BAB 3

Romance Completed 9492

Hari pertama pendaftaran, sudah aku nampak kelibat Abang Asyraff yang sedang menjaga di meja barangan koperasi untuk pelajar muslimin. Nak melompat hati aku, tapi kenalah cover-cover sikit, nanti ayah tahu. Sukanya aku dalam hati ni.

“Maaflah dik. Barang koperasi dah habis, baru sekejap tadi akak pengawas pergi ambiknya. Boleh adik tunggu sebentar.” Kata kakak pengawas yang memakai baju kurung sekolah berwarna hijau pucuk pisang.

Kebetulan pula ayah hendak cepat kerana seperti kebiasaannya juruaudit akan datang ke pejabat ayah. “Tapi kak, ayah nak cepat ni. Takde dah ke kat bawah meja tu. Lama pulak saya nak menunggu ni.” Gesa aku pada kakak tu.

“Kalau macam tu, adik kena pergi kat bahagian muslimin lah. Mintak pada abang yang sedang menjaga tu.” kata kakak tu. terus saja hati aku bergetar. ‘Mintak dari Abang Asyraff??? Ya Allah, bahagianya.’

Aku terus menarik tangan ayah dan menuju pada meja koperasi bahagian muslimin, dengan kata lain menuju ke arah Abang Asyraff. Tapi yang melayan aku bukannya dia, orang lain. Hampa juga hati ni bila sampai di meja itu, Abang Asyraff dah tiada di situ.

Dah sampai kat kereta, ayah berpaling bila ada orang menegurnya dari belakang. Terdiam aku seketika bila melihat ayah dah berjabat tangan dengan Abang Asyraff. “Ain, kenalkan ni Asyraff, anak pak cik Shukri. Jiran depan flat rumah kita je ni.” Terang ayah tapi aku dah lama kenal sebenarnya malah namanya terisi dalam hati ku ini.

‘Senyum jelah, control ayu Ain. Baru dia boleh jatuh cinta nanti.’ Kata hati aku. Berbalas senyuman begini buat aku meroyan sekejap kat rumah, dalam bilik sorang-sorang.

Hari-hari aku lalui biasa saja cuma di awal pagi aku dah dapat melihat mukanya yang aku rindu sangat-sangat. Tak perlu dengan itu, dapat melihat tempat duduknya di dalam kelas pun dah cukup bagi aku.

Aku pernah berkongsi rahsia dengan sahabat aku, Syahirah, mengenai Abang Asyraff. Kebetulan kakaknya satu batch dengan Abang Asyraff. Banyaklah info mengenai Abang Asyraff ni aku tahu.

Sampailah suatu hari, Syahirah meletakkan secebis kertas kotor dalam genggamanku. Aku ingat kertas itu mahu dibuang kerana mejaku berhampiran benar dengan tong sampah. Terus aku mencampakkannya dan masuk.

Membuntang mata Syahirah bila melihat perlakuan aku tu. “Hoi, nombor tepon ‘spek’ kau dalam tu. Pergi buang pulak.” Marah Syahirah. Tercengang aku sebentar dan menunggu cikgu menamatkan pelajaran pada tengah hari tu. Habis je kelas, tong sampah tu aku terus terbalikkan, lagi rumit bila semua sampah bertaburan di atas lantai. Masalah betul aku ni kan.

Tapi akhirnya aku dapat juga nombor telefon ‘spek’ aku. Spek tu kiranya bahasa kod antara aku dan Syahirah. Biasalah sekolah agama begini, muslimin dan muslimat pun jika ingin berborak ada batas-batasnya. Aku sokong juga, dengan cara begini, perlakuan anak-anak muda terkawal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience