Bab 7

Horror & Thriller Completed 869

Wana dibawa berubat secara rawatan islam oleh mak mertuanya. Semasa dalam rawatan tersebut, Ustazah itu mengatakan bahawa terdapat makhluk halus yang menumpang diatas leher Wana. Makhluk halus itu berasal daripada bilik bedah hospital, tempat dimana Wana mendapat rawatan. Disebabkan benda yang menumpang itulah Wana tidak dapat bangun. Setelah selesai rawatan,Wana sudah dapat bangun seperti sediakala.

Setelah Wana sembuh, Wana dan keluarganya berpindah ke bandar. Wana menjalani kehidupan seperti biasa. Wati selalu datang ke rumah Wana dan selalu mengajak Wana keluar dengannya. Wati memberitahu Wana yang dia mengandung dan dia betul-betul gembira. Wana sentiasa menemani Wati.

Suatu hari Wati memberitahu Wana yang dia telah bersalin dan sekarang dia berada di wad bersalin. Wati meminta Wana masak sup ikan haruan untuknya. Wana memasak seperti yang di minta oleh Wati dan membawakannya kepada Wati yang sedang berada di hospital.
Setelah berjumpa Wati di hospital,Wana balik ke rumah. Dengan tiba-tiba Wana meraung seperti kerasukan dan tidak sedarkan diri. Lan dan anak-anak terkejut dengan apa yang berlaku waktu itu. Lan membawa Wana ke rumah emaknya. Mak mertua Wana meminta Lan bawa Wana berjumpa dengan Ustazah. Ustazah meminta Lan agar bawa Wana berpindah tanpa memberitahu sesiapa dan Wana juga perlu selalu buat rawatan susulan dengan Ustazah kerana Wana sudah termakan sesuatu benda buatan sihir dari seseorang. Keesokannya Wana dan keluarganya berpindah lagi tapi kali ini mereka tidak memberitahu sesiapa pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience