Bab 40

Romance Completed 78329

Punggungnya dihenyakkan ke atas katil. Hatinya masih lagi tak puas hati dengan kejadian tadi. Baginya, Gia hanya berpura-pura sedih dan cuba untuk mencuri perhatian ibu. Huh! Kau jangan ingat kau buat cerita sedih, ayat sedih macam tu aku akan percaya yang kau ni baik orangnya.

Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang ni takkanlah hasil siasatan masih lagi tak tunjuk apa-apa kot? Takkan tak ada sedikit bukti pun yang tersisa? Luqman mencari nombor telefon Idham di dalam contactnya lalu nombor Idham dicall. Panggilannya berjawab.

“Hello Idham. Aku nak tanya. Still tak ada progress apa-apa ke pasal siasatan tu sampai sekarang? Dah lama kot! Takkan tak dapat apa-apa bukti lagi?” Apa yang dia tahu dia dah tak boleh nak tunggu lagi. Dia nak Gia dihukum jugak.

“Belum lagi Luq. Baru beberapa hari lepas kawan aku dekat sana ada call dan cakap pasal ni. Diorang cakap still tak dapat nak trace bukti yang ada. Diorang cuba track GPS kereta apa semua tapi still tak datangkan hasil apa-apa.”

Luqman mencarut dalam hati dalam masa yang sama geram jugak. Pandai kau aturkan plan ehhh supaya semua bukti dah hapus! Kau ni nampak je macam bodoh tapi bijak!

“Ok thank you Idham.” Luqman putuskan talian lalu telefonnya dicampak ke tepi. Badannya direbahkan. Fikirannya melayang terfikirkan sesuatu.

Ke…aku sendiri yang siasat pasal benda ni? Lagipun, bukannya aku tak pernah buat benda-benda macam ni? Aku akan siasat pakai cara aku sendiri. Aku akan buat Gia mengaku jugak salah dia!

VITALIKA mengeluh besar bila terpaksa berhadapan dengan tiga serangkai di hadapannya ini lagi. Tiga serangkai ni masih lagi tak puas hati dengannya. Apa lah masalah diorang ni? Nak kata aku makan dengan Doktor Ariff lunch tadi, aku rasa tak. Dah berapa hari aku tak makan dengan Doktor Ariff dan Doktor Ariff pun lately ni makan dengan Doktor Amirul. Tak faham betullah aku dengan tiga orang ni apa yang tak puas hati lagi.

“Yes? Anything?” Tanya Vitalika bila tiga serangkai di hadapannya hanya memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

“Aku nak kau mintak tukar tempat praktikal kau. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini,” arah Juliana. Wah! Hebat dahlah tu suruh orang tukar tempat praktikal.

“Kenapa saya nak kena ikut cakap awak? Awak orang atasan ke sampaikan saya nak kena dengar cakap awak? Awak pun tahap nurse je.”

Pedas! Pedas! Berdesing telinga mereka bertiga dibuatnya bila Vitalika balas macam tu.

“Kalau kau tak pindah tempat praktikal kau, kau tunggu! Jangan ingat kau akan hidup senang dekat sini.”

“Ya? Ada saya kisah?”

“Budak ni acah berani je Ju!” Sampuk Dayang dengan muka dia tak boleh blah. Tak guna muka cantik tapi perangai macam ayam.

“Samalah dengan awak nurse Dayang. Awak pun acah berani jugak sebab apa? Awak ada geng…”

“Mulut kau!” Hah! Tahu pun kau panas Dayang oiii! Dasar Dayang senandung.

“Kau ni mak bapak kau tak ajar erti adab eh?! Suka hati mulut kau je nak mengata orang!”

Kalau bab main dengan mak bapak ni wahhh…aku tak boleh terima! Apahal pulak nak kait dengan mak bapak aku?

“Same goes to you. Mak bapak awak bertiga ni tak ajar adab jugak ke? Suka hati je nak serang orang semata-semata seorang lelaki? Beradab sangat dahlah tu?” Kebabom! Seolah-olah kena tembak dengan meriam buluh!

Panggg!!!! Pipi Vitalika ditampar kuat oleh Juliana. Nurse-nurse dan doktor yang lalu disitu terkejut dengan kelakuan Juliana. Dayang dan Fariha pula tersenyum puas.

“Ju! Kau buat apa hah?!” Tegur seorang doktor lelaki di situ.

Vitalika pula menahan rasa sengal pada pipinya. Seumur hidupnya baru pertama kali orang menaikkan tangan pada wajahnya. Ini memang dah melampau.

“Doktor jangan masuk campur. Ini hal saya dengan dia!”

“Apa masalah you sebenarnya nurse Juliana?” Suara yang menyapanya dari belakang membuatkan Juliana dan gengnya terdiam seketika. Mereka kenal suara siapa yang tengah menegur Juliana sekarang ni. Doktor Ariff!

Mereka bertiga perlahan-lahan menoleh ke belakang menghadap wajah serius Doktor Ariff sekarang. Selama ni Ariff hanya melihat saja perlakuan Juliana, Dayang dan Fariha tapi dia tak pernah tegur. Tapi, sekarang sampai naik tangan memang dia dah tak boleh nak terima.

“Doktor Ariff…”

“I perhatikan you dari dulu sampai sekarang! Tak habis-habis nak buli budak intern! Apa masalah yang you ada sekarang ni? Masalah jiwa ke sampaikan you naik tangan dekat Vitalika? You know right that she is still new here! Kalau dia balik buat report dekat sana, you tak rasa ke reputasi hospital akan terjejas just because three of you yang selalu buat hal!”

Terdiam ketiga-tiga mereka bila dimarahi Doktor Ariff di depan doktor dan nurse yang lain. Doktor dan nurse yang ada di situ puas hati bila Doktor Ariff bertindak untuk memarahi tiga-tiga orang tersebut. Selama ni kalau mereka yang tegur langsung tak dibuat peduli oleh Juliana, Dayang dan Fariha tapi sekali Doktor Ariff buka mulut, terus menikus!

“Three of you beruntung sebab budak intern selama ni tak pernah mengadu atau buat report pasal you guys! Tak malu ke hah buat perangai yang tak semenggah macam ni sebabkan hati dan perasaan je? I nak tanya pada you nurse Juliana…kalau you tampar dan marah Vitalika macam ni, apa yang you dapat? Puas hati? I bet you puas hati tapi dalam masa yang sama I nak tanya you…you ingat bila you buat macam ni, I akan jatuh hati pada you ke nurse Juliana?”

Kebabom! Kilat, petir semua keluar jadi sound effect kepada Juliana and the gang. Pedihnya menusup sampai ke dalam tulang sum-sum. Ahaks! Kan dah kena dengan Doktor Ariff!

Merah padam muka Juliana dibuatnya bila ditempelak sedemikian rupa depan doktor dan nurse yang lain. Malah, patient yang lalu dengan kerusi roda pun turut pandang ke arah drama mereka.

“Kenapa you cakap macam tu doktor?” Juliana bersuara perlahan. Menahan rasa hatinya bila ditempelak macam tu oleh Doktor Ariff.

“You tanya I kenapa I cakap macam tu? I cakap macam tu in case to make you sedar apa yang you buat sekarang totally salah! Masa you study and intern dulu, ada ke lecturer or supervisor you ajar you berkelakuan macam ni? I rasa tak ada sebab I study and intern dulu pun tak diajar untuk jadi macam ni. I bet jugak yang Vitalika pun tak pernah study macam tu. Perbuatan you too much nurse Juliana! For this time, I terpaksa tegur you sebab selama ni doktor dan nurse yang lain ada tegur you, you buat tak peduli! And now, bila I tegur you, diam pulak you?!”

Vitalika memandang wajah bengis Doktor Ariff dan wajah merah padam Juliana. Aku tahu Juliana mesti rasa malu sekarang ni. Apatah lagi bila kena tegur depan-depan macam tu.

“Doktor Ariff…I think this is more than enough. Lagipun, doktor marah nurse Juliana depan doktor dan nurse yang lain. Tak eloklah doktor…” Vitalika bersuara supaya Doktor Ariff berhenti marahkan Juliana setakat itu saja.

“No. You tak tahu apa yang diorang bertiga ni dah pernah buat pada budak intern yang lain. You rasa diorang bertiga ni ada perasaan malu ke bila kena tegur macam ni? Selama ni kena tegur pun buat muka ketat tak bersalah…” Sempat lagi dia memerli dan menyindir.

“Saya tahu doktor tapi sudahlah. Saya ok…” Ok sikit. Pipi aku still rasa berpijar.

“You baik sangat sebab tu diorang ni pijak kepala you! I perhatikan tindak-tanduk diorang selama ni pada you! I tahu you fight balik tapi I tak puas hati sebab diorang masih lagi pijak you as intern student! Now, you three listens to me! Kalau I nampak you guys cari hal lagi dengan Vitalika or intern students yang lain lepas ni, I takkan teragak-agak untuk lapor pada pihak atasan! Mark my words! I tak main-main!” Laju ketiga-tiga mereka mengangguk. Hah! Menikus kau bila kena dengan Doktor Ariff. Tulah! Jangan berlagak besar kepala sangat!

“Sekarang you ikut I!” Arah Doktor Ariff kepada Vitalika.
Vitalika sempat lagi melihat ke arah Juliana, Dayang dan Fariha sebelum mengikut Doktor Ariff ke luar hospital. Menuju ke arah taman permainan kanak-kanak.

“Ada apa doktor ajak saya ke sini?” Tanya Vitalika sebaik saja mereka tiba di taman permainan kanak-kanak. Dia tak tahu ke aku still ada kerja dekat dalam tu. Kalau aku culas macam ni, apa pulak kata yang lain nanti.

“You ok?” Vitalika mengangguk. Ariff melihat ke arah pipi Vitalika yang sedikit memerah. Mungkin kesan dari penampar Juliana tadi kot.

“Pipi you tu…sakit?”

“Sikit je doktor. Saya ok je doktor tak ada apa-apa yang nak dirisaukan.”

“Ok lah kalau you cakap macam tu. I ada benda nak cakap dengan you. I hope you tak kisah I curi masa you sikit.”

“Apa dia doktor?”

“I dah berbincang dengan orang atasan. Atas your safety, now you di bawah seliaan I as intern dari luar negara.”

“Huh? Kenapa pulak macam tu doktor? Saya ok jelah doktor.” Gelabah Vitalika dibuatnya bila tiba-tiba saja dia dibawah seliaan Doktor Ariff.

“I buat ni untuk safety you. You rasa tiga orang tu akan insaf ke lepas apa yang I cakap dekat diorang? I yakin yang diorang tu akan kacau you lagi. I dah cukup kenal dengan diorang tu tambah-tambah lagi nurse Juliana.”

“Doktor…I’m deadly serious okay with it. Doktor tak payahlah susah-susah nak…”

“Syh! Diam! I have made my decision and honestly pihak atasan tak kisah pun dengan keputusan I and I tak rasa terbeban pun dengan apa yang I buat sekarang ni. I nak you intern dengan aman and finish your intern dengan sebaik mungkin. Ok?”

Dah Doktor Ariff cakap macam tu…aku pun malas nak ambik pusing. Aku pun terpaksa bersetuju dengan keputusan Doktor Ariff. Haih...sepatutnya aku dibawah seliaan nurse tapi tiba-tiba pulak Doktor Ariff yang ambik. Tak betul ni tapi kalau aku membangkang sekalipun, tak ada gunanya jugak. Keputusan muktamad.

“One more thing I nak tanya you…I think I pernah jumpa you somewhere. Sebijik sama dengan you last night dekat mall but I bet that was not you.”

“Last night?” Kalau last night…mesti dia nampak kak Gia sebab memang kak Gia keluar ke mall semalam nak beli barang.

“Saya rasa doktor salah orang ni. Takkanlah ada orang lain pulak.” Aku tak suka nak dedahkan siapa kembar aku sebenarnya dan kak Gia pun tak bagi sangat aku dedah siapa dia sebenarnya.

“Mata I tak rabun lagi Vitalika and I know that person looks like you. Perfect!”

“Bukanlah doktor. Saya duduk rumah je semalam. Oklah doktor…saya pergi sambung buat kerja dulu,” Vitalika pantas melarikan dirinya dari disoal macam-macam. Kang tak pasal-pasal aku memang terbuka cerita yang aku ni ada kembar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience