WS 1: PROLOGUE

Drama Series 56973

GADIS itu duduk memeluk kedua kaki di atas katil mewah di sebuah hotel lima bintang. Wajah dibenam pada lutut dengan mata terpejam erat. Air mata diperah sebanyak mungkin sambil tersenggut-senggut bunyi tangisnya yang sedang cuba dikawal. 

Semakin deras air mata itu menuruni pipi tatkala kedengaran olehnya bunyi pintu bilik air yang mula terkuak. Hati semakin kecut memikirkan apa yang bakal terjadi sebentar lagi. Yang jelas akan membuat masa depannya akan menjadi kelam. 

Derap sepasang kaki melangkah semakin mara. Gadis itu tambah mempererat memeluk kakinya serta menangis tersedu-sedu.

Perlahan terasa permukaan tilam tempanya duduk seperti sedikit bergerak apabila ada individu lain turut meletakkan badan di situ. Tidak berani untuk melirik, apatah lagi untik melihat. Yang pasti dia tahu, nasibnya akan musnah malam ini di tangan lelaki itu. Lelaki yang lebih layak bergelar ayah kepadanya.

"Ehem! Awak takut ke?" 

Suara garau itu menyapa telinganya. Walau bunyinya lembut, namun begitu gerun bagi pendengarannya. 

Tubuhnya semakin menggigil bila dirasa lelaki itu semakin menghampiri. Hendak menjerit, namun apakan daya. Bilik ini merupakan bilik pribadi yang disewa khas oleh beliau. Tak akan ada sesiapa yang boleh mendengar jeritannya.

Lagipun, untuk apa juga dia menjerit? Perkara itu akan terjadi juga pada akhirnya, bukan? 

Simpan sahaja angan-angan untuk mencapai masa depan yang cerah itu. Orang seperti dirinya tidak layak pun untuk berangan akan hal tersebut.

Wanita yang terlahir di lorong, membesar di lorong, dan lorong jugalah yang akan menjadi masa depannya. Amani sedar dengan pasti akan hal itu.

"Nah."

Amani tersentak lalu mengangkat wajah. Dia memandang pada lelaki itu hairan apabila lelaki tersebut telah bangun dan berdiri di tepi katil. Perasaan takut untuk melihat lelaki yang hanya berkain tuala di pinggang itu kini juga sedikit berkurang.

"Ambil tudung awak, lepas tu pakai," ujar beliau.

Amani teguk air liur. Wajah lelaki yang menghulur kain tudung miliknya itu masih dipandang tidak mengerti.

Lambat-lambat tangannya mahu menyambut, namun lelaki itu telah menjatuhkan perlahan tudung bawal biru laut tersebut ke atas tilam di sisinya.

Dilihatnya kemudian lelaki itu berlalu menuju wardrobe di mana pakaiannya disangkut di situ. Dengan tangan gementar yang masih belum reda, Amani segera mencapai kain tudung dan menyarungnya pada kepala.

"Siap cepat, saya hantar awak balik." Tuan Muaz berujar begitu tanpa menoleh. Sementara beliau mula sibuk menyarung pakaian ke badan.

"Err, tu-tuan." Suaranya yang menggeletar cuba dizahirkan dari bibir yang masih menggigil.  "T-tuan, nak hantar saya balik?" Amani bertanya.

Manakala Tuan Muaz yang telah selesai menyarung kemeja perlahan menghampiri dengan membawa sedikit senyum di wajahnya. Punggung dilabuhkan di atas tilam berhampiran Amani. Kepala gadis itu yang telah berlapik kain tudung lalu diusap lembut penuh simpati.

"Iya. Kenapa? Awak tak nak balik?" Dia bertanya perlahan.

"Nak, tapi.. tak apa ke?" Amani cuba meminta kepastian. Dia juga sedikit melarikan kepalanya yang hendak diusap oleh lelaki berkenaan. 

Muaz mengeluh kecil. Tangannya juga telah dijarakkan dari kepala Amani. "Saya tak sampai hati nak 'makan' awak. Kecil sangat. Dah serupa dengan anak saya di rumah," ujar beliau.

Amani menoleh pantas. Pelbagai perasaan sedang berkecamuk di dalam mindanya. Bagaimanapun hatinya tetap berasa lega kerna lelaki ini tak jadi menyentuhnya. Namun di sisi lain, dia masih menyimpan risau. Mesti mommy Mona akan dibelasah lagi oleh Razi jika dia pulang tanpa membawa wang nanti.

"Te-tapi tuan..." kata-kataya tertahan di situ.

Matanya tiba-tiba membeliak sebaik melihat segulung note RM50 tebal dicampak ke atas tilam oleh lelaki tersebut.

"Ambil wang itu. Bagi pada ibu ayam awak. Bagitahu mereka yang awak telah berkhidmat untuk saya. Dah jom balik," tegas Muaz. Lantas bergerak semakin menjauhi.

Sekali lagi Amani meneguk air liurnya. Wang di atas tilam dicapai perlahan. Senyum mula terukir di bibir. Manakala di dalam hatinya tak henti-henti memanjatkan syukur.

Untuk malam ini, dirinya telah terselamat dari lembah kehancuran. Nasib ibu angkatnya juga akan selamat dari penderaan. Lelaki di hadapannya itu lalu dipandang sekali lagi. Sosok yang dia geruni sedari tadi, kini bertukar bagai malaikat di matanya. 

"Terimakasih, Tuan Muaz!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience