40.

Romance Completed 46657

Aura dan Uthman sampai serentak didalam Villa milik mereka. Uthman yang parking disisi kereta isterinya turun dari Motorbike dan membuka pintu pemandu.

"Assalammualaikum isteri By." Kata Uthman sama seperti selalu.

"Waalaikumsalam." Balas Aura.

Jelas dimata Uthman kepenatan diwajah Aura.

"Takpe. Sayang masuk. By bawak barang sayang tu." Kata Uthman yang meletakkan helmetnya diatas motornya.

"Terima kasih By." Kata Aura laluasuk kedalam Villa.

Selesai memberi salam dan memasang lampu, Aura menuju kedapur dan mengeluarkan ayam dan sayur untuk di masak.

Sambil menanti Ayam lembut. Aura memasak nasi dan berlalu naik kebiliknya dan Uthman.

Aura masuk ingin membersihkan dirinya. Namun dicegah oleh Uthman yang baru menapak masuk kebilik mereka.

"Jap." Kata Uthman.

"Hah?"Aura pelik.

"Kenapa?" Tanya Aura lagi.

"Umie call nak datang sini." Kata Uthman.

"Bila?" Tanya Aura.

"Bulan depan." Kata Uthman.

"Hah? By tahu kan yang waktu tu By dan Aura memang takde?" Tanya Aura.

"By dah bagitau Umie. Tapi Umie cakap dia ok je." Kata Uthman.

"Ermm rasa bersalah pulak Aura nak tinggalkan Umie kat sini?" Kata Aura.

"Takpe. Nanti By bincang lagi dengan Umie." Kata Uthman.

Kasihan melihat isterinya yang kini sibuk sama dengan dirinya.

"Esok By awal sikit sayang lepas Subuh tu By gerak." Kata Uthman.

Aura yang kini dalam kamar mandi menyahut.

"Awalnya By?" Kata Aura.

"By ada latihan terjun payung." Balas Uthman.

"Ooo yeke. Ok By." Putus Aura.

Uthman kluar dari bilik menapak turun kedapur dan membantu Aura menyediakan bahan sebelum isterinya memasak lepasnya mandi.

Aura keluar dari kamar mandi mendapati Uthman tiada disana. Dia memakai pakaian tidurnya dan membalut rambutnya yang basah lalu turun kebawah menuju kedapur.

"Aik?" Aura menghidu bau masakan dari arah dapur.

Dia menjeguk dari tepi pintu.

"By?" Panggil Aura.

"Hmm." Kata Uthman tahu isterinya mendekatinya kerana wangian sabun yang dipakai Aura.

"Kenapa By yang masak? Dah lapar ke?" Tanya Aura.

"By kesian. Sayang mesti penat. Jadi By tolonglah. Sayang masak sayur je." Kata Uthman memutuskan.

"Ok." Kata Aura.

Aura masuk menggantikan suaminya mengaduk masakan yang dimasak Uthman.

"By mandi kejap. Lepas solat By turun." Kata Uthman.

"Ok By." Kata Aura.

Uthman meninggalkan Aura dibawah.

Aura mula menumis sayur sawi. Menyediakan diatas meja makan sbelum suaminya turun.

Turun je dari bilik, Uthman melihat semua dah sedia terhidang diatas meja.

Uthman duduk didepan isterinya. Aura meletakkan pinggan yang sdah terisi nasi dan lauk.

Namun Uthman tak melihat pinggan didepan isterinya.

"Sayang tak makan ke?" Tanya Uthman.

"Nak By suap. Boleh?" Pinta Aura.

"Hmm. Manjanya Sayang By ni." Sambil menunjuk kerusi disisinya agar isterinya duduk disana.

Aura berpindah dari depan Uthman menuju kesisi lelaki itu.

"Bismillah." Uthman menyuap nasi ditangannya kemulut isterinya.

Mereka makan sambil bergurau. Hanya waktu ini yang mereka ada untuk bergurau dan bercerita. Pagi hingga ke petang semua masa terisi sibuk dengan kerja.

Selesai makan dan mengemas dapur, Aua dan Uthman menapak naik kebilik, Berdiri diluar balkoni mendengar bunyi pecahan ombak, membuat damai dihati mereka.

"By." Panggil Aura.

"Hmm." Balas Uthman.

"Andailah kita di takdirkan tidak mempunyai zuriat? By.." Aura nak meneruskan cakapnya namun dia tak mampu.

"Sayang." Panggil Uthman lalu menghadapkan Aura melihatnya.

"Walaupun kita takde zuriat, Bh tetap sayangkan Isteri By ni. Jangan nak mintak By buat benda yang By takkan buat." Kata Uthman seperti dapat menangkap maksud si isteri.

"By tetap bahagia dengan Sayang. Banyak kawan By dekat Pangkalan tu takde Zuriat, ok je By lihat. Makin Sayang pulak mereka dekat bini bini dorang tu." Kata Uthman.

Dia tahu fikiran isterinya sekarag hanya Zuriat. Itu yang menyebabkan Aura terbawa hingga kedalam mimpi.

Terkadang tertangkap oleh Uthman isterinya menangis disaat Aura sedang lena.

"Abang takkan pernah tinggalkan sayang. Apalagi nak duakan sayang sebab benda ni." Kata Uthman lagi.

"Allah dah atur semuanya Sayang, Tak sekarang mungkin akan datang. Tak cepat mungkin lambat." Katanya memeluk isterinya yang sudah teresak.

"Maafkan Aura sebab masih tak mampu nak bahagiakan By." Esak Aura.

"By dah cukup bahagia sekarang. Ada Sayang disisi By." Kata Uthman.

"Dah jom tidur. Esok By nak gerak Awal." Kata Uthman membawa isterinya masuk semula kebilik.

Seperti malam malam yang lepas, Aura tetap akan baring diatas tubuhnya. Dia boleh rasakan dengan cara macam tu berat isterinya makin berkurang.

Sakit ke dia? By tak sanggup tengok Sayang dalam keadaan macam ni. Stress sebab anak. Bisik hati Uthman.

Dia mengucup lembut rambuat isterinya yang sudah lena diatas dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience