BAB 6

Humor Completed 8905

Ish , laptop aku ni buat hal la pulak. Aku menumbuk meja geram. Masa ni jugala laptop aku nak meragam. Sudah pukul 10 malam ni, hanya tinggalka 10 jam lagi tempoh untuk aku selesaikan kerja aku.Aku buntu memikirkan bagaimana aku mahu siapkan kertas kerjaku yang hanya tinggal 10% lagi untuk siap .Esok aku perlu membentangkan kertas kerja ini kepada ajen syarikat Australia.

Kalau tidak siap,alamatnya syarikat tempat aku bekerja akan kerugian berbillion ringgit .Aku menggaru kepala dengan kedua-dua tanganku seningga rambutku kusut masai. Arghh!! Tensionnya!! Oh ya! Terlupa pulak aku, Norman ada laptop.Jadi, apa lagi? Aku mesti pinjam dengan dia. Tanpa berfikir panjang aku terus ke tingkat atas untuk ke bilik Norman .

Pintu bilik Norman tidak berkunci dan tanpa memberi salam aku terus menyerbu masuk ke biliknya. Inilah pertama kali aku masuk ke biliknya.Selama ini kami tinggal di bilik berasingan kerana syarat yang aku berikan.

Ketika aku masuk ke biliknya, dia baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Dia tergaman melihat aku.Aku pula terkejut melihat keadaanya lantas aku berpaling ke arah lain .Malu apabila melihat tubuhnya yang sasa tanpa dibaluti baju. Pipiku terasa panas. Alamak..salah masa la pulak.

" Ada apa awak masuk bilik saya?" Soalnya lembut. Jantungku mula berdegup kencang.Tidak sanggup berhadapan dengannya ketika ini.

" Err..tak ada apa-apa…," kataku tanpa melihat ke arahnya. Aku terus berlalu dari situ namun tiba-tiba terasa ada tangan yang memaut lenganku.Dengan spontan aku berpaling.

Aku seperti kehilangan kata apabila melihat Norman sudah berada dekat denganku.Aku terpaku. Hatiku semakin tidak keruan apabila melihat wajah sebenarnya tanpa cermin mata besar dan rambut yang masih kusut selepas mandi. Handsomenya!! Macam wajah pelakon Eizlan Yusof la pulak. Aku gugup.

" Awak mesti nak minta tolong saya kan? Kalau tak ,awak tak kan masuk bilik saya..," aku kembali ke alam nyata mendengar pertanyaannya.

" Aku..aku nak pinjam laptop..kau..bo..bolehke?" Aku tidak tahu kenapa aku tergagap-gagap ketika ini. Tubuhku terasa seram sejuk.Aku merasakan yang Norman kini bukan Norman yang aku kenali sebelum ini.

" Owh..boleh je..duduklah dulu..," pelawanya kemudian berjalan ke arah meja tulisnya lalu mengambil laptop . Dadaku terasa sesak apabila melihat dadanya yang bidang..apa lagi bila melihat senyumannya yang memukau.Ya Allah kenapa dengan aku ni ? Kenapa mesti aku rasa begini?

" Lain kali datang la melawat bilik saya lagi..saya suka kalau awak ada kat sini," katanya selamba. Laptop dihulurkan kepadaku.Matanya merenungku dalam.Aku menelan air liur. Kenapa suara dia romantis semacam je?

" Terima kasih.." Laptop itu aku capai lalu berlari meninggalkan biliknya . Aku tidak boleh lama di situ kerana nafasku semakin lama semakin tidak stabil ketika berhadapan dengannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience