..."

Masih diam tidak berkutik . Dania mamandang wajah disebelahnya.

"Tengku Niel Rayyan Tengku Danish Arman." laung Dania

Niel memandang Dania disebelahnya . Bagai nak diterkam pula wajah disebelahnya itu.

" Awak boleh diam tak ? Serabut tahu tak dengar suara awak ni ! Hesyyyy..."

Dania terkedu . Ini kali pertama dia dimarahi lelaki itu .

Kereta itu meluncur dengan laju dijalan raya tanpa sebarang bunyi .Dania diam , begitu juga dengan Niel .

Setibanya dirumah Dania , Niel terus mengejutkan gadis yang sedang tidur sebelahnya itu .

"Awak , dah sampai rumah ni ..."

Dania terbangun .Kiri dan kanannya ditoleh , terus sahaja dia keluar dari kereta itu tanpa mengungkap sebarang kata . Hatinya masih sakit menerima tengkingan lelaki itu .

"Awak marah dekat saya ke , Nia ? " Niel berdiri betul-betul di hadapan Dania .Menghalang Dania dari memasukki rumah itu.

"Saya tak marah dan saya tak layak nak marah awak . Saya bukan siapa-siapa pun dalam hidup awak."Dania menolak tubuh Niel daripada terus menghalang dirinya untuk masuk ke dalam rumah .

"Nia , please...i 'm sorry . Saya tak sengaja..."

"Saya nak awak fikir balik pasal hubungan kita . kalau awak rasa hubungan kita ni hanya membuang masa lebih baik awak tinggalkan saya . i 'm off ..."Dania terus masuk ke dalam rumahnya .

"Nia please ...Saya minta maaf ."

Niel menguak rambutnya kasar . Terus sahaja dia masuk ke dalam keretanya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience