Hari ini cuaca cerah, laman hospital di tingkat lima di bangunan Utama kelihatan sibuk dengan para pesakit beriadah di situ. Samaada di temani dengan ahli keluarga atau jururawat dan sendirian. Masing-masing dengan pakaian pesakit di badan duduk dan berjalan mengambil angin di sekitar tempat tersebut.
Tidak lepas juga doctor yang bertugas. Mereka turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil angin di situ. Dan doctor itu tak lain tak bukan Kaden sendiri. Selepas selesai jalankan pembedahan, lelaki itu ambil keputusan nak lapangkan fikiran di situ.
Tapi tidak disangkakan, kedatangannya ke situ hanya di sambut oleh seorang pesakit lelaki dengan tiang IV drip di sebelah bangku dan leher berbalut duduk atas bangku menghadap sebuah pokok besar di situ.
"Surprise...surprise...tengok siapa dekat sini.."tegur Kaden sambil mendekati bangku dimana Eden sedang duduk.
Tersentak mendengar teguran itu, Eden yang sedang termenung memandang ke satu arah palingkan kepalanya ke kanan lantas ternampak Kaden sedang berdiri memandangnya.
"Bangun jugak kau kan."sapa Kaden sambil dekati bangku itu dan berdiri di situ dengan tangan berada dalam poket jubah putihnya itu. "Macam mana?Kau okay?"tanya dia dengan senyuman nipis di bibir.
Eden dongak, dia kerutkan sikit kening semasa tilik penampilan Kaden. "Kau kerja sini jugak ke?"tanya dia.
"Ha'ah...sama dengan Davina..."angguk Kaden. Lalu dia lirik akan tampalan di leher dan tepi kepala Eden, kesan pembedahan untuk buang cecair dari dalam otak tu yang mana di bedah oleh Davina sendiri. Serius beritahu, sewaktu Eden tidak sedarkan diri, pertama kali dia Nampak Davina begitu devastated sekali.
"Thanks ada dengan dia sepanjang masa."ucap Eden sebelum tundukkan pandangan ke lantai. Hujung jari jemarinya di kutil tanpa sebab. Dalam diam dia mengetap gigi.
Kaden melepaskan keluhan Panjang. Dia keluarkan tangan dari poket hanya untuk menyilangkan tangan ke dada.
"Jangan nak berterima kasih dekat aku. Kau tu...kalau kau pedulikan Davina. Berhenti je dari bekerja dalam bidang ni.kau tahu masa kau tak sedarkan diri, Davina menangis tak berhenti..semuanya sebab risaukan kau...tengok sekarang apa yang kau dah buat. Susah payah aku buatkan dia hendak tersenyum dan ubah dirinya kembali ceria, sebaliknya dia kembali ke dirinya yang lama..."luah Kaden dengan nada kesalnya.
Eden mengangkat kepala, memandang Kaden dengan kening mencerlung tak faham.
"Apa maksud kau?"tanya Eden.
"Davina...dia dah balik semula ke diri lama dia..Puteri Ais tu."cebik Kaden yang teringat layanan dingin yang diberikan oleh Davina kepadanya. Cakap mendatar, emosi dalam nada suara pun tak ada. Di tanya satu, jawabnya satu. Geram je.
Eden terdiam. Dia pandang Kaden. Agak terkejut mendengar kenyataan itu. Rasa serba salah menerpa hatinya.
"Aku cakap macam ni sebab aku dah lama kenal kau orang berdua. Aku kenal Davina..aku kenal kau...so kalau kau betul-betul sayangkan dia..lepaskan kerja ni. Kau boleh kerja dekat bidang yang sama tapi bukan dalam sector berisiko ni...Davina...dia tak kuat nak tanggung semua ni sendiri. Kalau kau tak boleh nak bertanggungjawab..serahkan dia dekat aku. Biar aku yang jaga dia."pesan Kaden dengan serius. Dia pandang Eden dengan renungan penuh maksud. Dia serius ni. Tak ada nak main-main lagi.
Tangan yang berada di lutut itu tiba-tiba mengepal penumbuk taktala Eden dengar kata-kata Kaden. Dia dalam dilemma. "Aku memang nak berhenti...tapi misi aku belum selesai. Bila semua tu dah settle. Baru aku akan settle down pasal ni.."jawabn Eden dengan nada mengalah.
"Well lakukannya secepat mungkin kalau macam tu.."ujar Eden tepat pada masa Davina muncul di situ dengan tangan memegang dua cawan kopi yang dibeli dari kantin hospital sebentar tadi.
"Kaden.."panggil Davina.
Kaden tersentak. Dia palingkan mukanya ke kanan lalu bertentang mata dengan Davina. "Hei..."
"Nak kopi?"aju Davina sambil sua satu cawan kertas penutup hitam kepada Kaden.
Kaden menggeleng kepala sambil tarik senyuman nipis pada Davina. "It okay..kau minum la."
Lantas Davina dekati Eden dan serahkan satu cawan kopi kepada lelaki itu. "Lama sampai?"tanya dia sewaktu memandang Kaden.
"Tak adalah...baru je. Aku keluar ni pun sebab nak ambik angin lepas operation tadi.."lirik Kaden ke Eden sewaktu lelaki itu capai cawan dari tangan Davina. Dia harap Eden akan ingat pesannya tadi. "Kau orang berdua borak la..aku masuk dalam dulu. Ada laporan yang aku siapkan.."pamitnya kemudian.
Davina memberi anggukan faham.
Eden pandang cawan kopi di tangannya dengan renungan kosong. Sedang memikirkan kata-kata Kaden sebentar tadi. Jadi betullah Davina menangis kerananya. Pasti Davina hadapi waktu sukar kerana risaukan dia.
Setelah memerhati pemergian Kaden dari situ, Davina ambil tempat di sebelah Eden lalu silangkan kakinya sambil menghirup dengan berhati-hati kopinya. Pandanganya di lemparkan ke sekeliling laman riadah itu.
Mereka berdua kemudian diam tidak berkata apa-apa buat seketika tidak kekok. Ianya senyap yang menenangkan.
Eden gerak untuk sandar ke belakang. Cawan berisi kopi hangat itu di letakkan pada lengan kerusi itu sebelum dia silangkan tangan ke dada dan pandang ke depan.
Davina palingkan kepala ke sisi apabila Eden diam tak cakap apa-apa sejak tadi. .Dia nak cakap tapi takut kalau dia ganggu Eden. Dia pun ikut diam. Tepi wajah itu di pandangnya buat seketika. Cuba mengagak apa pulak lepas ni rancangan Eden. Adakah lelaki ini akan pergi dari sini dan tinggalkan dia?Bahayakan diri semula?
Perasan dirinya di perhatikan, Eden gerakkan matanya ke Davina lalu bertentang dengan mata tu. "Kenapa?"tanya dia dengan kening berkerut.
Davina hanya menjungkit bahu. Kenapa tanya dia. Eden la yang patut beritahu dia apa yang Eden nak cakap. Bukan ke Eden suka bercakap dan sakitkan hati dia. Dia mana-mana pun tak kisah. Asalkan lelaki ni bercakap dengan dia tak marahkan dia lagi pun dah cukup.
"Berhenti pandang aku macam tu..."arah Eden sebab rasa gemuruh bila di tatap begitu. Dia tak biasa lagi dengan perhatian yang Davina telah berikan kepada dia sejak dia sakit. Kalau dari awal macam ni, setiap hari sakit pun tak kisah. Asalkan Davina yang jaga dia.
"Kenapa?Ada mata pandang la.."balas Davina dengan bersahaja.
Eden buat muka jengkelnya lalu cubit pipi Davina sebelum di tarik. "Kau buat aku nervous..jadi berhenti pandang aku macam tu..."
Davina pegang tangan Eden yang mencubit pipinya lalu diturunkan darinya. "Apa yang nak di nervous kan..."
"Kau pandang aku macam aku tertangkap curang dengan kau je...so pandang tempat lain sana.."pipi Davina di tolak dengan Eden supaya kepala tu berpaling ke tempat lain.
Tapi Davina melawan. Dia malah palingkan mukanya semula ke Eden. "Kalau kau tak buat salah tak adanya kau rasa nervous macam ni.."balasnya.
Eden menjuling mata menyampah. Berubah konon!Sama je dia perhatikan Davina ni. Masih banyak bercakap seperti biasa. "Lama lagi ke kena duduk luar ni?Aku lapar dah ni.."
"Jom la masuk kalau macam tu.."ajak Davina terus bangun dari situ.
Eden buat muka, dia acah-acah pegang kepala. "Boleh pegang aku tak?Kepala aku pening la.."
Davina pandang dengan renungan judging dia. Mengada! "Tadi elok je.."balasnya semasa capai lengan Eden dan tarik lelaki tu bangun dari bangku tu.
"Mana kau tahu..yang rasanya aku.."Hampir hendak tersengih di situ, Eden capai cawan kopinya lalu diletakkan atas stand IV drip di situ dan mula jalan seiring dengan Davina untuk masuk ke dalam. "Belikan aku makanan luar boleh tak?Makanan dekat hospital semuanya tak ada rasa."
"Kau nak makan apa?Luka jahitan kau tu kena kering betul-betul. Makanan berminyak tak boleh." beritahu Davina semasa palingkan kepala ke sisi sewaktu jalan merangkul tangan Eden.
"Well...apa benda yang masak tak guna minyak kalau macam tu?"
"Makanan hospital."jawab Davina dengan mendatar sambil pandang tepi muka tu.
Eden palingkan kepala memandang ke Davina pula. Dia buat muka 'seriously'.
"Tahan la sekejap...nanti kau dah sihat. Aku masakkan kau makanan sedap."aju Davina.
"Ugh!Tak kesian ke dekat aku ni?"
"Tak mati pun.."
"Seriously?"
"Ya."
Share this novel