“Ma , kenapa tak habiskan breakfast tu” Hana Aishah menegur sambil tangannya lincah mengambil pinggan mangkuk kotor di atas meja makan yang terletak di luar rumahnya.
Sudah masuk hari ketiga Fakhrul keluar wad dan ahli keluarganya masih berada di rumah banglo Fakhrul. Kebetulan memang sudah musim cuti persekolahan dan juga cuti hujung tahun , memang semua berkampung di situ.
Hana Aishah bersyukur walaupun tidak menang tangan dia menguruskan rumah dengan kehadiran ahli keluarganya dia dapat melarikan dirinya sebentar daripada masalah sebenar. Keriuhan rumah itu yang hanya senyap di malam hari membuatkan isu masalah kesihatan Fakhrul dapat dia lupakan sejenak.
Adam juga dapat dilarikan perhatiannya. Hana Aishah dapat melihat anaknya melalui minggu yang sukar dua minggu ini. Kehadiran sepupu – sepupu Adam dapat melarikan sebentar anaknya daripada masalah yang sedang dia dan Fakhrul lalui.
“Mama tak sihat ke? Kenapa senyap je dari semalam” Hana Aishah berhenti di hadapan mertuanya apabila tiada jawapan balas yang dia terima.
“Mama” Hana Aishah meninggikan sedikit suaranya sebelum pinggan mangkuk kotor yang ditatangnya diletakkan semula di atas meja. Risau pulak hatinya melihat wajah sugul Puan Sri Maria,
“Hana. Ya Allah , mama tak perasan” Puan Sri Maria membalas sambil wajah yang sugul itu cuba diceriakan.
“Mama menung apa tu?” Hana Aishah melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Puan Sri Maria. Tangannya dilapkan kering sebelum dia memautkan tangan kiri ibu mertuanya.
“Nothing, nothing. Mama ok je” mulut itu laju menipu tetapi Hana Aishah kenal sangat ibu mertuanya itu.
“Ma. I know there`s something wrong. Since dinner you have been off. You didn’t even finish you breakfast. See , not even half of the mee is gone” Hana Aishah melembutkan suaranya. Salah cakap nanti terus ibu mertuanya memendamkan rasa.
“Mama … erm mama risau dekat Idora. Lusa kalau jalan tak bukak kena induce. Haa tu lah yang mama tengah risau” Hana Aishah tahu ibu mertuanya sedang berdolak dalih. Idora ada saja di dalam bilik tamu rumah Fakhrul sedang beristirehat.
“InsyaAllah , Allah will ease her delivery. Plus Along pun cakap nak ceaser kalau jalan tak bukak so ok lah” Hana Aishah menyakinkan ibu mertuanya. Matanya merenung ke dalam anak mata yang semenjak tadi merenung ke taman bunga di sudut rumah banglo Fakhrul itu. Hana Aishah tahu apa yang direnungkan.
“Hana suap mama nak. Mesti selera mama bertambah – tambah kan” Hana Aishah memujuk. Puan Sri Maria melarikan semula pandangannya ke arah Hana Aishah. Hana Aishah dapat melihat kerinduan yang mendalam di sebalik anak mata hazel yang sudah menunjukkan tanda – tanda menua.
“Mama dah kenyang la Hana” Hana Aishah menahan air matanya daripada mengalir saat mendengar suara sebak yang cuba Puan Sri Maria sembunyikan.
“Mama risau sangat ni , itu yang tak rasa lapar. Hana masakkan untuk mama lah. Mee ni pun dah sejuk. Mama cakap dengan Hana , mama nak makan apa. Hana masakkan. Please” Hana Aishah memujuk lagi” tangannya mengusap tangan yang sudah berkedut seribu itu.
“Nanti mama tak larat nak kejar Adam. Mama kena ada energy. Cucu nak masuk 3 dah ni” Hana Aishah memujuk apabila Puan Sri Maria masih diam membisu.
“Mama teringin makan kari kepala ikan. Ikan tenggiri” Puan Sri Maria menjawab selepas beberapa ketika. Hana Aishah memeluk erat Puan Sri Maria sambil menahan air matanya daripada gugur.
Saat itu lebih dari insan lain di rumah itu , Hana Aishah tahu perasaan yang sedang bergolak di dalam hati ibu mertuanya. Kemaafan yang dia harapkan tidak kunjung tiba , maka rindu yang hadir seperti tiada penghujung.
“Jom. I`ll send you to your room. Mama rest dulu , once ready Hana suap mama ok” Puan Sri Maria menganggukkan kepalanya lemah.
Tugasan lain dihentikan sebentar , fokus Hana Aishah hanya untuk memastikan ibu mertuanya tidak terus rawan melayan perasaan. Akar kepala segala permasalahan sekarang.
Kenapa susah benar untuk kemaafan diberikan. Besar sangatkah kita daripada Tuhan mahu menghukum hingga ke akhir nyawa. Bukankah setiap insan tidak dapat lari daripada berbuat dosa , jadi kenapa kita kedekut sangat untuk berikan satu kemaafan.
****************************************************************
“Ingat lagi hang dekat resepi nani na” teguran nenek mertuanya membuatkan bibir Hana Aishah tersenyum.
Tadi dia menyuruh Azmi yang merupakan pemandu Tan Sri Fadhil mencari ikan tenggiri paling segar dan besar yang dapat lelaki itu jumpai. Betullah insan yang dia minta bantuan itu kerana tidak sampai setengah jam , Hana Aishah sudah mula menyiang ikan tenggiri itu.
Fokusnya hanya untuk menyiapkan lauk itu sementara Puan Sri Maria tidur. Adam semenjak malam tadi melekat dengan moyangnya. Tidak mahu berenggang lansung. Puncanya kerana dia tahu anaknya rindu satu – satunya rakan sepermainan yang Adam ada di London. Ashwin.
“Mimi. Am up” tidak habis dia mahu melayan perasaan suara anaknya sudah bersuara. Hana Aishah menoleh melihat Adam di dalam kereta sorong yang di tolak Asifah.
“You stay there. Mama is cooking for Tok Ma. Tok Ma is not feeling well” Hana Aishah menegur anak terunanya.
“No. Am up mimi. Am want chuchu” Hana Aishah meletakkan senduk di tangannya di tepi sebelum menundukkan dirinya selaras dengan Adam. Matanya merenung lembut ke dalam anak mata hitam yang merenungnya penuh perasaan itu.
“You can have chuchu. Maybe in 1 hour time. In the mean time Umi will give you juice. What juice does Adam like? Hmm Umi think Umi forgot already” Hana Aishah cuba memujuk Adam.
“No mimi. Am don’t want juice. Chuchu only” Hana Aishah mengetap bibirnya melihat jawapan balas Adam. Hendak suruh Fakhrul melayan anaknya, lelaki itu baru sahaja tidur sebelum dia turun memasak tadi.
“Umi need to finish cooking. Adam loves tokma right. Adam wants tokma to be happy right sayang” Hana Aishah menolak anak rambut degil yang sudah melekat – lekat di dahi anaknya yang sudah berpeluh itu.
“No mimi. Chuchu now” Hana Aishah dapat merasai detik – detik awal amukan anaknya. Yang akan membuatkan satu rumah itu gelisah kerana suara anaknya meraung.
“Hang pi susukan Adam” Hana Aishah merenung Asifah yang semenjak tadi berdiam diri. Wajah itu kelihatan tegang.
“Aishah nak habiskan masak lauk tu nani” gelengan Asifah membalas. Renungan tajam yang sama dia dapat daripada Adam sedang dia terima daripada Asifah.
“Pi naik. Sekarang” Hana Aishah menyabarkan dirinya. Memang satu kepalanya moyang , cucu dengan cicit. Cakap mereka tidak boleh dilawan.
“Hangus nanti kari tu nani. Aishah nak masak untuk mama. Mama tak makan sangat dari semalam” Hana Aishah membalas perlahan.
“Dah tua pun mengada nak menyusahkan orang. Ni budak ni nak membesar lagu mana kalau tak dapat zat. Jangan nak ketegaq. Pi naik bagi susu” Hana Aishah mencebikkan bibir sebelum mengangkat Adam ke dalam rangkulannya. Kakinya melangkah naik dengan perasaan sebal sambil dia membebel kepada anaknya.
“Adam ni naughty. I don’t want to friend with you” Hana Aishah menjeling anaknya geram. Wajah Adam yang tadi marah bertukar sedih dalam sesaat. Raungan anaknya bergema dan rumah yang tadi bising bertukar senyap. Hana Aishah tahu semua mata sedang memandang Adam mahu memujuk anaknya.
Pintu bilik Fakhrul di buka sebelum dihempas kuat. Kakinya melangkah menuju ke sofa dengan Adam yang sudah meraung kerana dimarahi Hana Aishah. Geram betul Hana Aishah kerana niatnya terbantut.
“So stubborn. Same la macam babah dengan Par Nani. Eeee” Hana Aishah mengetap bibir menahan geram.
“Sayang” suara serak Fakhrul memanggil. Hana Aishah tidak mahu memandang kerana di hanya akan bertambah marah. Bajunya diselak sebelum anaknya ditenung tajam.
“Tadi nak sangat susu kan. Sampai tak boleh sabar” suara Hana Aishah naik satu lagi oktaf.
“Am sad” Adam mengadu dalam sendunya.
“And you make me upset. Fair isn’t it” Hana Aishah membalas sinis. Geram dia melayan kerenah anak beranak ini.
“Am go babah. No mimi” Adam menjerit kuat.
“No, you sit here and drink my milk. You are too much lately. Just because everyone cater to you doesn’t mean you can act like a spoiled child. Melampau lampau umi tengok perangai Adam. Degil” entah mengapa saat itu hatinya sakit. Seperti mahu meluahkan rasa yang dipendam selama beberapa hari ini.
“Adam memang tak sayang umi kan. Suka kan buat Umi macam ni. Macam umi ni tak reti jaga anak” air mata yang tadi bertakung terus tumpah laju.
“Am no friend umi. Am go babah” Adam menyambung raungannya. Saat itu Hana Aishah sudah tidak kisah lagi tentang sesiapa pun.
“Go la to babah. Go and live with him. You don’t need me right” Hana Aishah meletakkan Adam di permaidani sebelum meluru masuk ke dalam bilik air.
Air pancuran di buka sebelum di duduk dengan esakan kuatnya yang ditenggelami air pancuran di bilik mandi itu. Geram , marah , sedih , benci , rindu dan segala macam emosi bermain di dalam dirinya saat itu.
Seminggu dia memendam emosi tidak mahu sesiapa tahu sakit yang ditanggungnya, rasa bersalah yang membunuh dirinya dalam setiap saat melihat Fakhrul dalam kesakitan , rasa tidak bergunanya kerana membiarkan Adam diuruskan ahli keluarganya….ahh terlalu banyak emosi untuk tubuhnya hadapi dalam setiap saat dia terjaga.
Tetapi mahu melelapkan mata , bayangan dulu kembali menghantui terutamanya di dalam rumah itu. Di bilik air yang sentiasa menjadi penemannya di malam hari di kala Fakhrul lena diulit mimpi. Jeritan dan tangisan yang hanya mampu dia luahkan sehingga ke pangkal leher tetapi tidak pernah dapat melepasi peti suaranya.
Mata Hana Aishah merenung ke marmar yang menghiasi dinding bilik air itu. Marmar yang berharga puluhan ribu yang menjadi pemandangannya dalam setiap malam yang berlalu tanpa zuriat yang terlalu dia dambakan. Yang dia letakkan seribu harapan mampu menghapuskan segala kesunyiannya dalam melayari kehidupan di dalam penjara ini.
“Aku tak mintak untuk diberi tanggungjawab sebesar ini tapi kau bagi. Jadi aku harapkan kekuatan untuk terus bertahan kerana sejujurnya aku penat Ya Allah. How I wish all this thing will end. Tapi macam mana aku nak pergi sekarang. Sekarang bila segalanya mula terbongkat satu per satu” Hana Aishah mengadu dalam sendunya.
Puncanya satu sahaja. Dendam dan amarah yang berkurun lamanya.
*********************************************************
Fakhrul yang sedang lena diulit mimpi terjaga saat mendengar raungan Adam. Sebelum di terlelap rasanya Hana Aishah masih berada di sisinya memicit kepalanya yang berdenyut kuat hari ini tetapi saat itu ruangan di tepinya kosong.
Fakhrul memejam matanya rapat cuba menghilangkan denyutan di kepala saat raungan anaknya semakin kuat. Rasa bersalah bertimpa – timpa kerana masanya tidak dapat diluangkan dengan Adam sepenuhnya. Tubuhnya memerlukan rehat hampir setiap setengah jam.
“Stubborn… macam babah” saat dia mendengar suara Hana Aishah yang sudah meninggi terus hatinya dipangguk kerisauan.
“Sayang” dia memanggil sambil tubuhnya cuba didudukkan. Apabila tiada balasan dan mendengar raungan anaknya memanggil dia , Fakhrul menggunakan segala tenaga yang dia ada untuk duduk di birai katil. Matanya dibuka menghilangkan kekaburan.
Melihat wajah begis Hana Aishah yang sedang memangku Adam di sofa di sebelah jendela bilik tidur utama itu, Fakhrul menelan air liurnya kesat. Fakhrul hanya diam melihat kemarahan isterinya. Ikutnya mahu dia bawa lari Adam daripada kemarahan Hana Aishah yang dia yakin bukan ditujukan buat Adam. Pasti ada sesuatu berlaku.
“Go la to babah. Go live with him. You don’t need me right” esakan Hana Aishah kedengaran sebelum meletakkan Adam yang masih lagi meraung di atas permaidani bilik itu dan meluru ke dalam kamar mandi.
“Mimi. Mi… Am.. Mimi… Babah” teresak – esak kata – kata itu diulangi Adam yang sudah terlentang menunjukkan protes.
Fakhrul menolak kebelakang segala kesakitan di tubuhnya saat dia tunduk mengangkat Adam. Adam dirangkul seearatnya saat bunyi pancuran kedengaran. Bunyi yang selalu menjadi peneman dia saat Hana Aishah melarikan diri daripada sisinya.
Apabila tidur lenanya terganggu itu bermakna Hana Aishah sudah berangkat menuju ke tempat kegemaran baru isterinya semenjak fitnah dilemparkan kepada isterinya. Lena Fakhrul hanya apabila bantal peluknya berada di sisi iaitu Hana Aishah.
Tetapi semenjak hubungan mereka berantakan , Hana Aishah akan sentiasa lari daripada sisinya dalam setiap peluang yang isterinya dapat. Pancuran air itu akan diselangi dengan esakan Hana Aishah dan dalam setiap esakan itu hatinya mati sedikit demi sedikit. Setiap kesakitan yang dia yakinkan dirinya Hana Aishah patut terima hanya menjadikan sakitnya berganda.
“Apabila syaitan mulai bermain dengan hati anak Adam, segala kejahatan akan diberikan tujuan untuk membenarkan yang haram. Tetapi sekiranya masih ada iman di dalam hati, insyaAllah setiap yang beriman pasti akan menyesali perbuatannya dan kembali ke jalan yang diredhaiNya” kata – kata Ustaz Khuwailid yang sentiasa bermain di mindanya.
“I`m so sorry sayang. Babah did this” Fakhrul berbisik di telinga Adam yang masih lagi dengan sendunya.
Fakhrul mendodoi Adam sehinggalah anaknya itu terlena. Kakinya yang semakin lemah dalam setiap masa yang berlalu hanya menanti masa untuk rebah tetapi rasa bersalah yang menyelubungi dirinya membuatkan dia terus berdiri. Adam tidak harus menerima balasan di atas perbuatan bodoh dia.
Saat itu seperti hari – hari yang dia lalui , bayangan wajah Hana Aishah yang dipenuhi kesan peninggalannya bersilih ganti bermain di layar matanya. Bibir yang akan sentiasa tersenyum walaupun dalam kesakitan fizikal dan emosi yang dia hadiahkan kerana Hana Aishah menjadi isterinya.
Sepuluh juta cara dia dapat cipta saat ini tentang bagaimana dia patut menghadapi fitnah yang dilemparkan untuk Hana Aishah. Sepatutnya dia mendengar saat isterinya merayu memegang erat kakinya bukan menyepak pergi tubuh yang sedang membesarkan zuriat mereka.
Tangan yang sepatutnya memeluk erat saat isterinya menggigil ketakutan melihat gambar dan video yang dihantar oleh adik Fakhrul sendiri dia berikan tamparan untuk segala pengorbanan Hana Aishah selama menjadi isterinya.
Tubuh yang sepatutnya dia hormati dan sayangi itu dilayan seperti tempat melampias nafsu amarahnya kerana Hana Aishah perlu tahu siapa yang berhak keatas tubuh itu. Bukankah sijil nikah itu bukti hak milik dia ke atas Hana Aishah?
“I bukan barang perhiasan dalam hidup you Fakhrul. You don’t own me. I isteri you Tengku Fakhrul” berbuih mulut isterinya memberitahu hakikat yang dia sentiasa tolak ketepi. Seperti mana segala perasaan Hana Aishah.
Entah berapa lama masa berlalu , Adam yang tadi masih kedengaran esakannya sekarang sudah bertukar kepada dengkuran. Deruan pancuran air masih lagi kedengaran. Fakhrul berkira seperti selalu. Takut melihat realiti yang selama ini hanya berada di dalam bayangannya.
Tetapi berapa lama lagi di mahu melarikan diri. Langkahnya digerakkan ke katil bayi yang sudah disambung di tepi katil agam mereka. Adam di letakkan penuh berhati – hati. Wajah montel Adam yang tidur nyenyak tanpa sebarang emosi ditenung lama. Cuba merakam raut wajah itu ke dalam mindanya.
“I need to fix this Adam but I don’t know how. But I need to try until my last breath right” Fakhrul berbisik perlahan sebelum ubun – ubun anaknya dikucup lama.
Fakhrul berdiri di hadapan pintu bilik air itu lama. Dia takut mahu melihat realiti sebenar akibat perbuatannya terhadap Hana Aishah. Sepertimana malam – malam sebegini dalam tahun terakhir sebelum Hana Aishah meninggalkan dia, Fakhrul akan berdiri mendengar setiap tangisan isterinya.
“How much more time you need Fakhrul?” saat suara hatinya berbisik , Fakhrul menolak pintu bilik air itu.
Kakinya melangkah masuk. Dalam setiap saat bunyi esakan yang semakin jelas ditelinganya , kaki Fakhrul menjadi semakin berat sehingga saat Hana Aishah jelas di penglihatan matanya.
Saat itu segala bayangan yang cuba digambarkan dimindanya hilang. Bayangannya seperti gambaran dongeng kalau hendak dibandingkan dengan realiti di hadapan matanya.
Hana Aishah sedang terbaring sambil memeluk tubuhnya erat. Tubuh itu mengigil dengan gigi yang berlaga antara satu sama lain. Air mata Fakhrul bertakung kembali saat pandangannya bertaut dengan sepasang mata Hana Aishah yang merenung kosong ke dinding di ruangan pancuran mandian itu.
“Astaghfirullahal Azim, sayang” kaki Fakhrul terus goyah sebelum di terduduk di sisi Hana Aishah.
“She never really come out from her depression. She was good at hiding it from her ownself. But when the moment of distress happen , her guard fell off and the breakdown happen. That is why she can’t remember any of the incidents” sekarang dia faham laporan perubatan Hana Aishah yang dia baca.
Sangkanya setelah isterinya kembali dengan rutin harian selepas permergian Adam, Hana Aishah sudah tidak murung. Tetapi saat itu Fakhrul ditampar dengan hakikat paling menyakitkan. Lebih menyakitkan daripada apa yang dihadapinya selama ini.
Hana Aishah ini adalah Hana Aishah yang sama dia uruskan selama dua minggu selepas pemergian Adam.
************************************************************************
“Fakhrul, you want me to come over ke” suara Hariz kedengaran di hujung corong. Fakhrul tidak tahu mahu menelefon siapa saat itu. Mindanya kusut. Hana Aishah yang sudah dibaringkan di atas katil sudah nyenyak tidur.
Tidur kerana ubat yang selama ini dia tidak mahu berikan kepada Hana Aishah itu akhirnya disuakan. Fakhrul takut melihat keadaan Hana Aishah tadi. Sama seperti empat tahun lepas. Mata itu kosong. Wajah itu bersih dari emosi. Dan dia tahu tidur tidak akan tiba selagi ubat tadi tidak diberi.
“She didn’t get better. I left her alone” gumpalan di leher Fakhrul menebal saat dia memulakan bicara.
“Fakhrul kau merepek apa ni” Hariz membalas kerisauan.
“Lepas dua minggu tu…aku …. aku… I mean she`s back to normal. Yeah, she was quieter but she tends to me normally. She cooks as usual, she cleans, she greeted me… I mean she smiles and we were discussing about new baby and starting over… She got better right? She didn’t tell me anything” Fakhrul memicit kepalanya yang semakin kusut. Dia tidak tahu mahu berfikir apa saat itu. Matanya dipejam rapat cuba mengimbau kembali enam bulan terakhir sebelum Hana Aishah pergi.
“She … tadi … same Hariz… like the eyes… it was so empty… she didn’t even look at me. It was empty” getaran jelas saat Fakhrul mengingatkan kembali insiden di dalam bilik air tadi.
“What have I done? Did I left her alone but… I mean …. she … erm she didn’t say anything. She should’ve told me. Kan Hariz?” Fakhrul cuba menyedapkan hatinya tetapi dalam setiap saat yang berlalu.
Maksudnya selama ini Hana Aishah masih lagi kemurungan. Kemurungan itu tidak pernah pergi. Jadi selama ini semua yang dia lihat adalah palsu. Perasaan marahnya kembali tetapi hanya sejenak saat dia teringatkan Adam. Matanya merenung ke arah Adam yang sedang tidur nyenyak.
“Ya Allah. Adam… Adam saw her like that ke Hariz. Did it happen there. Sebab tu ke that guy always wants to take Adam away when she`s upset?” jantung Fakhrul berdegup laju membayangkan keadaan Hana Aishah dan Adam di sana sendiri selama empat tahun.
“I need to see him. Aku nak jumpa Emir. He needs to tell me everything” Fakhrul nekad saat itu.
“Fakhrul don’t” Hariz menegah keras.
“What the hell do you mean don’t” suara Fakhrul naik satu oktaf.
“Maybe something happens there at London. Maybe it wasn’t after… after…” mungkin sangkaannya salah. Mungkin puncanya kerana Hana Aishah pergi ke London.
“You wait there. Kau jangan pergi mana – mana. Aku datang sekarang” suara Hariz kedengaran di corong telefon tetapi minda Fakhrul cuba memikir segala sebab lain yang membuatkan Hana Aishah menjadi sebegitu walaupun suara hatinya yakin titik permulaannya adalah selepas pemergian Adam.
“Kau dengar tak ni Fakhrul. Don’t do anything stupid. I`m coming over” Hariz meninggikan suaranya mengejutkan Fakhrul daripada rangkaian pemikirannya.
“Whatever” Fakhrul mematikan panggilannya sebelum matanya kembali merenung ke arah Hana Aishah. Hana Aishah sedang tidur lena seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.
Segala macam persoalan berputar di mindanya dan segala macam jawapan cuba dia reka. Fakhrul terdiam di birai katil bersama mindanya yang berkecamuk. Sakit di tubuhnya sudah tidak difikirkan saat itu.
***********************************************************
“Kak Wa. Aishah tengah rest. Don’t let anyone disturb her. Fakhrul nak keluar sekejap dengan Hariz” Fakhrul memesan kepada Hana Azuwa saat mereka bertembung di anak tangga paling bawah.
“Adik ok ke tu. Mak terkejut tadi dengar bunyi dia hempas pintu” Teacher Basirah yang sedang meribakan Hana Labeeqa itu bertanya kerisauan.
“Ok mak. She just needs a rest. Adam dah tidur. Cuma kalau Adam bangun Kak Wa call Fakhrul if I`m not back yet” Fakhrul memesan.
Ruangan rumahnya dipenuhi dengan barangan mainan. Kalau Fakhrul yang dahulu mungkin matanya sudah berpinar tengok ruangan yang bersepah itu tetapi sekarang dia sudah tidak kisah. Kalau itu kebahagiaan Hana Aishah dan Adam maka itu yang akan dia lakukan.
“Penat lah uncle. Saz ceaser this time. Baby so clingy so hanging onto my body like a koala 24/7” saat Fakhrul tiba di pintu di sisi rumahnya, dia dapat mendengar bebelan Hariz yang sedang berbual dengan papanya. Mereka sedang duduk di meja kayu menghadap ke taman botani yang sudah berubah itu. Pasti kerja Kapten Azam.
“Cherish those time. Not everyone gets to have that” Fakhrul tersentak mendengar luahan hati papanya. Kaki Fakhrul berhenti bergerak.
“Erm Kak Id dah deliver ke uncle. Her EDD was 1 week away from Saz if I`m not mistaken” Hariz laju mengubah topik.
“Nope. Ada dekat guest room tu. Mamanya suruh angkut semua datang sini. She was supposed to have her confinement at Bangsar but suddenly Angah incident happen so all need to be move here. Knowing Angah well he won’t want to stay in Bangsar” Fakhrul diam mendengar di sebalik pintu.
“Uncle tahu kan how he is. Bukan rumah uncle je, rumah anyone pun he wont sleep at. It needs to be his property for him to sleep over” Hariz memujuk.
“I don’t mind me. It was my fault so I deserve what ever he is throwing my way. Uncle kesian dekat Hana. Tadi tu entah gaduh apa dengan nani Fakhrul, merajuk lagi menantu uncle tu” Tan Sri Fadhil mengiakan sangkaannya semenjak tadi. Nani dialah punca Hana Aishah bertukar emosi sebegitu rupanya.
“Gaduh apa uncle” Hariz cuba mencungkil punca.
“I`m not really sure. Hana was cooking for mama because she wasn’t feeling very well. Itu lagi satu. Pening uncle kalau nani Fakhrul datang. Dah ber cucu cicit, I don’t know what is his nani problem. Maria and me already apologise” jelas kekecewaan Tan Sri Fadhil saat itu. Hariz pula setia mendengar.
Fakhrul tidak tahu mahu merasa apa saat itu. Terlalu banyak masalah yang sedang bertimpa – timpa saat itu. Tetapi saat ini Hana Aishah perlu diuruskan dulu. Dengan azam itu Fakhrul memunculkan diri.
“Bro” Hariz menegur.
“I need to grab something from the store. Drive” Fakhrul memberitahu sebelum kakinya melangkah pergi tanpa menegur Tan Sri Fadhil.
“Angah tak sihat lagi. Angah nak apa – apa suruh Mi belikan. Papa dah suruh dia station dekat sini dengan Zah” Tan Sri Fadhil memberi cadangan.
“No need. Let’s go Hariz” Fakhrul melangkah pergi tanpa menghiraukan Tan Sri Fadhil. Dia sedang mengawal katanya supaya dia tidak menyakiti hati Tan Sri Fadhil lagi.
Entah mengapa semenjak dahulu lagi, marahnya bukan pada Puan Sri Maria tetapi Tan Sri Fadhil. Segalanya berpunca dari Tan Sri Fadhil. Kalau papanya tidak memisahkan dia dan Puan Sri Maria atau sekurang - kurangnya papanya menjelaskan situasi sebenar tanpa perlu dia sendiri menyiasat dan mengetahui punca dirinya dicampak ke sana sini, mungkin hatinya tidak sakit sebegini.
Kemaafan yang Tan Sri Fadhil pinta sudah terlalu lambat. Dia dibiarkan dalam kegelapan dengan alasan tidak mahu dia terbeban dengan sakit Puan Sri Maria tetapi hakikatnya kerana dia dibiarkan mencari sendiri punca segala kekusutan dalam hidupnya.
“Fakhrul. What the hell is going on right now?” saat enjin kereta Audi itu mengaum , Hariz menerjah tanpa menanti sesaat.
“Just drive” Fakhrul membaringkan kerusinya sebelum matanya dipejam rapat. Denyutan di kepalanya kembali.
“She was fine. She was fine” kata – kata yang semenjak tadi bermain di mindanya terluah juga.
“We were ok. We had so much plan and then she went off with Adam in her womb” saat itu segalanya kekecewaan yang dia pendam Fakhrul luahkan. Penat memendam segala rasa kerana takut Hana Aishah lari lagi.
“I don’t know what to do anymore. It was the same eyes. The same empty stare” suaranya bergetar membayangkan Hana Aishah sebentar tadi.
Fakhrul kena melarikan diri sebentar. Daripada bilik yang sedang di didiami dua insan terpenting dalam hidupnya. Daripada rumah yang dipenuhi keluarga mereka.
“Start with the fact that whatever you just told me was how you felt. Not how Hana felt” kelu lidahnya saat Hariz membalas sebegitu.
“I`m sorry man but Hana was not fine. Everyone saw it and tried to help” Hariz menyambung selepas beberapa ketika.
“You refuse to see and Hana… she was trying to supress whatever she`s facing” mindanya Fakhrul terus hilang pergi menuju ke 4 tahun lepas.
Matanya dipejam rapat mengingatkan segala tanda yang dia tidak mahu lihat seperti yang Hariz katakan. Sepasang anak mata coklat yang sudah tidak beremosi. Senyuman yang digariskan hanya untuk memuaskan hati dia. Layanan yang menjadi satu rutin Hana Aishah.
“I`m sorry man but that was why everyone was trying to take her away. Everyone can see she was drowning and you were letting her drown. Aku tak tahu macam mana nak susun lagi ayat aku so it wont be hard on you” sesak di dada Fakhrul bertambah kuat mendengar kata – kata jujur Hariz.
“Sebab tu waktu Hana balik aku tanya, apa niat kau nak go back with her. It cannot be about you anymore because that was what she has been doing all along”
“Stop the car” Fakhrul membentak kuat.
“Wei tengah highway ni kau gila ke Fakhrul” suara Hariz sudah meninggi.
“Pull over now” Fakhrul menekan ulu hatinya kerana saat itu senak yang dia rasai terlalu kuat.
“What the hell. Wei kau ok tak. Shit , shit kejap” bebelan Hariz hanya kedengaran sayup – sayup saat itu. Kepala terasa bengang , telinganya berdengung dan perutnya terasa seperti menanti masa untuk Meletus.
Saat pintu sisinya dibuka , Fakhrul menolak Hariz ketepi sebelum segala isi perutnya keluar. Bersama itu air matanya berjujuran keluar. Peristiwa empat tahun lepas kembali tetapi dalam interpretasi yang berbeza dengan yang dia sangkakan selama ini.
“Istighfar Fakhrul” Hariz menggosok pangkal lehernya sambil menasihatinya.
“I`m exactly like him. I hurt my wife like how he hurt me” sakitnya hakikat itu untuk di luahkan.
********************************************************************
“Fakhrul. Again I`m telling you, Hana loves you so much. I just want you to do it right this time. So, open up to her. Ask don’t assume, listen don’t accuse and love her man” pesanan Hariz bermain di mindanya.
Mereka baru sahaja usai solat zohor. Fakhrul melihat Hana Aishah yang sedang menyusukan Adam seperti insiden pagi tadi tidak berlaku. Seperti tidak kemarahan yang dilempiaskan kepada Adam. Seperti Hana Aishah tidak memeluk tubuhnya dibawah pancuran air sejuk.
Fakhrul menelan air liurnya saat tekaknya terasa kering. Tidak tahu bagaimana dan dimana dia mahu memulakan bicara. Tangannya melipat sejadah sebelum digantungkan di permaidani. Tadi sewaktu dia pulang Hana Aishah terjaga saat pintu itu dibuka.
Melihat jam yang menghampiri asar mereka terus membersihkan diri sebelum solat berjemaah. Salam terakhir dia beri disambut dengan rengekan Adam dan Hana Aishah tanpa berlengah terus mendapatkan Adam.
“You.. leave the telekung on the floor. Aishah dah susukan Adam nanti Aishah kemas the telekung” Hana Aishah menegur saat dia mengambil telekung isterinya untuk dikemaskan di ampaian.
“Its ok sayang” Fakhrul membalas pendek.
“You dah makan your meds” Hana Aishah bertanya saat Fakhrul duduk bertentangan dengan isterinya. Tangannya mencapai kaki Hana Aishah sebelum diurut perlahan.
“Done and dusted” Fakhrul tersenyum membalas.
“You rehat lah. I ok je. Sorry tadi I tertidur. Was Adam being cranky ke tadi?” Hana Aishah menarik kakinya daripada urutan Fakhrul.
“Abang ok je. Sayang yang kena rehat. Give me your feet back. Abang nak massage. Sejuk macam ice” Fakhrul menarik semula kaki Hana Aishah dan diletakkan di atas ribanya.
“Senyap sunyi je rumah. Is everyone gone back to their house?” Hana Aishah bertanya.
“Kak Id started the contraction so mama and papa went with them to the hospital. Kak Wa bawak mak and abah balik. Tonight they`ll be back here” Fakhrul membalas.
“Abah rindu ikan dia lah tu” senyuman lebar Hana Aishah kelihatan saat itu.
“Achik ikut sekali la tu. Merayap je kerja mak buyung tu” Hana Aishah meneruskan bebelannya sambil pipi anaknya dielus lembut. Laju Adam menyusu walaupun mat aitu tertutup rapat.
Hati Fakhrul terasa berat mengingatkan kejadian tadi. Kasihan Adam menerima akibat perbuatan Fakhrul. Suasana sunyi menyelubungi mereka. Fakhrul tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara saat itu.
“Abang nak tanya sikit boleh?” berhati – hati dia menutur bicara.
“Sounds serious. Something happens ke waktu Aishah tidur tadi” Hana Aishah memandangnya curiga. Fakhrul menggelengkan kepalanya perlahan.
“Pagi tadi did something happen?” dia mahu tahu sejauh mana Hana Aishah ingat insiden yang terjadi tengah hari tadi.
“Tak ada apa pun. We were having breakfast kan tapi penat Aishah lain macam pulak today. Sampai tertidur” Hana Aishah menjawab polos. Fakhrul dapat merasakan gumpalan di tekaknya. Dia merenung ke arah Adam yang sudah kembali lelap.
“Adam dah tidur ke tu. Let me put him in his cot” Fakhrul menawarkan dan tidak ditegah Hana Aishah. Renungan Hana Aishah yang penuh cinta merenung ke arah Adam. Bukan seperti tengah hari tadi.
“Did something happen? Kenapa you tanya I macam tu. What time I tidur tadi. I tak perasan pun” bertubi – tubi soalan ditanya Hana Aishah.
“Come here sayang” Fakhrul menarik Hana Aishah berdiri sebelum tubuh itu dipeluk erat. Segala cinta dan kasihnya cuba disalurkan melalui pelukan itu.
“Erm you kenapa ni Fakhrul. Tiba – tiba. Oh my god don’t tell me its about your liver” Hana Aishah cuba merenggangkan pelukan tetapi saat itu Fakhrul tidak ada kekuatan untuk melihat wajah isterinya.
“Fakhrul let me go now. Is it your liver? Is it getting worse? Kena transplant ke? Fakhrul, you jangan takut kan I macam ni. Mana nak cari liver for you” suara isterinya berubah daripada cemas kepada marah kemudian sebak dalam masa beberapa saat.
“I don’t deserve you, not even an ounce of you but I cannot live without you” Fakhrul membalas. Sebaknya sudah tidak disembunyikan saat itu.
Hana Aishah tidak lagi memberontak mahu dilepaskan. Tubuh itu menjadi kendur sebelum tangan isterinya naik memeluk erat. Belakang badannya diusap lembut sebelum kepala isterinya diselesakan di dadanya.
“Did anyone say anything to you? Are you upset about something?” Hana Aishah bertanya lembut. Saat itu air matanya Fakhrul gugur. Saat itu dia dapat melihat kebenaran kata – kata Hariz.
“I`m sorry for hurting you. I just love you so much I can’t see right from wrong. I want to give you so much love but ended up hurting you” saat itu malu Fakhrul hilang. Petang itu dia menangis atas segala kekhilafannya.
“Fakhrul you kenapa ni tiba – tiba. Can we not talk about this? I need you to get healthy again” Hana Aishah memujuk lembut. Fakhrul merenggangkan pelukan mereka.
“Astaghfirullahal azim. Yang you menangis ni kenapa? Ya Allah , somebody say something to you ke?” tangan isterinya naik mengelap air mata Fakhrul yang gugur. Wajah itu bertukar cemas.
“Stop sayang” Fakhrul memaut tangan Hana Aishah menghentikan pergerakan tangan isterinya. Anak mata coklat yang dipenuhi kerisauan itu ditenungnya.
“You need to heal and get better. I want my wife back” bibir Fakhrul bergetar menahan sebak saat dia meminta.
“You cakap apa ni?” Hana Aishah cuba menarik tangannya keluar daripada pegangan Fakhrul. Matanya dilarikan daripada renungan Fakhrul.
“Sayang cakap dengan abang please. Tell me what is wrong so I can fix it” Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar permintaan Fakhrul.
“Nothing. You merepek apa ni” suara Hana Aishah naik satu oktaf.
“Please sayang. I`m sorry I left you alone. I`m sorry for putting so much responsibilities on you. For making you feel like it was your responsibilities to make me happy. I`m…” kata – kata Fakhrul dipotong Hana Aishah yang masih meronta minta dilepaskan.
“Let me go Fakhrul. Lepas kan tangan I” Hana Aishah menjeling tajam ke dalam anak mata hitam Fakhrul.
“Sayang nak abang melutut pun abang sanggup but I will never let your hands go anymore. Never” tegas dan dalam di membalas.
“I don’t need to tell you anything. I`m fine” Fakhrul menahan sakit di hatinya saat kenyataan yang Hariz lemparkan dimukanya beberapa jam lepas adalah benar.
“You are not. Abang tahu sayang tak ok. That is what I`ve been telling myself. That you are ok. That you got through Adam`s death... that when Adam died….”
“Don’t Fakhrul. I tak nak cakap pasal benda ni” tona suara Hana Aishah berubah 360 darjah. Mata itu kembali kosong.
“Let me go!” Hana Aishah menengking kuat sebelum merentap tangannya.
“No. We`re talking. I don’t care” Fakhrul merangkul pinggang isterinya sebelum menarik isterinya ke dalam bilik persalinan mereka. Dia tidak mahu Adam terjaga kerana pertengkaran mereka.
“Lepaskan I. Lepaslah Fakhrul. Let me go!” Hana Aishah menjerit tetapi saat itu suara isterinya sudah bertukar panik.
Saat pintu bilik persalinan itu ditutup rapat, peluh mulai memercik di dahi Hana Aishah. Bibirnya pucat sebelum matanya meliar mencari jalan keluar. Fakhrul berdiri di pintu tidak mahu membuatkan isterinya semakin tertekan.
“Sayang, let me help you please. You are not well. Talk to me” Fakhrul memujuk lembut. Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Fakhrul dapat melihat nafas isterinya yang menjadi semakin laju.
“Let me go… lepaskan I… the room is closing in. Aishah tak boleh breathe. Let…me… let me go” tersekat – sekat suara Hana Aishah saat itu.
Fakhrul mendudukkan dirinya dilantai. Dia hanya diam memerhatikan tingkah laku Hana Aishah saat itu. Mata Hana Aishah sudah berkaca menandakan air mata isterinya yang bakal gugur. Beberapa minit berlalu , sebelum Hana Aishah duduk di sudut almari disebalik deretan seluarnya yang digantung.
“I nak keluar. The noise is loud. I tak suka” Hana Aishah merayu di dalam esakannya.
Fakhrul mengesot mendekati Hana Aishah. Pergerakkannya perlahan kerana dia mahu Hana Aishah tenang. Saat dia sampai di hadapan pintu almari itu, Fakhrul duduk diam. Hana Aishah sedang duduk memeluk lututnya erat. Mata itu merenungnya penuh ketakutan.
Beberapa minit dibiarkan berlalu sebelum Fakhrul menghulurkan tangannya ke arah Hana Aishah. Lama tangannya dibiarkan disitu. Lenguh yang mulai datang tidak dilayannya. Fakhrul terus menanti penuh sabar kerana itu yang Hana Aishah perlukan.
“Abang ada dekat sini. I won’t leave … sampai akhir nyawa abang. I`ll be here always for you” bibir Fakhrul bergetar saat kata – kata itu meniti di bibirnya.
Dia dapat melihat emosi yang sedang bertarung kuat di dalam sepasang anak mata coklat itu. Bibir isterinya mengigil kuat. Tangan yang tadi memeluk erat sepasang kaki jijang itu dapat dilihat diramas – ramas kuat.
Saat Hana Aishah melarikan diri ke atas ribaan , Fakhrul menahan sebaknya. Terasa seperti pintu kemaafan dan jalan untuk memulihkan rumah tangannya mulai terbuka. Esakan Hana Aishah kedengaran sebelum tubuh itu bergetar dalam tangisan.
“I`m so sorry sayang. I wants to erase every pain that you went through but I know I can’t” Fakhrul mengusap tubuh isterinya sambil meneruskan bicara.
“I miss him so much. I regretted every single second I wasn’t with you and him. I regretted leaving you alone tending to him till he left this earth. Abang tak layak pun nak bersama Adam dengan sayang dekat syurga but I pray everyday that Allah gave me the chance to be with you and him in Jannah” saat itu air mata yang ditahan Fakhrul gugur.
“Its so numb” Hana Aishah membalas dalam esakannya.
“Its numb. Its just … its so numb” Hana Aishah mengulangi ayat yang sama berkali – kali. Tiada kesakitan yang isterinya luahankan. Hanya rasa kebas.
“I`m here sayang. We`ll get through this together” Fakhrul memujuk lembut. Petang itu Fakhrul bersyukur dengan percaturan Tuhan yang membenarkan dia meluangkan masa bersama Hana Aishah tanpa ahli keluarganya.
*******************************************************
“Kaki ni hang kena urut selalu. Baru kuat nak jalan” Asifah membebel sambil mengurut kaki Adam yang sedang tertawa kegelian.
Hana Aishah sedang duduk di atas tilam biliknya sambil menyusukan Adam. Mindanya yang sedang berputar dengan segala yang berlaku hari itu. Paginya yang bermula seperti biasa diikuti dengan kejadian – kejadian luar biasa.
Memorinya hanya setakat sarapan pagi kemudian dia terjaga daripada tidur yang entah bila dia mulakan. Kemudian bangunnya dia daripada tidur , Fakhrul pula datang dengan rencananya sendiri. Hana Aishah benar – benar bingung tetapi selepas kejadian hari ini. Apa yang terjadi pagi tadi. Dia tidak tahu mahu merasa apa.
“Ticky ticky” tawa Adam kedengaran di segenap bilik tidur itu mengejutkan kembali Hana Aishah daripada terus hanyut dalam kekusutan mindanya.
“Does it tickle a lot” Adam menjawa dengan gelak tawanya sebelum menyambung menyusu.
“Nani dah makan ke. Aishah tak turun lansung dari tengah hari tadi” Hana Aishah bertanya kepada Asifah yang memunculkan diri di dalam biliknya selepas maghrib tadi. mulut itu laju menjawab tetapi tangan masih menerusk urutan lembut di kaki Adam. Hana Aishah nak menegahkan pun tidak sampai hati Cuma harapannya Adam tidak merengek sakit otot lah malam nanti. Sensitif betul badan anaknya ini.
“Dah. Nani siapkan kari kepala ikan yang hang tengah masak tadi la” Hana Aishah memandang Asifah pelik. Bila masa dia masak kari kepala ikan. Bukan dia tidur ke tengah hari tadi.
“Aishah masak kari kepala ikan ke tadi?” Hana Aishah bertanya bingung.
“Hang yang habaq mama hang yang mengada sangat teringin makan kari kepala ikan” saat itu memori pagi tadi kembali satu per persatu. Hana Aishah menelan air liurnya yang terasa sudah mengering di dalam mulutnya.
Mata dia meliar mencari Fakhrul yang turun sebentar ke dapur. Fakhrul menegahnya daripada turun. Dengan wajah sembapnya , Hana Aishah mengikut sahaja kerana tidak mahu ahli keluarganya bertanya. Tapi saat ini dia mahukan Fakhrul di sini. Memori siang tadi kembali mengasak. Apa yang dia lakukan sampai Fakhrul terkejut sebegitu?
“Nani bukan nak marah hang tapi hang ni pun kena utamakan Adam. Mama hang dah tua bangka pandai lah dia hidup. Adam ni masih menyusu lagi , hang kena cara kat dia saja. Jangan cara hak lain” Asifah meneruskan bebelannya tidak menyedari Hana Aishah yang sudah gelisah itu
“Berapa tah umur Adam ni ha. Jalan pun tak boleh lagi. Hang jangan tekun kerja sampai tak cara dekat Adam. Zaman dulu , nani mana ada kerja. Nana Fakhrul kerja sampai malam buta semata nak cari rezeki. Nani duduk rumah besarkan anak – anak” Hana Aishah dapat merasakan kesedihan di hujung bicara itu. Pandangannya dihalakan ke arah nenek mertuanya. Dia merenung wajah yang sudah berkedut seribu itu.
“Tapi penat Lelah kami tak berbaloi pun. Dah belajar tinggi terus dibuang mak pak dia” Hana Aishah menggapai tangan Asifah sangat melihat sepasang mata yang sudah uzur itu bergenang.
“Nani, Aishah … Aishah… Aishah tak tahu apa yang nani rasa. Mungkin itu rasa yang sama mak rasa waktu Aishah kena fitnah” bergetar bibir Hana Aishah berbicara. Dia tidak mahu melukai hati tua itu tetapi terlalu lama luka ini dibiarkan sehinggakan ia sudah menjadi barah yang menghalang bahagia masuk ke keluarga mertuanya.
“Mungkin harapan mak tinggi dekat Aishah sampai dia kecewa sangat bila tengok gambar – gambar tu. Mungkin sebab tu … sebab tu mak tak boleh nak dengar pun bila Aishah merayu – rayu sampai Aishah sanggup sumpah atas al quran yang Aishah tak berzina. Mungkin…” Hana Aishah memejam matanya rapat mencari kekuatan untuk meneruskan bicara.
“Mungkin mak nak Aishah jadi sempurna tapi Aishah pun manusia nani. Aishah tak boleh lari dari buat salah. Walaupun Aishah tak buat benda – benda yang … yang diorang tuduh tu , tapi dosa Aishah mungkin banyak. Sebab tu Allah uji Aishah sampai macam ni. Allah… Allah…” bibirnya tersenyum pahit menahan air matanya daripada gugur untuk kesekian kalinya.
“Allah uji anak Aishah sampai hujung nyawa dia. Aishah tak tahu apa yang nani rasa tapi Aishah dapat rasa sakit mama” peti air matanya terasa pedih saat dia menutur bicara itu.
“Kesian mama nani. Dah lebih 4 dekad nani” Hana Aishah menggengam erat tangan Asifah. Pandangan nenek mertuanya dilarikan daripada merenungnya. Terasa seperti bicaranya akan sia – sia tetapi Hana Aishah perlu mencuba.
“Aishah tahu nani terluka tapi mama pun hidup dalam derita dia. Sakit nani bila kita ada mak tapi kita rasa macam yatim piatu. Sakit nani bila mak kita tak nak terima anak kita. Sakit nani bila kena bertarung nyawa sorang – sorang untuk lahirkan satu zuriat walhal insan yang paling kita harapkan untuk ada dekat situ… yang faham sakit yang tengah kita tanggung … yang mulutnya kita tahu tak akan berhenti berdoa untuk kita …. Insan tu tak ada nani” air mata Hana Aishah gugur seperti air terjun saat itu. Sekalipun dia tidak pernah bercerita sebegitu kepada sesiapa. Sakit yang tidak pernah dia mahu ulangi walaupun dalam bentuk cerita seperti ini.
“Aishah rasa sakit tu bukan sekali tapi dua kali nani. Pantang sorang – sorang , bertarung tanggung sakit bersalin dengan nak uruskan anak sorang – sorang” tawa halus mengiringi bicaranya. Hana Aishah menariknya nafasnya dalam. Matanya dihalakan ke arah Adam yang sedang sudah berhenti menyusu dan merenung ke arahnya.
“Aishah doakan tiada satu manusia pun kena lalu apa yang Aishah lalu. Sebab sakit sangat nani. Sakit yang…. Ya Allah tak mampu Aishah ungkapkan pun” sakit yang hilang saat nyawa Adam pergi sebab yang menggantikan sakit itu adalah rasa kebas. Kebas yang dirasai disegenap sel tubuhnya.
“Tapi Allah tahu kekuatan yang Aishah masih tak jumpa sampai sekarang” senyuman seikhlas mungkin dia tujukan kepada Asifah yang masih merenung ke gambar perkahwinan Hana Aishah dan Fakhrul. Gambar keluarga Tan Sri Fadhil tanpa Asifah yang seperti biasa tidak mahu turut serta.
“Nani sakit , mama sakit and Fakhrul pun sakit nani. It has to start from you nani. Lama sangat kemarahan ini berlarutan. Aishah tahu nani sayang sangat mama. Mungkin bergunung harapan nani letakkan dekat mama tapi tolong Aishah nani” Hana Aishah sudah tidak kisah sekiranya dia kelihatan bodoh merayu sebegitu.
“Mama kena sembuh. Fakhrul kena sembuh. Tapi yang paling penting sekali” Hana Aishah menarik tangan nenek mertuanya ke dadanya yang berdegup kencang itu.
“Nani kena sembuh dulu” dikucup tangan itu lembut.
“Tiada apa yang jadi dalam dunia ini tanpa keizinan Allah. Aishah nak jerit nak salahkan semua orang. Kesian anak Aishah nani. Jadi yatim piatu sebelum sempat dia lahir tapi hakikatnya mungkin yang terbaik untuk Adam adalah untuk dia jadi anak syurga Aishah. Main dekat sana tanpa ada sekelumit kesakitan. Tanpa…” Hana Aishah dapat merasai sesak di dadanya kembali. Seperti petang tadi di dalam bilik persalinan. Bayangan dan tangisan Adam silih berganti bermain.
“Kalau Adam hidup, Aishah tak mampu nak lindung Adam dari kesakitan. Sebab tu Allah ambik Adam pergi. Pergi ke satu tempat yang tiada kesakitan. Sepanjang Aishah mengandungkan Adam , satu je doa Aishah” esakan Hana Aishah menjadi semakin kuat saat itu.
“Ya Allah jangan bagi Adam sakit yang aku tanggung” doa yang berjuta kali dia ulangi sepanjang Adam berada di dalam rahimnya sehinggalah saat dia meredhai pemergian Adam. Adam tidak boleh sakit. Anak sulungnya Adam tidak harus merasai sakit yang dia lalui. Dalam kekaburan matanya dia dapat melihat Asifah yang merenungnya semula. Senyuman terukir di bibir Hana Aishah.
“And He delivers. Allah makbulkan doa Aishah. Anak syurga Aishah tak rasa sakit yang Aishah tanggung. Adam anak syurga Umi tak sakit dah” Asifah menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya saat senyuman yang diiringi air mata terlukis di wajah cucu menantunya.
“Nani mintak maaf Hana” suara sebak Asifah membalas.
“Please nani. Kalau nani kesiankan Hana , forgive mama please. Kesian mama nani. Hana tunggu 4 tahun untuk kemaafan mak. Mama tunggu 40 tahun nani. Allahu Akbar , I can’t imagine the pain that she has to go through everyday” Hana Aishah mengogoi di dalam pelukan Asifah.
Fakhrul yang berdiri di pintu bilik tidurnya terasa mahu rebah saat itu. Tangannya bergetar memegang dulang yang berisi makan malam Hana Aishah. Kenapalah begitu mudah dia sangkakan apa yang dilalui Hana Aishah sehinggakan sebegitu sahaja sakit isterinya akan hilang.
“Ya Allah apa yang aku dah buat apa dekat anak cucu aku Ya Allah” Fakhrul dapat mendengar raungan Teacher Basirah yang dia pasti mendengar bait bicara Hana Aishah itu.
****************************************************************
“Tuduhan zina itu berat sebab itu bukan sewenang – wenangnya kita boleh menjatuhkan hukuman kepada mereka. Allah swt berfirman di dalam kitab sucinya `Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq`, Surah An Nur ayat ke empat” itulah kali pertama Fakhrul bertemu dengan Ustaz Khuwailid dan tanpa sempat berfikir segala permasalahannya di luahkan.
Masuk hari ini sudah 71 hari Hana Aishah hilang entah ke mana. Hari itu rasa rindunya tidak tertanggung. Fakhrul lari lagi mencari ketenangan di pusara anaknya. Pertemuan itu pastinya sudah dirancang oleh Allah.
“Tanggungjawab sebagai seorang suami ini tidak mudah. Nafkah sahaja tidak cukup. Beribu duit kamu berikan , kasih sayang dan cinta yang kamu hadiahkan buat isterinya hanya akan menjadi sia – sia sekiranya sebagai khalifah kamu gagal dalam mendidik anak isterimu.”
“Tetapi kali ini kamu bukan gagal mendidik isterimu, malahan kamu melemparkan satu fitnah ke atas dia tanpa meneliti mengikut hukum islam. Kamu kalah sama syaitan yang tugasannya untuk membawa anak Adam ke jalan sesat menuju ke neraka. Nauzubillah.”
“Berat tuduhan yang kamu lemparkan ke atas isteri kamu. Mohon ampun daripada Allah tetapi selagi isterimu tidak mengampuni kamu, kamu akan membawa dosa ini sehingga ke padang mahsyar” berjujuran air matanya memohon malam itu. Memohon pengampunan daripada Tuhan dan merayu untuk diberikan peluang kedua bersama isterinya.
This is the most difficult part I have to write. It was suppose to finish yesterday but I couldn't really find the appropriate arrangement or flow.
Share this novel
sedih eve sedihhhhh
tq eve