Rate

Bab 1

Romance Series 4982

Pagi yang indah. Burung-burung berterbangan bahagia di dada langit. Sedang aku asyik mengelamun, datangnya hamba allah yang tidak aku senangi namun perlu aku hormati.

"Kau buat apa tercegat dekat depan pintu ni" sergah Irfan memeranjatkan aku.

"Aaa sara nak sidai baju" kataku takut-takut.

"Tu kat luar ampai bukan depan pintu ni" Lurus jari irfan menghala ke arah ampai

Aku turut memandang ke arah yang ditunjuknya.

"Apa lagi, berambuslah!" Tengking irfan

Lantas tanpa membuang masa segara langkah ku hayun ke luar rumah. 'Macamlah aku bodoh! Buat sakit hati je baik sidai baju ada faedahnya' desik hatiku.

"Hoi!" Sergah milah jiran sebelah rumahku

Kus semangat. Hari-hari hidup kena sergah boleh mati cepat ni.

"Kau ni salam tak ada hoi pulak" marah aku sambil menjeling

Tanganku ligat menyidai baju di ampai tanpa memandang ke arah milah.

"Laki kau mana" Soal milah sambil memanjangkan lehernya

Milah ni la sayu-satunya teman aku berbual. Segala masalah aku cerita pada milah. Kami dari kecil membesar bersama-sama. Sudah 2 tahun aku terpaksa berkawin dengan irfan atas wasiat arwah ayahku.

"Hoi. Laki kau mana" sergah milah lagi

"Ish kau ni aku dengarlah tak payahlah tanya banyak kali, macam biasa lah pagi-pagi ni kedai pak akob" jawabku malas

Milah anggukkan kepala, lantas menarik tangaku ke arah pangkin berhampiran.

"Kau ni nak gosip apa, nasib dah siap kerja aku" bebelku pada milah

Milah hanya tersengih menayangkan giginya yang putih bersih.

"Sampai bila kau nak hidup maam ni dengan irfan tu" soal milah perihatin.

"Tak tahulah milah, aku kawin pun sebab wasiat. Nak sambung belajar aku ni bukan pandai belajar macam kau. Bila kau nak gerak pergi uitm kat melaka tu" ujurku panjang lebar

"Lusa" jawab milah sepatah

"Sunyilah aku kat kampung ni" kataku sedih

"Tu laki kau kan ada" usik milah nakal

"Suami atas kertas. Sampai bila aku tak pasti" ujurku lemah

Milah lantas memeluk tubuhku sambl mengusap kepalaku lembut. 'Mak, ayah sara rindu' bisik hati kecilku.

"Kau jangan risau, nanti aku cuti aku balik cari kau" janji milah sambil tersenyum

"Sayang kau milah" kataku sayu

Hampir sejam juga aku dan milah bercerita itu dan ini seperti biasa. Milah pun sudah pulang ke rumah. Rumah kami sebelah sahaja, kalau jerit panggil nama pun boleh dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience