BAB 35

Mystery Series 6391

"Akak! Ramadhan muntah ni!!"

Tania menjeling sekilas ke arah Akif. Dia bangkit dari duduknya kemudian mengambil Ramadhan yang sedang menangis di atas katil. "Tolonglah tengok dia sekejap. Akak nak baca novel pun tak senanglah Akif ni." Akif tersengih. Dia bangun kemudian berlari ke arah Zuhair yang sibuk menonton televisyen.

"Jom main, bang! Abang jadi penjahat, Akif jadi polis!" Akif menarik lengan baju Zuhair. Terlompat-lompat dia menunggu Zuhair bermain dengannya.

Tania sibuk membersihkan muntah Ramadhan manakala Zuhair sibuk menolak untuk bermain dengan Akif. "Kau dah besar nak main polis penjahat lagi buat apa?" Akif hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

Dia menari-nari di hadapan Zuhair. Menghalang lelaki itu untuk melihat ke arah televisyen. Tania hanya melihat. Senyuman kecil terukir dibibirnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik bersama dengan Ramadhan. Bayi kecil itu nampaknya inginkan susu.

"Sayang! Tengok adik awak ni! Kacau saya nak tengok tv. Sengaja budak ni.." Zuhair menarik Akif kemudian memukul bahu lelaki itu perlahan. Terjerit kecil Akif dibuatnya.

"Sekejap! Saya nak bagi adik minum susu.." Akif terus terdiam. Begitu juga dengan Zuhair. Kedua lelaki itu bagaikan akur buat seketika. Bukannya apa. Kalau Ramadhan dah tidur, tenang lah hidup mereka.

"Mata aku dah macam panda sebab nak jaga adik. Kau boleh tenang je tidur kan?" Akif memandang Zuhair tidak percaya. "Apa pula! Akif jaga Adik siang dan malam tau. Abang mana tahu." Zuhair mengeluh perlahan. Dia menolak tubuh Akif jatuh ke lantai.

Tumpuan matanya beralih ke arah skrin televisyen di hadapan matanya itu.

--

Irene melihat jam di dinding. Sudah lewat malam dan Mika masih tidak pulang ke rumah sejak keluar semalam. Dia hanya meninggalkan surat dengan kata supaya jangan mencari dirinya sahaja.

Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Dr. Aqilah yang mendengar menyentuh bahu Irene perlahan. "Dah cuba tanya kawan dia?" Irene menggeleng. Dia mengeluarkan telefon pintarnya kemudian mendail nombor Haikal.

Tut..
Tut..

"Hello?" Haikal menjawab.

"Saya nak tanya boleh?" Soal Irene sebaik sahaja Haikal menjawab panggilan telefonnya. Dia bagaikan ingin mengeluarkan air mata. Haikal mendiamkan diri. Menanti apa yang ingin ditanyakan kepadanya oleh Irene.

"Khairi ada dengan awak ke? Dia tak balik dari semalam.." Suara Irene bergetar. Dia risau terjadi apa-apa kepada Mika. Yang dia mampu buat hanyalah berdoa supaya lelaki itu selamat dan sentiasa dilindungi.

"Ouh Khairi! Dia ada je dengan saya. Lepak kat sini. Saya dah suruh dia balik tapi dia cakap dia rindukan saya. Siap peluk saya lagi hahahaha.." Irene tersenyum kecil. "Betul ke? Boleh saya nak cakap dengan dia? Saya rasa dia off telefon dia."

"Boleh, boleh! Sekejap eh.."

Haikal meletakkan telefonnya ke atas meja lalu dia menatap wajah Mika yang berada di sebelahnya itu. "Dia nak cakap dengan kau." Bisik Haikal. Mika memandang Haikal tajam. Jantan ni kalau aku siku mati tak eh? Dia mengambil telefon Haikal kemudian meletakkan telefon itu ke telinganya.

"Hello." Datar sahaja nada suara Mika. Dia sungguh merindukan wanita itu tapi apakan daya. Dia perlu menjauhi Irene untuk melindungi wanita itu.

"Awak buat apa lama-lama dekat sana? Dylan rindu awak tau. Saya pun rindukan awak.." Mika tersenyum saat mendengar ucapan Irene tadi. Dia menarik nafas panjang sebelum bersuara, "Jangan cari aku dah. Kau tahu aku lebih berbahaya dari orang lain. Aku taknak kau tercedera. Macam waktu tu.." perlahan Mika berbicara.

"Awak jangan buat saya mac-"

Tut..

Panggilan ditutup. Air mata Irene yang tertahan terus mengalir begitu sahaja. Dr. Aqilah yang melihat terus memeluk bahu wanita itu. "Dia tahu apa yang terbaik untuk Irene." Dr. Aqilah cuba menenangkan Irene.

Dia mengelap air mata Irene yang mengalir membasahi pipi cerah wanita itu. Bagaikan tahu bahawa ibunya sedang sedih, Dylan turut sama menangis mengikuti Irene.

"Kak..Mika dah tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni." Dr. Aqilah mengangguk mengerti apa yang sedang dimaksudkan oleh Irene pada saat ini. "Irene kena banyak bersabar. Banyak berdoa. Semoga Allah pertemukan Irene dengan Mika lagi. Mana tahu awak berdua berjodoh." Irene tersenyum mendengar kata-kata Dr. Aqilah tadi. Wanita itu tahu cara menenangkan hatinya.

"Tak apa. Saya kena kuat! Untuk Dylan dan juga Mika." Dr. Aqilah mengangguk dengan senyuman di bibirnya. Dia memeluk erat tubuh kecil Irene kemudian mengusap perlahan-lahan belakang wanita itu.

--

"Kau betul nak tinggalkan dia?"

Mika memandang ke arah Haikal yang sedang menatap anak matanya itu. Dia mengangguk perlahan. "Ni yang terbaik. Aku nak sembuhkan diri aku dulu. Baru aku layak berada dekat sisi dia. Thanks, bro. Kau dah biarkan aku tinggal dekat sini." Dia beralih memandang ke arah Qistina yang sedang menggendong Ophelia.

Wanita itu hanya mendiamkan diri dari tadi. Tidak langsung bersuara. Mika mengangkat satu keningnya ke atas. "Bini kau ni bisu ke? Dari tadi tak bercakap langsung " Haikal tersenyum kecil. Dia menggengam bahu Mika kemudian membuka bicara, "Bukan bisu tapi pendiam.." Mika memandang tangan Haikal yang sedang menggenggam bahunya itu.

Dia mengalih tangan lelaki itu kemudian mengangguk perlahan. "Tak payahlah marah. Aku cakap je kan. Mana tahu bisu sungguh." Haikal mengangguk dengan senyuman dibibirnya.

Nak marah pun tak boleh. Nak je dia baling Mika masuk dalam lubang jamban. Tu pun kalau muat lah haha.

--

'Bagi aku keluarlah, sial!'

Khairi meronta-ronta meminta dilepaskan. Qristine yang melihat hanya memeluk tubuh memastikan yang Khairi tidak akan sesekali berjaya keluar dari tempat itu.

Dia melangkah menuju ke arah Khairi. 'Sebab ni lah aku benci lelaki. Kau kedua paling aku benci selepas bapak aku..' Qristine menarik rambut Khairi kasar. Dia tersenyum kemudian menolak Khairi yang sedang terikat itu jatuh ke lantai.

'Arhh! Sakitlah, sial! Kau patutnya dengar cakap aku! Bukan lelaki bodoh tu!' Khairi menjawab. Qristine hampir saja ketawa melihat gelagat Khairi. Dia memijak badan Khairi menggunakan satu kakinya kemudian menekan pijakan kakinya itu.

'Ada hati nak suruh aku ikut kau. Mika tuan badan yang sebenar. Kau dah tipu aku, Khairi.' Khairi mengerang kesakitan. 'Kau tunggu, Qristine. Aku dapat je keluar, kau orang pertama yang aku bunuh..' Qristine tersenyum sambil mengangguk.

'Kau yang akan mati dulu sebelum aku, Khairi."

Hi semua! sampai sini saja novel Mika:Fikiran bercelaru. minta semua tunggu untuk side story yang akan saya buat nanti ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience