2 Tidak Sengaja

Romance Series 308834

"ABANG... Ain nak duduk kat luar ni.  Boleh?" Nurain menarik semula tangan suaminya ketika lelaki itu mahu meneruskan langkahannya.  Hans Azeem kembali menoleh ke arah isterinya sebelum memerhatikan keadaan tempat makan di luar restoran itu.

"Jom abang, nak kat situ." Nurain menarik lengan suaminya lebih kuat untuk dibawa menuju ke suatu arah. Hans Azeem pula hanya menurut dengan rela biar tiada langsung ungkapan yang keluar dari mulutnya, apatah lagi sedikit senyuman. 

"Abang... nanti Ain nak kopi, mi goreng dengan satay daging 10 cucuk." sengaja Nurain meminta lelaki itu yang membuat pesanan sebaik sahaja mereka sudah mengambil.  Hans Azeem pula hanya mengangguk sebelum mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan.

Nurain hanya mampu menahan tawa ketika melihat cara suaminya membuat pesanan.  Menunjuk-nunjuk senarai menu sambil menggunakan isyarat tangan.  Sudahlah dengan  tayangan wajah yang sangat serius tanpa senyuman.

"Tu je?" soal pelayan lelaki itu semula dengan mata yang terkebil-kebil.  Mungkin geram namun tika melihat wajah tegang Hans Azeem membuat dia tidak berani untuk menegur.

Hans Azeem melirik ke arah Nurain yang sedang memeluk erat lengannya, seolah-olah ingin menanyakan sesuatu pada wanita itu.

"Tak ada, tu je." Nurain menjawab sambil tersenyum manis.

Memahami maksud riak Hans Azeem, pelayan tadi pun segera berlalu pergi.

Hans Azeem kembali melayan telefon bimbitnya sedang Nurain pula tetap selesa dengan posisi yang tadi.  Memeluk lengan Hans Azeem sambil menyandarkan kepalanya pada bahu kekar lelaki itu.  Suasana malam itu agak riuh kerana masih sahaja ramai pelanggan yang datang.  Nurain memilih untuk duduk di meja luar dan Hans Azeem pula, hanya menurut segala kemahuan isterinya.

"Abang... sejuklah.  Tapi tak nak pindah duduk kat dalam, nanti tak best pula.  Ain nak kat luar." Nurain mendongak kepala lalu merungut dengan nada yang mengada-ada.

Hans Azeem melirik lama ke arah Nurain sebelum meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja.  Dia berdiri lalu menanggalkan sehelai jaket kulit yang sedang tersarung pada tubuh lalu dipakaikan pada tubuh Nurain.  Semua itu dia lakukan tanpa kata, juga tanpa senyuman namun sudah cukup membuatkan Nurain berasa sangat bahagia apalagi saat Hans Azeem mula memanjangkan sebelah tangan untuk memeluk bahunya. Memancing percakapan Hans Azeem adalah satu hal yang sangat mencabar buat Nurain kerana walau apa pun yang berlaku, lelaki itu tidak akan membuka mulut.

"Abang... Ain nak ke belakang, cuci tangan.  Abang tunggu kejap." Nurain menolak lembut tangan suaminya sebelum bangkit dari duduk.  Hans Azeem pula sekadar mengangguk seolah-olah tidak mahu peduli. 

Nurain mula melangkah ke arah belakang, menunduk sambil asyik tersengih seorang diri kerana dia tahu, dirinya sedang diperhatikan oleh Hans Azeem.  Lelaki itu sebenarnya bimbang, namun dia enggan menunjuk.

Bubbb!

"Aduh!" Nurain meringis perih ketika tubuhnya tiba-tiba sahaja terasa berlanggar dengan seseorang.

"Hehhh perempuan! Kau buta ke tak tengok jalan?! Mata kau kat mana?? Tak bawa??" seorang lelaki berwajah bengis langsung menempelak membuatkan Nurain mendadak menjadi panik sehingga tidak tahu mahu menyusun kata seperti apa.  "Aku tanya kau, mata kau letak mana hahhh?!"

Bubbb!

Lelaki tadi jatuh tersungkur ketika ada tangan yang tiba-tiba sahaja   menumbuk wajahnya dengan sangat kasar.  Laju menoleh ke arah penyerang, lelaki tadi langsung merengus bengang. 

"Abang!" Nurain menjerit kerana semakin panik dengan keadaan yang semakin kacau itu.  Ini kali pertama dia melihat Hans Azeem mengamuk seperti itu.  Mengamuk tanpa menggunakan suara, hanya tangannya sahaja yang ligat mengerjakan tubuh lelaki tadi bersama riak yang sangat marah.   Orang ramai pula hanya mampu menjadi pemerhati dari jauh.  Melihat amukan Hans Azeem membuatkan mereka tidak berani untuk masuk campur.

"Arghhhh, ampun! Maaf bro, maaf! Aku minta maaf!"

Masing-masing tidak tahu, apa yang dibisikkan oleh Hans Azeem kepada lelaki itu namun yang menghairankan, lelaki itu berkali-kali juga menyusun sepuluh jari dan menunduk tanda menyerah kalah dengan riak yang sangat takut.

Bubbb! Bubbb!

Satu pukulan terakhir yang paling keras Hans Azeem berikan tepat pada pipi lelaki tadi sebelum bangkit untuk mendapatkan lokasi Nurain yang sedang menangis ketakutan.  Bahu Nurain diraih dan dipeluk erat,  sebelum membawa isterinya itu berlalu pergi dari situ.

HANS AZEEM merenung lama wajah bersih yang sedang terlena pada sisi bahunya. Dia tahu Nurain masih lagi dalam ketakutan, takut sehingga terlena tanpa sempat menjamah apa-apa makanan. Wajah Nurain dielus lembut, pipi wanita itu pula dikucup dengan rasa sayang yang semakin kuat.

Dengan gerakan yang sangat perlahan dan berhati-hati, kepala Nurain dia alihkan ke sebelah kiri. Dia tahu, orang-orang suruhannya sudah pun menunggu di luar kereta itu. Melangkah keluar dari dalam kereta, Hans Azeem terus mendatangi Tazim sebelum membisikkan sesuatu kepada lelaki itu. Lelaki yang sudah berani menengking isterinya tadi harus diberi pengajaran. Jujur, dia belum puas lagi. Jika tidak memikirkan tentang tanggapan Nurain kepadanya tadi, sudah lama dia membelasah lelaki itu sehingga mati atau lumpuh setidaknya. Tetapi dia tahu, Nurain tidak biasa dengan kekasaran, dengan keadaan yang separa kejam seperti itu.

Setelah berkali-kali mengangguk faham dengan riak yang sangat akur dan serius, Tazim akhirnya terus mengajak orang-orang bawahannya berlalu. Ada tugasan baharu yang telah diberikan oleh Hans Azeem kepada mereka dan semua itu harus diselesaikan pada malam itu juga tanpa sebarang alasan atau kompromi.

Hans Azeem kembali mendekati kereta untuk mendapatkan Nurain. Susuk kaku wanita itu yang masih lagi terlena diangkat lalu dibawa masuk ke dalam bilik tidur mereka. Tubuh Nurain dibaringkan di atas katil. Lama wajah Nurain direnung tanpa kedipan mata sebelum segaris senyuman tampan terlorek indah pada bibir Hans Azeem. Wajah yang jelas kelihatan lelah dan sedikit tidak bermaya. Wanita itu masih lagi berpakaian kerjanya, juga belum sempat mandi. Selepas memberikan kucupan pada pipi dan dahi Nurain, Hans Azeem bangkit menuju ke arah almari pakaian untuk mencari pakaian ganti buat isterinya itu.

NURAIN mengeluh dalam keadaan mata yang terpejam. Mahu bangun dari perbaringan, namun tenaganya benar-benar terasa habis. Lapar sehingga membuatkan kepalanya berdenyut-denyut sakit. Nurain segera memalingkan wajahnya ke sisi saat menyedari ada sepasang tangan kekar yang sedang memeluk tubuhnya. Melihat ke arah keadaan tubuhnya, baru ketika itu Nurain tersedar yang pakaiannya telah bertukar. Mahu menjerit panik, namun tika menyedari yang dirinya bukan lagi seorang janda, Nurain terus menarik nafas lega. Siapa lagi yang telah menukar jika bukan suaminya sendiri. Dalam tersenyum bahagia, laju juga Nurain mencebik manja. Mahu mengalihkan tangan itu, tetapi terasa rugi pula. Dia suka dipeluk seerat itu, terasa dirinya disayangi walaupun Hans Azeem tidak pernah meluah. Nurain membangkitkan sedikit tubuhnya lalu memberikan ciuman nipis pada pipi lelaki itu. Perkara yang wajib dia lakukan setiap kali mencelikkan mata daripada lena.

Hans Azeem mula menggeliat lalu membukakan mata. Menarik nafas nikmat dan senang pada sentuhan Nurain namun seperti biasa, dia tidak akan senyum sama sekali. Wajahnya tetap tegang ketika menarik Nurain ke dalam pelukannya.

“Abang yang tukar baju Ain?” soal Nurain lembut, bersama lantunan suara yang kedengaran serak dan seksi pada telinga Hans Azeem. Tanpa melepaskan tubuh Nurain, Hans Azeem hanya mengangguk.

“Abang, Ain lapar… “ Nurain mengadu sambil menempatkan wajahnya di atas dada Hans Azeem. “Ain nak makan mi goreng dengan satay daging yang kat kedai tu tadi.” Nurain mengadu lagi bersama muncungan bibir yang panjang. Memikirkan keenakan makanan yang sudah dipesan tetapi tidak sempat dia makan benar-benar membuatkan Nurain berasa sebal dan marah pada dirinya sendiri. Jika dia berjalan menggunakan mata, jika dia tidak lalai dan mengelamun, peristiwa yang malam tadi sudah pasti tidak akan berlaku.

Tiada balasan kata daripada Hans Azeem, namun lelaki itu mula bangkit dari lokasi perbaringannya sebelum berjalan menuju ke arah luar kamar.

Nurain mengeluh sedikit kesal. Nampaknya, Hans Azeem sememangnya seorang yang terlalu pendiam. Pendiam tahap yang melampau! Kecewa dengan respon yang dia dapat daripada suaminya, Nurain terus mencapai tuala sebelum berjalan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

“SEMUANYA… RM 30.00, tuan. Jangan lupa bayar pula. RM 30.00 tu pun duit. Tu belum kira kos minyak saya ke kedai tu lagi.” ujar Zulian dengan riak dan nada yang sedikit takut sambil menghulurkan beberapa bungkusan plastik kepada Hans Azeem. Dia benar-benar memaksudkan kata-katanya itu kerana sikapnya memang seperti itu. Berkira dan sangat berjimat-cermat memang amalannya sedari dalam perut ibu.

Tazim dengan beberapa orang rakannya pula hanya mampu menahan tawa. Jika tidak gerun dengan ketegangan wajah Hans Azeem, sudah lama mereka memecahkan tawa.

Hans Azeem hanya menjeling. Kadangkala jengkel juga rasanya mempunyai pekerja yang sangat berkira seperti Zulian itu. Mujur sahaja hasil kerjanya langsung tidak pernah mengecewakan.

“RM 30.00 ya tuan? Tuan nak bayar cash atau transfer, pun boleh. Asalkan tuan tak lupa nak bayar.” ujar Zulian lagi, seakan-akan mahu mendesak.

“Tuan tahulah, Zul. Biarlah tuan dengan puan makan dulu. Bodohlah kau!” Tazim menegur sambil membaling sebiji bantal ke arah orang bawahannya itu.

“Aku ingatkan je. Takut tuan lupa pula. Duit aku, bukan duit kau!" kata Zulian selamba sambil bergerak mendekati perkumpulan para sahabatnya. Di atas sofa itu mereka duduk bersantai sambil memerhatikan segala pergerakan Hans Azeem menghidangkan makanan yang telah dibungkus oleh Zulian dari luar tadi.

“Puan laparlah, bodoh! Sabar! Tengok perangai kau yang macam celaka ni buat aku lapar nak ratah daging manusia pulak!" Sam menyampuk lalu menyekeh kepala Zulian dengan selamba.

“Sial! Kita tengok, siapa makan siapa!” Zulian merengus bengang. Serangan Sam dia balas dengan tumbukan padu yang berleretan tepat pada perut lelaki itu. Sam pula tidak pasrah, setiap serangan Zulian itu dia kan balas dengan bersungguh-sungguh.

“Bertumbuklah korang sampai puas! Jangan risau, ambulance dengan van jenazah dah ready dah nak jemput korang berdua!” Tazim tersenyum sinis.

Hans Azeem hanya mengabaikan suasana itu. Bukan tidak biasa melihat para pekerjanya bertumbuk, malah lebih teruk daripada itu pun pernah. Bergurau kasar sehingga lebam berdarah memang sudah menjadi santapan harian mereka. Pendek kata, selagi belum ada yang mati atau parah terlantar, selagi itulah mereka akan terus bergurau dengan cara seperti itu. Fokusnya hanya satu iaitu menghidangkan makanan untuk isteri kesayangan. Ya, dia sudah mula menyayangi Nurain tanpa perlu mulutnya meluah, tanpa perlu bertingkah manis atau romantis. Itu caranya. Dia bukan seorang pangeran yang sempurna, tetapi dia hanyalah seorang samseng namun samseng yang berkelas tinggi dan bermaruah.

Baru mahu bergerak ke belakang untuk mengambil gelas, Hans Azeem tersentak ketika tiba-tiba sahaja ada sepasang tangan yang memeluknya dari arah belakang. “Abang, bila abang pergi beli mi tu? Satay daging pun ada? Ain lapar… “ Nurain merengek senang sebelum memusingkan tubuh Hans Azeem agar menghadap ke arahnya. Tanpa sempat lelaki itu merespon apa-apa, Nurain terus memberi ciuman yang paling dalam dan hangat pada bibir suaminya. Semuanya berlaku terlalu pantas tanpa sempat ditegah. Kini, bukan hanya Hans Azeem yang kaku, tetapi orang-orang suruhannya juga sama. Masing-masing kematian kata dan gerak. Hanya mata mereka sahaja yang semakin asyik memandang ke hadapan, seperti sedang menonton sebuah filem dewasa yang romantik pula! “Ain ingatkan abang tak kisah bila Ain mengadu lapar tadi. Terima kasih, abang.” ungkap Nurain sebelum mengucup semula bibir suaminya. Mujur kali ini hanya nipis dan pendek. Nurain memusingkan semula tubuhnya untuk menuju ke arah meja makan sambil berkali-kali menelan air liur, namun suasana yang dia mahukan ternyata tidak tercapai. Yang dia mahukan adalah keadaan yang privasi, tenang tanpa gangguan mata yang lain. Kulit wajah Nurain mendadak kemerahan sebaik sahaja matanya terpandang akan susuk-susuk tegap orang suruhan Hans Azeem yang juga sedang memandang ke arahnya dengan mulut yang ternganga besar. Wajah Hans Azeem kembali ditoleh, namun lelaki itu pula hanya berlagak tenang dan tidak kisah seolah-olah tidak mempunyai perasaan malu langsung.

“Abang!” Nurain mengetap bibirnya dengan jelingan tajam agar suaminya segera menghalau pergi orang-orang suruhannya dari ruangan itu.

Memahami kemahuan Nurain, Tazim segera bangkit dari duduknya sebelum mengarahkan orang-orang bawahannya agar segera berlalu ke luar. “Maaf puan, kami janji… tak akan nampak semua tu lagi.” ujarnya sebelum berjalan laju untuk menyelamatkan diri.

“Kenapa tak cakap?? Ain malu tahu tak?? Tak naklah makan kalau macam ni!” Nurain merungut sambil bergerak mahu menaiki tingkat atas. Namun belum lagi jauh Nurain melangkah, Hans Azeem terus menarik tangannya lalu membawa wanita itu erat ke dalam dakapan. Seperti biasa, respon Hans Azeem adalah tanpa kata dan senyuman namun yang membuatkan Nurain terpana adalah saat kepalanya tiba-tiba sahaja didongakkan ke atas dan untuk pertama kali, Hans Azeem yang menjadi pemula kepada ciuman mereka kali ini.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-10-10 00:00:04 

x boh mkn jak

Eina
2022-10-09 20:53:36 

serius ye hans azeem...huhu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience