Rate

PERMULAAN

Spiritual Completed 8206

Sebenarnya bukan sekolah itu saja yang kami pernah jumpa soalan mengerikan seperti ini, bahkan kami pernah juga mendapat soalan sebegini dari pelajar sekolah aliran agama, maahad, sekolah asrama penuh intergrasi dan sebagainya. Sekolah teknik, sekolah menengah biasa pun lagi banyak.

Bahkan bukan sekadar pelajar sekolah saja yang tersangkut dengan masalah ketagihan video lucah, pelajar universiti pun sama. Tidak kira dari aliran sains, akaun bahkan agama. Dan lebih kritikal, yang dah BERKAHWIN pun masih ramai ketagih menonton video lucah. Dan yang ikut tarbiah pun tidak terlepas dengan penyakit menonton video lucah. Ini antara yang mengaku sendiri di ruangan inbox FB page dan emel.

Ini bukan kami punya andaian, tetapi ia adalah sebuah realiti yang menakutkan. Malah di sesebuah sekolah harian biasa, ia dianggap normal oleh sebahagian pelajar. Yang mana kalau tak tengok video lucah dianggap sebagai “skema”, “nerd”, “bajet suci dari hadas besar” dan sebagainya.

Serius banyak dan sangat kritikal.

Ketagihan video lucah merebak daripada orang awam sampailah kepada golongan yang mengikut gerakan Islam. Daripada yang pentingkan diri sendiri sehinggalah kepada golongan yang buat dakwah tarbiah. Daripada pelajar sekolah biasa, sehinggalah kepada pelajar sekolah agama. Daripada pelajar sekolah rendah, sehinggalah kepada yang sudah bekerja. Daripada yang bujang, sehinggalah yang dah berkahwin dan ada anak. Daripada yang lelaki, sehinggalah yang perempuan.

Semuanya TIDAK terlepas daripada virus video lucah ni. Malah kami pernah buat bancian di sebuah sekolah menengah. Hasil daripada bancian ringkas kami ini, hampir 80-90% pelajar lelaki menonton video lucah, dah 60% daripada dalam skala ketagih. Manakala pelajar perempuan pula sekitar 50-60% menonton video lucah, dan 30% daripadanya dalam skala ketagih.

Nak kata, majoriti yang ketagih adalah LELAKI. Dan lebih kritikalnya, perempuan pun ada juga walaupun tidaklah sebanyak lelaki. Tetapi tetap ada juga.

Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience