Bab 4

Romance Series 113890

Mana Amy ni, cakap nak teman pergi service motor. Nanti lambat. Dah la aku ada metting pukul 12 nanti. Bebel aku di meja makan sambil menyuap roti bakar.

Aku sarapan tak kisah, apa-apa pun boleh. Asalkan kenyang. Orang cakap sarapan ni penting, kalau tak otak tak jalan.

"Kak, dah siap ke?" tanya Amy sambil terkedek-kedek turun tangga.

"Amy, cepat lah. Lambat nanti. Tengok jam dah pukul berapa ni?" dia ni la suka tau lambat-lambat. Karang aku jugak yang kalut.

"Ye, ye.. Dah siap. Jap. Makan roti dulu. Sarapan penting untuk otak yang cerdas" balas Amy sambil tersengih.

"Akak tunggu luar la. Mak, orang pergi kerja dulu tau. Hari ni sibuk sikit, tak pasti balik pukul berapa. Nanti apa-apa Yus bagitau ek." ucap aku pada mak sambil salam tangan dan cium pipi mak. Itu adalah rutin kitaorang dari kecil. Tak kira lah, keluar ke sekolah, kerja atau mana-mana sekali pun mesti salam dan cium mak abah dulu.

"Abah, Yus gerak dulu" ucap aku sambil salam dan cium tangan abah.

"Ye lah, bawa motor tu jangan nak laju sangat. Ingat, awak tu perempuan. Tak payah nak rempit-rempit." pesan mak.

"Beli motor mahal, bawa slow-slow baik beli C70 je". Gurau aku.

"Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak. Abang la ni. Bagi sangat Yus tu beli motor. Dah la motor besar, kereta kan dah ada. Layan sangat dengan minat anak tu" tak pasal-pasal abah pulak kena bebel.

"Biarlah, janji pandai jaga keselamatan diri." balas abah sambil teruskan makan.

Tersengih-sengih aku dan buat pis pada mak. Muncung mulut mak. Kih kih kih

"Oklah mak, abah, Amy pun nak gerak ni. Nak teman Kak Yus service motor dulu. Dah settel baru ke pejabat". Ucap Amy sambil salam dan cium tangan abah diikuti pula salam dan cium tangan dan pipi mak. Anak manja.

Aku di luar rumah sudah bersedia di atas motorsikal kesayanganku kawasaki Ninja ZX-10R warna hitam merah yang baru dibeli tahun lepas. Itu pun jenuh juga nak beli sebab abah mahu aku dapatkan lesen B full baru boleh beli motorsikal ni. Yang paling best, Amy tumpang sekaki minta abah belikan juga sebiji untuknya. Sibuk je kan. Kereta dah ada, sibuk nak motor juga. Aku pun lebih kurang, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Hihihihi.. Aku pun ada juga mempunyai sebuah kereta tapi aku lebih selesa dengan menunggang motorsikal. Penat nak tempuh jem. Orang yang tinggal kawasan sibuk macam ni, tua dalam kereta je la. Mana taknya, mengadap jem saja dah berapa lama. Itu, waktu pergi kerja, belum lagi balik kerja. Hm...

"Kak, kau tak nak gerak ke? Tadi sibuk sangat cakap orang lambat. Sekarang dia pulak dok berangan atas motor. Kalau tak jadi, orang nak gerak dulu." ucap Amy yang dah bersedia di atas motorsikalnya lengkap helmet full face, jaket serta glove.

"Ye, ye, nak gerak la ni." ucap aku lalu memulas trotel minyak dan gerak.

"Pak Hamid, kitaorang gerak dulu".

Pak Hamid ni tukang kebun kat rumah ni. Cuma pembantu rumah je tak ada sebab mak lebih suka uruskan rumah dengan tangannya sendiri. Tambahan pula mak sekarang sudah berpencen dari jawatan Pengetua Sekolah. Cuma kadang-kadang Pak Hamid akan bawa Mak Minah datang ke rumah jika mak mahu bantuan.

****

"Laporan Operasi semalam dah siap ke? Aku nak serah pada Tuan Yunus pagi esok?" soal Aniq sambil memandu dengan tenang kereta Honda CRV hitam miliknya.

Syam di sebelah di jeling sekilas.

"Dah, ada atas meja aku. Sampai pejabat aku serah".

Vrromm... Vrromm... Kelepek

"Oit!" Jerit Syam

"Kurang asam. Bawa motor macam pelesit, selamba badak je langgar side mirror sampai terlipat. Ingat ni jalan bapak dia agaknya. Ni la dianya. Nak bawak laju-laju pergi kat litar sepang la wei" marah Syam.

Aniq dengan selamba membetulkan semula side mirror yang terlipat tersebut dan meneruskan pemanduan seperti tiada apa yang berlaku.

"Weh, kau boleh diam je Aniq, motor tu langgar side mirror kau kot" tegur Syam tidak puas hati.

Hai la mamat muka ketat ni. Macam tak de perasaan. Letih aku je bebel sorang-sorang.

"Aku tak suruh pun kau bebel kat motor tu" balas Aniq.

"Aik! Macam tau-tau je apa aku cakap. Kau ni membela ek?" soal Syam pada Aniq.

"Aku bukan baru kenal kau, dari sekolah lagi kan. Dah tau sangat apa yang ada dalam kepala tu. Tak payah sebut pun dah tau" balas Aniq selamba.

"Tak la, bawak motor macam jalan bapa dia. Tau la jalan jem sekarang ni, kot ya pun nak cilok, jangan nak sondol side mirror orang. Haih, nasib baik bukan kereta aku. Kalau tak.. Siap la. Aku cari mat motor tu." balas Syam.

Dah-dah, tak payah nak membebel macam mak nenek. Sakit telinga aku ni. Bawa kereta pun tak senang." ucap Aniq.

"Ye la, ye la.. Kalau bukan suara aku, suara siapa lagi yang kau nak dengar. Intan?" usik Syam

"Dah, dah. Kau jangan nak mula ye. Intan tu rakan sekerja je. Kau jangan nak macam-macam. Jangan nak pandai-pandai buat cerita berita yang betul.

"Eh, lupa nak tanya. Apa cerita yang Tuan Haidar minta temankan tu. Pasal apa?" soal Syam.

Aniq sekilas pandang pada Syam dan membalas.

"Nantilah aku cerita". Terbit keluhan halus dari mulut Aniq.

"Macam berat je bunyi". Jawab Syam.

Kereta membelok masuk melalui pintu utama dan anggota yang bertugas di Pondok Pengawal memberi tabik hormat kepada Aniq dan Syam sebagai Pegawai Kanan Polis. Aniq dan Syam membalas dengan mengangkat tangan.

Kereta diletakkan di tempat parkir yang disediakan dan sambil berjalan, kedua-dua lelaki tersebut memakai pas berwarna kuning menandakan pas bagi Pegawai Kanan Polis. Anggota yang berada di pintu masuk bangunan memberi tabik hormat dan salam pada Aniq dan Syam.

Kedua-dua mereka menuju ke tangga bangunan tersebut walaupunpun bangunan ini mempunyai lif.

"Eh, aku lama dah nak tanya tapi lupa, apasal ye kau suka guna tangga, pejabat kita tingkat 3 kot. Lif bukannya tak ada. Pelik la aku" soal Syam sambil mengikut Aniq dari belakang mendaki tangga.

"Apa yang pelik, naik tanggakan satu jenis senaman. Bagus untuk jantung. Kalau kau tak nak guna tangga, apasa tak guna lif tadi?" soal Aniq pula.

"Tak la, kita kan selalu pergi gym. Setakat naik tangga ni apa la sangat." balas Syam.

"Kalau dah apa la sangat, jangan banyak bunyi" balas Aniq.

"Ye la.. Ye la.. Aku jugak yang salah"

"Aku tak cakap salah. Kau ni.. " balas Aniq lalu menekan loceng pada tepi pintu masuk utama ke pejabat D9. Tidak lama bunyi beep menandakan lock pada pintu sudah dibuka.

Aniq memasukkan anak kunci pada tombol pintu pejabatnya dan masuk diikuti oleh Syam.

Tidak lama kemudian bunyi ketukan di pintu.

Tok tok tok.

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan Aniq, Tuan Syam. Ni fail yang Tuan Aniq minta tu" ucap Koperal Azman lalu menghulur fail pada Aniq.

"Thank you Azman. Maklum pada team, saya nak jumpa petang ni jam 1500hrs di Bilik Mesyuarat selepas saya jumpa Tuan Yunus." arah Aniq pada Koperal Azman.

"Baik Tuan, saya akan maklum pada team. Terima kasih Tuan. Saya keluar dulu". Lalu Koperal Azman keluar dari pejabat Aniq dan menutup semula pintu pejabat.

"Eh, ni bukan fail pasal kes ugut tu ke. Apa nama CEO syarikat ni?" soal Syam.

"Syed Alauddin Bin Syed Altamis" balas Aniq.

"Ha.. Pelik aku, dah kenapa kes macam ni pun D9 yang kena follow up. Apa yang special CEO ni?" soal Syam sambil mengambil fail yang dihulur oleh Aniq.

"Cuba kau tengok suspek kes ni. Suspek ni, suspek yang sama kes 7 bulan dulu. Syarikat Kencana Indah."

"Kes Dato' Ikhsan tu. Apa kena mengena pulak kali ni?" soal Syam sambil membaca isi kandungan.

"Petang ni, aku metting pasal kes ni la. Nanti aku terangkan detail. Sekarang ni kau keluar, aku banyak kerja. Kalau aku layan kau, sampai esok pun kerja aku tak siap. Dah keluar-keluar, jangan lupa laporan yang aku mintak tu." halau Aniq sambil tangannya menunjuk ke pintu.

"Ye... Baik Tuan Aniq. Kejap ye, saya ambilkan laporan tu" usik Syam lalu keluar dari pejabat Aniq.

Anis kemudian meneliti fail tadi dan mengambil sekeping gambar yang ada dalam fail tersebut. Gambar itu diperhati sambil keluar satu keluhan berat.

Share this novel

liyana
2021-02-11 10:41:22 

knp watak sama mcm you are mine aniq,syam,intan pastu polis


NovelPlus Premium

The best ads free experience