keheningan pagi yang menyambar dirinya untuk terus berdiri dibalkoni hotel yang tersedia membuatkannya menahan kesejukan disebabkan musim itu adalah musim sejuk.
Nampak sahaja dia tenang berdiri , namun tak sesiapa pun tahu betapa sakit dan pilu hatinya ketika ini. Firsya menarik dan menghembus nafas secara perlahan-lahan...
'Maafkan Firsya papa. Firsya tak bermaksud untuk menyinggung perasaan papa".
Ya, memang benar dia marah tapi tak bermaksud dia tidak menyayangi ayahnya . Namun desakan yang diberikan membuatkannya bertindak jauh dengan meninggalkan tanah air sendiri.
Setelah hampir setengah jam dia berdiri.. dia mula meregangkan otot-otot kakinya yang kejang tadi.
"Apa aku nak buat ni ah? Takkan nak bertenggek 24 jam kat balkoni ni. Mau mati kesejukan aku kat sini"gumam Firsya sendiri.
"Baik aku cari makan , laporrr doo. Tapi aku nak cari kat mana?? Makanan kat sini tak semuanya halal.Kat Malaysia banyak ah. Hmmm aku harap cafe yang dulu tu masih ada lagilah...Dah dekat tiga tahun juga aku tak pergi sini. Harap tak semuanya lah berubah..."
Firsya berjalan meninggalkan balkoni menuju ke ruang tengah bilik hotel yang telah ditempah sehari yang lalu.
Sebenarnya, sejak dia sudah sampai di bumi Australia ni tak sedikit pun makanan yang menjamah di dalam perutnya. Gara- gara terlalu banyak menangis sampai dia terlupa untuk makan,hanya air sahaja menjadi pengalas perut.
Disebabkan oleh pertelingkahan yang telah berlaku antara dia dengan ayahnya, dia mengambil ikhtiar untuk jauh pergi meninggalkan ayahnya sendiri. Bukan mahu menjauh ,dia hanya mahukan masa untuk dirinya sendiri. Dia ingin melupakan perbuatan yang telah dilakukannya yang membuatkannya sampai sekarang rasa bersalah.
Firsya bersiap dengan mengenakan baju sejuk yang tebal dan mengenakan skarf di leher jinjangnya. Rambutnya hanya dibiarkan lepas ditiup angin.
Keluar dari pintu dia termangu seketika."Ok... lepasni aku nak makan apa dulu ehh??? hmmm??? takpelah sampai sana nanti baru aku pilih."
Firsya menggagaukan tangannya ke dalam beg mencari smartphone nya yang selalu bersamanya.
" Aik mana pulak ni...takkan hilang kot.. baru je pagi tadi aku main.."
Setelah beberapa minit menyelongkar , akhirnya dia menemukan benda yang dicarinya dari tadi.
" Eish ingatkan hilanglah, rupanya kat kocek kecil ni dia sembunyi."
Firsya mula melangkah setelah memastikan pintu bilik hotelnya tertutup. Dia menaiki lift dan menapak ke arah parkingan kereta...
****************†****************†****************†**********
Dia mengambil tempat duduk yang berdekatan kaca luar untuk melihat pemandangan salji yang turun dari langit. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan. 'Bestnya kalau dapat bawak adik-adik ikut sekali'. Sedihnya dia saat ini terpaksa berjauhan dengan adik-adiknya kerana sebelum ini dia belum pernah lagi berjauhan dengan keluarga.
Keluarga nya taklah sesempurna keluarga yang lain. Keluarga orang lain punya ayah dan ibu sementara dia hanya ada papanya sorang tu sajalah . Mana dengan adiknya seramai empat orang lagi. Papanya selalu keluar negeri untuk mencari rezeki buat mereka. Jadi dialah Kakak, dialah ibu, dialah ayah ketika papanya tiada di rumah. Tidak dinafikan sekarang mereka telah senang kerana hasil daripada tungkus-lumus ayahnya selama ini membangunkan salah satu Empayar Gergasi Syarikat di rantau asia tenggara.
Dia juga sekarang telah bekerja dia syarikat ayahnya sebagai Ketua bidang multimedia Syarikat Armada sdn.bhd sementara adik-adiknya bekerja sebagai CEO dan COO dalam syarikat tersebut . Adzron sebagai CEO manakala adik kembarnya Adzren sebagai COO.
"ehhemm" tanpa Firsya sedari pelayan wanita yang sedang berdiri itu memerhatinya dari tadi. Sudah 10 minit pelayan itu berdiri di situ menunggu Firsya mengambil order ,namun Firsya melantak termenung entah apa yg dimenungkannya. "Order miss?"
"Haa? eh sorrylah buat cik tertunggu" , 'eh.eh.eh apa yang aku merepek ni dah sah-sah dia taktau bahasa Melayu' bisik Firsya dalam hati.
Pelayan itu melihat Firsya dengan kening terjongket sebelah. Mesti dalam hatinya berkata dah kenapa perempuan ni pakai bahasa yang aku tak tau."ehem sorry miss, i just wanna a cup of expresso coffee and some chocolate moist cakes. Thanks and sorry again" ujarnya tanpa berbasa-basi sambil tersenyum-senyum seperti kerang busuk.
Waiter itu meminta diri untuk pergi.Alamak hampir sahaja dia lupa yang dia sebenarny kebulur ,kalau tak disebabkan dia termenung tadi taknya dia lupa nak order lebih.
" Waiter!!" sambil setengah menjerit dia memanggil semula pelayan tadi yang sudah agak menjauh darinya. Terpaksa pelayan tersebut berpatah balik gara-gara di panggil
"Yes, may I help you miss?" pelayan itu hanya melemparkan senyuman kepada Firsya kerana ingin menyedapkan hati pelanggan lah katakan . Kalau tak dah lama makan kaki si Firsya ni.
Sambil tersenyum Firsya mengatakan " Sorry I just want to add my order , please give me a plate of Carbonara lasagna and one glass juice strawberry. Thank you".
Dia melemparkan senyuman sekali lagi kepada pelayan tersebut. Pelayan itu hanya membalas senyuman dengan senyuman kecil sahaja. Maklumlah penat...
Setelah 15 minit menunggu, pelayan itu kembali membawa makanan yang ditempah tadi. Sekali lagi Firsya mengucapkan terima kasih dan pelayan itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Dia menikmati makanan tersebut dengan penuh selera ' hem, sedap' sambil menjamu selera dia menggamit Iphone 12 pro max nya untuk melihat jika ada chat-chat yang masuk di Whatsapp.
(Jgn nk berlama-lama sngt kak kat negara org. Berlmbak lagi keje akk kat sini)-Adzron
'tch, ceh baru nk release tension sikit mamat ni dah ingtkn kita pasal keje plk' berdecit Firsya dibuatnya. Firsya ingin menyambung semula makan makanannya namun pergerakan nya mati oleh chat yang baru sahaja masuk.
(Akak jgn marah papa lama² sngt. Biasalh org tua ,dia nkkn trbaik utk anak²nya. Kalau dh blik tu jgn buat² lupa pk. Oleh² eh!!)- Adzrelia
(Iyalah nnti akk beli. Klau akk ingat hahahah) - Firsya
Adzrelia ni lah adiknya yang sentiasa pedulikan tentang dia dimana, sudah makan apa belum, sihat kah tidak, semua serba serbi adiknya ingin tahu. Bukan bermakna dia tak rapat dengan adik-adiknya yang lain tapi Adzrelia ni special sikit sebab apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka adiknya satu ni je yang tahu.
Dia menyambung semula makan makanannya tadi.
Jauh dari pengetahuan nya sebuah figura melihatnya dengan penuh minat.
"Dia masih hidup lagi"....
sorry kalau ada silap ejaan ke apa .. meriahkn lh ruang komen saja nk tau ada ke idok org yg baca... tq smua muachh
Share this novel
iyaa?
hahahhaha