"nak.. aku nak lepak sini.. aku nak tunggu Nelissa datang jumpa kau lagi.. tapi tak dapat Nelissa dapat kawannya pun jadi la.. body pun mantap sama macam Nelissa.." Eric yang juga seperti orang gila bila Ray memikirkan perangai manusia didepannya sekarang ini.
Dia datang untuk melepaskan stress kerja yang menimbun di pejabat tapi lagi stress bila dapat kawan yang gila seperti Eric.
Dari kejauhan Nelissa mula mencemuh Ray yang agak berlagak baginya bila Ray menolak tubuhnya sebentar tadi dan itu sangat menjatuhkan maruahnya.. ini juga adalah kali pertama dia berperangai sedemikian.
Semua salah Myra yang mencabarnya sebenyar tadi.. kalau difikirkan balik dia sangat bodoh gara-gara duit sewa rumah dia sanggup berperangai seperti binatang dan memalukam dirinya sendiri.
Padahal dia sangat mampu untuk membayar berkali-kali ganda pada Myra ini kerana dia bukannya orang yang harus berkerja keras untuk mengisi perut setiap hari.. ibubapanya sangat kaya, dia hanya perlu membuat muka comelnya sedikit untuk meminta duit dari papa mamanya sendiri, dan tak payah tunggu lama terus dapat duitnya.
"macam mana dapat ke tak? aku tengok dia macam budak baik je.. kau kena reject ke? hahaha.." gelak Myra sambil matanya memandang kearah Ray dan Eric yang masih memandang kearahnya dan Nelissa.
"malu betul aku.. ni kali pertama aku dimalukan oleh jantan kau tahu tak, sebelum ni aku tak pernah kalah kat tangan jantan hidung belang.. tapi jantan tu memang buat aku sakit hati betul.. dah la baju aku kotor tertumpah air.. geram betul aku.." marah Nelissa bila saja matanya bertentangan dengan mata Ray yang melihat gelagatnya.
"alah.. kau bukan selalunya kalahkan? mungkin kali ni kau tak ada luck jelah, so maknanya kau kena la bayar sewa rumah macam biasa ye.. walaupun tu rumah aku, kau tetap kena bayar macam sebelum ni.. dan perjanjian kita telah terbatal.. kikiki.." gelak besar Myra bila fikirkan muka Nelissa yang masih kesal dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
"yelah aku bayar.. apa kau ingat aku tak mampu ke nak bayar sewa rumah kau.. dah la jom balik.. mood aku dah kelaut ni.. malu pun ye.." marah Nelissa dan terus bangun dari kerusi yang dia duduk bersama Myra, dengan keadaan binggit dan suasana yang hangat untuk pasangan yang bercinta dan berjoget melepaskan beban fikiran.
"yelah.. tapi sebelum tu aku nak singgah cari Family Mart dulu, macam teringin nak makan oden la pula malam-malam ni.. " ajak Myra pada Nelissa yang sudah berjalan laju kedepan.
"yela-yela.. tapi aku tak nak turun.. kau je turun.. tapi jangan lama sangat kat dalam tu nanti.." jawab acuh tak acuh Nelissa kerana pakaiannya sudah kotor dan itu membuatkan dia malu ingin turun bersama dengan Myra.
"yela.. bukan lama pun kalau aku pergi beli.. lainlah kau, kata nak beli oden.. kalau boleh satu kedai kau nak borong lepas tu buat-buat muka tak bersalah bila dah tak cukup tangan nak membawanya.." bebel Myra bila saja Nelissa menyuruhnya jangan berlama-lama didalam kedai.
"ala.. kau tahu kan, aku ni memang macam tu, kau tak perlu la ejek aku.. kecil hati aku tahu tak.." Nelissa mula buat muka sedihnya agar Myra berhenti membebel padanya.
"sebab aku sayang kau la aku membebel, bukannya aku support dengan apa yang kau buat.. lagipun kau selalu membazir makanan.. tahulah family kau lagi kaya dari family aku.. " Myra kadang-kadang sangat berputus asa dengan perangai membazir Nelissa, itu baru bab makanan, belum lagi bab pakaian.. kasutnya, heelnya.. pening dibuatnya.
Sesudah mereka berdua masuk kedalam kereta tiba-tiba..
Share this novel