Bab 1

Romance Completed 26931

“Now, we present Miss Bloom! "

Tepukan gemuruh memenuhi segenap ruang dewan tersebut. Lampu-lampu dewan ditutup hingga menyisakan lampu sorot di bahagian pentas.

Di sana, berdiri dengan anggunnya, seorang wanita yang digelar Miss Bloom. Bibir yang disolek dengan gincu berwarna merah itu melakarkan senyuman buat para penonton.

Stand mic dibetulkan sedikit. Dia berdehem sebentar.

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Isshoni ayundekita

Yume wa itsumo sora karu kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no sutoori dakara koso akirametakunai
Fuan ni naruto te wo nigiri
Isshoni ayundekita

Sono yasashisa wo toki ni wa yayagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Sono yasashisa wo toki ni wa yayagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Mirai emukatte
Yukkuri to aruite yuko

Song by Kiroro (Mirai E)

Bibir yang menahan getaran itu melukiskan senyuman sekali lagi. Sorakan dari para penonton membuat dirinya senang dan sekaligus menjadi hiba.

Kerana mereka tidak tahu, untuk siapa lagu ini ditujukan. Membuatkan dia rasa ingin menangis setiap kali mendengar lagu ini.

I miss them.

“Tsk... Tsk... "

Tersedu-sedan dia menangis di bawah pokok tersebut. Pokok yang memberi 1000 kenangan pada dia.

Pipi nya disentuh.

Dia meringis. Sakit.

FLASHBACK

Dengan jantung yang berdegup laju, dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah. Inilah rutin harian dia, balik sahaja dari kerja, pasti dia akan terpacak di sini pada pukul 9 malam. Dan pastinya dia tidak ingin masuk awal-awal.

Kerana di dalam, tinggal nya syaitan bertopeng kan manusia. Buat dirinya bagai dalam neraka setiap hari.

“Baru balik? "

Lantang suara itu membuatkan satu badannya kejung. Alhasil, dia hanya statik berdiri di ruang tamu tersebut sambil anak matanya mengekori susuk tubuh seseorang yang baru keluar dari dapur.

“Aku tanya kau baru balik ke tak?! Yang kau diam ni dah kenapa? Pekak? Ke dah bisu? "Sinisnya.

Dia sekadar diam. Dah biasa dengar kata-kata sinis itu. Saban hari ada saja nak digaduhkan. Kadang perkara kecil pun jadi besar.

Perlahan-lahan kepala dianggukkan.

“Hah, mana duit? "Tangannya disuakan pada gadis muda di depannya ini.

“Mak cik, m... mereka tak beri untuk malam ni sebab... Bloom datang le... lewat tadi" jujur Bloom Lennox sambil menundukkan kepalanya. Terasa tangan nya bergetar-getar. Perempuan ni bukannya boleh dijangka angin nya.

Terasa mendidih darah nya mendengar alasan tidak masuk akal itu. Datang lewat konon!

“Haih... Rose dah pernah cakap, lacur je perempuan ni. Senang. Sehari, dah dapat beribu-ribu. Kalau seminggu? Tak ke kaya kita? "Roselle yang baru keluar dari biliknya terus sahaja berkata begitu tanpa mempedulikan Bloom yang masih lagi berada di sana. Dia sememangnya mata duitan. Begitu juga dengan ibunya.

Puan Rhea sekadar tersenyum sinis mendengar perkataan Roselle.

Puan Rhea, bukanlah ibu kandung bagi Bloom Lennox. Dia adalah isteri kedua ayahnya. Sewaktu ayahnya ingn bernikah satu lagi, ibunya memberi keizinan memandangkan kesihatan ibunya semakin merosot.

Jadi ayah nya berkahwin dengan janda anak satu iaitu Puan Rhea dan anak tunggalnya, Roselle.

Setelah ibu nya meninggal dunia, tinggal lah dia dengan isteri kedua ayah nya. Dulu, dia sangkakan Puan Rhea dan Roselle ialah orang baik, namun tidak. Apabila ayahnya tiada di rumah, dia akan dilayan seperti hamba.

Lima tahun kemudian, ayah nya disahkan menghidap barah otak tahap empat dan meninggal beberapa bulan kemudian.

Dari situlah, dia terpaksa belajar berdikari. Umurnya waktu itu baru menginjak 15 tahun dan terpaksa berhenti sekolah kerana mak cik nya melarang dia untuk ke sekolah, sebaliknya mula mencari kerja. Sementara mereka dua beranak hanya duduk goyang kaki di rumah. Siang malam dia mencari kerja untuk memberi dua beranak tu makan.

Duit gajinya akan diserahkan pada mereka. Tapi, dia tetap akan mengambil sedikit wang gaji itu tanpa mereka tahu. Duit dia, hak dia.

“Hoi, aku tengah bercakap kau mengelamun buat apa?! "Kepala Bloom ditunjal kuat membuatkan Bloom tersentak.

“A... apa? "

“Aku cakap, baik kau ikut cadangan kak Roselle kau tu. Lacur badan kau. Kalau kau buat, pasti banyak lelaki kau dapat layan. Berkepuk-kepuk lah duit kau nanti" cadang Puan Rhea. Dia meneliti tubuh badan Bloom dari atas hingga bawah. Masih fresh siapa tak mahu?

Lagi-lagi kalau badan top macam Bloom. Pasti laku kalau dia lacur di kelab malam.

Bloom menggeleng. Lacur? Tak, dia masih ada akal, dia masih waras. Mana mungkin dia akan berikan badannya sesuka hati pada lelaki-lelaki yang dia tak kenal.

“Mak cik, Bloom tak nak. Bloom tak rela. Tolonglah mak cik, kasihankan Bloom... Bloom tak nak... "Melutut dia di hadapan Puan Rhea. Mengharap kan simpati pada perempuan yang bergelar ibu tiri padanya itu.

Namun, tanpa disangka rambutnya ditarik dan satu tamparan hinggap di pipi itu.

“Kau jangan nak buat drama di sini! Aku geli! Sekarang ni, aku tak kira, esok malam kau jangan lagi pergi kerja. Kau kerja kat kelab malam saja. Jadi sugar baby. Layan jantan-jantan tu! "Arah Puan Rhea.

“Mak cik! Bloom masih waras. Bloom takkan sesekali jual maruah pada lelaki bernafsu syaitan. Kalau mak cik nak duit sangat, mak cik suruhlah Roselle jual diri dia! "

PAP!

“Kurang ajar! "

Setelah ditampar, ditendang pula perut Bloom membuatkan Bloom senak. Tak cukup itu, wajahnya pula dibelasah oleh ibu tirinya. Rambutnya pula ditarik kuat bagai hendak tercabut.

“Mak... sudah mak. Nanti penyakit mak datang lagi" Roselle cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Namun dalam hati dia bersorak riang melihat Bloom yang dibelasah oleh ibunya.

Tch, padan muka.

Setelah kelibat ibunya hilang, Roselle menghampiri Bloom yang sedang membetulkan balik rambutnya yang serabai.

“Eh, kau cakap apa tadi? Kau nak suruh aku jual diri aku? Sorrylah, aku bukan kolot macam kau" ejeknya. Bloom memandang tajam ke arah Roselle.

“Get ready. Mungkin malam ni akan jadi malam terakhir kau bergelar anak dara... "

Ucapan Roselle itu menyiat tangkai hatinya.

Lantas dia bangun dan berlari keluar.

END FLASHBACK

Sedang dia melayan perasaan sendiri, tidak dia sedar dirinya sedang diperhatikan.

“It can't be... "

New novel... Enjoy reading. Klu ad kekurangan F.N minta maaf. F.N masih cuba utk hasilkan novel yg bagus utk para readers sekalian ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience