2: Sakit Jiwa

Other Series 5922

“HOI! Jangan bising lah!” jerit suara garau dari luar bilik, diikuti dengan bunyi ketukan keras di pintu.

“Kalau kau bising lagi, aku akan suruh owner rumah halau kau!” suara itu semakin tinggi, penuh kemarahan.

“Kami tak nak sama rumah dengan penagih dadah!” jerit satu lagi suara dari luar, lebih lantang.

Roselyn menggigil mendengar perkataan itu. Tangannya yang terketar-ketar memegang bingkai meja, seakan cuba mencari pegangan dalam ketidakpastian. Tubuhnya menggigil, hatinya pedih. Dia membuang semua barang di dalam bilik dengan penuh emosi, seperti orang hilang akal.

“AAARRRGGGHHH!!!”

Jeritan dan tangisan terhambur dari mulutnya, hampir satu jam lamanya. Setiap ratapannya adalah letusan dari hati yang terluka.

TAK lama selepas itu, pintu biliknya diketuk lagi, kali ini lebih kuat, lebih mendesak. Dengan langkah berat, seorang wanita muncul, wajahnya penuh dengan kekesalan.

“Roselyn... owner rumah dah datang. Dia suruh kau keluar sekarang. Sekarang juga!”

"Hhh... hh... hhh... aaahhh... Hhh... huuu... hhh... huu... ugh... " Tangisan Roselyn semakin pecah, tak mampu menahan segalanya.

Dengan tiada arah tujuan, dia mengemas sedikit barangnya dan berjalan keluar, beg galas berat di bahunya, memikul beban yang lebih dari sekadar barang-barang peribadi. Hanya lapan puluh ringgit yang ada di dalam poketnya, cukup untuk membeli sedikit makanan, tapi tidak cukup untuk membayar kesedihan yang menyesakkan dadanya.

DI sepanjang jalan, dia melangkah perlahan, matanya melilau pada iklan kerja kosong yang terpampang di beberapa kedai. Namun, setiap kali matanya tertumpu pada peluang, hatinya hancur. Sejarah keluarganya, kisah hitam tentang dadah, menghalang peluang untuknya. Tiada siapa yang mahu menerima Roselyn. Orang ramai hanya melihatnya sebagai beban, pengemis yang tidak layak diberi peluang kedua.

-

SUDAH sebulan Roselyn hidup merempat, tubuhnya semakin kurus, busuk, dan tidak terurus. Pakaian yang dipakainya telah lama kotor, tak pernah dicuci. Hanya sisa makanan yang dijumpai di tepi jalan memberi sedikit kelegaan kepada perutnya yang kelaparan. Hanya itulah yang dapat ditanggungnya, hari demi hari, tanpa sesiapa yang peduli.

MALU untuk pulang ke kampung, Roselyn merasakan dirinya sudah tiada harga. Telefon bimbit Nokia nya yang masih berfungsi, telah dijual dengan harga tiga puluh ringgit. Tiada kawan, tiada siapa yang peduli. Dia di kota besar ini dianggap seperti tiada wujud, seperti hantu yang tidak dikenali. Namun, setelah bertahan lebih lama, dia terpaksa membuat keputusan yang paling sukar dalam hidupnya—kembali ke kampung.

Namun, nasib malang menimpanya lagi. Ketika dia sedang berjalan pulang ke stesen bas, dia diragut. Segala wang simpanannya, tiga puluh ringgit yang tinggal untuk dia pulang ke kampung, hilang begitu saja. Tanpa pilihan, dia terpaksa mengemis untuk mendapatkan dua puluh lima ringgit lagi, dan akhirnya, dia menaiki bas awam untuk pulang.

SESAMPAINYA di kampung, Roselyn dikejutkan dengan satu pemandangan yang langsung tidak dijangkakan. Dia melihat ramai penduduk kampung berkumpul di luar rumah mak bapanya. Jantungnya berdegup kencang. Tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah mereka, menjerit memanggil nama ibu dan bapanya.

Tiba di pintu rumah, dia melihat beberapa petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan lengkap, sedang memakaikan beg mayat berwarna putih kepada dua jenazah. Roselyn cuba mendekati, namun langkahnya terhalang oleh petugas yang dengan tegas berkata,

"Jangan dekat, cik."

“Kenapa? Itu mak dan ayah saya!” Roselyn menjerit, suaranya penuh kekeliruan dan kesedihan.

“Saya tahu. Mereka meninggal sebab jangkitan virus. Kalau boleh, awak kena pakai mask, ya?” jawab salah seorang petugas, suara tenang namun penuh rasa prihatin.

Roselyn tergamam. Dia menggelengkan kepala, tidak memahami apa yang berlaku. Air mata mengalir deras, sukar untuk dia menerima kenyataan yang kedua orang tuanya sudah tiada.

Sementara itu, penduduk kampung yang berhimpun di luar mula berbual sesama mereka, suara mereka penuh dengan sindiran.

“Kesian... Anak penagih dadah, mak ayah pula meninggal akibat virus.” Kedengaran bisikan yang cukup nyaring, seperti sedang menghakimi tanpa belas kasihan.

“Virus apa?” tanya seorang lagi penduduk.

“Entahlah... Tapi mereka suruh Roselyn pakai mask. Eee… takutnya aku!” suara itu terdengar penuh ketakutan.

Roselyn merasa sakit hati, setiap perkataan itu bagaikan pisau yang menikam dirinya. Dia menghampiri dua orang penduduk kampung yang sedang berbual itu, wajahnya penuh dengan air mata.

“Mak ayah aku tak minta tolong ke? Kenapa tak bawa mereka ke hospital?” soal Roselyn, suaranya penuh dengan kemarahan yang tertahan.

Dua orang mak cik itu saling berpandangan, gelengan kepala mereka menjelaskan segalanya.

“Dah, Roselyn. Kami dah cuba, tapi mak ayah kau tak nak susahkan sesiapa. Mereka redha dengan takdir.” jawab mak cik yang mengenakan kain batik.

Roselyn semakin hancur hatinya. Tangisan semakin deras.

"Kami tak tahu macam mana nak hubungi kau. Telefon kau tak aktif selepas adik kau kemalangan tu,” sambung mak cik yang seorang lagi.

Roselyn hanya menangis teresak-esak, marah pada diri sendiri. Melihat ambulans yang membawa mayat orang tuanya pergi, hatinya remuk. Sementara itu, petugas kesihatan masih membasmi kawasan rumah itu, cuba untuk mengelakkan penyebaran virus.

SELEPAS semuanya selesai, Roselyn terdengar dua orang budak lelaki yang berumur sekitar 12 hingga 14 tahun berbual.

“Aku dengar, mak cik dan pak cik meninggal bukan sebab tak minta tolong orang,” kata budak berbaju merah.

“Habis tu, apa?” soal budak berbaju hijau.

“Orang kampung benci sebab mak cik dan pak cik ada anak jual dadah. Jadi, mereka tak tolong hantar pergi hospital!” jawab budak berbaju merah, dengan suara yang terbisik-bisik.

Roselyn terkejut, hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Wajahnya pucat, hatinya dipenuhi dengan perasaan amarah yang tak terungkapkan. Rupa-rupanya, bukan sahaja dia yang dihukum oleh masyarakat, malah orang tuanya juga telah dibuang begitu sahaja. Hati Roselyn semakin hancur. Dia tidak sangka bahawa orang kampung yang selama ini dianggap sebagai keluarga, sebenarnya memandang rendah pada dirinya dan keluarganya.

-

ROSELYN duduk terpaku di ruang tamu yang sepi dan suram. Dinding rumah yang dulu penuh dengan kenangan kini hanya menyisakan bayang-bayang kesedihan. Kegelapan melingkari setiap sudut, seolah-olah meresap ke dalam tubuhnya. Di meja makan, hanya sepinggan sayur kampung yang layu, hasil dari tanaman ayahnya yang kini sudah tiada. Hidupnya terasa begitu kosong, tanpa arah, seperti mayat yang berjalan.

Air gunung yang dia peroleh dengan susah payah menjadi satu-satunya harapan, walaupun tidak begitu bersih. Tiada siapa yang mahu memberi kerja kepadanya. Tiada siapa yang peduli dengan keadaan Roselyn. Setiap kali dia merangkak mencari sesuap nasi, hanya ditutup pintu di muka.

SUDAH berbulan-bulan berlalu, namun hutang semakin bertambah, dan setiap kali pintu diketuk, dia tahu itu bukan sekadar kedatangan orang biasa. Itu adalah AhLong, yang datang dengan wajah penuh amaran.

“Bayar! Jangan cuba cabar aku!” kata AhLong dengan nada garang, tangannya menggenggam kuat rantai besi yang menggetar di tangannya.

Roselyn merintih, bibirnya bergetar dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. Setiap kata yang keluar dari mulutnya terasa seperti pedang yang mencabik jiwanya.

“Aku tak ada duit! Tolonglah!” katanya, tubuhnya gemetar.

Namun, amaran itu hanya membutakan mereka. AhLong menampar wajahnya sekali lagi. Bunyi tamparan itu bergema, mengiris setiap sudut hatinya. Wajahnya terasa pedih, bibirnya pecah dan berdarah, tetapi tangisannya terus mengalir.

“Kalau kau tak ada duit, kau kena ikut aku!” suara AhLong itu penuh kebencian, seolah-olah Roselyn bukan manusia lagi, hanya sekadar barang yang harus diselesaikan.

Lengannya ditarik kasar, dipaksa masuk ke dalam sebuah van hitam. Roselyn meronta, tetapi tenaganya tiada bandingannya dengan mereka. Dia dibawa pergi dengan segala malu dan ketakutan yang menguasai dirinya.

DI dalam van, dia terdengar dua orang lelaki berbicara dalam Bahasa Cina, dan seorang daripadanya menambahkan dalam Bahasa Inggeris, "PornStar". Hati Roselyn seakan-akan berhenti berdegup. Sangkaannya benar. Dia tidak lagi dianggap manusia, tetapi sebagai objek yang akan dijual.

Mereka membawanya ke sebuah rumah pelacuran, yang dipenuhi dengan bau busuk dan suasana yang mengerikan. Di dalam ruangan itu, seorang tauke lelaki bermata sepet berpakaian singlet duduk di atas kerusi, matanya menilai Roselyn seperti memilih barang di pasar. Dia tersenyum sinis, merenungnya dari atas ke bawah.

“Selesai ah hutang aku sama lu,” kata AhLong, menepuk tangan tauke lelaki bermata sepet itu.

Tauke lelaki bermata sepet itu mengangguk sambil berkata dengan suara perlahan, “Leng lah. Cun. Masih bergetah.”

Roselyn tidak mampu berkata apa-apa. Matanya kosong, jiwanya kosong. Hanya ada kehampaan yang menelan seluruh dirinya. Wajahnya yang penuh dengan air mata, hanya tunduk pasrah, berserah kepada takdir yang tidak pernah dia pinta.

-

PADA malam itu, setelah membersihkan diri, Roselyn dipaksa untuk melayan nafsu tauke itu buat pertama kalinya. Roselyn teresak-esak membuka pakaiannya di depan tauke cina itu.  

“Lai! Sini! Tak payah nangis! Aku bagi kau duit! Sini, cepat!” tengking tauke lelaki bermata sepet itu. 

Roselyn menangis teresak-esak apabila tauke lelaki bermata sepet itu melayannya dengan kasar dan sangat rakus. Dia seolah-olah berada di alam neraka sehingga 2 jam. Selepas itu, dia dibuang begitu sahaja. Dibiarkan tanpa berpakaian dalam keadaan kotor di dalam bilik berbau itu.

PADA tengah malam itu, Roselyn sempat melarikan diri daripada rumah pelacuran itu melalui pembuangan sampah. Apabila dia melihat seorang lelaki menyorong tong sampah di belakang rumah pelacuran itu, Roselyn terjun dan masuk ke dalam tong sampah sebelum tong sampah itu dibawa pergi oleh lori sampah. Dan akhirnya, dia melarikan diri daripada tempat pembuangan sampah itu dengan badan yang berbau seperti bangkai.

Roselyn tiada idea di mana dia berada. Apa yang dia tahu, dia berada di sebuah tempat di mana ramai orang berjoging di awal pagi. Roselyn berjalan dengan laju masuk ke taman rekreasi itu dan mencari tandas. Setelah jumpa tandas, dia segera masuk dan dan mandi. Dia lupa yang dia tidak mempunyai pakaian yang baru. Apabila dia membuka pintu tandas, dia melihat sepasang pakaian yang lengkap tergantung dipintu. Tanpa banyak fikir, Roselyn mengambil pakaian itu lalu memakainya.  

ROSELYN sedang duduk di bangku taman rekreasi, matanya merah dan penuh air mata. Dia kelihatan tertekan, seperti sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Orang ramai yang berjalan atau berjoging berhenti seketika untuk melihat, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu mendekati, kecuali seorang lelaki yang berjalan berhampiran.

"Hey, kau okey ke? Nampak macam ada masalah je."

Roselyn menoleh ke arah lelaki itu, kemudian melontarkan kata-kata dengan penuh kemarahan. "Apa yang kau nak? Jangan ganggu aku! Kau tak tahu apa yang aku rasa!"

"Saya cuma nak tolong je, tak payah marah sangat."

Roselyn terus menjerit dengan lebih kuat dan meludah ke arah lelaki itu. "Semua orang sama! Semua buat aku rasa macam ni! Pergi jahanamlah!"

Lelaki itu mengeluarkan melalui telefon lalu menelefon polis. "Polis, tolong datang cepat! Ada seorang wanita kat taman ni, dia agresif, mungkin perlukan bantuan. Dia dah mula melibatkan orang lain."

Beberapa minit kemudian, polis tiba dan cuba mendekati Roselyn dengan berhati-hati.

"Hi, kita nak bantu. Tak nak buat kamu lebih tertekan, tapi boleh tak kamu tenang kejap? Kita nak pastikan kamu okey."

Roselyn menjerit dengan lebih kuat, semakin marah. "Kau nak apa? Aku tak nak sesiapa dekat dengan aku! Semua orang hipokrit, kau semua hipokrit!"

Roselyn cuba melawan dan menolak, berusaha menyerang salah seorang polis. Namun, mereka berjaya mengawalnya dan membawanya ke van polis.

"Kita hantar dia ke hospital jiwa. Dia dalam keadaan yang tak stabil, mungkin ada masalah mental yang perlukan rawatan segera."

Roselyn dalam van polis, dengan suara penuh kemarahan. "Semua orang bohong! Aku tak gila! Kalian yang patut dihukum, bukan aku!"

Van polis bergerak meninggalkan taman, dengan Roselyn yang masih meronta dan menjerit, dilanda rasa marah dan kebencian terhadap dunia sekelilingnya.

Share this novel

DHIA AMIRA
2025-01-03 11:22:46 

nexxx lain lah

DHIA AMIRA
2025-01-03 11:19:19 

ya. klau susah smua mjauh... pnh mrasa..


NovelPlus Premium

The best ads free experience