BAB 5

Romance Completed 2579

Jadi saya gunakan cara saya untuk mendekati awak dengan jadi orang gila. Sekurang-kurangnya saya Nampak segala gerak geri awak dan krenah awak.”

Tertunduk seketika mengenangkan sikap diri sendiri yang tak pernah memberi peluang dalam mencari kebahagiaan.

Sejak di tinggalkan ruang itu sudah tidak penah berusik untuk sesiapa dan dia tidak pernah peduli akan perasaannya sendiri.

Cuma dengan lelaki yang di hadapannya sahaja dia suka lihat dan sekadar menjadi pengubat luka lama.

Dia tidak menyangka perasaannya bukan hanya bertepuk bersebelahan tangan.

“Cempaka ,, tolong,, tolong bagi saya peluang untuk mengisi kekosongan yang awak tak pernah pedulikan itu..” pujuknya lembut.

Direnung wajah si pemilik nama Tengku Emran yang selama ini menghiasi hari-hari hidupnya. Dia tersenyum manis pada orang yang berlagak gila.

“jaga hati saya sebaik mungkin. Anggap je yang hati saya umpama kaca yang bersinar. Jangan sampai ia terhempas. Jika terhempas,,, awak faham-fahamlah ya..”

Seakan tidak percaya, dia rasa dunianya seperti di syurga. “ betul ke Cempaka ? Betul ke saya dah tak perlu berlakon jadi orang gila?”

Cempaka tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum dah mengangguk. Ya Allah kau kurniakan rasa sayang ini berkekalan hingga ke akhirnya. kau jadikan kami pasangan yang di-redhai olehmu.

Semoga kami dapat menjadi hambamu yang beriman. Doanya dalam hati. Saya sayang awak orang gila.. saya sayang awak, Cempaka .. sayang selamanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience