SELEPAS mendapat keizinan doktor dan keadaan Airra yg tampaknya sudah semakin pulih, Airra dibenarkan keluar hospital pada tengah hari itu juga. Wajah Puan Zahara dan Encik Alias tercalit sinar bahagia apabila berita itu dikhabarkan kepada mereka.
" Alhamdulillah, adek discharged hari ni. Ibu happy sgt dek. Adek nak makan apa-apa tak? Nanti ibu masakkan" Puan Zahara sudah mengemas barang-barang dan pakaian milik anak gadisnya itu. Betapa dia bersyukur dan merasa bahagia apabila anak perempuan satu-satunya yg sudah lama terpisah dek lenanya yg panjang itu kembali ke sisi mereka semula. Tidak ada harta yg sangat bernilai melainkan kesembuhan Airra saat ini.
Airra menyimpul senyuman manis. Jari-jemari Puan Zahara dibawa ke bibir lalu dilabuhkan bibirnya di situ. Walaupun dia mengalami amnesia dan tdk mampu utk mengingati apa-apa pun saat ini, namun dia yakin yg wanita berdiri di hadapannya ini adalah ibu kandungnya. Kerana dia dpt merasakan ikatan batin yg sangat kuat apabila berdekatan dgn wanita yg dipanggil ibu itu.
" Terima kasih ibu" Airra merangkul Puan Zahara dlm pelukan. Terasa nyaman dan hangat pelukan sang ibu.
" Sama-sama sayang" Puan Zahara membelai lembut kepala Airra. Air mata yg berguguran segera diseka. " Dah. Sekarang, bgtau ibu. Airra nak mkn apa? Nanti ibu masakkan" Tanya Puan Zahara sambil melepaskan pelukan.
Airra terdiam. Dia tdk tahu dan tdk mengingati apa-apa seperti itu. " Bu, Airra tak tahu nak mkn apa. Airra tak ingat apa-apa pun bu" Dia hampir merintih bak anak kecil.
Puan Zahara mengusap lembut kepala Airra. Sebak hatinya melihat keadaan Airra seperti itu. Walaupun Airra sudah sembuh, tapi anak gadisnya itu masih perlukan masa utk mengingati semua yg berkaitan dirinya. Doktor juga ada menasihati agar terus-terusan memberikan sokongan moral kpd Airra. Itu akan mempercepatkan proses penyembuhannya. Tapi apabila Airra sudah sembuh sepenuhnya nanti, apakah dia harus siap kehilangan Airra?
" Takpe. Nanti ibu bgtau apa yg Airra suka dan tak suka, okey? Dah. Sekarang, adek siap-siap. Kita tunggu ayah. Dia ke surau tadi. Kejap lagi, selesailah tu"
Airra mengangguk. Sekelip mata saja, bayang-bayang Airra hilang di sebalik pintu bilik mandi.
AIRRA memerhati segenap ruang di bilik tidurnya. Bertemakan warna ungu dan biru, kombinasi itu cukup menenangkan hatinya. Dia menapak ke meja solek. Ada beberapa botol minyak wangi miliknya tersusun rapi di situ. Terdapat juga compact powder, lipstick dan beberapa jenis alat mekap di situ.Dicapai sebuah bingkai gambar yg terletak bersebelahan lipsticknya sambil bibirnya mengukir senyum. Wajahnya yg tersenyum bahagia dipandang terus. Tdk disangka begitu perwatakannya sebelum ini. Girang dan ceria! Setelah agak lama matanya ralit membelek bingkai gambar tersebut, bebola matanya menangkap sesuatu di jari manisnya. Sebentuk cincin terukir huruf 'AZ' menumpang di situ.
" AZ? Apa dia AZ?" Airra mengerut dahi. Lantas, dia memeriksa kedua-du jari manisnya namun tiada sebarang bentuk cincin dijumpai di situ. Airra berfikir sejenak. Kalau betul cincin itu miliknya, kenapa tdk ada padanya sekarang? Kalau bukan miliknya, kenapa di dlm gambar cincin itu tersarung indah di jari manisnya? Siapa yg sudah mengambil cincin itu?
Persoalan yg membelenggu itu dibiarkan seketika. Pusing dgn keadaan itu, Airra meletakkan kembali bingkai gambar tersebut ke tempat asalnya. Langkah kaki dihayun ke katil. Dia harus mula menyusun pakaiannya yg sedari tadi menapak lama di dlm luggage yg tersadai di atas katil.
Zip luggage ditarik. Matanya tertacap pada sebuah nota kecil segi empat yg diletakkan di atas hoodie miliknya. Airra tersenyum apabila membaca isi nota tersebut. ' Get well soon Airra. And live your life fully. Sincerely, your A' . Dan disertakan dgn sticker emoji senyum, cukup membuatkan hati Airra tertambat. Si doktor muda yg pandai mengambil hati. Dia teringat tengah hari tadi berbakul-bakul pesanan yg sama dia titipkan buat Airra, seolah-olah Airra ini anak kecil yg tdk tahu menjaga diri. Pelik tapi benar. Ashraf adalah orang asing baginya tetapi berdekatan dgn lelaki itu membuatkan hatinya selesa dan nyaman ,sama seperti ibu! Siapakah gerangan si Ashraf? Memang seorang doktor atau sebenarnya mereka pernah punya sejarah silam bersama?
Share this novel