BAB 33

Romance Completed 13562

Aqisha memeluk stereng keretanya erat kemudian mencium-ciumnya beberapa kali. Rindu sangat dengan keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Alhamduliah, enjin tidak meragam. Dia keluar sebentar dan berjalan ke arah Aiman dan Tengku Emran yang sedang berbual. Dia kemudian mengucapkan terima kasih kepada Aiman. Aiman hanya tersenyum dan mengangguk kemudian dia kembali menjalankan tugasnya. Tinggal dia dengan Tengku Emran seorang.

"Jom lah balik. Lewat dah ni."

Ajak Aqisha. Tengku Emran mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan menuju kereta masing-masing. Perjalanan diatur pulang ke rumah masing-masing.

° ° ° ° ° ° °

"Macam mana, Mai? Kira setuju la ni ye? Saya tengok budak Emran dengan Aqisha tu sesuai sangat.."

Sekali lagi Puan Sabrina menyuarakan pendapat. Petang itu, dia serta suaminya singgah sebentar ke rumah Aqisha dengan hajat. Hajat untuk mempersunting Aqisha menjadi isteri Tengku Emran.

"Kalau saya bersetuju je Sab.. Lagipun elok la benda baik tidak ditangguh. Cuma masalahnya, Aqisha tu lah.. Walaupun kita sebagai ibu bapa merestui , belum pasti mereka berdua setuju dengan perkara ini.. Apalagi budak Aqisha tu.. Belum sepenuhnya sedia menjadi isteri dan menantu yang baik.."

"Kita boleh ajar budak-budak tu perlahan-lahan Mai.. Insyaallah, Aqisha boleh jadi isteri dan menantu yang baik.."

Ucap Puan Sabrina lembut. Puan Maisarah hanya mengangguk dan tersenyum. Dia juga berkenan dengan Tengku Emran. Pemuda itulah yang pernah menolongnya membayar harga sotong pada saat Aqisha meninggalkannya. Tidak pernah sesekali wajah itu dilupa.

"Insyaallah Sab.. Malamni saya berbincang dengan Aqisha.."

Balas Puan Maisarah. Puan Sabrina menarik nafas lega setelah Puan Maisarah bersetuju berbincang dengan Aqisha.. Dia serta suami kemudian pamit meminta diri. Sejurus sahaja mereka ingin keluar, kereta Aqisha tiba di hadapan rumah. Aqisha kaget dengan kehadiran kedua tetamu itu. Dia pantas keluar dari kereta dan menyalami tangan Puan Sabrina dan Encik Ibrahim. Puan Sabrina kemudian mengucup lembut dahi Aqisha.

"Auntie dah nak balik ke?"

Tanya Aqisha.

"Ye sayang.. Auntie harap Aqisha sudi terima Emran apa adanya.."

Puan Sabrina tersenyum manis seraya mengatur langkah bersama suaminya, meninggalkan Aqisha yang terpinga-pinga. Aqisha masih belum mengetahui perkara sebenar. Pantas pandangannya dihalakan ke arah Puan Maisarah, yang sedari tadi berdiri di hadapan pintu rumah.

"Masuk dulu Qish. Bersihkan diri.. Dah maghrib dah ni.. Malam nanti mama bagitahu Qish perkara sebenar.."

Aqisha hanya mengikut arahan mamanya dengan seribu satu persoalan.

° ° ° ° ° °

"Ibu..ayah... Kenapa buat keputusan melulu tanpa tunggu Im?"
Tengku Emran sebaik sahaja ibu bapanya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sebenarnya kaget apabila hanya melihat Najwa seorang dirumah apabila dia tiba tadi. Apabila ditanya, Najwa menjawap Puan Sabrina dan Encik Ibrahim pergi ke sebelah rumah, untuk merisik Aqisha menjadi isterinya. Setelah mendengar kata-kata Najwa, dia mundar mandir di dalam rumah, menunggu kedatangan ibu bapanya. Setelah mereka berdua tiba, Tengku Emran langsung bertanya.

"Emran.. Kalau ye pun, bagilah ibu dan ayah duduk dahulu.. Ni tak.. Main terjah aje tanya ibu.. Ni ke Tengku Emran yang ibu didik dari kecik sampai besar? Bersikap kurang ajar begini?"

Tengku Emran menunduk. Sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan. Namun, dia gagal menahan diri daripada bertanya terus kepada ibunya kerana membuat keputusan tanpa persetujuannya.
Puan Sabrina mengangkat wajah Tengku Emran, memaksa anak lelakinya itu memandangnya.

"Kita bincang lepas makan malam ni ye sayang? Emran mandi dulu, solat maghrib.. Lepastu turun, makan.. Lepastu kita bincang elok-elok.. Boleh, nak?"

Tengku Emran mengangguk faham. Memang benar Tengku Emran seorang anak yang penurut kata ibu bapa. Puan Sabrina berjaya mendidik anak lelaki nya itu dengan baik. Tengku Emran segera melangkah ke biliknya setelah meminta diri berbuat demikian.
Selesai mandi serta solat, Tengku Emran turun menjamu selera bersama keluarga tercinta.
Sesudah makan dan seperti yang dijanjikan, puan sabrina menceritakan perkara sebenar.

"Emran sayang jiran sebelah nama Aqisha tu?"

Tengku Emran tidak menjawap. Hatinya berdegup kencang mendengar pertanyaan ibunya.
Dia menarik nafas kemudian melepaskannya perlahan.

"Jujur.. Emran sayangkan Aqisha, bu.. Tapi Em takpasti Aqisha ada perasaan yang sama macam Em rasa. Sebab tu Em tetiba rasa marah tadi dengan ibu sebab buat keputusan tanpa persetujuan Em.."

"Emran.. Ibu bukan ingin mengundang kemarahan Em.. Em tahu kan ibu sayangkan Em? Ibu risau sampai sekarang Em masih belum berumah tangga. Ibu ingin mengendong cucu dan ibu ingin melihat Em bahagia. Sebelum nikmat hidup ibu dan ayah ditarik Allah.."

"Ibu.. Ape cakap macam ni? Emran taksuka bila ibu cakap pasal mati ni bu."

Puan Sabrina mengenggam erat tangan Tengku Emran.

"Ini kenyataan sayang.. Hidup mati kita ditangan Allah. Dan selagi ibu hidup, ibu nak tengok anak ibu ni bahagia di samping isteri yang boleh menjaga Emran.."

Emran menundukkan wajahnya. Dia berfikir sedalam-dalamnya. Kalau dia setuju, belum pasti gadis di sebelah rumahnya itu setuju. Pertanyaan itu dibiarkan berlalu sepi.
Setelah perbincangan yang sedikit sebak tadi, dia berlalu ke biliknya.
Dinding dalam bilik menjadi tatapan Tengku Emran, lama sekali. Timbul rasa ingin tahu tentang gadis itu. Telefon bimbit dicapai. Nombor Aqisha didail, namun tidak boleh dihubungi. Sekali lagi dia mendail, namun tetap sahaja tidak dapat dihubungi. Keluhan berat dilepaskan. Malam itu Tengku Emran tertidur keletihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience