BAB 17

Mystery & Detective Completed 12501

SELESAI sudah majlis kenduri untuk arwah Senah. Pemergiannya amat terasa dalam jiwa. Seorang atlet sekolah dalam acara lempar cakera dan 1000 meter, bahkan pernah mewakili sampai ke peringkat negeri meninggal dunia.

Yang lebih menyayat hati dan meninggalkan kesan yang paling dalam adalah cara pemergian arwah.

Mengikut kata pemandu lori berkenaan, sewaktu dia sedang menaiki bukit dari stesen Flora Height dia memang tak nampak sebarang kelibat termasuk kucing melintas, anjing berjalan, monyet menghendap dari atas tiang elektrik bahkan ini manusia! Memang tak masuk akal sebenarnya, tapi itulah hakikat.

Cuma ketika tiba di simpang selekoh ke Flora Height dia hanya nampak satu kelibat terbang di depannya dan menyebabkan lori yang di pandu tersasar masuk ke kawasan pembinaan perumahan. Itu adalah tempat kerjanya menghantar pasir setiap hari.

Bila dia turun dari lori dia nampak dia telah melanggar seseorang. Yang pasti perempuan sebab tudung yang di pakai oleh mangsa. Terus dia menelefon polis untuk datang ke tempat kejadian.

Yang musykilnya, kelibat yang terbang depan matanya tadi hitam dan kecil seakan sebiji batu bata merah. Yang di langgar pula berkali ganda besarnya dengan benda yang dia nampak. Dia tak silap pandang.

Encik Daud bersalaman dengan ahli keluarga arwah Senah dan memohon maaf atas apa yang berlaku beberapa hari lepas. Mujur keluarga Senah dapat menerima pemergian arwah Senah dan memaafkan Encik Duad yang menyebabkan kematian. Itu semua suratan Allah. Mereka redha.

Cuma.. sejak kebelakangan selepas kematian Senah, keadaan mental Fiza makin terganggu. Dia sering meracau-racau. Dah seminggu dia tak ke sekolah atas faktor kesihatan.

Fiza sering menyebut Senah kena lapah. Senah lapah. Senah kena lapah dengan setan!

Huish! Seriau der kalau dengar dari mulut Fiza. Dengan muka dia yang menyeramkan tu, dah tak macam dulu. Dulu muka dia macam Reen Rahim, sekarang dia tak ubah macam orang gila yang meracau cakap-cakap pasal hantu.

"Diakan lemah semangat. Mungkin sebab tu dia terganggu." Kata Fuza.

"Yelah. Tak ingat masa hari sebelum kejadian, kita semua nak kenakan dia kan. Sudahnya siapa yang terkena?" Ada nada kesal pada kata-kata Ila.

"Betul cakap kau orang. Tapi aku masih tetanya-tanya tentang kematian Senah. Memang misteri gila. Ni kalau pihak polis tahu apa yang berlaku sebelum kemalangan, habislah kita semua." Sampuk Kiah pula.

Mereka semua terdiam. Takut kalau ada telinga yang lain yang sedang mendengar selain mereka berlima di sini.

"Kamera yang kita nyorokkan tu, kau dah ambil belum?" Milah terpaksa mencelah walau sebenarnya dia paling takut ketika ini.

"Dah. Tapi.."

Lapan biji mata memandang Kiah. Seperti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Kiah selama ni. wajah Kiah dah pucat bibirnya menggeletar.

"Kau orang mesti terkejut kalau aku tunjukkan nanti." Sambung Kiah perlahan dalam bisikan.

"Fuza! Jom balik!" Ecah melaung nama kakaknya.

Mak ayah Fuza semuanya sudah berada di luar rumah keluarga arwah Senah untuk pulang ke rumah.

"Wei, kalau nak tengok apa yang ada dalam kamera tu jangan lupa tunggu aku tau." Sempat lagi Fuza memesan sebelum bersalaman dengan teman-temannya.

"Eh, aku gerak dulu lah. Bye. Jumpa nanti!"

Tergesa-gesa Fuza mengejar jejak keluarganya yang mula meninggalkan perkarangan rumah arwah kawan mereka.

"Kiah.. apa yang kau nampak?" Tanya Ila.

"Kau orang nak tahu.. dalam rakaman tu, aku nampak..."

Buk!

Sesuatu terjatuh dari atas pokok menghempap mereka berempat. Mencicit mereka lari menuju ke rumah arwah Senah semula. sejak habis bacaan Yassin, mereka belima keluar dari pintu dapur dan duduk di pankin buatan ayah arwah Senah di bawah pokok kelapa.

Pelepah pokok kelapa yang sudah tua terjatuh mengena mereka berempat. Mail sekadar melihat tanpa menghulurkan bantuan kerana belum sempat dia sampai ke arah anak gadis itu, pelepah pokok kelapa itu telah menghilang setelah mengganggu mereka.

Tak cukup tanah Mail cuba mencari jalan pulang. Setelah kejadian itu, Mail demam panas. Empat hari dia di masukkan ke hospital kerana suhu badannya terlampau tinggi. 40 darjah celicius.

HUJAN turun renyai-renyai membasahi bumi. Menyejukkan seisi alam dengan curahan airnya yang menyegarkan. Ainul Hanania tidak keluar rumah ketika ini. Selepas kematian Senah, Ainul Hanania banyak mendiamkan diri.

Sesekali bila di tanya dia akan menjawab. Itupun sepatah. Fikirannya mulai terganggu sebenarnya dengan punca kematian rakan sekolahnya. Pelik kalau mereka melihat kamera litar tertutup di sudut masuk dan keluar dari bilik rumah hantu tempoh hari.

Setakat ni pihak sekolah mendiamkan diri tanpa memberi rakaman kamera litar tertutup itu kepada pihak polis sementah kes telah di tutup atas permintaan keluarga Senah. Ahli keluarga arwah tak mahu memperbesarkan masalah itu. Lagipula, anaknya telah meninggal dunia.

Tingkap biliknya sengaja di buka luas memberi ruang kepada angin petang masuk di tambahkan pula hujan seharian. Dia duduk memeluk lutut sambil mendagu di atas kepala lutut. Rambutnya yang lurus terbiar tanpa di ikat mengerbang bila sesekali angin berhempus meniup masuk ke ruangan bilik.

"Macam mana dia boleh mati macam tu je? Tak masuk akal langsunglah!"

"Lainlah kalau.."

"Tapi Isyah dah cakap bukan dia yang buat. Benda tu dah di buang jauh kan!"

"Habis, kalau bukan Isyah yang punya siapa lagi? Aku? Huh! Sialan kalau dia ikut aku secara senyap tanpa pengetahuan aku."

"Kejap. Kalau benda tu ikut aku, kenapa aku tak terima sebarang gangguan macam Isyah dulu? Kalau aku memang ada benda tu, kenapa aku tak nampak macam Isyah nampak dulu?

Argh! Kenapalah benda ni jadi balik. Siapa punya angkara? Harap bukanlah dari kalangan keluarga aku. Aku yakin, Isyah tak mungkin simpan benda tu lagi. Tapi, betul ke aku yakin dengan dia tak simpan benda tu lagi?"

"Ergh! Apasal serabut sangat kepala aku ni? Buat semak je nak fikir pasal orang yang dah mati tu."

Serabai rambut Ainul Hanania di ramas-ramas kasar. Sakit kepala otak dia dari tadi berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi lepas ni. Kematian Senah memang mencipta banyak persoalan dan masalah!

"Isyah, jangan sampai aku dapat tahu kau punya kerja."

Dalam pada Ainul Hanania duduk bersendirian, ada sepasang telinga yang sedang mendengarkan ucapan dari mulutnya. Tanpa dia sedari, dirinya jadi perhatian sejak tadi..

"SAYA tak pernah berdendam dengan sesiapa. Lagipun, Senah bukannya saya kenal sangat."

Luah Ainul Batrisyah kepada Rayyana. Segalanya di ceritakan kepada gadis itu. Dia tak mahu Rayyana mula menyimpan fikiran yang tidak-tidak terhadap dirinya.

Rayyana juga terfikir benda yang sama. Tak ada sebab kenapa pelu Ainul Batrisyah berdendam dengan Senah. Sedangkan mereka tak pernah bersua kenal dan kelas lain-lain kos mata pelajarannya.

Senah budak TK, Ainul Batrisyah pula budak kelas SS sama kelas dengannya.

"Aku dengar khabar angin dari budak IT, kamera litar tertutup yang dia orang pasang dekat pintu keluar masuk langsung tak menunjukkan Senah dengan Fiza keluar. Masuk dalam rumah hantu tu adalah."

"Habis tu, cikgu buat apa je dengan rakaman tu?"

Memang tak senang hatinya selagi persoalan ni tak terjawab. Dia kembali duduk di hadapan Rayyana. Tak lama kemudian, mak su datang dengan sedulang teh o panas dan kelropok lekor.

"Apa yang aku dengar dari dia orang, cikgu mungkin akan hapuskan bukti rakaman tu. Dia orang tak nak masalah ni meleret panjang. Di tambahkan pula keluarga arwah Senah dah tak nak tahu lagi pasal ni. Kes kemalangan tu pun dah tutup. Dia orang tak nak besar-besarkan hal ni. keluarga arwah dah maafkan pakcikdriver tu."

"Oh, macam tu je kan.. Moga keluarga Senah berlapang dada menerima pemergian dia." Kata mak su pula.

"Ye mak su. Mudah-mudahan.." Sahut Rayyana dan Ainul Batriyah hampir serentak.

"Jom minum."

Secawan teh o panas di hulurkan kepada Rayyana, kemudian kepada Ainul Batrisyah pula. Asap yang keluar dari secawan teh o panas di tiup lembut bagi mengurangkan tahap kepanasannya.

Mak su menghirup perlahan teh o panas di cawannya, sesekali dia juga meniup perlahan kerana air teh o tu agak panas.

"Mak su nak tanya sikit ni." Cawannya di letakkan semula di meja bulat.

"Apa mak su?" Tanya Ainul Batrisyah.

"Masa kemalangan tu, kamu berdua ada dekat mana? Dan.. pihak polis tak melakukan siasatan ke kemana arwah Senah pegi sebelum kemalangan tu terjadi?"

Mereka saling berpandangan, Rayyana menggeleng kepala. Apa yang dia mampu jawab, dia akan jawab seadanya. Begitu juga dengan Ainul Batrisyah. Keadaan kembali sepi.

DIA memang terkenal dengan sikap degil yang sukar di jangka. Kadang-kadang perangai dia ni macam bom jangka, suka nak meletup dia akan meletup. Kadang-kadang tu sakit kepala nak membentuk keperibadian dia ni.

Sebuah lakaran pendek yang penuh dengan tulisan berangkai juga terselit sama dalam lakaran yang macam cakar ayam.

Memang tak ada bakat langsung dia ni dalam bidang lukisan. Tulisan pun macam apa dah. Pemalas betul.

"Kesimpulannya hanya satu,"

Lakarannya di angkat ke udara separas wajahnya,

"Benda tu."

Benda yang di maksudkan oleh Ainul Hanania adalah belaan nek mak yang pernah ikut Ainul Batrisyah dulu.

"Puncanya?"

Itulah yang menjadi tanda soal sekarang. Dia tak tahu nak fikirkan apa lagi. Puas dia mencari idea dan jalan kenapa dan mengapa mesti Senah.

"Isyah.. betul ke kau dah buang semua tu? Kalau belum, segeralah kau buang sebelum dia meragut lagi banyak nyawa."

"Kau percaya ke yang Isyah yang buat?"

Tersentak Ainul Hanania di kejutkan dengan pertanyaan adik kembarnya. Bila masanya dia masuk pun tak tahu.

Ain Hanani duduk di hujung katil kakak kembarnya sambil bersilang kaki. Dia yang berselendang di kepala di betulkan sedikit hujung selendangnya yang terjatuh ke peha.

"Habis, kalau bukan dia siapa lagi? Ada kemungkinan lain ke yang boleh di kaitkan dengan kematian Senah tu?"

Lembaran lukisan tu di letak semula di atas meja tulisnya yang sedikit brselerak dengan pensel, pemadam, kertas dan bermacam lagi peralaatan menulis.

"Kan mak su dengan abah umi semua dah cakap yang Isyah dah bersih dari semua tu. Kenapa kau persoalkan lagi dan kaitkan dengan arwah Senah?"

Ain Hanania menyilangkan kedua belah tangannya pula. Rasa tak selesa bila nama Ainul Batrisyah di bangkitkan dan di kaitkan dengan kematian rakan sekolah mereka.

"Then? Apa punca kematian dia? Logik ke kalau dia tak keluar dari rumah hantu tu tup-tup boleh kena langgar?" Ainul Hanania duduk di kerusi tempat dia belajar.

Kemudiannya kerusi itu di seret mendekati katil tempat adiknya duduk bersilang kaki dan tangan.

Panas di perkatakan oleh semua warga sekolah berkenaan tentang kematian Senah yang misteri. Berbagai pendapat dan andaian di buat, namun satu pun tak mengena sasaran sebenar.

"Kak Nia kena tahu satu hal. Benda tu bukannya sebarangan ikut. Lagi-lagi Isyah tu jenis lembik. Nak ke benda tu ikut?" Ujar Ain Hanani selamba sambil merenung kakak kembarnya.

Mereka kembar seiras, tetapi perangai jauh berbeza. Ainul Hanania lebih tegas, garang dan terejal berbanding dengan Ain Hanania yang lemah lembut setiap perilaku dan kata-katanya. Amat berbeza mereka berdua.

Kadang-kadang abi dan umi pun pening, tak faham dengan keduanya. Walau begitu sekalipun perangai mereka, tetap masih boleh bersatu hati.

"So kau nak cakap dekat aku yang benda tu ikut...."

Sengaja Ainul Hanania menggantungkan kenyataannya sekali gus menguji pemikiran adik kembarnya yang mungkin juga mengesyaki sesuatu di antara mereka.

"Kak Nia nak cakap benda tu ikut akak? Begitu?" Sambung Ain Hanani yakin.

Ainul Hanania tersenyum sinis. Terus dia bangun dari duduknya. Kemudian dia berpaling memandang adiknya yang masih yakin dengan setiap perbuatan dan kata-kata,

"Tak."

"Then?" Berkerut dahi Ain Hanani.

"Aku fikir.. benda tu ikut..."

Ainul Hanania mendekati adiknya lagi. main lama makin rapat. Degupan jantung Ain Hanani usah di kata, langsung tak teratur degupannnya. Berdebar-debar dengan kata-kata kakaknya yang bakal terucap sebentar lagi.

"Maksu."

"Hah?"

Tak masuk dengan pemikiran kakaknya, Ain Hanani bertanya pendek tak faham.

"Aku syak benda tu ikut mak su. Sebab tulah mak su tak nak duduk dengan kita, sejak nek mak wasiatkan pada arwah mak cik."

Ain Hanani makin tak faham jalur pemikiran kakaknya. Memang sukar di jangka dan di tafsir. Berbelit dan jauh dari apa yang dia fikirkan.

"AINUL fikir mak su simpan benda tu? Ha.. ha.. ha.."

Serius muka Rayyana memandang mak su kawannya yang menyeringai macam hantu tiba-tiba. salah ke soalan Ainul Batrisyah tu. Dia sekadar bertanya je kan, tak payahlah nak ketawa macam hantu.

"Mak su.. orang serius ni.."

Ainul Batrisyah melihat mak su, belum ada tanda-tanda yang mak su nya itu akan berhenti ketawa.

"Ha.. ha.. ha.. Ainul, Rayy macam mana kau orang berdua boleh terfikir yang mak su yang bela lagi benda tu?"

"Habis tu, kalau bukan mak su, bukan Ainul siapa lagi?" Soal Rayyana berani.

"Rayy, Ainul dengar baik-baik apa yang mak su cakapkan ni."

Mereka berdua serius memasang telinga,

"Kalau benda tu nak ikut mak su, dari dulu lagi mak su dah bela. Tapi.. dia tak ikut mak su kan, dia ikut siapa Ainul? Arwah mak Ainul kan. Jadinya.. benda tu telah pun di perkenalkan pada tuannya yang baru. Mak su tak boleh terima dan bawa ajaran tu. Mak su tak pandai sebut mantera yang di ajar oleh nenek mak.."

"Jadi, siapa yang panggil benda tu balik?" Tanya Ainul Batrisyah.

"Kenapa, Ainul rasa kematian Senah tu ada kaitan ke dengan benda yang mungkin tak bertuan ni? Kenapa Ainul tak nak lepaskan fikiran Ailnul dari benda-benda tu? Cuba jangan kaitkan kematian Senah dengan benda tu lagi."

Bunyinya agak tegas, tapi wajah comel mak su buatkan Ainul Batrisyah tak merasakan gentar sangat. Sebab dia tahu mak su tak jahat, dia hanya tegas. Apatah lagi bila berkaitan dengan keselamatan dan.. benda tu.

"Dah, jangan nak fikir-fikir sangat benda dah jadi. Lupakan je.. okey."

Suasana kembali tenang dan ceria seperti sedia kala. Pandai mak su menukar keadaan yang muram dan suram menjadi ceria dengan celotehnya. Ainul Batrsiyah dan Rayyana terhibur juga dengan cerita mak su.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience