“Sudah tiba masanya untuk pulang.Bolehkah kamu tunjukkan jalan keluar dari sini Zeke?”Serena ingin pulang ke rumahnya.Pertemuannya dengan Zeke sekarang sangat menyeronokkan namun memikirkan rumahnya yang masih tidak ditutup jendelanya dan kain di ampaian yang masih tidak diangkat membuat Serena ingin segera pulang.Zeke keberatan untuk membiarkan wanita itu pulang sendiri.
“Saya akan tunjukkan tetapi biar saya yang bawa kamu pulang”ujar Zeke.
“Tidak perlu,saya tidak mahu menyusahkan kamu.Cukup kamu tunjukkan jalannya sahaja”Serena tidak mahu menyusahkan lelaki itu.Zeke susah bersusah payah mendukung badan yang tidaklah terlalu berat ke sini.
“Tidak menyusahkan pun.Biar saya hantarkan kamu pulang”
“Tapi,..”Serena masih berdegil tidak mahu dihantar pulang.
“Saya hantarkan atau tidur di sini.Pilih mana yang kamu mahu dan tiada pilihan lain”Serena mengeluh.Nampaknya lelaki itu tetap bertegas ingin menghantarnya pulang.Serena tidak mempunyai pilihan lain.Dia mahu pulang ke rumahnya juga.Zeke yang mengerti dengan pilihan Serena meminta wanita itu mengikutinya keluar dari bilik tersebut.Zeke memimpin Serena perlahan-lahan.Mereka menuju ke laman rumah agam tersebut.Serena tidak melepaskan peluangnya untuk melihat ke sekeliling rumah tersebut.Matanya langsung tidak menangkap kelibat sesiapa pun di situ.Apa benarkah rumah ini tempat belajar seperti yang dikatakan Zeke?.
Tanpa Serena sedar Zeke sudah membawanya ke sebuah garaj besar yang menempatkan 4 biji kereta dan berbuah-buah motosikal.Terdapat juga basikal dan kenderaan lain di situ.
“Saya akan hantar kamu dengan kereta ini.Perjalanan kita mungkin akan jauh sedikit”Serena mengerutkan dahinya.
“Jauh?Kenapa pula.Tadi sekejap sahaja kamu bawa saya ke sini.Tidak silap saya dalam beberapa minit sahaja”tanya Serena tidak faham dengan apa yang dikatakan lelaki itu.
“Kerana hutan itu adalah jalan pintas dan saya tidak pernah melihat orang memandu kereta di dalam hutan tebal.JIka kita ikut jalan raya,ia akan memakan sedikit masa kerana perlu memandu ikut jalan yang telah ditetapkan”Zeke menerangkan kepada Serena seperti seorang guru yang sedang menerangkan kepada anak murid yang tidak faham.Serena tersengih malu.Apa yang dikatakan Zeke benar juga.
“Sudah,mari naik ke kereta ini.Nanti lambat pula kamu sampai ke rumah”Serena menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam kereta tersebut.Zeke mula memandu keluar dari perkarangan rumah agam itu.Serena hanya melihat ke luar tingkap.Dia suka dengan kedudukan rumah itu yang strategik dan jauh dari kesesakan bandar.
Anak mata Serena menangkap sosok seseorang sedang berjalan masuk ke perkarangan rumah agam itu.Kelihatan seperti lelaki muda dan remaja.Lelaki itu memakai tshirt biru berlengan panjang dengan berseluar pendek.Mata lelaki itu juga turut melihat ke arah kereta yang mereka naiki.Apa yang lebih menghairankan pakaian lelaki itu comot dikotori lumpur.Serena terus mengalihkan pandangannya dari lelaki itu setelah kereta berjalan jauh pergi meninggalkan rumah agam tersebut.
“Siapa lelaki muda sebentar tadi?” tanya Serena kepada Zeke kerana tidak boleh melupakan kelibat lelaki tersebut.Zeke mengerutkan dahinya.
“Lelaki muda?dimana kamu melihatnya?”
“Di pagar ketika kamu memandu keluar dari perkarangan rumah”
“Saya tidak perasan pula.Mungkin salah seorang pelajar yang belajar di situ.Kamu tidak perlu hairan,budak-budak di situ memang suka merayap ke dalam hutan”Serena mengangguk perlahan.Benar juga apa yang dikatakan Zeke.Lelaki yang muda remaja seperti itu memang aktif dan suka melakukan perkara mencabar.Berkemungkinan bajunya kotor disebabkan terjatuh atau apa-apa sahaja.
“Apa kamu memikir saya bohong tentang rumah saya itu?”tanya Zeke tiba-tiba.Serena terkejut dengan pertanyaan Zeke itu.Dengan teragak-agak Serena menjawab,
“Sedikit,tapi saya masih mempercayainya”Zeke ketawa kecil.
“Katakan sahaja yang kamu tidak percaya,tidak perlu berselindung”Serena rasa seperti ingin mengetuk dahinya.Dia mungkin telah mengecewakan Zeke.
“Saya tidak memaksa kamu untuk percaya kata-kata saya tetapi ingatlah bahawa saya tidak pernah berniat untuk berbohong kepada sesiapa pun”tambah Zeke sambil memandu membelah keheningan jalan raya itu.
“Saya percaya kamu,Zeke.Biasalah perempuan seperti saya memang suka bertanya bagi membuka topikrbualan.Entah mengapa sejak dari hari pertama kita berjumpa,saya telah mempercayai kamu.Jika ikutkan hati,tidak mudah untuk seseorang wanita membawa masuk lelaki yang tidak dikenalinya ke dalam rumah dan merawatnya berhari-hari sehingga pulih”Serena memberitahu apa yang dia rasakan.Zeke memang berbeda.Entah mengapa dia begitu selesa dan mempercayai lelaki itu sedangkan mereka baru sahaja bertemu.Tanpa Serena sedar,Zeke sedang memandang dengan wajah terharu.
“Kamu memang sama dengan dia”ucap Zeke perlahan.Serena yang terdengar apa yang diucapkan Zeke bertanya,
“Sama seperti siapa?”
“Oh ya,kita sudah hampir dengan rumah kamu.Apa kamu mahu singgah ke tempat lain sebelum pulang ke rumah?”Zeke tiba-tiba mengubah topik perbualan.
“Rasanya tidak.Semua barang sudah ada di rumah.Kamu terus hantar saya pulang”ujar Serena lalu terlupa dengan pertanyaannya...
Share this novel